RSS Feed

Serang Selagi Ada Cara

semalam aku bersembang dengan seorang rakan. tentang mara tentang tajaan dan tentang pengalaman. agak panjang dan lebar lah juga. dia sekarang mengalami satu masalah apabila mara tarik balik tajaan untuk sambung belajar ke luar negara atas pelbagai alasan. owh memang macam cibai. hati dan bunga-bunga nak berwinter sonata dan malam termimpi-mimpi nak naik kapal terbang tapi tup-tup pelamin anganku musnah. sembang punya sembang dia bagi aku satu link.


http://www.unikltipupelajar.blogspot.com/


ini cerita tipu ke? ini cerita bohong ker? mana students uniKL? cakap sedikit tentang pengalaman korang. tak salah kan berdiskusi. aku bukan ahli ilmiah atau ahli politik. tapi dia sedikit sebanyak terkena jugak pada aku.


pendapat korang? sila baca pada laman sesawang di atas dan kongsi bersama aku.


terima kasih.


Iron Maiden - Die With Your Boots On.

Panas Dalam Dan Luar? apakah? :D

whoa, let the sun beat down upon my face.

ah cuaca sangat panas kan sekarang. sangat cemburu bila tengok olimpik musim sejuk. diorg siap pakai tebal-tebal lagi. yang kita pulak kat malaysia rasa nak bogel-bogel jeh. rasa nak berjalan tu bogel jeh buat naked run macam dalam video clip blink 182 tu. hahahaha! punya laa panas. nak tunggu bus 10 minit pun peluh mencurah-curah ke ladang gandum. ehh bukan gandum sangat laa. gandum yang baru lepas tuai. hahaha! dadaku tidak berbulu dada ok. kalau campur bulu dada lagi tak tahu laa macam nak menghadapi peluh yang mencurah-curah. hahaha! masam weh! serius masam!

cuti 3 hari apa lagi. balik temerloh. ya memang aku seorang yang homesick! rumah sakit! sakit rumah! temerloh itu heavan! heavan! hahaha! walaupun tak ada apa yang menarik walaupun tak ada satu pun panggung wayang. tak ada satu pun pusat bowling. dan walaupun tak pernah-pernah wujud satu mall macam midvalley atau seangkatannya. tapi ia tetap heavan! pertama sebab kat temerloh boleh ngeteh non stop! hahahah! itu yang besh dan paling besh! mengeteh kat temerloh sangat heavan! org kata tempah jatuh lagi dikenang.

tapi bila balik temerloh. masa tidur automatik berubah. malam berjaga siang tidur. ceh! sehingga seorang bapa berpesan kepada anaknya.
"apa kata kalau sebelum balik tu bukak kan pintu surau tu. senang org nak pergi solat subuh"
ceh! tak ada kata-kata semangat langsung. hehehehehe

sekarang koi berada di temerloh! :D

tapi satu jeh yang tak besh. satu aktiviti tersekat. ok malam-malam main tenis. sangat syok! sebab free dan cuma bermodalkan bola tennis yang jarang-jarang kena tukar sebab dah kurang daya reflex. tapi ada pihak yang tidak bertanggujawap telah kunci court tersebut. ok tak ada. semangat kesukanan kami tinggi. tak mengalah. panjat pagar court tenis. lansai. keesokkan malamnya nak main lagi panjat pagar pun panjatlah. layan kan ajar. no risk no game beb! hahaha. tapi kali ni lagi khianat dan lahanat. box suis lampu plak dorg kunci. agak lancau laa kat situ kan. dah panjat penat2 nak on suis lampu sekali dorg kunci plak box tu. dan match yang melibatkkan roger federer dan jugak anna kournikova terpaksa dibatalkan.

macam mana remaja tak merempit. macam mana remaja tak jadi vandalisme. macam mana remaja tak buat menda tak elok. kalau setiap aktivi remaja disekat. nak main futsal bayar. nak main bola kat padang kene bayar. nak main tenis kene bayar. itu bayar ini bayar. so apa jeh kerajaan tempatan sediakan untuk remaja beriadah? kalau semua berkunci dan dilarang masuk? macam mana nak hasilkan pro dalam sukan? macam mana remaja tak merempit. hahh! nak larang apa remaja merempit. cukai jalan sama-sama bayar kot! (kata-kata rempit) jadi lantak aku laa nak rempit.

dan lagi satu. kalau nak suruh bayar pun tulis laa kat pintu ker hapa. kepada siapa kami nak bayar dan kat sape kami nak contact bila nak tempah court tu. macam mane kami tak jadik vandalisme. jangan marah bila dekat court tu nanti ada wallpaper ader grafitti plak yak! huh! cam haram. ehh? tadi kate temerloh cam heaven kan? hahaha..

8.00 am. waktu tido. ZzZzzZz





Led Zeppelin - Communication Breakdown.

Happy Birthday!

dah setahun dah blog ni rupanya.
tak perasan pun.
bila buka semula profile baru laa perasan.
hahaha! oleh yang demikian.
terimah laa layout baru ini sebagai hadiah di harijadimu yang pertama!


ok dah start menulis balik!

dah nak tahun baru cina. dah nak cuti.
plus gak dah siap sedia bagi ampau tol free.
yang nak balik kampung. tiket bas dah beli?
yang naik kereta nanti. hahaha! jaga-jaga ops sikap dah bermula.
hati-hati!
nak wish gong xi fat chai terasa awal lagi.
sekadar peringatan untuk mereka-mereka.
ampau koi jangan lupa yak! :D

nota kaki :) arsenal vs. liverpool khames 3.30 am. harap-harap menang!

led zeppelin - kashmir

Background baru

wah! asyik hitam putih jeh kan..
sekarang tidak lagi!
macam mane? rase2 ok tak?
belum siap 100% lagik.
masih dalam pembikinan..
baru la semangat nk menulis lepas ni.
hehehehe :P

orang besar dan orang-orang kecil ditepi-tepi

orang besar. syok sangat.
jalan tak perlu lalu jammed.
kalau jammed ada polis beri laluan. marah orang suruh berhenti.
best kan? kite terpaksa berhenti dekat setengah jam tengah panas semata-mata nak bagi mereka jalan.
kita orang-orang kecil berpanaslah tunggu seorang orang besar untuk lalu.
di ekori oleh beberapa gagah-gagah bermotor besar berwarna putih.

ini namanya pemimpin mesra rakyat?
ini namanya pemimpin di hati rakyat?

sangat sedap kan. tiap-tiap tahun kita bayar roadtax tapi mereka lagi syok menggunakan jalan.

semua ada hal penting. nak balik tengok anak bini. nak kejar cari duit. apa salahnya kalau sama-sama duduk dalam jammed. rasa sama-sama masalah rakyat. ingat semua orang seronok ke ramai-ramai dalam kereta tunggu lampu hijau?
kau dah cukup senang dah. rumah besar kereta besar. apa salah kalau sama-sama beratur sama-sama jammed. damn! aku terlambat sebab orang besar nak lalu. berkhidmat untuk rakyat lah! bukan berkhidmat makan duit rakyat duduk senang lenang!

cerita kedua ~

hati panas repeat pergi pasar malam jalan kerinchi. dekat dengan stesen lrt universiti. besh! semua yang jual orang-orang besar belaka. semua yang jual hardcore-hardcore belaka. King of Laksa! King of Ice Blended! King Of Jambu! pergh! bermacam-macan king yang jual. bukan calang-calang penjual dan jurujual yang menjual. har har!

paling terbaik adalah oblong! terbaik! memang terbaik! macam prosperity burger! makan terasa macho-macho jeh. lagi sedap dari prosperity burger! dan yang paling penting murah! sekali lagi di ulang murah! hahahaha! cuma rm3.80. jangan lepas ni aku promote minggu depan kau naik harga plak! :D

sorry tak ada gambar sebab nikmat dia tak dapat digambarkan! wakakaka! :P


nota pendek: orang besar. sedar-sedarlah. tak heranlah dengan duit kau itu.


iron maiden - die with your boots on!

kembali lagi sekali lagi

sudah lama tidak menulis.
kini saya kembali.
maaf kerana tidak update langsung blog ini.
sudah bersawang dan tidak bernyawa lagi ini blog.

boleh ke saya menulis lagi? he he. harap masih boleh laa kan.

entry untuk pertama kali setelah lama tak menulis.

siapa nak menang iphone 3Gs? caranya sangat mudah. cuma jawap soalan di bawah.

taman perumahan yang paling luas dan besar di temerloh di mana? :P
he he he.. :D

yeahh! ketar-ketar tangan dah lama tak menulis.