RSS Feed

satu dua tiga malaysia




aku tak tahu apa yang salah tentang lagu ni. bagi aku lagu ni bagus. bukan senang nak tengok seorang yang berbangsa cina nak buat lagu yang macam ini. ini menunjukkan beliau seorang yang sayangkan malaysia. seorang yang faham erti satu malaysia! dan seorang yang suka hidup serumpun. sebab apa? sebab beliau tahu nikmat yang boleh di kongsi bersama.

aku post video ini dekat blog ini sebab aku rasa orang lain patut dengar lagu ini. sebab ada seorang hamba Allah ini tiba-tiba komen pada video ini mengatakan ini satu propaganda. baik delete video ini sebab ia menimbulkan propaganda. bagi aku video ini bukan satu propaganda. sebab apa? bagi aku propaganda seperti black mail ataupun surat layang. atau dalam lebih mudah:

seperti baling batu sorok tangan.

orang yang menyebarkan propaganda adalah orang yang cuma sebarkan satu isu secara diam-diam. tetapi tidak seperti video ini. sebab apa? sebab beliau tidak langsung menutup muka atau secara senyap-senyap.

aku suka satu quote mamat ni:

" those who live by the gun will die by the gun"

jadi kenapa perlu radikal sangat? semua orang cintakan bangsa sendiri. cina sayangkan bangsanya. india sayangkan bangsanya. dan aku juga sayangkan bangsaku. tetapi kita perlu ingat kita tinggal di malaysia. perlbagai kaum. jadi perlu ada give and take.

dan aku juga nak post kan satu ayat dari kawan aku yang menyokong aku.

"dalam agama Islam pun tak ajar kita membenci kaum lain."

aku akui ekonomi melayu lebih rendah dari bangsa cina. tetapi itu bukan satu sebab yang kita perlu bertindak seperti pengganas kepada bangsa cina dan juga bukan satu sebab untuk bangsa cina memperlekehkan bangsa melayu.





arsenal ada penyokong berbilang kaum. mari sokong arsenal tanda kita bukan seorang yang racist. arsenal team paling kuat di alam semesta. arsene wenger dah kumpul 7 biji mutiara naga dan dah buat wish lepas ni arsenal menang semua title.

0 lagi menulis!:

Post a Comment