orang besar. syok sangat.
jalan tak perlu lalu jammed.
kalau jammed ada polis beri laluan. marah orang suruh berhenti.
best kan? kite terpaksa berhenti dekat setengah jam tengah panas semata-mata nak bagi mereka jalan.
kita orang-orang kecil berpanaslah tunggu seorang orang besar untuk lalu.
di ekori oleh beberapa gagah-gagah bermotor besar berwarna putih.
ini namanya pemimpin mesra rakyat?
ini namanya pemimpin di hati rakyat?
sangat sedap kan. tiap-tiap tahun kita bayar roadtax tapi mereka lagi syok menggunakan jalan.
semua ada hal penting. nak balik tengok anak bini. nak kejar cari duit. apa salahnya kalau sama-sama duduk dalam jammed. rasa sama-sama masalah rakyat. ingat semua orang seronok ke ramai-ramai dalam kereta tunggu lampu hijau?
kau dah cukup senang dah. rumah besar kereta besar. apa salah kalau sama-sama beratur sama-sama jammed. damn! aku terlambat sebab orang besar nak lalu. berkhidmat untuk rakyat lah! bukan berkhidmat makan duit rakyat duduk senang lenang!
cerita kedua ~
hati panas repeat pergi pasar malam jalan kerinchi. dekat dengan stesen lrt universiti. besh! semua yang jual orang-orang besar belaka. semua yang jual hardcore-hardcore belaka. King of Laksa! King of Ice Blended! King Of Jambu! pergh! bermacam-macan king yang jual. bukan calang-calang penjual dan jurujual yang menjual. har har!
paling terbaik adalah oblong! terbaik! memang terbaik! macam prosperity burger! makan terasa macho-macho jeh. lagi sedap dari prosperity burger! dan yang paling penting murah! sekali lagi di ulang murah! hahahaha! cuma rm3.80. jangan lepas ni aku promote minggu depan kau naik harga plak! :D
sorry tak ada gambar sebab nikmat dia tak dapat digambarkan! wakakaka! :P
nota pendek: orang besar. sedar-sedarlah. tak heranlah dengan duit kau itu.
iron maiden - die with your boots on!

1 lagi menulis!:
oblong???betol3..nnt kite repeat g pasor mln kerinchi..mahu nasik kerabu nya..terbaikkk..
mkn ramdhan lepas tingat2 lagik wey..huhuu..
Post a Comment