RSS Feed

cop vs. civilian. civilian win!

cuba lihat video di bawah ini.



pamela somerville yang ketika itu berumur 57 tahun di heret dan dipukul oleh seorang anggota polis berpangkat sarjan, mark andrews pada 2008. dan hari ini anggota polis itu akan dihukum atas kesalahan yang dilakukan oleh beliau.

somerville, pada ketika itu tidur dalam kereta miliknya di tepi sebuah jalan dikatakan enggan menjalankan ujian pernafasan ke atas dirinya diheret ke sel sebuah balai polis (menurut kata sarjan mark andrews). tetapi keadaan sebenar adalah sebalik nya. dan hari ini kebenaran telah terbukti dan sarjan mark andrews akan dikenakan hukuman.

sumber berita dari: www.kosmo.com.my

agak-agak kan. bila rasa-rasanya semua sel tahanan dan balai polis di malaysia ini akan dilengkapi dengan peralatan cctv? dan rasa-rasa cadangan untuk melengkapkan kereta peronda polis dgn cctv bila boleh siap ya? kalau macam ini baru laa intergriti polis boleh naik. tak ada nak buat kerja ikut hati dan tak ada lagi kita dengan kes keganasan terhadap tahanan. baru lah slogan polis yang di agung-agungkan iaitu telus dan benar itu dapat dimartabatkan. rasuah pun boleh kurangkan bila kereta peronda ada cctv. tapi pastikanlah berfungsi ya. setakat ada buat perhiasan jeh buat apa. (macam selalu, bila kena rompak nak check cctv tak berfungsi).

dan satu lagi. padanlah anggota polis barat dihormati dan disegani. sebab mereka memang buat kerja. polis macam ini perlu ada dalam skuad polis malaysia. tegas. tapi pastikan telus. bukan macam polis di sini di pandah rendah dan penuh korupsi.




dulu cita-cita aku nak jadi polis trafik sebab terpengaruh dengan cerita roda-roda kuala lumpur. hehehe. tapi bila sekarang tengok gerak khas macam tak ada feel dah nak jadi polis.


raya di hollywood. style!



iklan yang biasa kita tengok di hari raya. nak tengok iklan hari raya yang lain dari yang lain. yang idea ini tak pernah terlintas oleh orang lain tetapi berjaya di cungkil oleh sebuah syarikat television swasta terkemuka tempatan? cuba lihat hasil idea bernas mereka ini.




kenapa perlu tiru iklan Christmas? apa terlalu kurang idea kah pihak tv3 sehingga perlu bikin iklan seperti ini?

jangan terlalu ambil ringan tentang isu hari raya aidilfitri. mungkin tv3 fikir idea ini kreatif dan tak pernah di buat orang? atau saja nak bikin kelakar? sorry tak kelakar ok. terima kasih kerana telah membangkitkan sensitiviti umat islam ya. anda telah berjaya dengan iklan anda! syabas!



kerajaan apa tindakan? atau dah start cuti raya?




bagi aku iklan dari pkns kali ni terbaik. malas nak wish hari raya lagi sebab aku kena kerja lagi. mood nak raya tak mari lagi.


satu dua tiga malaysia




aku tak tahu apa yang salah tentang lagu ni. bagi aku lagu ni bagus. bukan senang nak tengok seorang yang berbangsa cina nak buat lagu yang macam ini. ini menunjukkan beliau seorang yang sayangkan malaysia. seorang yang faham erti satu malaysia! dan seorang yang suka hidup serumpun. sebab apa? sebab beliau tahu nikmat yang boleh di kongsi bersama.

aku post video ini dekat blog ini sebab aku rasa orang lain patut dengar lagu ini. sebab ada seorang hamba Allah ini tiba-tiba komen pada video ini mengatakan ini satu propaganda. baik delete video ini sebab ia menimbulkan propaganda. bagi aku video ini bukan satu propaganda. sebab apa? bagi aku propaganda seperti black mail ataupun surat layang. atau dalam lebih mudah:

seperti baling batu sorok tangan.

orang yang menyebarkan propaganda adalah orang yang cuma sebarkan satu isu secara diam-diam. tetapi tidak seperti video ini. sebab apa? sebab beliau tidak langsung menutup muka atau secara senyap-senyap.

aku suka satu quote mamat ni:

" those who live by the gun will die by the gun"

jadi kenapa perlu radikal sangat? semua orang cintakan bangsa sendiri. cina sayangkan bangsanya. india sayangkan bangsanya. dan aku juga sayangkan bangsaku. tetapi kita perlu ingat kita tinggal di malaysia. perlbagai kaum. jadi perlu ada give and take.

dan aku juga nak post kan satu ayat dari kawan aku yang menyokong aku.

"dalam agama Islam pun tak ajar kita membenci kaum lain."

aku akui ekonomi melayu lebih rendah dari bangsa cina. tetapi itu bukan satu sebab yang kita perlu bertindak seperti pengganas kepada bangsa cina dan juga bukan satu sebab untuk bangsa cina memperlekehkan bangsa melayu.





arsenal ada penyokong berbilang kaum. mari sokong arsenal tanda kita bukan seorang yang racist. arsenal team paling kuat di alam semesta. arsene wenger dah kumpul 7 biji mutiara naga dan dah buat wish lepas ni arsenal menang semua title.

adolf hitler: seorang pemimpin agung

anda kenal adolf hitler? mungkin anda belum kenal dengan lebih lanjut

cuba lihat gambar di bawah.




ingin tahu lebih lanjut? sila ke link di bawah.

klik di SINI

cerita sebenar di sebalik wajah adolf hitler.

cucuk mencucuk.


aku cari dekat www.tv3.com.my nak tengok catch up tv. tapi sampai sekarang masih belum ada. kenapa media malaysia masih lagi ada sifat "play safe".

rancangan seperti ini dan topik seperti inilah perlu di sajikan di saluran tv tempatan. bukan seperti rancangan sensasi yang nak cari sensasi macam gampang tu.

malas nak komen banyak. dulu guru-guru dilarang berpolitik sebab tak fokus. sekarang mahasiswa di larang berpolitik sebab tak matang. ideologi tak hebat, senang di cucuk. tapi satu soalan yang bermain di minda. kenapa takut untuk mahasiswa berpolitik? adakah sebab apa yang dihidangkan di universiti tempatan tak cukup padu tak cukup jitu seperti media tempatan? kalau rasa mudah dicucuk dan ideologi tak bagus. beri tunjuk ajar. beri peluang. bukan larang dan sekat. dulu waktu zaman guru-guru jadi ahli politik. tak ada laa banyak sangat korupsi, politik wang.

tapi sekarang ahli politik pula berlatar belakangkan usahawan, hartawan, orang yang kaya-kaya yang biasa main dengan duit banyak-banyak. yang biasa dengan korupsi. (ya lah kan. syarat untuk menjadi ahli politik pun hendaklah seorang yang bukan bekerja dengan kerajaan dan punyai wang untuk pertanding). orang macam mahasiswa yang baru belajar mana nak ada duit kan. duit pun pinjam ptptn. yang ada ideologi yang bagus pula tak ada duit. yang bijak pandai pula tak suka dengan politik malaysia.



sebab tu banyak mahasiswa jadi rempit. jadi artis.



gua malas nak cucuk-cucuk. gua ikot jejak rempit cilok-cilok