whoa, let the sun beat down upon my face.
ah cuaca sangat panas kan sekarang. sangat cemburu bila tengok olimpik musim sejuk. diorg siap pakai tebal-tebal lagi. yang kita pulak kat malaysia rasa nak bogel-bogel jeh. rasa nak berjalan tu bogel jeh buat naked run macam dalam video clip blink 182 tu. hahahaha! punya laa panas. nak tunggu bus 10 minit pun peluh mencurah-curah ke ladang gandum. ehh bukan gandum sangat laa. gandum yang baru lepas tuai. hahaha! dadaku tidak berbulu dada ok. kalau campur bulu dada lagi tak tahu laa macam nak menghadapi peluh yang mencurah-curah. hahaha! masam weh! serius masam!
cuti 3 hari apa lagi. balik temerloh. ya memang aku seorang yang homesick! rumah sakit! sakit rumah! temerloh itu heavan! heavan! hahaha! walaupun tak ada apa yang menarik walaupun tak ada satu pun panggung wayang. tak ada satu pun pusat bowling. dan walaupun tak pernah-pernah wujud satu mall macam midvalley atau seangkatannya. tapi ia tetap heavan! pertama sebab kat temerloh boleh ngeteh non stop! hahahah! itu yang besh dan paling besh! mengeteh kat temerloh sangat heavan! org kata tempah jatuh lagi dikenang.
tapi bila balik temerloh. masa tidur automatik berubah. malam berjaga siang tidur. ceh! sehingga seorang bapa berpesan kepada anaknya.
"apa kata kalau sebelum balik tu bukak kan pintu surau tu. senang org nak pergi solat subuh"
ceh! tak ada kata-kata semangat langsung. hehehehehe
sekarang koi berada di temerloh! :D
tapi satu jeh yang tak besh. satu aktiviti tersekat. ok malam-malam main tenis. sangat syok! sebab free dan cuma bermodalkan bola tennis yang jarang-jarang kena tukar sebab dah kurang daya reflex. tapi ada pihak yang tidak bertanggujawap telah kunci court tersebut. ok tak ada. semangat kesukanan kami tinggi. tak mengalah. panjat pagar court tenis. lansai. keesokkan malamnya nak main lagi panjat pagar pun panjatlah. layan kan ajar. no risk no game beb! hahaha. tapi kali ni lagi khianat dan lahanat. box suis lampu plak dorg kunci. agak lancau laa kat situ kan. dah panjat penat2 nak on suis lampu sekali dorg kunci plak box tu. dan match yang melibatkkan roger federer dan jugak anna kournikova terpaksa dibatalkan.
macam mana remaja tak merempit. macam mana remaja tak jadi vandalisme. macam mana remaja tak buat menda tak elok. kalau setiap aktivi remaja disekat. nak main futsal bayar. nak main bola kat padang kene bayar. nak main tenis kene bayar. itu bayar ini bayar. so apa jeh kerajaan tempatan sediakan untuk remaja beriadah? kalau semua berkunci dan dilarang masuk? macam mana nak hasilkan pro dalam sukan? macam mana remaja tak merempit. hahh! nak larang apa remaja merempit. cukai jalan sama-sama bayar kot! (kata-kata rempit) jadi lantak aku laa nak rempit.
dan lagi satu. kalau nak suruh bayar pun tulis laa kat pintu ker hapa. kepada siapa kami nak bayar dan kat sape kami nak contact bila nak tempah court tu. macam mane kami tak jadik vandalisme. jangan marah bila dekat court tu nanti ada wallpaper ader grafitti plak yak! huh! cam haram. ehh? tadi kate temerloh cam heaven kan? hahaha..
8.00 am. waktu tido. ZzZzzZz
Led Zeppelin - Communication Breakdown.

1 lagi menulis!:
hahahaha.. heaven yakk
bila nk ajak koi blk temeloh ni??
Post a Comment