RSS Feed

You Had a Bad Day

you sing a sad song just to turn it around

sudah bad day buat apa nak dengar lagu sedih lagi. sudah nangis kenapa nak nyanyi lagi mendayu-dayu lagi? tukar. untuk apa nak sedih lagi nangis-nangis. tak ada yang nak ambil peduli. tak ada yang nak ceriakan anda? perlukan seseorang? jangan berharap sangat. masing-masing punya hala tuju. masing-masing ada hal sendiri. jadi macam mana? teori akak-akak aku dulu. baca gila-gila. zaman-zaman gila-gila tengah top dengan 3 dara pingitan, dan abe. ujang plak tengah top dengan workshop dan mr. tandoori payat. penuh jugak satu almari buku dgn majalah ujang dan gila-gila. adakah akak-akak aku jiwa jiwang sangat asyik baca ujang? hahahah! entah sebab waktu tu aku kecik-kecik. mane aku ambil kisah. sebab aku happy jeh hari-hari!

hah! dan akak aku yang sorang ni pelik sikit. dia tak baca ujang atau gila-gila. tapi baca dewata raya dan pedang setiawan. hah itu aku no komen! itu sekali dia marah kau jangan berani-berani tegur. silap-silap kau tergantung kat kipas. :D

ok malas nak cerita moody-moody neh panjang. siapa nak pergi placebo kat kl live nanti? bagitau aku sikit. nak gak tao siapa yang nak gi placebo live in malaysia. dorg ada line up baru kan? siapa nak pergi? bagitahu laa aku. aku bukan nak ikut pun korg. aku tak layan band GAY tu. heheheh! jangan marah ea peminat placebo. lantak korg laaa. baik aku pergi istana budaya tengok amy search. kurang-kurang aku tak hapal lirik pun leh gak aku paham. kang kalau aku pergi placebo live in kl kang ternganga jeh. :P

ok sekian sahaja untuk hari ini. siapa nak pergi tengok the book of eli? ataupun nyiang rapik! jom! jom! mari kite tengok bersama.

jap lupa plak. semalam aku ada bincang sket dengan kutu arsenal selayang. die nak buat TEAM RAMSEY. ada nak join x? nak buat jersey arsenal tulis TEAM RAMSEY kat belakang. bukan team jacob atau team edward ok! hehehehe :D kalau berminat carik aku. TEAM RAMSEY!! kesian dia patah kaki



semoga cepat sembuh. koi dah beli tiket ke u.k khamis petang. nanti koi datang melawat bawak buah tangan ea. aok nak mende? bukan musim buah skrg. tapi koi cuba laa ushar pramugari kasi lepas bawak durian untuk aok ea. i try my best!

nota skit : man utd. jangan suka sangat menang carling cup. kite beza satu point jeh. untuk chelsea! sudah-sudah laa skandal seks tu. bayi! kamu akan ke bawah! bawah! bawah! :D


Fall Out Boy - Sophomore Slum Or Comeback Of The Year.

2 lagi menulis!:

cinta kita said...

bayi kamu akan ke bawah bawah bawah??hahah..

saya nak team lain2 bley x??
team po!!!hahah..

jgn moody2..i luv u!!!(~_~)!!

adeqmanje said...

nice blog.. :)

Post a Comment