RSS Feed

cucuk mencucuk.


aku cari dekat www.tv3.com.my nak tengok catch up tv. tapi sampai sekarang masih belum ada. kenapa media malaysia masih lagi ada sifat "play safe".

rancangan seperti ini dan topik seperti inilah perlu di sajikan di saluran tv tempatan. bukan seperti rancangan sensasi yang nak cari sensasi macam gampang tu.

malas nak komen banyak. dulu guru-guru dilarang berpolitik sebab tak fokus. sekarang mahasiswa di larang berpolitik sebab tak matang. ideologi tak hebat, senang di cucuk. tapi satu soalan yang bermain di minda. kenapa takut untuk mahasiswa berpolitik? adakah sebab apa yang dihidangkan di universiti tempatan tak cukup padu tak cukup jitu seperti media tempatan? kalau rasa mudah dicucuk dan ideologi tak bagus. beri tunjuk ajar. beri peluang. bukan larang dan sekat. dulu waktu zaman guru-guru jadi ahli politik. tak ada laa banyak sangat korupsi, politik wang.

tapi sekarang ahli politik pula berlatar belakangkan usahawan, hartawan, orang yang kaya-kaya yang biasa main dengan duit banyak-banyak. yang biasa dengan korupsi. (ya lah kan. syarat untuk menjadi ahli politik pun hendaklah seorang yang bukan bekerja dengan kerajaan dan punyai wang untuk pertanding). orang macam mahasiswa yang baru belajar mana nak ada duit kan. duit pun pinjam ptptn. yang ada ideologi yang bagus pula tak ada duit. yang bijak pandai pula tak suka dengan politik malaysia.



sebab tu banyak mahasiswa jadi rempit. jadi artis.



gua malas nak cucuk-cucuk. gua ikot jejak rempit cilok-cilok

0 lagi menulis!:

Post a Comment