RSS Feed

cop vs. civilian. civilian win!

cuba lihat video di bawah ini.



pamela somerville yang ketika itu berumur 57 tahun di heret dan dipukul oleh seorang anggota polis berpangkat sarjan, mark andrews pada 2008. dan hari ini anggota polis itu akan dihukum atas kesalahan yang dilakukan oleh beliau.

somerville, pada ketika itu tidur dalam kereta miliknya di tepi sebuah jalan dikatakan enggan menjalankan ujian pernafasan ke atas dirinya diheret ke sel sebuah balai polis (menurut kata sarjan mark andrews). tetapi keadaan sebenar adalah sebalik nya. dan hari ini kebenaran telah terbukti dan sarjan mark andrews akan dikenakan hukuman.

sumber berita dari: www.kosmo.com.my

agak-agak kan. bila rasa-rasanya semua sel tahanan dan balai polis di malaysia ini akan dilengkapi dengan peralatan cctv? dan rasa-rasa cadangan untuk melengkapkan kereta peronda polis dgn cctv bila boleh siap ya? kalau macam ini baru laa intergriti polis boleh naik. tak ada nak buat kerja ikut hati dan tak ada lagi kita dengan kes keganasan terhadap tahanan. baru lah slogan polis yang di agung-agungkan iaitu telus dan benar itu dapat dimartabatkan. rasuah pun boleh kurangkan bila kereta peronda ada cctv. tapi pastikanlah berfungsi ya. setakat ada buat perhiasan jeh buat apa. (macam selalu, bila kena rompak nak check cctv tak berfungsi).

dan satu lagi. padanlah anggota polis barat dihormati dan disegani. sebab mereka memang buat kerja. polis macam ini perlu ada dalam skuad polis malaysia. tegas. tapi pastikan telus. bukan macam polis di sini di pandah rendah dan penuh korupsi.




dulu cita-cita aku nak jadi polis trafik sebab terpengaruh dengan cerita roda-roda kuala lumpur. hehehe. tapi bila sekarang tengok gerak khas macam tak ada feel dah nak jadi polis.


raya di hollywood. style!



iklan yang biasa kita tengok di hari raya. nak tengok iklan hari raya yang lain dari yang lain. yang idea ini tak pernah terlintas oleh orang lain tetapi berjaya di cungkil oleh sebuah syarikat television swasta terkemuka tempatan? cuba lihat hasil idea bernas mereka ini.




kenapa perlu tiru iklan Christmas? apa terlalu kurang idea kah pihak tv3 sehingga perlu bikin iklan seperti ini?

jangan terlalu ambil ringan tentang isu hari raya aidilfitri. mungkin tv3 fikir idea ini kreatif dan tak pernah di buat orang? atau saja nak bikin kelakar? sorry tak kelakar ok. terima kasih kerana telah membangkitkan sensitiviti umat islam ya. anda telah berjaya dengan iklan anda! syabas!



kerajaan apa tindakan? atau dah start cuti raya?




bagi aku iklan dari pkns kali ni terbaik. malas nak wish hari raya lagi sebab aku kena kerja lagi. mood nak raya tak mari lagi.


satu dua tiga malaysia




aku tak tahu apa yang salah tentang lagu ni. bagi aku lagu ni bagus. bukan senang nak tengok seorang yang berbangsa cina nak buat lagu yang macam ini. ini menunjukkan beliau seorang yang sayangkan malaysia. seorang yang faham erti satu malaysia! dan seorang yang suka hidup serumpun. sebab apa? sebab beliau tahu nikmat yang boleh di kongsi bersama.

aku post video ini dekat blog ini sebab aku rasa orang lain patut dengar lagu ini. sebab ada seorang hamba Allah ini tiba-tiba komen pada video ini mengatakan ini satu propaganda. baik delete video ini sebab ia menimbulkan propaganda. bagi aku video ini bukan satu propaganda. sebab apa? bagi aku propaganda seperti black mail ataupun surat layang. atau dalam lebih mudah:

seperti baling batu sorok tangan.

orang yang menyebarkan propaganda adalah orang yang cuma sebarkan satu isu secara diam-diam. tetapi tidak seperti video ini. sebab apa? sebab beliau tidak langsung menutup muka atau secara senyap-senyap.

aku suka satu quote mamat ni:

" those who live by the gun will die by the gun"

jadi kenapa perlu radikal sangat? semua orang cintakan bangsa sendiri. cina sayangkan bangsanya. india sayangkan bangsanya. dan aku juga sayangkan bangsaku. tetapi kita perlu ingat kita tinggal di malaysia. perlbagai kaum. jadi perlu ada give and take.

dan aku juga nak post kan satu ayat dari kawan aku yang menyokong aku.

"dalam agama Islam pun tak ajar kita membenci kaum lain."

aku akui ekonomi melayu lebih rendah dari bangsa cina. tetapi itu bukan satu sebab yang kita perlu bertindak seperti pengganas kepada bangsa cina dan juga bukan satu sebab untuk bangsa cina memperlekehkan bangsa melayu.





arsenal ada penyokong berbilang kaum. mari sokong arsenal tanda kita bukan seorang yang racist. arsenal team paling kuat di alam semesta. arsene wenger dah kumpul 7 biji mutiara naga dan dah buat wish lepas ni arsenal menang semua title.

adolf hitler: seorang pemimpin agung

anda kenal adolf hitler? mungkin anda belum kenal dengan lebih lanjut

cuba lihat gambar di bawah.




ingin tahu lebih lanjut? sila ke link di bawah.

klik di SINI

cerita sebenar di sebalik wajah adolf hitler.

cucuk mencucuk.


aku cari dekat www.tv3.com.my nak tengok catch up tv. tapi sampai sekarang masih belum ada. kenapa media malaysia masih lagi ada sifat "play safe".

rancangan seperti ini dan topik seperti inilah perlu di sajikan di saluran tv tempatan. bukan seperti rancangan sensasi yang nak cari sensasi macam gampang tu.

malas nak komen banyak. dulu guru-guru dilarang berpolitik sebab tak fokus. sekarang mahasiswa di larang berpolitik sebab tak matang. ideologi tak hebat, senang di cucuk. tapi satu soalan yang bermain di minda. kenapa takut untuk mahasiswa berpolitik? adakah sebab apa yang dihidangkan di universiti tempatan tak cukup padu tak cukup jitu seperti media tempatan? kalau rasa mudah dicucuk dan ideologi tak bagus. beri tunjuk ajar. beri peluang. bukan larang dan sekat. dulu waktu zaman guru-guru jadi ahli politik. tak ada laa banyak sangat korupsi, politik wang.

tapi sekarang ahli politik pula berlatar belakangkan usahawan, hartawan, orang yang kaya-kaya yang biasa main dengan duit banyak-banyak. yang biasa dengan korupsi. (ya lah kan. syarat untuk menjadi ahli politik pun hendaklah seorang yang bukan bekerja dengan kerajaan dan punyai wang untuk pertanding). orang macam mahasiswa yang baru belajar mana nak ada duit kan. duit pun pinjam ptptn. yang ada ideologi yang bagus pula tak ada duit. yang bijak pandai pula tak suka dengan politik malaysia.



sebab tu banyak mahasiswa jadi rempit. jadi artis.



gua malas nak cucuk-cucuk. gua ikot jejak rempit cilok-cilok

nasi lemak sedap. vadee sedap. yon tao fu pun sedap.

cube anda baca ini.

sila klik di

SINI


dan kemudian anda tengok video ini pula




dan kemudian tonton video ini pula.




ini erti kemerdekaan kita kali ini? ini erti satu malaysia yang di canang dan dibanggakan oleh KERAJAAN MALAYSIA? ape cerita ni pak-pak menteri?


13 mei 1969 dah ada sejarah. nak cipta sejarah lagi? cukup-cukuplah. buat apa kita nak buang masa buang darah lagi.


aku ada kawan baik cina dan india. tak ada masalah pun. kenapa perlu nak ada rasa perkauman kalau kita hormat satu sama lain. dan aku bangga ada kawan-kawan berlainan kaum yang hormat agama dan kaum orang lain. deepavali pergi rumah raj. tahun baru cina pergi rumah win chin, mr. yap, chin chau, chee khuan, jia lik, dan ramai lagi. kenapa nak ada masalah? kenapa nak perkauman.

zaman perkauman dan perbezaan warna kulit dah lama berlalu. 13 mei 1969 dah lama berlalu. zaman klux klan pun dah lame pergi. zaman nazi lagi lah lama dah berlalu. sampai orang israel pun dah ada dalam peta dunia sekarang. jadi kenapa perlu kita masih lagi nak ungkit dan kembali ke masa lampau. tak matang langsung. merdeka je dah 53 tahun.

dan kepada yang komen-komen tentang video dan nota di atas. kenapa nak tambahkan kayu api di atas api yang membara? kan elok kalau di sembur air supaya ia padam dan sama-sama tidak panas dan terbakar.

buat apa nak gaduh-gaduh. lepak mamak layan arsenal sama-sama lagi besh. arsenal dah laa team terkuat di alam ini.

cut tari hot tapi nora danish lagi hot.

orang malaysia tak semangat langsung nak sambut hari kemerdekaan. tengok lah bendara yang tergantung. sedih. mungkin semangat nak raya lagi kuat. tengok la baru sehari dua puasa jeh bunyi mercun macam esok dah nak raya. tapi aku tak kisah sangat. sebab tiap-tiap tahun sambutan merdeka sama je. semangat patriotik tu macam tak sampai. tapi tak kisah lah. (standard melayu apa-apa pun tak kisah).

tapi aku pelik. rakyat indonesia raya yang kecoh sangat tentang kemerdekaan malaysia. siap nak bakar bendera. lempar tahi bagai. rileks laa der. sap kok lu.

mungkin anda seorang yang patriotik. tapi sila salurkan ke arah yang betul. jangan gaduh-gaduh moh kita main bunga api dulu. mercun pun banyak jual kat bazaar.


hari raya nak dekat. baik simpan duit beli baju raya oi. kalau bendera bagi free aku gantung.


separuh nafas mati

ape kejadah geng blogspot sama google kasi removed ini blog.
nasib baik boleh dapat balik.
dan hari ini.

oksigensaya.blogspot.com


OFFICIALLY BACK!

I'm Back Again (world cup edition)

lama dah tak menulis. ok ni percubaan kali ketiga untuk kembali. kalau lepas ni malas juga. confirm blog ni koi delete. haha

mood sekarang adalah oren! ya kenape oren? bukan sebab peminat setia zahid a.f ye. tapi semangat netherlands membara! hehehe.

koi dah janji kalau netherlands pergi quater final koi nak kembali sambung blog ni. dah sekali memang pergi pun. tapi netherlands main takde lah bagus mana kali ni. tak mcm euro 2 years ago. waktu euro 2008 dorg main sangat cantik dan agresif. ingat tak waktu dalam kumpulan dorg bantal team dalam group dorg berape? hahaha. ok cukup lah tu.

ok korg mesti ada pasukan yg korang suke kan? kalau yang perempuan tentu-tentu sekali pilih negara yang ada players kacak. sokong brasil sebab kaka. sokong portugal sebab c.ronaldo. sokong spain sebab torres. kan? kan? kan? hahaha. tak kisah lah tu. janji korg ada jugak pilih pasukan yang korang nak sokong. kurang-kurang ada gak penyejuk mata kat kedai mamak kalau-kalau games borink. boleh gak usha-usha korg. haha!

ok. jadi janganlah koi lah ye kalo koi tengok bola sebab awek-awek dorg cun. haha. tapi serius kat kate. awek-awek oranje cun! memang leleh. hahaha. sebab tu koi sokong belanda. awek belanda terbaik.

belanda jumpa brasil quater final. koi nak cakap ringkas jeh. kalo brasil main style samba koi risau. tapi sekarang brasil main style dungu eh style dunga. koi tak ade risau mana. haha.

ingat kaka tu hensem? hensem lagi van persie. ingat robinho tu power? power lagi arjen robben. ingat luis fabiano tu boleh jadi top scorer? simpan jeh hasrat tu sebab neh last game die. sebelum quater final kemas beg siap-siap sebab lepas tu terus balik jeh


ok. nak sambung usha-usha awek-awek cun kat world cup. mane lagi cun koi sokong. bye-bye maria ozawa. balik jepun dgn honda ye. nak beli honda bulat pun takpe. dah jangan kaco koi nak ber sun bathing dgn awek-awek oranje dan spanish kat nelson mandela bay.



you are my angel baby. terbang lah bersama saya

Earth Hour. Saya Sokong.

sabtu jam 8.30p.m sehingga 9.30pm adalah earth hour. padamkan lampu dan bergelap selama sejam. ya saya sertai! bukan lama sangat pun. satu jam jeh pun.

ok. dalam facebook tulis aku akan berbogel kan ketika earth hour. siapa kata aku tipu? siapa kata aku tak bogel? nah gambar. aku buktikan. hey! bila aku cakap nak bogel. aku bogel ok. ok biar gambar jeh yang membuktikan semua kata-kataku.



pada pukul 8.45 malam.



dan pada pukul 9.15 malam.

siapa kata aku tak bogel? siap gambar lagi aku letak ok. apa laa sangat berbogel dalam selama sejam. tak da hal lah!

kenapa earth hour tahun ini tak macam tahun lepas? owh. sebab promosi tak macam tahun lepas ea? owh sebab dah tak glamour ea.


saya sayang bumi saya. anda pula bagaimana? :D

Mulakan pagi anda dengan penuh keceriaan

selamat pagi. mulakan hari anda dengan senyuman. jangan hiraukan perkara semalam jangan pedulikan perkara semalam. cuba sebentar katakan cheese!!! :D masih belum boleh senyum. ok kalau tak boleh juga. cuba dengan katakan ini. Cisshh!!! boleh pun senyum walaupun dengan rasa penuh terpaksa. senyumlah walaupun dalam keadaan terpaksa ya. sebab jika anda masam dan tidak senyum anda juga boleh rosakkan hari orang lain juga.

senyumlah! senyumlah! ahaiii cek mek molek! :P


semalam tengok gila-gila remaja. terus sampai pagi ini tak tidur lagi. sebab excited sangat. excited nak pergi pahang motor nak cari scrambler. pagi ni pun tak nak sarapan nasi lemak. nak sarapan scramble eggs. sebab taknak mood itu lari dan aim itu berubah. sepanjang malam tadi berfikir warna apa sesuai dengan citarasa saya. memang tak boleh tidur. tak sabar nak pergi pahang motor.

owh tak cukup lengkap lagi. jaket kulit masih belum ada. owh jaket kulit zaman bapak aku muda-muda dulu masih ada. boleh sangat rembat. dia bukan tahu pun. cuma nak korek tabung sikit nak tulis nama ROY kat belakang jaket. biarlah orang nak kata boROY ker toROY ker. aku tak peduli. yang penting hajat untuk bergelar roy berjaya.

kasut nike high cut aku tak pening kepala sangat. bagi aku small matter jeh. aku boleh rembat kasut high cut nike mat-mat rempit. mat-mat rempit sekarang dah pakai crocs. tak pakai lagi high cut mahupun cikang. tak trendy mereka kata. dengar cerita rempit kuantan sekarang pakai quicksilver eh sejak east coast mall buka? gile trendy. mat rempit campur suffer. memang mengancam. padanlah dorg pakai quicksilver sebab diorg memang surfer pun (berdiri atas motor). aku dah aim dah rumah rempit yang ada kasut nike high cut. selang dua rumah dari rumah aku. rumah zahid noah. mesti adik dia punya tu.

aku rasa aku boleh settle dah semua ini sebelum sembahyang jumaat. lepas jumaat aku dah boleh melaram dah. pergh! ROY! mesti lepas ni ada pula geng gagak hitam nak dengki sama aku. ceh!

ok tamat bahagian pertama.

esok 27 mac 830pm hingga 930pm adalah earth hour. adakah anda sayangkan bumi anda? gunakan masa bumi ini untuk menunjukkan anda cintai bumi anda. padamkan lampu anda. alaa sejam jeh. akademi fantasia pun mesti start 930pm punya sebab nak support earth hour. percayalah. lagipun rugi laa dia kalau start 900pm.

jadi adakah anda menyokong earth hour? aku dah plan nak buat naked run 830 hingga 930. agak-agak sempat tak kalau aku lari bogel dari gombak ke wangsawalk dalam masa sejam? saya perlukan sokongan anda.

ok lagi satu. lupa nak pesan. waktu earth hour tu. baik korang berada di pusat-pusat membeli belah. bawak beg besar-besar. lagi besar lagi bagus. waktu mereka tutup lampu tu. sebat habis-habisan. aku dah plan nak pergi klcc hari ni nak aim mana aku berkenan. nak kira tapak gak berapa langkah nak sampai ke baju yang aku suka tu dari pintu kedai. nanti salah kira tapak tercapai bikini dah haru. takpe boleh hadiahkan kat nenek aku buat pergi kebun. tak ada dia komen panas lagi.


mari menyokong EARTH HOUR cuma SATU JAM SAHAJA bila lagi kalau bukan ESOK, SABTU 27 MAC 2010. kat mana lagi kalau bukan kat BUMI. kalau yang kat planet named atau utarid nak join boleh juga.

hati panas! terus nak update.

ok laaa..update laa sikit..update laa sikit..huhuhu

ok ini cerita semalam. dah lama aku tak gossip. tapi hari ni rasa macam panas jeh. macam ingat jeh apa yang terlaku. rasa macam tak puas jeh kalau tak hebohkan.

ok kejadian berlaku dalam putra lrt. waktu tu aku on da way nak balik gombak la. dari masjid jamek. sepanjang perjalanan dari masjid jamek ke klcc ok laa. macam biasa-biasalah dalam tren. masing-masing buat hal masing-masing. aku pun buat hal masing-masing gak bermaksud cuba untuk tidurkan diri. meniduri diri sendiri.

tapi bila sampai jeh stesen klcc. aku automatik laa terjaga. mana laa tau kan. kot-kot ada awek cun masuk. tak duduk sebelah aku. berdiri depan aku. dapat gak laa cuci mata kan. kalau ada awek omputih lagi mengancam. hahahaha.

tingg..pintu dibuka. aku apa lagi. dengan harapan ada awek cun. hahahaha. masuk satu couple neh. dengan awek dia. ok laa. awek dia boleh tahan laa. jantan tu pown ok laa. tapi aku lagi kacak la. jantan tu duduk sebelah aku. minah tu duduk sebelah jantan tu. damn! dia leh kasi minah tu duduk sblh bangla. patut bagik laa duduk sebelah aku. ok bukan itu aku nak cerita.

bila couple tu duduk jeh. ada seorang akak ni. kerja kat klcc. dia sapa mamat ni. mamat ni. ahh dengor jeh bualan dorg.

"hiii!" minah kerja klcc.

"ehh! akak! marilah duduk" laki tu berdiri.

"hi! buat ape kat sini? owhh! awek baru nampak. dah berapa lama couple."

"heeee. neh baru jeh lagi akak. baru 6 bulan. " jantan tu jawap.

"owhh. baguslah. yang lama macam mane?" akak kerja klcc.

"owhh. dah takde dah." jantan tu.

"owhhh. cute! comel! sepadan laa tu." akak kerja klcc.

"kitorg dah nak bertunang ni. datanglah" jantan tu buat statement gelabah.

"hah? ea ker? jangan bertunang awal dengan dia neh. akak warning." akak kerja klcc.

"hah? kenapa plak takleh? alaa lagipun bkn saya syg sgt kat dia. dia jeh yang nk kat saya?" jantan tu kate. sebelah tu awek dia.

"ehh? ea ker? tapi akak warning jangan tunang awal2" akak kerja klcc.

"alaa. dia taknak takpe. bukan saya nak sangat. saya nak tinggalkan dia. boleh jeh tinggalkan. ok? kite clash ea? " jantan tu buat bajet macho.

"ehh? alaa? janganlah. janganlah." minah awek dia tu nak nanges. muka dah buruk.

"tengok. dia sayang saya sangat. nak buat macam mane?" jantan tu lagi.

sambil tu jantan tu borak-borak ngan ade minah sorg ni lagi. pergh giler ramai peminat jantan neh.

ok malas nak cite panjang-panjang.

ape ker bodoh sangat perempuan tu. oit! ko nampak murah tau tak. M. U. R. A. H.
senang-senang jeh ko boleh kene macam tu? siap boleh nak nangis-nangis merayu-rayu lagi jangan putus. lelaki tu muka bangga jeh. akulah lelaki kacak di dunia ini. macam setan.

tolonglah. kalau aku jadi awek jantan tu dah lama aku blah. dah lame dah aku hentak atau simbah air kat muke. dia boleh malukan ko depan orang ramai. cakap nak kuat. nak kasi satu tren dengar. kau boleh nak nangis nak merayu pasrah lagi. alahaii. untung nya lelaki tu.

argh! kenapa aku menyokong wanita pula. adakah aku sudah berubah? sudah ingin menjadi lelaki lembut. owhh tidak..kenapakah dengan naluri ku ini. tolong. hahahaha.

nasib laa kau tak couple dengan nadia puaad weh. kalau tak kat situ gak aku rasa kau mati. takpun kat situ gak jadi kubur kau. kene lenyek ngan lrt. hahahaha!

tolong laa. ramai lagi yang hensem kot. tolong lah. kalau aku jadi perempuan tu. biar aku cari pengkid pown tak ape.

kalau setakat jantan tu kau nak nangis-nangis. hahahaha. sangat kelakar ok!

dah lah malas nak masuk campur rumah tangga korang.

aku nak heppy tengok liverpool kalahkan man utd tak gak. buang masa aku tonton. rugi duit aku jeh makan roti arab.! ceh!

You Had a Bad Day

you sing a sad song just to turn it around

sudah bad day buat apa nak dengar lagu sedih lagi. sudah nangis kenapa nak nyanyi lagi mendayu-dayu lagi? tukar. untuk apa nak sedih lagi nangis-nangis. tak ada yang nak ambil peduli. tak ada yang nak ceriakan anda? perlukan seseorang? jangan berharap sangat. masing-masing punya hala tuju. masing-masing ada hal sendiri. jadi macam mana? teori akak-akak aku dulu. baca gila-gila. zaman-zaman gila-gila tengah top dengan 3 dara pingitan, dan abe. ujang plak tengah top dengan workshop dan mr. tandoori payat. penuh jugak satu almari buku dgn majalah ujang dan gila-gila. adakah akak-akak aku jiwa jiwang sangat asyik baca ujang? hahahah! entah sebab waktu tu aku kecik-kecik. mane aku ambil kisah. sebab aku happy jeh hari-hari!

hah! dan akak aku yang sorang ni pelik sikit. dia tak baca ujang atau gila-gila. tapi baca dewata raya dan pedang setiawan. hah itu aku no komen! itu sekali dia marah kau jangan berani-berani tegur. silap-silap kau tergantung kat kipas. :D

ok malas nak cerita moody-moody neh panjang. siapa nak pergi placebo kat kl live nanti? bagitau aku sikit. nak gak tao siapa yang nak gi placebo live in malaysia. dorg ada line up baru kan? siapa nak pergi? bagitahu laa aku. aku bukan nak ikut pun korg. aku tak layan band GAY tu. heheheh! jangan marah ea peminat placebo. lantak korg laaa. baik aku pergi istana budaya tengok amy search. kurang-kurang aku tak hapal lirik pun leh gak aku paham. kang kalau aku pergi placebo live in kl kang ternganga jeh. :P

ok sekian sahaja untuk hari ini. siapa nak pergi tengok the book of eli? ataupun nyiang rapik! jom! jom! mari kite tengok bersama.

jap lupa plak. semalam aku ada bincang sket dengan kutu arsenal selayang. die nak buat TEAM RAMSEY. ada nak join x? nak buat jersey arsenal tulis TEAM RAMSEY kat belakang. bukan team jacob atau team edward ok! hehehehe :D kalau berminat carik aku. TEAM RAMSEY!! kesian dia patah kaki



semoga cepat sembuh. koi dah beli tiket ke u.k khamis petang. nanti koi datang melawat bawak buah tangan ea. aok nak mende? bukan musim buah skrg. tapi koi cuba laa ushar pramugari kasi lepas bawak durian untuk aok ea. i try my best!

nota skit : man utd. jangan suka sangat menang carling cup. kite beza satu point jeh. untuk chelsea! sudah-sudah laa skandal seks tu. bayi! kamu akan ke bawah! bawah! bawah! :D


Fall Out Boy - Sophomore Slum Or Comeback Of The Year.

Serang Selagi Ada Cara

semalam aku bersembang dengan seorang rakan. tentang mara tentang tajaan dan tentang pengalaman. agak panjang dan lebar lah juga. dia sekarang mengalami satu masalah apabila mara tarik balik tajaan untuk sambung belajar ke luar negara atas pelbagai alasan. owh memang macam cibai. hati dan bunga-bunga nak berwinter sonata dan malam termimpi-mimpi nak naik kapal terbang tapi tup-tup pelamin anganku musnah. sembang punya sembang dia bagi aku satu link.


http://www.unikltipupelajar.blogspot.com/


ini cerita tipu ke? ini cerita bohong ker? mana students uniKL? cakap sedikit tentang pengalaman korang. tak salah kan berdiskusi. aku bukan ahli ilmiah atau ahli politik. tapi dia sedikit sebanyak terkena jugak pada aku.


pendapat korang? sila baca pada laman sesawang di atas dan kongsi bersama aku.


terima kasih.


Iron Maiden - Die With Your Boots On.

Panas Dalam Dan Luar? apakah? :D

whoa, let the sun beat down upon my face.

ah cuaca sangat panas kan sekarang. sangat cemburu bila tengok olimpik musim sejuk. diorg siap pakai tebal-tebal lagi. yang kita pulak kat malaysia rasa nak bogel-bogel jeh. rasa nak berjalan tu bogel jeh buat naked run macam dalam video clip blink 182 tu. hahahaha! punya laa panas. nak tunggu bus 10 minit pun peluh mencurah-curah ke ladang gandum. ehh bukan gandum sangat laa. gandum yang baru lepas tuai. hahaha! dadaku tidak berbulu dada ok. kalau campur bulu dada lagi tak tahu laa macam nak menghadapi peluh yang mencurah-curah. hahaha! masam weh! serius masam!

cuti 3 hari apa lagi. balik temerloh. ya memang aku seorang yang homesick! rumah sakit! sakit rumah! temerloh itu heavan! heavan! hahaha! walaupun tak ada apa yang menarik walaupun tak ada satu pun panggung wayang. tak ada satu pun pusat bowling. dan walaupun tak pernah-pernah wujud satu mall macam midvalley atau seangkatannya. tapi ia tetap heavan! pertama sebab kat temerloh boleh ngeteh non stop! hahahah! itu yang besh dan paling besh! mengeteh kat temerloh sangat heavan! org kata tempah jatuh lagi dikenang.

tapi bila balik temerloh. masa tidur automatik berubah. malam berjaga siang tidur. ceh! sehingga seorang bapa berpesan kepada anaknya.
"apa kata kalau sebelum balik tu bukak kan pintu surau tu. senang org nak pergi solat subuh"
ceh! tak ada kata-kata semangat langsung. hehehehehe

sekarang koi berada di temerloh! :D

tapi satu jeh yang tak besh. satu aktiviti tersekat. ok malam-malam main tenis. sangat syok! sebab free dan cuma bermodalkan bola tennis yang jarang-jarang kena tukar sebab dah kurang daya reflex. tapi ada pihak yang tidak bertanggujawap telah kunci court tersebut. ok tak ada. semangat kesukanan kami tinggi. tak mengalah. panjat pagar court tenis. lansai. keesokkan malamnya nak main lagi panjat pagar pun panjatlah. layan kan ajar. no risk no game beb! hahaha. tapi kali ni lagi khianat dan lahanat. box suis lampu plak dorg kunci. agak lancau laa kat situ kan. dah panjat penat2 nak on suis lampu sekali dorg kunci plak box tu. dan match yang melibatkkan roger federer dan jugak anna kournikova terpaksa dibatalkan.

macam mana remaja tak merempit. macam mana remaja tak jadi vandalisme. macam mana remaja tak buat menda tak elok. kalau setiap aktivi remaja disekat. nak main futsal bayar. nak main bola kat padang kene bayar. nak main tenis kene bayar. itu bayar ini bayar. so apa jeh kerajaan tempatan sediakan untuk remaja beriadah? kalau semua berkunci dan dilarang masuk? macam mana nak hasilkan pro dalam sukan? macam mana remaja tak merempit. hahh! nak larang apa remaja merempit. cukai jalan sama-sama bayar kot! (kata-kata rempit) jadi lantak aku laa nak rempit.

dan lagi satu. kalau nak suruh bayar pun tulis laa kat pintu ker hapa. kepada siapa kami nak bayar dan kat sape kami nak contact bila nak tempah court tu. macam mane kami tak jadik vandalisme. jangan marah bila dekat court tu nanti ada wallpaper ader grafitti plak yak! huh! cam haram. ehh? tadi kate temerloh cam heaven kan? hahaha..

8.00 am. waktu tido. ZzZzzZz





Led Zeppelin - Communication Breakdown.

Happy Birthday!

dah setahun dah blog ni rupanya.
tak perasan pun.
bila buka semula profile baru laa perasan.
hahaha! oleh yang demikian.
terimah laa layout baru ini sebagai hadiah di harijadimu yang pertama!


ok dah start menulis balik!

dah nak tahun baru cina. dah nak cuti.
plus gak dah siap sedia bagi ampau tol free.
yang nak balik kampung. tiket bas dah beli?
yang naik kereta nanti. hahaha! jaga-jaga ops sikap dah bermula.
hati-hati!
nak wish gong xi fat chai terasa awal lagi.
sekadar peringatan untuk mereka-mereka.
ampau koi jangan lupa yak! :D

nota kaki :) arsenal vs. liverpool khames 3.30 am. harap-harap menang!

led zeppelin - kashmir

Background baru

wah! asyik hitam putih jeh kan..
sekarang tidak lagi!
macam mane? rase2 ok tak?
belum siap 100% lagik.
masih dalam pembikinan..
baru la semangat nk menulis lepas ni.
hehehehe :P

orang besar dan orang-orang kecil ditepi-tepi

orang besar. syok sangat.
jalan tak perlu lalu jammed.
kalau jammed ada polis beri laluan. marah orang suruh berhenti.
best kan? kite terpaksa berhenti dekat setengah jam tengah panas semata-mata nak bagi mereka jalan.
kita orang-orang kecil berpanaslah tunggu seorang orang besar untuk lalu.
di ekori oleh beberapa gagah-gagah bermotor besar berwarna putih.

ini namanya pemimpin mesra rakyat?
ini namanya pemimpin di hati rakyat?

sangat sedap kan. tiap-tiap tahun kita bayar roadtax tapi mereka lagi syok menggunakan jalan.

semua ada hal penting. nak balik tengok anak bini. nak kejar cari duit. apa salahnya kalau sama-sama duduk dalam jammed. rasa sama-sama masalah rakyat. ingat semua orang seronok ke ramai-ramai dalam kereta tunggu lampu hijau?
kau dah cukup senang dah. rumah besar kereta besar. apa salah kalau sama-sama beratur sama-sama jammed. damn! aku terlambat sebab orang besar nak lalu. berkhidmat untuk rakyat lah! bukan berkhidmat makan duit rakyat duduk senang lenang!

cerita kedua ~

hati panas repeat pergi pasar malam jalan kerinchi. dekat dengan stesen lrt universiti. besh! semua yang jual orang-orang besar belaka. semua yang jual hardcore-hardcore belaka. King of Laksa! King of Ice Blended! King Of Jambu! pergh! bermacam-macan king yang jual. bukan calang-calang penjual dan jurujual yang menjual. har har!

paling terbaik adalah oblong! terbaik! memang terbaik! macam prosperity burger! makan terasa macho-macho jeh. lagi sedap dari prosperity burger! dan yang paling penting murah! sekali lagi di ulang murah! hahahaha! cuma rm3.80. jangan lepas ni aku promote minggu depan kau naik harga plak! :D

sorry tak ada gambar sebab nikmat dia tak dapat digambarkan! wakakaka! :P


nota pendek: orang besar. sedar-sedarlah. tak heranlah dengan duit kau itu.


iron maiden - die with your boots on!

kembali lagi sekali lagi

sudah lama tidak menulis.
kini saya kembali.
maaf kerana tidak update langsung blog ini.
sudah bersawang dan tidak bernyawa lagi ini blog.

boleh ke saya menulis lagi? he he. harap masih boleh laa kan.

entry untuk pertama kali setelah lama tak menulis.

siapa nak menang iphone 3Gs? caranya sangat mudah. cuma jawap soalan di bawah.

taman perumahan yang paling luas dan besar di temerloh di mana? :P
he he he.. :D

yeahh! ketar-ketar tangan dah lama tak menulis.