RSS Feed

hati panas! terus nak update.

ok laaa..update laa sikit..update laa sikit..huhuhu

ok ini cerita semalam. dah lama aku tak gossip. tapi hari ni rasa macam panas jeh. macam ingat jeh apa yang terlaku. rasa macam tak puas jeh kalau tak hebohkan.

ok kejadian berlaku dalam putra lrt. waktu tu aku on da way nak balik gombak la. dari masjid jamek. sepanjang perjalanan dari masjid jamek ke klcc ok laa. macam biasa-biasalah dalam tren. masing-masing buat hal masing-masing. aku pun buat hal masing-masing gak bermaksud cuba untuk tidurkan diri. meniduri diri sendiri.

tapi bila sampai jeh stesen klcc. aku automatik laa terjaga. mana laa tau kan. kot-kot ada awek cun masuk. tak duduk sebelah aku. berdiri depan aku. dapat gak laa cuci mata kan. kalau ada awek omputih lagi mengancam. hahahaha.

tingg..pintu dibuka. aku apa lagi. dengan harapan ada awek cun. hahahaha. masuk satu couple neh. dengan awek dia. ok laa. awek dia boleh tahan laa. jantan tu pown ok laa. tapi aku lagi kacak la. jantan tu duduk sebelah aku. minah tu duduk sebelah jantan tu. damn! dia leh kasi minah tu duduk sblh bangla. patut bagik laa duduk sebelah aku. ok bukan itu aku nak cerita.

bila couple tu duduk jeh. ada seorang akak ni. kerja kat klcc. dia sapa mamat ni. mamat ni. ahh dengor jeh bualan dorg.

"hiii!" minah kerja klcc.

"ehh! akak! marilah duduk" laki tu berdiri.

"hi! buat ape kat sini? owhh! awek baru nampak. dah berapa lama couple."

"heeee. neh baru jeh lagi akak. baru 6 bulan. " jantan tu jawap.

"owhh. baguslah. yang lama macam mane?" akak kerja klcc.

"owhh. dah takde dah." jantan tu.

"owhhh. cute! comel! sepadan laa tu." akak kerja klcc.

"kitorg dah nak bertunang ni. datanglah" jantan tu buat statement gelabah.

"hah? ea ker? jangan bertunang awal dengan dia neh. akak warning." akak kerja klcc.

"hah? kenapa plak takleh? alaa lagipun bkn saya syg sgt kat dia. dia jeh yang nk kat saya?" jantan tu kate. sebelah tu awek dia.

"ehh? ea ker? tapi akak warning jangan tunang awal2" akak kerja klcc.

"alaa. dia taknak takpe. bukan saya nak sangat. saya nak tinggalkan dia. boleh jeh tinggalkan. ok? kite clash ea? " jantan tu buat bajet macho.

"ehh? alaa? janganlah. janganlah." minah awek dia tu nak nanges. muka dah buruk.

"tengok. dia sayang saya sangat. nak buat macam mane?" jantan tu lagi.

sambil tu jantan tu borak-borak ngan ade minah sorg ni lagi. pergh giler ramai peminat jantan neh.

ok malas nak cite panjang-panjang.

ape ker bodoh sangat perempuan tu. oit! ko nampak murah tau tak. M. U. R. A. H.
senang-senang jeh ko boleh kene macam tu? siap boleh nak nangis-nangis merayu-rayu lagi jangan putus. lelaki tu muka bangga jeh. akulah lelaki kacak di dunia ini. macam setan.

tolonglah. kalau aku jadi awek jantan tu dah lama aku blah. dah lame dah aku hentak atau simbah air kat muke. dia boleh malukan ko depan orang ramai. cakap nak kuat. nak kasi satu tren dengar. kau boleh nak nangis nak merayu pasrah lagi. alahaii. untung nya lelaki tu.

argh! kenapa aku menyokong wanita pula. adakah aku sudah berubah? sudah ingin menjadi lelaki lembut. owhh tidak..kenapakah dengan naluri ku ini. tolong. hahahaha.

nasib laa kau tak couple dengan nadia puaad weh. kalau tak kat situ gak aku rasa kau mati. takpun kat situ gak jadi kubur kau. kene lenyek ngan lrt. hahahaha!

tolong laa. ramai lagi yang hensem kot. tolong lah. kalau aku jadi perempuan tu. biar aku cari pengkid pown tak ape.

kalau setakat jantan tu kau nak nangis-nangis. hahahaha. sangat kelakar ok!

dah lah malas nak masuk campur rumah tangga korang.

aku nak heppy tengok liverpool kalahkan man utd tak gak. buang masa aku tonton. rugi duit aku jeh makan roti arab.! ceh!

4 lagi menulis!:

=*NuRo0L* = said...

wei..menarik cite ko nih...ape kaitan cite ni ngan nadia puaad wei...?nak tahu gak...

cinta kita said...

bowdoh minah toh..mmg nasib baik la mamat toh bukan couple ngan nadia puaad..kalo x mmg arwah da mamat tersebut..nasib la encik kerol masih sedor diri..huhuhuu..syg kamu..!!

p/s:asal minah toh bodoh sgt x clashkan jantan toh??gle terdesak..

kura-kura c0mey said...

ahahaha.....adakah nadiapuaad sebegitu gns???
jgn cube2...bahaya.....
:P

nurul said...

knp sesetengah perempuan sgt murah zaman skrg nih?? buat malu jer... huhu malu2
btw.. nice story. diamikkn jd teladan

Post a Comment