RSS Feed

Mulakan pagi anda dengan penuh keceriaan

selamat pagi. mulakan hari anda dengan senyuman. jangan hiraukan perkara semalam jangan pedulikan perkara semalam. cuba sebentar katakan cheese!!! :D masih belum boleh senyum. ok kalau tak boleh juga. cuba dengan katakan ini. Cisshh!!! boleh pun senyum walaupun dengan rasa penuh terpaksa. senyumlah walaupun dalam keadaan terpaksa ya. sebab jika anda masam dan tidak senyum anda juga boleh rosakkan hari orang lain juga.

senyumlah! senyumlah! ahaiii cek mek molek! :P


semalam tengok gila-gila remaja. terus sampai pagi ini tak tidur lagi. sebab excited sangat. excited nak pergi pahang motor nak cari scrambler. pagi ni pun tak nak sarapan nasi lemak. nak sarapan scramble eggs. sebab taknak mood itu lari dan aim itu berubah. sepanjang malam tadi berfikir warna apa sesuai dengan citarasa saya. memang tak boleh tidur. tak sabar nak pergi pahang motor.

owh tak cukup lengkap lagi. jaket kulit masih belum ada. owh jaket kulit zaman bapak aku muda-muda dulu masih ada. boleh sangat rembat. dia bukan tahu pun. cuma nak korek tabung sikit nak tulis nama ROY kat belakang jaket. biarlah orang nak kata boROY ker toROY ker. aku tak peduli. yang penting hajat untuk bergelar roy berjaya.

kasut nike high cut aku tak pening kepala sangat. bagi aku small matter jeh. aku boleh rembat kasut high cut nike mat-mat rempit. mat-mat rempit sekarang dah pakai crocs. tak pakai lagi high cut mahupun cikang. tak trendy mereka kata. dengar cerita rempit kuantan sekarang pakai quicksilver eh sejak east coast mall buka? gile trendy. mat rempit campur suffer. memang mengancam. padanlah dorg pakai quicksilver sebab diorg memang surfer pun (berdiri atas motor). aku dah aim dah rumah rempit yang ada kasut nike high cut. selang dua rumah dari rumah aku. rumah zahid noah. mesti adik dia punya tu.

aku rasa aku boleh settle dah semua ini sebelum sembahyang jumaat. lepas jumaat aku dah boleh melaram dah. pergh! ROY! mesti lepas ni ada pula geng gagak hitam nak dengki sama aku. ceh!

ok tamat bahagian pertama.

esok 27 mac 830pm hingga 930pm adalah earth hour. adakah anda sayangkan bumi anda? gunakan masa bumi ini untuk menunjukkan anda cintai bumi anda. padamkan lampu anda. alaa sejam jeh. akademi fantasia pun mesti start 930pm punya sebab nak support earth hour. percayalah. lagipun rugi laa dia kalau start 900pm.

jadi adakah anda menyokong earth hour? aku dah plan nak buat naked run 830 hingga 930. agak-agak sempat tak kalau aku lari bogel dari gombak ke wangsawalk dalam masa sejam? saya perlukan sokongan anda.

ok lagi satu. lupa nak pesan. waktu earth hour tu. baik korang berada di pusat-pusat membeli belah. bawak beg besar-besar. lagi besar lagi bagus. waktu mereka tutup lampu tu. sebat habis-habisan. aku dah plan nak pergi klcc hari ni nak aim mana aku berkenan. nak kira tapak gak berapa langkah nak sampai ke baju yang aku suka tu dari pintu kedai. nanti salah kira tapak tercapai bikini dah haru. takpe boleh hadiahkan kat nenek aku buat pergi kebun. tak ada dia komen panas lagi.


mari menyokong EARTH HOUR cuma SATU JAM SAHAJA bila lagi kalau bukan ESOK, SABTU 27 MAC 2010. kat mana lagi kalau bukan kat BUMI. kalau yang kat planet named atau utarid nak join boleh juga.

1 lagi menulis!:

cinta kita said...

owhh encik bo-ROY..jika begituh saya nak jadI suziana laa..hahahah..

ape??nak wat naked run sok??aok bior benor..kang cik mat+cik ton teros daftarkan g HAJI teros kang..hahahah..

Post a Comment