RSS Feed

Facebook Pelbagai Guna

facebook sekarang memang terbaik!
kenapa?

cuba baca sini.

TEKAN!

terbaik! sememangnya terbaik.
ceti dan ah long lepas ni tak perlu susah-susah nak pergi rumah pukul-pukul dan kasi pecah barangan rumah.
tak perlu juga acu pistol atau penjarakan peminjam-peminjam.
buang tenaga. buang duit. dan buat susah bayar gaji pekerja jeh.
lepas ni kerja seorang pun boleh.
ugut melalui facebook!
terbaik!
sekarang ah long dan ceti haram juga dan up-to-date.
cuma update status jeh. :P

hahhh.
dengar cerita mara dan ptptn pun nak buat taktik sama lepas ni.
rasa-rasanya dah boleh dah kita tukar main benda lain plak.
hahahahaha! :D

bolasepak, duit dan masa

suatu hari ada seorang rakan bersama sebatang pensil dan sehelai kertas datang duduk dekat aku. sedang aku syok tengok bola. memang aku tak berapa nak layan sangat lah. rasa macam nak bagi bicycle kick jeh kan bila dia duduk dan tiba-tiba berkata

"kau nak tahu satu formula yang baru aku dapat tak?"
"formula jadah? aku ada hipotesis! semakin banyak kau cakap. semakin dekat kaki aku dengan muka kau." aku jawap sambil lewa dan malas layan.

"gampang. dengarlah dulu. ini formula aku kasi nama. bolasepak, duit dan masa." dia jawap dengan semangat lagi.
"sejak bila kau join MLM? ini apa plak? tengok bola pun boleh dapat duit ke? kalau setakat tu tak yah lah. itu dah lama kurt sama john praktik kan. itu tengah main duit laa tu. liverpool satu setengah gol." aku jawap lagi. kacau betul. game tengah sedap ni.

"ok macam ni. satu game 90 minit. 2 game 180 minit. 3 game 270 minit kan?" dia tanya pada aku.
"itu anak sedara aku baru nak nak pergi tadika pun boleh tekan kalkulator kira." aku jawap ringkas.

"ank sedara ko laki ke perempuan? aku single! kita melepak satu malam hujung minggu dekat 4 atau 5 jam tengok bola. takkan kita minum satu gelas air jeh kan? dan mesti kita lapar bukan? lepas tu kita nak makan kan. kan?" dia soal lagi pada aku.
aku diam. fikir laa jap kononnya. "a'ah betul laa gak. jadi ape hal." aku tanya kan.

"cuba kau fikir berapa banyak dah masa kau habiskan. duit yang ko habiskan."
dia buat aku fikir lagi. sial betul "a'ah banyak laa jugak. jadi kenapa"

"sebenarnya macam ni. aku dah buat solution. yang boleh jimatkan wang kita apabila melepak tengok bola." dia berkata dengan penuh bijak.
"apa? ngorat anak mamak ni? atau pergi urut bahu mamak tuan punya kedai ni?" jawap lagi aku kan. heheheh.

"senang jeh. sebenarnya macam ni. satu game kita order satu air. gelas besar kalau boleh. dan kebiasaannya air buah. sebab dia mesti kasi gelas besar kan? jadi mesti boleh tahan lama kan? air buah satu rm2. milo ais satu rm1.80 mesti nak order 2kali dah jadi rm3.60. tak ke membazir macam tu?" sambil dia menuding bibir ke 2 gelas air aku.
"betul juga kan. air buah pun mengancam gak. sedap pun sedap." aku tercabar dengan idea dia.

"jadi oleh yang demikian. apa kata kau tolong payung dulu air buah aku ni boleh? aku sengket laa. tadi punya game aku kalah laa dengan kurt. cibai betol"

babi! terkena aku dengan formula dia. melayang aku rm2 aku.

lalu beliau memulangkan semula pensil dan kertas yang dipinjam daripada mapley yang ambil order tadi. kertas itu sedikit pun dia tak conteng.

nota kecil: kadang-kadang ada gak yang tak seronok bila menonton bolasepak.

nanti aku bagitahu pula tentang formula macam mana nak jimat masa tengok bola. :D

cakap melayu? tak macho langsung.

macho ke bila menggunakan bahasa inggeris?
tak hot ke kalau guna bahasa melayu?

bila pergi ke kedai makan yang ada kelas.
tempat artis-artis melepak.
dan pesan makanan guna bahasa melayu.
terus pandang selekeh.
pandang tak ada duit.
pakcik aku dekat kampung buka ladang getah ladang sawit lagi kaya kot.
cakap bahasa melayu dan pakai minyak wangi jenama getah skrap pun income lagi masyuk.
pakai armani bawa pergi ladang jeh.
artis pun pakai baju taja kadang-kadang belum hujung bulan dah pokai.
itu yang ramai join multilevel marketing.

kan senang cakap bahasa melayu jeh. bahasa yang dah dari kecil kau guna.
dari cakap inggeris grammar terabur dan pronounce hancur.
itu lagi nak bangga diri.

dan pekerja-pekerja asing. tak sedar-sedar diri datang tempat orang tu. belajar laa guna bahasa orang. bahasa inggeris kau pun tak kemana. lagi nak sembang macho. caiitt! kalau dah macam tu baik takyah kerja ambil order. jadi guru tusyen bahasa inggeris lagi bagus!

"awaknya dress up orang putih. fesyen tak mengalah. cakap bahasa melayu x macho la. tak ada style!" ceh! kecik-kecik nyanyi lagu air pasang dalam kat tadika nak tidur nyayi lagu burung kakak tua lagi nak tunjuk macho. lempang mau?

setakat nak order ais kosong kat restoran ZM. takyah menggedik nak sebut "sky juice satu!" bukan kena bayar pun air kosong tu. cehh!

nampak bodohkah saya bila menggunakan bahasa melayu di malaysia?
kalau macam ni rasanya nak pergi cakap bahasa melayu dekat madagascar laa.


bukan pejuang bahasa. tetapi kadang-kadang rasa meluat tu dah sampai ke siku rasa nak sigung jeh! :P

"x cool laa pergi club, lepak pub cakap melayu kan. awek skirt pendek mana nak layan. pandang pun tidak." cam bangsat.

p/s: agaknya malaysia dah boleh tukar dah bahasa rasmi kepada bahasa inggeris.


dammit! bahasa inggeris aku cuma tahu mencarut jeh! :D

beri nasihat dan tunjuk ajar pun perlu permit

sangat kelakar bila baca kosmo! 02/11/09.
muka surat paling depan. front page.

bekas mufti perlis ditangkap ketika sedang memberi syarahan agama.
macam ini pun boleh berlaku ke?
dah yang berkas dan halang dari beliau memberi syarahan agama adalah JAWI sendiri.
kenapa macam ini pun boleh berlaku? apa pihak JAWI dah tak ada kerja langsung ke? sampai lebih kurang 25 orang dari JAWI datang untuk halang dari majlis itu terus berjalan. kenapa? KL dah tak ada maksiat malam tu? kenapa? aloha dah ada ruang asing untuk lelaki dan wanita?

sangat pelik dan terkejut ke? untuk sebarkan ilmu tentang agama Islam pun perlukan permit? perlukan kelulusan? dan bukannya dibuat di tengah-tengah padang awam. bukannya sewa dataran merdeka. cuma disebuah rumah sahaja.

baru kini saya faham. nak buat baik lagi susah daripada nak buat jahat.
tolong berikan saya penjelasan. sebab saya sungguh keliru.
lepas ini tok iman atau ustaz boleh ke bagi ceramah bagi syarahan kat masjid atau surau? kat sekolah atau di dewan universiti? atau perlukan permit. atau perlukan kelulusan dahulu. kenapa orang Islam sendiri halang orang Islam sendiri untuk menyebarkan ilmu agama, mendalami ilmu agama.


bangsa lain tepuk tangan tengok kita. dan kita bangga mereka tepuk tangan sebab fikirkan tepuk tangan itu tanda dihargai tanda dianugerahkan.

jangan buat baik nanti kena tangkap. buat jahat kalau nasib malang jeh kena tangkap.