RSS Feed

Jalan Bukit 5 Bintang

ada baca surat khabar ini hari? ada baca tapi tak jumpa artikel tentang apa yang aku nak tulis ni? ni tekan bi bawah sini.

TEKAN

aku rasa betul sangat. memang betul pun. jalan di bukit bintang pun tak ada langsung taraf bintang. satu bintang pun tak ada. pejalan kaki melintas suka hati macam bapak dia sorang bayar cukai jalan.

cadangan aku. kalau nak buat jalan untuk penunggang motosikal. tak perlu sampai letak jauh bangsat dari main road. ini bapak jauh. dah laa gelap. lampu jalan sebatang tiang pun tak ada. lepas tu mula laa ada orang-orang yang baik budi pekerti tabur-tabur paku. lampu motor sahaja mana cukup. paku bukan besar pun. nak tengok sign board tulis tayar pancit call 019-4XXXXXX pun tak nampak bila dah langgar paku.

lagi. apa lubang-lubang cable telefon ataupun eletrik tu tak boleh ke buat atau letak di bahagian tepi jalan. dah laa besar dan dalam gak. aku dah masuk dua kali rim bengkok sebab langgar benda bangsat tu. tengah bawa laju-laju mana sempat nak elak kan. kalau hujan lagi laa tak nampak. sebab dipenuhi lopak air. sedar-sedar dah bergegar jeh pungkok kan. terus mencarut pungkok hang!

penurapan jalan pun bagus laa sket. padahal kerajaan bagi duit turap jalan bapak banyak. tapi jalan yang diturap bapak laa nipis. nak makan duit kerajaan pun takyah laa banyak-banyak. esok kerja bagus dapat lagi tender buat jalan. boleh makan banyak lagi dan lagi. neh buat kerja sekali dah tak bagus lagi mahu dapat tender ker? citt podahhh!

untuk pengguna jalan kaki. korang ada nampak tak jejantas berdekatan? korang tak kenal ea jejantas tu apa. meh aku nak kenalkan. kalau korang nampak yang ada tergantung di tengah jalan yang ada tangga korang boleh panjat dan pergi ke seberang jalan tu. tu nama dia jejantas. korang tak perlu tunjuk aksi bionik atau tari tirana dengan bersesak-sesak atau terkejar-kejar nak melintas jalan. ada jejantas gunalah. lepas ni aku malas dah guna brek aku nak brek-brek untuk korang. aku langgar jeh. taknak aku sampai nak terputus tangan brek untuk kau yang melintas tak tentu pasai. jadik gunalah jejantas. dan kat jalan-jalan utama. perbanyakkan pembinaan jejantas.

dah lah. aku malas nak emosi berlebihan. nak kata aku period tuh dah lawan hukum alam. tu nama dia dah nak mampus!

p/s : naik motor ke kereta ke basikal ke tetap akan sakit belakang gak sebab banyak ngan lubang atas jalan di malaysia. pasti juga ada adegan suspen dan terkejut sebab tiba-tiba mesti ada aksi merbahaya mengelak lubang di jalan raya.

anak sedara aku pun boleh tersedar dari tidur bila sedang tidur dalam kereta sorong dia sebab langgar lubang. ceh!

kosong

raya dah.
duit kering sudah.
siapa buat rumah terbuka beritahu.
update di sini.
sebab aku dah tak ada duit nak makan.

idea dah kering.
malas la tulis.
tidur lagi bagus.


p/s : awek putu piring kantoi ngan aku dating ngan abg ayam percik kat stesen lrt. sial!

Bukan untuk Awek Putu Piring

facebook.

myspace.

friendster.

twitter.

online.

offline.

online.

offline.

comment.

status update.

group invited.

berkawan.

berhubung.

berborak.

bersembang.

bercerita.

berkongsi.

berdrama.

beronggeng.

berhibur.

bergelak ketawa.

bersuka ria.

suka duka.

suka lebih.

duka kurang.

kawan datang.

kawan pergi.

kekasih muncul.

kekasih pergi.

cinta goyah.

hubungan goyang.

couple break.

couple again.

cinta lagi.

gaduh lagi.

baik semula.

benci.

marah.

geram.

dengki.

dendam kesumat.

parah kembali.

pergi mampus.

bodoh.

bangang.

bengang.

hidup kucar kacir.

masa lari pecut.

kejar pancit.

ungkit.

tak puas hati.

minta maaf.

minta ampun.

sorry.

promise.

keluar dating.

hang out.

lepak kawan-kawan.

overnite lebam-lebam.

teh tarik.

putu piring.

nasi lemak ayam.

danau kota.

kampung baru.

ngeteh.

huhaa huhaa.

keluarga.

ada tak yang masih tertinggal dalam list. ada tak masih yang kurang. ada tak yang masih belum cukup? owh ya. ada.

berak.

kencing.

mandi.

tidur.

pergi kelas.

balik kelas.

sampai rumah.

tertidur.

tak sedar.

tertinggal.

habis bateri.

message pending.

topup habis.

coverage tak ada.

hand phone buat hal.

apa lagi ya. sekejap saya ingatkan kembali. mungkin masih belum lengkap lagi.

dengar lagu.

tengok tv.

dengar radio.

tengok movie.

tengok blue.

baca buku.

dalam kelas.

study.

ada housemate.

agaknya sudah lengkap kan. biar saya double check. sekali lagi. (maka dengan pantas mouse rolling ke atas dan kemudian ke bawah semua.) dah lengkap dah. owhh. masih ada. pelupa betul.

akak call.

ayah call.

anak saudara call.

ok done kot. kottt. sorry saya agak pelupa orangnya. 90% saya ingat. 10% saya lupa. tetapi tetap 10% yang masih di cari. masih kekurangan yang dimaki. masih 10% yang ditagih. masih benda yang sama berulang. masih perkara serupa dilakonkan semula. ya memang saya tidak sempurna. memang saya tidak sempurna walau seinci pun. memang saya tidak melengkapi pun.

masih saya ada awak. nasib saya sangat baik. sebab hidup dengan awak. sebab masih bersama awak. saya sangat bernasib baik bila bercakap tentang nasib.

sebab awak MELENGKAPI HIDUP SAYA yang sentiasa KEKURANGAN.

awak itu adalah NADIA BINTI PUAAD.

bukan orang lain. bukan awek putu piring. bukan orang yang bernama nasha aziz bukan orang yang bernama fasha sandha dan bukan juga orang bernama rossa.

sebelum bulan ramadhan berakhir. dan jika tidak sempat saya mengucapkan kata-kata ini pada hari raya nanti. izinkan saya ucapkannya sekarang. saya seorang yang pelupa. saya seorang yang kuat tidur. saya seorang yang ramai kawan. saya seorang yang suka bila bersama kawan-kawan. saya yang suka bila disamping ramai orang. saya yang suka habiskan masa dengan berhibur dan bercakap dengan kawan-kawan. saya ingin minta maaf. ribuan tak cukup. jutaan minta maaf. sangat-sangat berminta maaf. ingin sangat memohon ampun. kalau nak list apa salah tak cukup kot. sebab panjang berjela-jela. maafkan saya. dan untuk pengetahuan awak. bila bersama awak adalah perkara yang paling indah. bila disamping awak juga adalah yang paling gembira. dan bila ada dengan awak adalah kenangan yang paling indah.


somethin'in your eyes, makes me wanna lose myself
makes me wanna lose myself, in your arms
there's somethin'in your voice, makes my heart beat fast
hope this feeling lasts, the rest of my life
if you knew how lonely my life has been
and if you knew how i wanted you to come along

a window breaks, down a long, dark street
and siren wails in the night
but i'm alright, cause i have you here with me
and i can almost see, through the dark there is light
well, if you knew how much this moment means to me
and how long i've waited for your touch
and if you knew how happy you making me
and never thought that i'd love anyone so much

cantik lirik ini kan. melodi lagu ini pun indah.

hadapi hari anda dengan indah. hiasi pagi anda dengan senyuman. ceriakan petang anda dengan ketawa anda. dan akhirnya malam anda tanpa tangisan.

jangan risau sebab saya tidak akan tidak akan ke mana-mana. maaf sebab anda telah stuck dengan saya! walau mcm mana saya tidak akan pergi! malangkan nasib anda! padan muka!

jiwang? pergi mampus laa korang nak kata apa. aku mengatal pun bising. aku jiwang pun bising.
ok selamat bercuti. horny gila nak raya! :D

nasib saya baik sebab sempat menulis! harap hari-hari akan datang nasib saya baik juga. hope all of luck with me!

mood : horny nak raya!

tragedi putu piring.

ramadhan dah nak habis. syawal dah nak datang. yeahh! maknanya dah nak raya laa kan. :D
sebelum internet punya connection macam gampang sesak orang nak online sebab dah tak ada kerja sangat nak buat, sebab dah tak ada kelas lagi nak kena pergi, sebab dah mood raya-raya macam aku lebih kurang. meh sini nak cerita pada semua.

awek putu piring hanyalah rekaan semata-mata. sebenarnya tak wujud pun awek jual putu piring. semua yang jual putu piring yang aku pernah gi beli semualah makcik-makcik takpun bini-bini orang. dah lah laki dia yang buat putu piring kan. duduk plak sebelah dia. kang aku kenyit-kenyit mata kang. dah tentu-tentu dapur putu piring melekat kat dahi aku.


sebenarnya post ini aku nak tulis pada 29 ramadhan takpun 30 ramadhan. sebab nak akhirkan kisah awek putu piring ini. banyak lagi tak sempat nak aku karang. jadi biarlah rahsia bagaimana aku date dengan dia. bagaimana aku shopping ngan dia. dan bagaimana aku berbuka dengan dia. hehehehehe! jadi tragedi awek putu piring berakhir di sini. hehehehe! sekarang kan ramai yang tulis tentang diari ramadhan mereka. kang kalau semua tulis tentang diari ramadhan dah naik boring. biarlah aku cerita-cerita tentang awek-awek yang ada kat bazaar ramadhan. lagi syok kan? hehehehe.

aku dah aim dah. puasa tahun depan aku nak usha awek popia basah plak. pergh tangan dia gelek cantik jeh bila gulung popia basah. air tangan dia penambah perisa. harap tahun depan dia buka lagi gerai kat bazaar tu. hehehehe.

minta maaf sebab korang dah kena tipu dengan aku tentang awek putu piring! hahahaha! padan muka korang! baca lagi kan. tapi putu piring memang serius sedap! tiap kali pergi bazaar mesti aku cari. tak miss! :D

kadang-kadang aku dengar juga gossip liar. kenapa aku tak tulis tentang awek aku. kenapa aku tak tulis tentang kekasih aku. dan kadang-kadang aku cam pedih gak kan bila benda tu sampai kat telinga orang lain. tak puas hati terus jeh tembak kat sini. tak perlu nak gossip-gossip liar. aku gatal. apa masalah korang? korang tahu cerita sebenar? tak tahu duduk diam. nak aku cerita? buat apa aku nak cerita hal aku. yang penting aku bahagia. yang penting apa yang kami lakukan happy! dan sekarang sangat happy! :D


p/s : hidup adalah untuk dinikmati bukan untuk digossipi. hahahaha! macam tak kena jeh kan ayat dia. selamat berpuasa. habiskan 10 malam terakhir puasa anda. masih berbaki beberapa malam sahaja lagi. semoga berjumpa lailatulqada.


nota kaki : berehat sebentar dari menulis sebab mood untuk raya terlampau cuti dan aku dan minta kat blogspot cuti raya. dah lama aku minta cuti raya ni. dari raya cina lepas dah. tak sangka semalam aku terima surat bahawa permohonan aku berjaya. jadi aku dapat cuti!
hoohooohooooo balik kampung!! :D

romantik : kita kan ada bahasa sendiri

sering kali kita dengar bahasa-bahasa romantik inggeris.

honey!

sugar!

sugar pie honey bunch!

my candy girl!

banyak lagi kan.
kalau aku nak tulis semua sampai raya kedua pun tak sempat aku nak ingat dan listkan semua.

seringkali juga kita akan guna bahasa-bahasa romantik orang putih neh untuk kekasih kita. untuk isteri kita. atau untuk skandal kita. dan tidak lupa gak awek putu piring! :P

kenapa kita perlu gunakan bahasa-bahasa romantik inggeris sedangkan kita ataupun bini kita ataupun awek kita itu adalah orang melayu. nak kata mereka adalah anak mix bukan gak. nak kata ada bau-bau bacang bersedara mara dengan orang putih jauh sekali. opss! terlupa. sebab ramai sangat celup orang putih sekarang kan!

ok la. sebab saya cintakan bahasa melayu yakni bahasa kebangsaan saya. saya rasa patut sangat kita ubah bahasa-bahasa inggeris romantik ini. maknanya kita melayukan bahasa-bahasa romantik orang putih ni. kita pun boleh bukan?

apa salahnya kita gunakan bahasa romantik seperti ini contohnya:

semosa ayam popia basah!

bihun tomyam sayang!

cintaku putu piring!

kasihku lepat pisang! (sugar pie? lepat pisang lagi sedap kot!)

ayam madu ayam golek!


kan lebih baik kita guna bahasa-bahasa romantik ini dalam bahasa melayu. kan lebih cantik dan sedap bunyi nya!

makanan melayu pun lagi sedap kot! :D

p/s : ilham ini muncul sewaktu di bazaar ramadan bersama awek putu piring.

nota kaki : boleh tak nak guna kat si dia? :P

untuk hari ini

mengantuk gila babi!
malas laa nak menulis.
tidur lagi sedap.

post ini ditulis pada jam 7.00 a.m.

tolong kejutkan pada jam 7.00 p.m.

eh. lupa plak. dah janji ngan awek putu piring.
dia cakap nak minta teman dia pergi shopping raya.



tidur siang seperti tidur 24 jam.
:D

bila mak merajuk dan ayah taknak pujuk! (BAHAGIAN DUA)

untuk malam pertama aku di rumah setelah pulang dari ibu kota kuala lumpur. aku sangat stress dan tertekan. siapa tak stress kan bila balik nak buka puasa dan sahur kat rumah tapi mak tak ada kan. part sahur paling sedih bila buka jeh tudung saji boleh nampak muka sendiri jeh. punya laa berkilat kan pinggan rumah aku sampai boleh buat cermin sikat rambut. untuk menyelamatkan kembali sahur dan berbuka aku dari berbuka juadah-juadah bazaar jeh aku buat plan cantik punyeh! untuk membawa pulang ibu ku ke rumah.

plan pertama aku. plan pertama aku bermula begini. mula-mula kan. kan. aku buat kan. kan.

apa plan pertama aku eh? aku pun dah tak ingat plan aku. tapi rasanya tak ada plan pun. sebab pagi tu mak aku call kata suruh ambil dia. dia dah bosan duduk kampung. mungkin sebab tak ada driver nak gerak gi bazaar or jalan kan. mungkin tak ada laki nak tidur sama kan. mungkin juga dia rindu kat anak dia yang baik lagi mithali ni. mungkin gak dia dah sampai seru nak balik tanpa disuruh atau dipaksa atau dipujuk.

aku bapak laa riang. sure-sure jeh aku nak suruh mak aku masak banyak-banyak kan. sungguh lazat sampai mak mertua jiran sebelah lalu pun tak perasan!

paling tak boleh blah muka ayah aku. dengan muka berlagak tahap dewa paling tinggi sekali punya darjat dan dengan nada kerek gila beliau berkata. "kan ayah dah kata. tak payah nak pujuk-pujuk. tak tahan nya org tua tu duk lama-lama kat kampung! kan ayah dah kata." huh! senyum sampai ke telinga dia satu hari.

untuk mak : mak puasa ni pantang-pantang laa makan skit. kan dah naik diabetis tu. tak takut ke nanti kena potong betis nanti? makan tu pantang. sekali lagi makan itu pantang. bukan pantang nampak makanan. ea mak ea. kata nak tengok anak mak yang kacak ni bersanding dan naik pelamin! :D

untuk mereka-mereka yang ada helmet : pernah tak korang alami telinga anda tersangkut atau terlekat pada helmet motor? selama aku naik motor dan pakai helmet tak pernah lagi aku alami telinga lekat pada helmet. keh keh!

nota kecil : 10 malam terakhir adalah malam yang terdapatnya lailatul qada. perbanyakkan ibadah dan amalan. qiamulail pun dah mula kat masjid-masjid berdekatan. jadi apa lagi? aku mesti tak miss nak pergi. gila sedap kot lauk dan makanan sahur untuk mereka-mereka yang datang berqiamulail. tak yah bazir-bazir aku beli lauk bersahur.

"makcik. saya nak nasik lebih tau! :D "

sedikit ilmu ketika di rumah

tak tulis panjang sangat..
bila balik rumah lepak dengan anak-anak sedara aku.

ni soalan yang aku ajukan kan anak sedara aku yang umur..umur..darjah 5..

apa maksud JKR?
dia dengan selamba jawap. Jangan Kerja Rajin.

ok. JBA plak apa? aku tanya lagi kan.
Jangan Bayar Air.

neh pula yang baru umur 2 tahun..

aku suruh dia salam tangan aku..
dia dengan pantas berlari kat aku dan bersalam..

"salam! salam! tak pakai seluar dalam!"

terus dia berlalu keluar.
aku rasa macam nak repeat balik laa kan.
terus aku panggil sekali lagi..

dia datang dan terus salam aku.
aku tak bagi peluang terus repeat..dendam bapak kesumat dalam hati..
"salam! salam! pakteh pakai boxer!" aku balas..
dengan muka tak puas hati dan tension dia tanya balik..
"boxer tu apa? tak pernah dengar pun?"
aku jawap ringkas "budak-budak tak boleh tahu."

ni pula bila aku dengan orang yang lebih tua dan matang.
tengah aku duk depan komputer..
ada sorang jerit! " wehh! kau buat apa tu? tengok porno ke puasa-puasa ni?"
aku jawap ringkas juga. "nak join ker?"
ada plak mamat kecil tak sunat tadi dia kata dah baligh dah..
"porno tu apa? nak join boleh?"
aku kata "porno tu game lawak-lawak. beshhh!!!"
sekali dia cakap "nak mainnnn!!"
hahahahahaha! dalam hati aku. "syok rosakkan minda budak neh! basuh sket!!" :D

baru nak basuh. black off. macam haram!

bapak bosan aku tidur.
sampai nak berbuka.

tidur kan satu ibadah di bulan puasa. jadi aku tidur lebih laa.. lagi lama beribadah lagi bagus kan. jadi aku ikutlah. lagi lama tidur lagi bagus! :D

p/s : tak tahu nape. tapi tidur bulan puasa memang syok!

nota kecil : tak sangka dah besar dah anak sedara aku. dah pandai bergurau macam haram! :D

bila tak cerita tentang awek

post kali ni aku taknak tulis tentang awek atau perempuan. sebab ada mulut-mulut kata aku ni gatal lah. ada kata aku ni suka main perempuanlah. ada kata aku ni gedik laa. ada kata aku ni ambil kesempatanlah atas kehenseman aku lah. ada makcik jual karipap petang tadi dia boleh sound cakap "adik memang rm2 5 biji karipap adik. adik jgn lah minta murah skit sebab makcik tak boleh bila ada muka-muka tampan minta murah. makcik terus rasa nak bagi percuma jeh." jadi hari ni aku nak stop tentang perempuan. say no kepada perempuan hari ni. bukan aku pilih untuk kacak dan hot. tetapi aku ditakdirkan. jadi nak taknak aku kena terima juga pemberian ini. :D

malam tadi aku rajin-rajinkan diri pergi terawih. ea lah atas kesibukkan aku menunaikan tanggungjawap kepada nusa dan bangsa aku selalu miss nak terawih berjemaah bersama-sama di masjid atau surau. aku juga dah siap bawa beg plastik kaler oren tu. satu poket kanan, satu kat poket kiri, dan satu lagi poket atas kat dada tu. baju melayu aku pakai. jadi memang 3 poket kan. takut tak cukup. aku bawa spare beg plastik letak poket seluar belah belakang. aku dah plan nak bungkus moreh yang ada kat surau tu. membazir jeh bila orang balik terawih moreh langsung tak sentuh. aku kesian kadang-kadang tu bila memikirkan betapa hancur dan lebur hati makcik-makcik yang buat kuih untuk moreh. siapa tak hancur hati kan bila penat-penat buat kuih buat juadah. tetapi kuih yang dibuat tak habis. juadah yang dimasak tak habis. jadi untuk menjaga hati orang-orang tua. aku nak tapau moreh yang ada. aku aim karipap sardin. sedap betol. lepas terawih biasa aku bedal 10 biji. jadi aku ke surau.

malam tu waktu terawih aku dengar suara imam yang imamkan solat terawih pun macam tak semangat jeh. suara pun lemah jeh. bila dah rakaat ke empat waktu ada ustaz beri tazkirah. aku pergi sapa imam tu. "apsal hari ni? lemah jeh? demam ke imam?" lalu imam tu jawap. "tak semangatlah. biasa jemaah ramai jeh. tetapi hari ni kurang semacam jeh. yang muslimat lagi lah. ada 2 3 orang jeh." tok imam tu mengeluh. aku pandang keliling. betul memang kurang. lepas habis buat lapan aku balik. sebab hari ni tak fit nak buat sampai 21. tadi pekena nasi kerabu pergh! senak perut bila sujud. aku balik. sambil atas skuter buruk aku. aku fikir. kenapa hari ni jemaah kurang. sebab biasanya ramai. nak kata semua pergi shopping raya. tak jugak sebab kereta kat rumah banyak jeh. raya pun lambat lagi. tak ada feel nak turun jalan tar bila raya jauh lagi.

sampai rumah aku terus terajang pintu rumah. housemate ku terkejut. tapi si afiq jiwa kental jeh. sikit pun tak terkejut. masih membungkang jeh depan tv. aku tanya. "pesal tak gi terawih hari ni?" afiq tak banyak cakap dan juihkan bibir ke arah tv. cilaka cerita Nur Kasih rupanya. padanlah kurang jeh yang gi terawih. aku tak cakap banyak terus join sekaki. macam mana aku boleh lupa hari ni jumaat ada cerita Nur Kasih.

part waktu tengok Nur Kasih yang paling tak boleh blah dia punya menusuk kalbu. dengar dialog ini.
"wehh kau ni a-je. malas tul pergi terawih. dah kenyang macam ular sawa jeh!" afiq.
tak cakap banyak a-je terus serang peribadi.
"ahh kau macam pergi jeh! sembahyang 5 waktu pun tak. inikan pula terawih!" kata a-je.
aku diam jeh. malas nak sampuk. sebab aku pun miss solat jumaat tadi. pergh hujan tengah hari tadi. sedar-sedar dah pukol 3.15. itupun ada awek call cakap dah sampai temerloh. nasib aku diam. kalau tak aku mangsa seterusnya.

habis nur kasih. tengah syok-syok baring. mata dah nak kuyu-kuyu ada pula mamat-mamat yang langsung tak kacak tapi harapkan modal pakai smart jeh ceroboh bilik aku. "hang dok baring aper lagi! siap lah! karaoke jalan ipoh jom!" kata mamat tak kacak ni.
"kawe dah sampai umah demo pown lagi nak tido ke. moh derah!" kata mamat klantan ni juga tak kacak.

dalam kemalasan pergi jugalah. baik aku tak payah gi terawih tadi. buat kurang pahala puasa aku jeh bulan puasa ni. aku pun pergi sama. taknak cakap tentang perempuan hari ni. sebab tak kacak langsung bila masok bilik karaoke semua jantan. seorang perempuan pun tak ada. boleh jadi gay kalau hari-hari macam ni. sebab tu aku tak pergi karaoke.

mamat klantan ni yang aku kata langsung tak kacak ni. dia yang paling laju pergi ke tv pilih lagu. aku kenal dia dah lama dah. pernah gak aku sebilik waktu zaman-zaman an aku duduk hostel dulu. dia neh kalau dengar lagu kalau tak hardcore mesti metal. kalau tak metal mesti hard rock. pergh! jiwa memang kental. hari tu siap sound aku lagi! tanya aku tak pergi ker gigs hardcore kat the curve. aku yang tak ambil peduli dan memang tak hingin pun tahu buat muke selamba dan malas layan. dia tak cakap banyak terus blah time tu. aku dah dapat agak dah genre lagu yang dia nak pilih mesti yang goyang kepala. muzik kuat nak mampus. lirik sedikit pun tak dengor dan tak paham. lagu metal macam cakap dengan setan jeh semua lagu. aku dah nak blah cari awek-awek yang kat luar dah kalau dia bawak lagu metal.

aku pun rileks dan lepak atas sofa. satu jantan yang kerja karaoke ni tanya. nak drinks tak? beer ker hape ker? aku cakap takpe aku dah bawak air yassin. dia belah muka ketat. macam gampang kan. yang nak tanya kami pun jantan. kalau perempuan yang ambil order aku kurang-kurang dah order coke. aku dengan debaran lagu ape mamat kelantan kuat metal ni nyanyi. aku sapa dia "amir lagu ape" dia jawap "dengorlah. baru tau lagu ape!" dia sound kat aku.

memang gampanglah kan bila kat tv tu keluar.

title : cinta pantai merdeka.

aku terus mencarut dan ketawa besar. di sambut mereka yang lain. memang tak boleh blah. dress up sket punya tshirt metallica tapi karok lagu cinta pantai merdeka.

esok aku kembali usha awek. hari ni aku nak kembalikan imej aku yang tercalar.

p/s: padanlah mak aku kata dulu waktu mengandungkan aku dia selalu termimpikan brad pitt! :D

sahur dah habis. tidur belum tamat. :D

bila mak merajuk dan ayah taknak pujuk!

ini cerita minggu lepas. jap aku check dulu bau dia. mana laa tau kan kot-kot basi dah cerita ni. jap. bau basi macam mana ea? hahahah! sumpah aku tah tahu bau basi tu macam mana. jadi kalau ada awek-awek nak hantar juadah berbuka ker. ada nak hantar juadah bersahur ker. tolonglah tulis expired date makanan tu skali. ea laa. kang tak pasai-pasai makanan berbuka aku buat gak juadah bersahur. dah siang tu aku tercirit non-stop. dah boleh membuatkan aku terbatal puasa. ehh? batal kan puasa kalau sakit perut kan? hehehehe. ok dah check-check go-go! cerita ini tak basi lagi. mungkin sebab buat pekasam bukan gulai lemak. tu tahan seminggu ni.

cerita ini minggu lepas punya cerita. sekarang mak ayah aku tinggal berdua jeh. ea laa kakak-kakak aku semua dah kahwin kan. mestilah lari ikut laki masing-masing. takkan laa dah kahwin pun nak duduk serumah dengan mak ayah aku kan. kang jatuh plak saham-saham akak aku tiba-tiba sekali mak aku berleter kan. macam cikgu sejarah lah bila dia dah berleter. jadi untuk mengelakkan laki masing-masing terdengor cerita lallu mereka semua lari ikut laki masing-masing. dan kini hanya tinggal mereka berdua sahaja di rumah. aku plak tak kahwin lagi. gadis-gadis jangan salah faham plak sebab aku cakap mereka tinggal berdua. aku di gombak memenuhkan ilmu di dada. aku bujang trang tang tang lagi tau. jangan salah sangka. sekali lagi aku ulang aku masih lagi bujang trang tang tang! teruna impian pun ea gak! :D

panjang lebar plak intro dia kan. padahal nak bagitahu yang mak bapak aku tinggal berdua jeh sekarang ni kat rumah. tu jeh. kan senang ringkas dan padat. ok korang boleh skip jeh yang atas tadi. tapi yang bujang trang tang tang tu korang highligtkan. itu isi paling penting.

pada petang ramadhan minggu lepas cerita ini bermula. bila ayah aku dah siap-siap dan dah melawa-lawa nak pergi bazaar ramadhan dia pun panggil ibu aku.
"darling. kenapa masib belum siap ni?" kata ayah aku.
"my sugar pie honey bunch. saya malaslah. awak jeh la pergi. saya malas laa hari ni. lagipun saya dah masak tadi." kata ibuku menjawap soalan ayahku.
"sugar-sugar. ahh honey-honey. kenapa ni? awak tak sihat ker? are you ok honey?" kata ayah ku.
"owh my darling buttercup. saya cuma malas. M.A.L.A.S. awak pergi jeh lah" jawap ibuku lagi.
"owhh. baik ok baby! ada apa-apa nak pesan?" ayahku masuk bilik kembali. sembur banyak skit minyak wangi. sebab kan mak aku tak ikut kan. sambil tu dia pusing-pusing pose depan cermin tengok ok tak penampilan dia pada petang itu. dia keluar sambil bersiul-siul.

"ehhh! jangan lupe beli putu bambu! putu bambu tao! yang lain taknak. tu jeh!" kata ibuku sebelum ayah ku keluar dari rumah.
"wokehh!" ayahku jawap ringkas.

7.00pm

"assalamualaikum! dear! i'm home!!!" ayahku dengan muka ceria jeh depan pintu sambil cebit plastik kueh dan juadah lain yang sempat dia beli waktu pergi bazaar ramadhan tu.
"lambat awak balik. amboi kalau dengan saya 6.30 dah kata lewat ea?" tanya ibuku.
"ehh mana ada. tadi saya pergi tuang minyak. isi angin tayar. pergi bazaar jap jeh!" kata ayahku ringkas.

"ea laa tuhhh" ibuku sambil menjuih bibir.

9.30 p.m

sambil-sambil tengok bio-nik mak aku ke dapur dan cari putu bambu yang dipesan tadi. puas dia cari-cari. dia tanya ayah aku. ayah aku jawap ada laa kat situ. cari lah. pasang lampu tu. dalam gelap mana laa nampak. mak aku pun pasang lampu. teruskan usaha cari putu bambu yang dia pesan.

"heyy! mana putu bambu! awak beli ke tak?" tanya ibuku sedikit meninggi suara.
"adalah. tadi saya beli sangat. ada. cari lah! kuih tu kan warna hijau kan. carilah!" kata ayahku selamba badak.
ibuku berjalan ke arah bapakku yang sedap baring depan tv. lalu di letakkan kuih kaler hijau tu atas muka bapak aku.
"ni putu bambu awak? hah? hah? ni kueh bakar laa!!" ibuku marah.
"laaa. makan jeh laa. tak baik membazir. salah beli tadi sebab yang jual kuih bakar ni tadi tak putus2 senyum." ayahku jawap.
untuk pengetahuan korang putu bambu nyeh gerai sebelah gerai jual kuih bakar. gerai jual kuih bakar tu plak gadis-gadis melayu jual.

suasana diam. sunyi dah sepi.

"abg! saya tak kira! esok hantar saya balik rumah mak saya. tak kira! kena hantar juga! saya nak putu bambu awak beli kuih bakar. apa jadah ni! pagi-pagi lepas sahur hantar saya balik kampung! huhhh! " kata ibuku.
"ok. baik!" kata ayahku yang matanya fokus pada cerita bio-nik.
ibu ku berlalu ke bilik sambil menghempas pintu bilik!

sabtu petang, 29/07/09

aku pulang ke temerloh. aku pelik sebab ibuku tak ada. aku tanya mana. ayahku jawap ringkas. mak kau balik kampung. petang tu aku berbuka nasi beriani bungkus kat restoran ali. dalam kereta lagu yang keluar asyik ayahku kahwin lagi jeh.

damn! sangat tak besh bila berbuka tapau jeh kan. takkan laa ayah aku masak plak kan. macam berbuka kat gombak jeh. wat rugi jeh balik.

aku kena cepat buat tindakan ni. takkan hari-hari aku nak makan nasi bungkus.

tunggu episod akan datang. usaha aku untuk bawa emak ku pulang. gagal atau berjaya? sama-sama kita tunggu.

nota kecil : berbuka puasa dan bersahur adalah waktu yang sangat seronok dan gembira bila ia bersama keluarga tersayang.

Hot sebelum berbuka re-cook sebelum sahur

kejadian ini berlaku beberapa malam lepas. sedang aku melepak dan melepak. kemudian aku ke dapur cari makan-makanan dan kemudian aku lepak lagi. melepak lagi dan melepak lagi. aihh! bila nak habis melepak kan.

ceritanya bermula begini. ok begini. jap-jap aku lupa macam mana ceritanya bermula. owhh baru aku teringat. sebelum cerita tu bermula aku berak dulu. ambil feel dalam tandas. cilakak! tandas rumah aku sekarang gelap gila dowh. mangkuk tandas pun tak nampak. kira kalau nak cari mana mangkuk tandas tu memang kau kena meraba-raba lah. sebab baru sahaja mentol yang berkuasa 100wt yang menggunakan sepenuhnya kuasa solar terbakar plak. nak ganti susah sebab stok tak ada. nak kena import mari england. jadi terpaksa laa kami bergelap untuk mandi membuang hadas besar kecil ataupun membuat kerja-kerja lelaki sahaja tahu. jadi lepas ambil feel buang air besar aku masuk ke dalam bilik.

aku lepak atas katil bersalut cadar emas di import dari italy. aku lepak dan silangkan kaki. kepala dongak ke syiling. aku start dah kira berapa kekayaan yang aku ada. mula-mula sekali aku kira berapa bijik rumah sewa yang aku ada kat cemerlang height. aku kira berapa purata setahun. lepas tu plak aku kira plak untung kelapa sawit aku kat kampung. dengar cerita sawit dah tua-tua. kena tanam semula. aku buat kira-kira guna jari kos untuk penanaman semula. tak cukup jari tangan aku tambah jari kaki. ini macam tak cukup ni. tengah aku nak panggil afiq atau faizal tolong bagik pinjam jari sbb nak kira tiba-tiba tingkap ym! aku terbuka. ada seorang buzz aku! ehh! aku pelik dan hairan. dah laa nama ayu. tentu orangnya seayu namanya. aku pun dah start nyanyi-nyanyi lagu ayu. aku terus jump lagu ayu kat winamp aku. tak ada pula kan lagu ayu. aku pun menyanyi-nyanyi laa lagu ayu.

lalu aku membalas buzz dia. dan dia balas.

"hi awak! apa khabar? ganggu ker?"
"owhh tidak. tak ganggu pun. saya pun tengah lepak-lepak tengok syiling jeh." aku balas.
"owhh! awak dekat mana ni. boleh saya chat dgn awak? saya boring lah. tak ada orang teman." ayu tu membalas balik.
"boleh. boleh boleh. ehh! apa salahnya. nak teman macam mana ni?" aku balas balik. "alaaa teman macam biasalah. awak ni. nak start nakal laa tu?" ayu balas.
aku dah mula cam pelik laa dah kan. aku dah salah cakap ker? aku pun layan lagi lah. aku pun start lagi cucuk jarum.
"hahh? nakal? bila pula saya nakal? saya cuma tanya macam mana nak teman jeh." aku jawap lagi.
"nakal laa tu tiba-tiba tanya tanya nak teman macam mana :P" ayu tu balas.
aku dah dalam hati. haa sudah ape aku salah cakap ker?

"laaa. ok laa. kalau macam tu saya tukar. apa yang saya boleh teman?" aku tanya dia semula.
"awak teman laa macam manap pun. macam lelaki gentleman layan seorang perempuan. ayu nak lelaki yang macam tu. sangat budiman!" ayu balas.
"lelaki gentleman? owhh boleh! boleh! budiman macam mana tu? aku balas lagi. hehehe.
"alaaa. ngade laa awk neh. tak mahu laa cakap." ayu ni balas.
"mmg kita tak cakap pun. kita chat aje. satu suara pun tak bunyi."
"hisshh! main-main laa awk ni!" lalu ayu tukar imvi ym toh jadi falling heart! aku dah start pening.

"awak. ada pic tak? nak tengok boleh?" ayu sambung bicara.
"hah? pic? pic apa? setan merah?" hati aku masih panas lagi ngan kes man utd tempoh hari.
"hahh? xmo laa setan2. nak pic awak lah." kata ayu ni.
"apa kata ayu bagik dulu pic ayu. ladies first!" aku jawap.
"alaaa awak duluw laaa. tak gentlemen laa awak ni." ayu kata balik.
"sebab gentleman laa saya kata ladies first. kalau tak saya dah lama hantar." aku jawap.
"tapi awak jgn gelakkan sy pula tau. ayu tak cantik lah. malu laaa." kata ayu lagi.
"napa nak malu. bukan tak pakai baju kan? jadi watpe nak malu kan? kan?" aku tambah.
"sbb mmg ayu tak pakai baju laa ayu malu." ayu jawap.
macam biasa lah. naluri lelaki pasti naik kan bila cakap macam tu. hehehehe! tapi mesti rileks. apa-apa cool!

"owhh! heheheh! cuba ayu kasi tengok dulu" aku cakap.
"janji tak gelakkan aku. ayu tak cantik laa..malulah." ayu kata.
"laaa.tak bagik lagi macam mana nak gelak." aku jawap.
"awak ni. banyak main laa ea. jap ayu share photo dgn awk ea." kata ayu

tetingkap share photo terbuka. aku tunggu dengan sabarnya dan penuh excited. agak lama gak laa aku tunggu. masih tak ada apa-apa. 5 minit masih tak ada apa-apa.

tiba-tiba dia buzz!
"awak. sorry. tadi disconnected. broadband ni buat hal" ayu kata.
"ehh takpe. tak kisah pun" aku jawap.
"betul awak nak pic ayu ni? ayu tanya.
ehh betul lah! apa yang tak betul plak!" aku jawap.

korang nak tahu pic yang aku dapat apa? janji korang tak gelak? sumpah korang tak gelak? setan tahap dewata raya macam mana pun kau tak gelak? walau ada tepi leher pedang setiawan pun korg tak gelak?

sebab korang dah setuju untuk taknak gelak. aku uploadkan laa pic si ayu nie. untuk mereka yang atas 18 sahaja ea.





buzz!
"awak. dapat tak pics ayu? sorrylah ayu hitam sket. tetek ayu pun tak besar. hehehe!"
aku diam. diam jeh. aku buar donno jeh. aku diam lagi.
"awakk? kenapa diam" kata ayu..
buzz!
buzz!
buzz!
"awak? diam ea. sampai hati taknak cakap dah ngan ayu. mentanglah ayu nyah. sampai hati awak! hurmmmm. menyesal ayu bagik pic ayu."
buzz!
buzz!

aku buat donno. aku panggil mereka yang ada yang ada di rumah.
dorng gelak macam nak terbatal puasa.
aku pun mencarut macam dah boleh berbuka puasa.
huhhh! malang nasib aku beb.
nasib aku tak bagitau si hogeng. kalau tak mampus aku! sure-sure kena fire dan gelak. huhh! aku sangat down petang tu. gampang tul. aku rasa macam nak sepak paru-paru kanan dia.

satu hari satu malam jadi bahan lawak lucah. babi!

p/s : tak sakit ke kepit ketat2 yg bawah tu? tersiksa jeh aku tengok! babi!

Iklim

iklim berubah..
cuaca pun mendung..
awan hitam berarak muncul..
biarkan matahari buta..
hujan turun mencurah-curah ke ladang gandum..
daud amacam? boleh tak puisi aku? agak2 lepas tak untuk pementasan kau nanti? :P

bila macam ni..
layan lagu suci dalam debu pun syok..
tros hilang pandangan..
sedar-sedar dah nak berbuka..


rasa-rasa batal tak puasa? tak kan? sebab tidur pkol6 bangun pkol 6 bkn lama sgt kan?

nota kecil : ngantuk dowh! moqh! congrat eh! dah nak jadi bapak dah kau. mmg sharp shooter! :P