RSS Feed

cop vs. civilian. civilian win!

cuba lihat video di bawah ini.



pamela somerville yang ketika itu berumur 57 tahun di heret dan dipukul oleh seorang anggota polis berpangkat sarjan, mark andrews pada 2008. dan hari ini anggota polis itu akan dihukum atas kesalahan yang dilakukan oleh beliau.

somerville, pada ketika itu tidur dalam kereta miliknya di tepi sebuah jalan dikatakan enggan menjalankan ujian pernafasan ke atas dirinya diheret ke sel sebuah balai polis (menurut kata sarjan mark andrews). tetapi keadaan sebenar adalah sebalik nya. dan hari ini kebenaran telah terbukti dan sarjan mark andrews akan dikenakan hukuman.

sumber berita dari: www.kosmo.com.my

agak-agak kan. bila rasa-rasanya semua sel tahanan dan balai polis di malaysia ini akan dilengkapi dengan peralatan cctv? dan rasa-rasa cadangan untuk melengkapkan kereta peronda polis dgn cctv bila boleh siap ya? kalau macam ini baru laa intergriti polis boleh naik. tak ada nak buat kerja ikut hati dan tak ada lagi kita dengan kes keganasan terhadap tahanan. baru lah slogan polis yang di agung-agungkan iaitu telus dan benar itu dapat dimartabatkan. rasuah pun boleh kurangkan bila kereta peronda ada cctv. tapi pastikanlah berfungsi ya. setakat ada buat perhiasan jeh buat apa. (macam selalu, bila kena rompak nak check cctv tak berfungsi).

dan satu lagi. padanlah anggota polis barat dihormati dan disegani. sebab mereka memang buat kerja. polis macam ini perlu ada dalam skuad polis malaysia. tegas. tapi pastikan telus. bukan macam polis di sini di pandah rendah dan penuh korupsi.




dulu cita-cita aku nak jadi polis trafik sebab terpengaruh dengan cerita roda-roda kuala lumpur. hehehe. tapi bila sekarang tengok gerak khas macam tak ada feel dah nak jadi polis.


0 lagi menulis!:

Post a Comment