RSS Feed

post lambat tapi latest

sewaktu game manchester united menentang arsenal baru-baru ini.
aku berpeluang menonton secara live di old trafford.
ini atas tajaan gerai nasi lemak mak jah kerana aku berjaya dalam pertandingan siapa paling kerap makan nasik lemak paru goreng.
sebab tu sebulan sebelum puasa aku asyik makan nasi lemak paru jeh.
terima kasih mak jah! tanpa mak jah saya tengok kat mamak jeh lah.
di bawah adalah sedikit ulasan dan interbiu yang dapat saya lakukan semasa di sana.
pertama sekali. stadium agak panas sebab mungkin port setan-setan jeh melepak.
nak-nak plak setan sorang nie.



waktu manchester ayam vs. arsenal kacak main. aku masuk awal. sapa nak miss tengok arsenal lawan kelab bodoh tu kan. anak sedara aku tak pernah tengok bola pun taknak miss tengok. aku masuk awal lepak-lepak tengok mereka training. kot-kot laa aku boleh amek sedikit ilmu cara dorg training dan praktikkan untuk budak-budak bawah 12 tahun sekolah kebangsaan temerloh jaya. tiba-tiba sir alex gemok ni panggil laa player tua yang tak sedor diri ni. dorg lepak dan bincang same.
"macam mana malam ni? boleh menang ker giggs?" kate sir alex.
"tak tahu laa bos. rasa macam tak jeh. dorg laju. muda-muda lagi." kata giggs.
"saya pun rasa begitu. burnley pun boleh ayamkan kita. ni kan plak arsenal. mereka dan laa muda dan lincah. main pergh! ayam laa kita." kata sir alex.
"rileks bos. bos masukkan saya dulu. saya patahkan dulu kaki sorang dua. lepas tu kita bedal. nak kejar tak larat bos. pancit bos. dorg laju." kata giggs.
"ok. kau bedal jeh semua yang boleh. kasi tak boleh main terus lagi bagus!"



waktu ni sebelum half time lagi. belum pun ada mamat yang rusia score gol dalam gawang man. utd ayam. belum sempat lagi ben foster lemas sebab terlampau pendek dan tak layak nak jadi keeper.
apa yang sempat aku dengor. kebetulan aku nak pergi tandas. nak pergi tandas memang kena lalu belakang tu.

"player aku dah tua. tak fit. ini half time mesti kena 4 5 gol lagi neh. mana boleh jadi ni. malu aku kat tempat sendiri ni."
beliau senyap sekejap dan buat muka macam ni.
"haaa! aku dah tau dah. reff tu bukan aku tak kenal. duk depan rumah aku jeh. selalu pun pagi-pagi sempat tegur-tegur beli nasi lemak. takkan laa tak boleh bantu jiran kan? jiran sepakat membawa berkat. lepas ni aku suruh players aku main jahat gile babi. tapi waktu arsenal tackle sket tiup wisel. hentam kaw-kaw!"

aku nak dengar lagi ape dia cakap. tapi pundi kencing aku tak kasi peluang dah. aku pun taknak ambil risiko kena batu karang. aku tinggalkan kawasan tu.



neh plak aku sempat tangkap sebelum semua player masuk dalam stadium waktu rehat.
aku taknak lah komen banyak.
tapi korang sendiri boleh faham kan? tengok muka wenger yang buat donno jeh dan-dan plak sir alex beria dan semangat sungguh siap pegang tangan lagi. korang boleh agak kan apa yang sir alex cakap kan? aku ingat nak amek video jeh rakam apa yang sir alex cakap. tapi aku tangkap gambar pun gune kamera enset. jadi kalo rakam video sure lagi tak cantik gambar dia.





ni pula selepas game. aku panas jeh hati waktu tu. aku rasa macam nak sepak jeh sekor-sekor players m.u. dah laa main takder hotak. main kotor plak. main bapak jahat nyeh. orang asli waktu aku main wakil sekolah menengah pun ada hotak. takde main jahat macam si mangkuk atas ni. jalan mendada jeh. muka tak bersalah. eksyen lagi ada. aku pergi dekat dia. dia dah macam cuak-cuak dah. pelik nape tiba jeh aku datang kan. ntah dari mana jeh. aku datang dekat dia terus aku sepak peha dia belah kanan. dia nak melawan. aku lempang telinga kanan. dah keluar darah dah skit. dia dah start goyang. dia keluarkan suara. apa salah saya? tolonglah. saya tak kenal awak. saya tak salah apa-apa pun. aku hentam plak telinga belah kiri. diam diam dan tunduk. aku tanya dia. pesal kau main gila gampang jahat? kau ingat ni liga kampung paya jauh ke hapa? dia jawap. bukan salah saya. tolonglah. saya tak salah. tu semua plan bos. dia yang suruh. kalau saya tak buat dia cakap nak jual saya. dia kata saya tak bagus. dia kata saya slow. otak lembab. tak pick up. kejar bola lambat. jadi dia suruh saya main jahat. dia cakap jgn risau sebab dia dah pancing ref. dia cakap paling kuat kena kad kuning jeh. aku terus tumbuk dada kanan dia dah blah. malas cakap banyak hati panas.




neh waktu arsene wenger kena buang padang. kena duduk dekat penonton. skit pun dia tak kisah. skit pun dia tak goyang. dia tak kisah. sebab dia anggap belakang-belakang dia adalah penyokong-penyokong yang tak ada masa depan. asyik harapkan player tua. beli owen. dia ingat boleh menang lagi season neh. mimpi laa. nak kejar player aku pun tercirit lagi nak berlagak penonton kat blakang tu. rileks dan tak kisah. jalan masih panjang. liga baru jeh start. macam ni true footballer! rileks cool dan pikir masa depan. bukan macam sir alex. otak letak dalam kasut. gunalah kuda-kuda tua. skit pun aku tak kisah. lawan burnley jeh dah terabur. lagi nak gebang.

aku baru sampai malaysia. penat. tetapi pergi london takda laa sepenat pergi sungai petani naik bas. sebab dalam kapal terbang ada pramugari-pramugari terlampau. perghh pakai kebaya belah sampai peha. kurang pahala puasa aku. nasib iman kuat! tapi pramugara cam hampeh. skit pun tak kacak. padanlah semua pramugari mintak num fon aku.

memo kecil : untuk setan-setan merah. jaga aku repeat nanti!

remaja vs. kuda tua

tak mahu tengok lagi.
aku dah nak gerak gi mamak.
ngeteh.
tengok kuda tua lawan remaja star.
haii..
kuda-kuda tua..
terawih pun tak fit..
lagi nak lawan remaja..
:P

Gula-Gula

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan kerajaan memasang Sistem Penentu Kedudukan Sejagat (GPS) di setiap lori gula bagi membolehkan ia dikesan dengan mudah.

Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, jika kaedah itu digunakan, kerajaan tidak perlu menempatkan pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri untuk memantau setiap perjalanan penghantaran gula.

"Saya bukan tidak sokong langkah kerajaan itu tetapi saya rasa ia tidak praktikal. PPIM telah lama mencadangkan agar semua lori dipasang dengan GPS.

"Ia bukan sahaja boleh mengesan pergerakan lori terbabit, malah boleh mengesan kelajuan dan kecurian. Ia lebih mudah daripada hantar orang untuk pantau," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.



situasi pertama :
akibat masalah gula yang berleluasa ini. banyak semut-semut di rumah aku mati kelaparan dan juga kebuluran. puas aku mencari punca sebenar kematian semut-semut di bahagian dapur rumahku kerana mereka mati secara berkumpulan dan juga beramai-ramai. aku sangkakan mereka membunuh diri tanda protes sebab kami langsung tidak lagi membeli gula sejak sebulan yang lepas. selepas membaca akhbar hari ini baru aku tahu punca sebenar semut-semut ini mati depan pintu tandas. pintu tandas pula terletak di bahagian dapur. akhirnya kami dapat membanteras kegiatan tidak sihat semut-semut ini.

situasi kedua :
bulan puasa. saat paling besh adalah pergi bazaar ramadhan. syok! saat paling syok adalah bila dapat tengok awek-awek cun datang bazaar ramadhan. lagi syok bila terlanggar-langgar akibat kesesakkan lalu lintas yang berlaku di kawasan bazaar ramadhan ini. aku rasa polis-polis trafik patut diarahkan ke bazaar-bazaar ramadhan yang sesak agak lalu lintas di dalam kawasan bazaar ramadhan lebih lancar. maka tidaklah ada mereka yang cilok dan potong dari arah kiri kanan. tetapi itu bukan soal utama. aku keluar nak cari kueh buat tambahan juadah berbuka. misi aku nak cari donut. tak main laa dunkin donut. tak de class laa big apple. aku nak cari donut melayu. lagi besar lagi sedap.aku rayau satu bazaar cari donut. aku jumpe suspek yang jual donut tu. seorang makcik tua. takkan makcik muda kan? aku nak beli donut dia. sekali aku pelik lalu bertanya. "donut ni tak ada gula ker makcik?" "beli dadah ada lesen beli gula tak ada lesen" makcik tu jawap alaa filem p. ramlee bila marjina nak beli belacan secara seludup. aku ingat makcik tu bergurau lalu aku tanya lagi sekali. "makcik kenapa donut tak ada gula makcik" "gula tak ada nak. dah seminggu makcik jual donut tak bergula." "laa tak syok laa macam ni makcik." makcik toh diam lalu memasukkan choki-choki ke dalam plastik donut aku. "nah sekarang dah jadi donut cokelat!" aku berlalu tanpa banyak soal. dalam hati "sial!"

situasi tiga :
aku puas mencari pakcik yang jual gula kapas. sebab biasa tiap kali bazaar dia tak pernah miss. dulu dia dengan kerek jeh tabur gula dalam mesin buat gula kapas. sekarang batang hidung pun tak nampak.

situasi empat:
aku baca kosmo! online. gila laa gula punya kuasa. boleh mati kalau tak ada gula. yang ada diabetis boleh mati kekurangan gula. yang tekanan gula rendah boleh meninggal sebab langsung dah tak ada gula dalam darah. yang jual gula plak hari-hari kena maki sebab gula tak ada. yang tokey-tokey pasaraya lagi seronok. nak gula kena shopping rm30 dan ke atas baru boleh dapat beli gula dua kampit. yang mak aku plak bising gula-gula! last-last aku bagi gula-gula jeh.

dari membazir pasang gps kat lori-lori gula. baik pasang gps kat bus-bus ekspress neh. gula lagi bernilai atau nyawa orang lagi bernilai?

nota kecil : aku back to basic. dah start panjat pokok cari gula kabung. dah mula wat bisnes ngan orang melaka wat bisnes import export. bukan kecil-kecil punya bisnes. neh silap-silap aku boleh bina umah banglo bayar cash kat cemerlang height. bisnes gula melaka! :D

kurangkan manis dalam minuman. tambahkan manis dengan awek-awek yang pemanis! :P

sahur sungguh selera (kaki bola pasukan merah)

sedang lena dibuai mimpi dan fantasi. aku sedang bermimpi sedang training dalam training camp arsenal. aku baru jeh nak rembat bola yang arshavin pass kat aku. tiba-tiba hanset aku berbunyi. aku matikan. sambung tidur balik. selang lagi 5 minit dia bunyi lagi. rasa nak campak jeh ke bawah. tetapi tu jeh laa yang aku ada. kang tak dapat plak awek-awek nak usha aku. hehehehe! aku tabahkan hati dan kuatkan semangat bangun dan terus ke bilik sebelah. kejut satu orang mamat ni ajak pergi sahur. nasib aku baik. sebab takyah kejut dia dah bangun. senang kerja aku tak perlu nak masak air kejut dia.

dengan mata yang buka hampir-hampir nak pejam ku gagahi menuruni cerung-cerung tangga di flat ini. start scooter cabut. india rumah bawah sekali laju jeh terus buka tingkap usha apa yang berlaku. ingatkan ada orang nak curi motor honda c70 milik beliau agaknya. mungkin motor itu begitu klasik baginya. mungkin juga motor itu adalah peninggalan 3 keturunan keluarga beliau. dengan hati yang lega beliau menutup kembali tingkap rumahnya dan berlalu tidur. ceh! buang masa aku senyum-senyum dia buat tak tahu jeh.

aku gagahi meredah embun-embun pagi yang gila sejuk. dah pakai sweater pun lagi gigil-gigil. ada mamat kat belakang aku ni main sandar-sandar kat belakang aku sejuk katanya. aku rasa nak terajang jeh sebab dia punya janggut ada kena-kena aku punya tengkuk. tapi hati mesti sabar. bulan puasa banyak dugaan.

aku sampai kat satu kedai makan ni. nampak kereta polis. dengan tiada perasaan bersalah sebab tak pakai helmet aku parking motor aku sebelah kereta polis. aku buat-buat berani. padahal lesen motor, i.c, roadtax semua aku tinggal kat rumah. aku rileks jalan depan mereka. dorg senyum dan kata "selamat bersahur!" aku pun senyum. hormat mereka-mereka kepada aku. lalu mereka bertanya lagi "rumah mana?" aku tunjuk jeh ke arah depan sana. "owhh! padanlah taknak pakai helmet. dekat sangat kan. rasa-rasa kalau jalan kaki balik pun tak letih sangat kan?" aku jawap dengan buat-buat tak faham. "naik motor lagi dekat kot." aku berlalu tanpa banyak soal. perut dah lapar dan game bola kat tv dah lama setat.

aku duduk. meja paling depan dan dekat dengan tv. aku sandarkan badan aku. terus lihat pada scoreboard. liverpool 0 - 2 aston villa. aku lihat sekali lagi. aku bangun dan pergi ke arah tv tu. aku ingat aku masih mamai-mamai. sekali lagi aku pandang. scoreboard tu tulis. Liv 0 - 2 Ast. perasaan aku bercampur baur. sama ada nak gelak atau nak guling-guling. tetapi bila tengok fans liverpool yang ada dalam tv tu aku tunduk dan berlalu ke meja semula. dengan semangat aku order nasi goreng ayam telur mata. hehehehe! semangat aku sahur pagi ni. sebagaimana semangat aston villa bermain seperti itulah aku semangat makan. itu tanda sokongan aku terhadap pemain-pemain aston villa.

tak mahu cerita panjang. game tu liverpool buat comeback kejap bila torres buat gol. tetapi final score liverpool 1 - aston villa 3.

info sukan : pakcik tepi aku kata aston villa dah 8 tahun tak menang lawan liverpool. aku pun senyum dan sengih sambil makan nasi goreng kampung.

p/s : fans liverpool mana? tunduk ker? atau dah tukar pakai jersey burnley? :D

nota kaki bola : man utd - arsenal. ada sape nak bet? kipas-kipas man utd mane? diam jeh. orang lain puasa gak. tapi fit! sebab kami muda dan bertenaga. bukan macam kuda-kuda tua seperti gigs, owen, scholes! kalau rase kipas susah mati man utd hah! tunjuk jantan laa. lagi nak teriak belakang-belakang. tak gentlemen langsung.

8.00 AM

Damm!
aku terkorek hidung..
terus aku buat megy lepas tu..
tak buang masa dah!
:P







p/s : selamat berbuka puasa semua..

Selamat Berpuasa! Ramadhan Al-Mubarak

esok sabtu.
setat dah satu ramadhan.
malam ni amacam? dah fit nak pergi terawih.

esok pulang temerloh.
puasa pertama tak ada feel nak berbuka kat k.l.
makan mak masak paling sedap.
tengok awek bazaar ramadhan temerloh gak paling syok.

jadi kawan-kawan. awek-awek. selamat berpuasa.
bulan paling banyak godaan dah datang.


nota kecil: semalam semua semangat kumpul depan tv tunggu info puasa. semoga panjang umur penyimpan mohor-mohor besar itu. sebab suara beliau membawa ceria! keh keh.

aku dah sibuk kumpul no. tepon fast food yang boleh buat delivery. aci bawah pun dah setuju nak kerjasama. kalau ada no-no kedai makan yang boleh wat delivery bagitau eh! keh keh! :D

Puasa dah ganti? ramadhan dah dekat!

seminggu lagi nak puasa.
dewan bandaraya kuala lumpur. majlis perbandaran temerloh.
bila nak bagi peta lokasi tapak bazaar ramadhan kawasan korang?
aku dah plan. sehari aku nak turun berkempen ke setiap tapak bazaar ramadhan yang berbeza.
jadi insya-Allah ada 30 tapak yang aku akan kunjung bulan ramadhan ni.
jadi cepat submit kat aku peta kawasan tu.
nanti macam mana penduduk nak vote aku kalau batang hidung aku pun tak nampak kan.
publisiti kena luas.
orang lain pakai topeng tutup hidung dan mulut. takut h1n1.
bagi aku tak perlu sangat.
sebab aku dah siap cetak dah topeng ala-ala macam ultraman tu.
tapi bukan gambar ultraman.
ia adalah muka aku.
lagi senang aku nak buat publisiti.

puasa dah dekat weh.
teringat waktu muda dan bahaya dulu. (kate solleh muda dan bahaya)
muda dan bahaya? (young and dangerous). alaa yang hero dia rupa cam aku tu.
sibuk jeh ikut gaya aku. dah aku kena tukar imej. sekarang zack efron plak tiru gaya aku.
dah aku pening gaya penampilan macam mana plak aku nak guna lepas ni.
ok meh aku cerita sedikit waktu aku muda dan bahaya.
sekarang pun muda lagi. tapi dah tak buat kerja-kerja bahaya.

mari kita mengimbau kenangan. 4 atau 5 kali puasa sebelum ni. maknanya 4 atau 5 tahun lepas laa. waktu dekat-dekat nak puasa. semua orang sibuk weh bila nak dekat-dekat nak puasa. pakcik-makcik sibuk nak tambahkan pahala dalam bulan syaaban. mat-mat rempit pula sibuk kerja cat nombor untuk bazaar ramadan. takkan korang tak tahu plak kan. yang nombor-nombor dan ada blok-blok tu. tu mat rempit yang buat tu. kerja part time sebab motor sangkut kat balai malam minggu dulu. dah la motor bapak kan. sebab tu ada makcik depan dapat blok besar-besar jeh. makcik belakang-belakang plak dapat blok atau lebih senang nak faham space kecil-kecil jeh. sebab akal mat-mat rempit ni panjang. depan-depan space besar. jadi jarang line ke satu line besar. maknanya cepat laa habis ngecat line. sampai hujung-hujung nombor banyak lagi space dah kurang. tu makcik-makcik dapat hujung hangin jeh. belah depan dapat 2 3 meja untuk satu blok. makcik belakang kadang-kadang satu meja pun kongsi makcik sebelah. malu beb dah laa kerja tengah panas. awek-awek lalu pandang jeh. mana nak taruk muka? baru nak bunyi-bunyi tarik bibir awek dan jeling arah lain. waktu tu rasa macam cat jalan warna kuning tu nak cat jeh kat muka awek-awek tu. tapi mat-mat rempit sekarang mana ada lagi macam ni. mat-mat rempit sekarang kerja high class. pakai tie. kasut itam kilat bersinar. kerja dalam aircond. mana laa aku tahu mat rempit sekarang aku bukan mat rempit. bukan tu aku nak cerita lagi pun.

makcik-makcik yang nak berniaga ni plak sibuk laa turun naik mahkhamah. bukan sebab mereka-mereka kena saman. sebab parking kat mahkhamah. guna tangga makhamah tumpang lalu untuk ke pejabat majlis perbandaran temerloh. sebab parking kat majlis penuh beb. ramai laa makcik-makcik ni datang. ea laa nak cabut undi dapat space nombor berapa kan. makcik-makcik yang dah biasa niaga bilang tahun muka rileks jeh. sebab mereka dah sogok awal-awal dah mereka yang kerja cabut undi nanti. makcik-makcik ni takyah beria laa nak sogok wang beribu. cukuplah sogok setakat datang makan kedai mereka hari-hari dapat murah. tak yah beria sangat. kadang-kadang suruh laa anak-anak perempuan mereka yang ada tolong bagitahu kat mereka. confirm jalan punya. makcik-makcik yang dah bagi sogokan ni muka rileks dan tenang jeh. sebab mereka dan confirm dapat tempat regular mereka bilang-bilang tahun. regular customers mereka pun takyah susah-susah cari mereka mereka. datang jeh tempat biasa. nak-nak plak makcik-makcik yang jual waktu pekan sehari. confirm pekan sehari situ laa gerai dia. waktu bazaar ramadhan pun situ gak lah tempat dia. kalau nak tengok contoh terbaik. cuba tengok gerai murtabak pok lan. macam mana nak tengok? korang kena ada saintis yang rambut pacak-pacak. lepas tu ada kereta sebijik yang boleh back to the future. sebab aku cakap 4 atau 5 ramadhan lepas. sebab aku rasa sekarang dah tak ada dah. sebab sekarang mungkin majlis dah telus kot. atau anak makcik-makcik ni dah tak mantap sebab hari-hari makan jadi gemok bela badan jeh hari-hari. ataupun sebab yang ahli majlis pun semua dah tua-tua dan gatal jeh. tapi bukan tu aku nak cerita. sebab mak aku last berniaga bazaar ramadhan pun waktu aku umur 10 tahun.

kalau hampir-hampir nak puasa macam ni. kami mesti akan tubuhkan satu persatuan pengguna sendiri. persatuan pengguna kami ini adalah bertemakan dari kami, kepada kami, dan untuk kami-kami sahaja. itu adalah cogan kata rasmi kelab atau persatuan pengguna milik kami. persatuan pengguna kami ini lebih produktif dan aktif. kami lebih kurang macam inspektor makanan pun ada. kami akan melawat kedai-kedai makan yang biasanya tak tutup pada bulan ramadhan. sebab banyak kedai makan tutup waktu bulan ramadhan. kedai mak aku pun tutup. perkara yang kami titik beratkan adalah soal keselamatan, kebersihan, harga, jarak, dan lokasi. bagi aku terangkan dulu. nanti korang tak faham plak. keselamatan. kedai itu mestilah bukan kawasan popular. hanya minoriti jeh yang datang. dan yang paling penting jauh dari sebarang mengawasan polis dan jabatan agama. yang keduanya adalah kebersihan. sangat penting sebab biasa kedai-kedai yang buka waktu bulan puasa kedai-kedai cina. tetapi tak tahu kenapa bila bukan bulan ramadhan sangat jijik dan geli untuk pergi kedai nasi ayam cina tetapi bila bulan puasa itulah kedai yang paling sedap nasi ayam dia! yang ketiganya adalah jarak dia dari tempat persembunyian kami. lagi dekat lagi bagus. sebab risiko untuk kantoi dengan pak iman nak pergi surau atau dengan cikgu-cikgu sekolah yang baru balik sekolah atau dengan mak bapak sekor-sekor melaun yang terbabit dalam operasi ini. jadi kedai yang terbaik adalah kedai yang paling dekat. tempat persembunyian kami? mana boleh bagitahu. tak nama tempat persembunyian kalau bagitahu. yang terakhir adalah lokasi. lokasi tempat persembunyian mestilah jauh dari laluan awam. jauh dari jiran-jiran yang seperti mulut murai.com. jauh dari pandangan orang. berdekatan dengan tempat yang ada air lagi bagus. seperti rumah kosong yang paip air belum potong. lombong tinggal. rumah indon yang dah tinggal tapi ada perigi. tepi sungai tak besh sangat sebab jauh dengan rumah lagipun orang tua-tua punya port ponteng puasa. nanti dia kaco line. dan lagi satu adalah lokasi kedai itu. lokasi kedai itu mestilah bukan tempat laluan utama ahli keluarga, ahli kariah masjid, ahli majlis agama, ahli pibg sekolah, ataupun ahli pusat sumber. sudah faham sedikit? tak perlu nak faham banyak-banyak sebab persatuan ini dah dibubarkan. eh masih ada rasanya persatuan ini. tetapi generasi seterusnya.

terlupa. ada satu lagi yang aku tertinggal. sukarelawan. tiada sukarelawan ni maknanya tak jadi persatuan ini. jadi kami kena siapkan list awal-awal. siapa yang kami nak lantik jadi sukarelawan. nama yang atas sekali tentu franklin monokotiliden. aku tak ingat mono-mono apa nama dia tapi sebutan dia lebih kurang macam tu lah. dia adalah chief sukarelawan kami. dan dia juga dikalangan yang terbaik dari yang terbaik. tidak pernah sekali pun kantoi dalam tugas yang kami berikan kepada beliau. sekali pun tak pernah gagal dalam misi membeli makanan ke lokasi yang kami tentukan. ehh pernah sekali! pernah sekali dia makan duit kami pergi pusat hiburan keluarga. cilaka betul kami tunggu dekat dua jam rupanya dia perabih kan duit kami gi main game token. hangen betul. kelaparan kami satu hari tu. terus dia kena balik pakai tudung yang dicuri oleh beliau sendiri. banyak lagi mereka-mereka yang terlibat dalam kerja-kerja sukarelawan ini. tetapi persatuan kami berrprofil tinggi. jadi segalanya adalah private&confidential.

jadi aku pelik lah. kenapa lah ramai yang kalau puasa mula lah tak semangat jeh. bila ajar keluar taknak. ajak melepak tak nak. aku jadi sangat pelik lah. tak ada kekuatan langsung. tak ada daya ketahanan diri langsung. dan antibodi yang sangat lemah. kami waktu puasa siap boleh main bola lagi petang. hey! bukan main timbang-timbang atau main monyet tepi padang. tetapi boleh main satu padang besar lagi bulan puasa. main padang besar 7 sebelah. jadi apa lah masalah dengan puasa? tak ada masalah pun.

jadi. selamat puasa semua! selamat berpuasa untuk mak, ayah. along sekeluarga. angah sekeluarga. ude sekeluarga. nadia sekeluarga. dan mereka-mereka yang berada di temerloh. maaflah semua sebab puasa yang pertama ini kamu semua terpaksa tengok muka aku yang kacak ni sebab puasa pertama weekend beb! takkan laa aku taknak balik. jadi aku yang diperantauan ni akan balik. jadi masak sedap-sedap! hahahaha :P

untuk mereka yang masih bersama. Syukur Alhamdullilah kita masih diketemukan dalam bulan yang penuh berkat ini. untuk mereka yang telah pergi. mungkin puasa berikutnya aku akan turut serta. dalam kita memasang pelita dalam malam tujuh likur. semoga cahaya pelita itu boleh terangi untuk kita mencari malam lailatul qada.

p/s : siapa nak cabar aku? ok timbang berat korang sekarang. hujung puasa kita timbang. tengok siapa lagi kurang berat dalam bulan puasa. ada berani? nadia berat berapa? moyu berapa? daud? kura-kura? pengemar coklat? zarf ko taknak ker turut serta tengok ko dah berlebih-lebih dah tu. moqh? emir? angah? ude? haaa marilah! setai cabaran puasa dan kurus ini. penyertaan terbuka. tak perlukan borang tak perlukan duit. cuma hantar berat anda sekarang. dan kemudian hantar berat anda hujung bulan ramadhan.

nota untuk arefizz dan shah arjin : wehh! outing ramadhan ajak aku. kita lepak macam last year. tapi tolong jangan masjid kat area shah alam lagi. aku letih kira round bout jam 3 pagi.

21st Century Breakdown!




nak check tracklist album neh?
tekan kat bawah.
TEKAN

faeez. ko kate album ni tak besh? kau silap besar laa toh. hahahaha.
ok tak nafikan memang banyak cam lagu-lagu kristian kan. tapi pandai pilih laa nak dengor. dengar muzik lirik abaikan. coldplay pun ada album banyak lagu kristian apa. viva la vida. tapi tetap top gak. korang tetap nyanyi gak. lagu viva la vida ngan violet hill laa aku bagi contoh. cuba tengok lirik. akak aku pun waktu abang ipar aku pasang lagu coldplay kat dalam kereta dia bising. apa jadah kau dengar lagu kristian neh? terpesong ker hape?

cantek laa green day. makin tua makin matang. takkan sampai tua lagu puck rock kasi hentak kepala kan. aku pun dah makin meningkat umor. waktu layan lagu-lagu punk rock neh aku belasan umur lagi. wehh! cakap macam tua sangat kan. aku baru 20 wehh! cuma dah takder belas-belas dah. sweet 20 org kate! keh keh!

ingat lagi zaman kanak-kanak. dengan computer cabuk giler. pentium II window 98 plus. wahahaha. tapi zaman toh dah kire lagu gile. padahal nak download lagu kau boleh tengok bola makan megy pun tak siap lagi. hehehe! tapi zaman kecik-kecik apa peduli kan? nak beli album? bapaknyeh laa. mana aku duit. neh internet bil bapak aku bayar. jadi lantak pi la. dia bising pun hujung bulan. dulu mana ada streamxy yang bill dia fixed. pakai dial beb. nak dial toh bukan main sedap lagi bunyi. jiran belakang pun boleh jerit kat aku! tak dapat connet lagi ker? cilaka btol. tapi nak layan green day punya pasai. susah skit tak pe kan? ekekeke.

ingat lagi. waktu kanak-kanak ribena. dengan speaker yang putih toh. alaa speaker bapak bodowh toh. tapi bunyi kuat! itoh punye speaker selagi boleh pusing aku pusing bagik habis. tak syok laa dengar perlahan-lahan kan. sangat besh. balik sekolah mak bapak tak ada. aku jeh tinggal. haa ape lagi. dengan makcik sebelah pun rambut pacak lepas tuh. mungkin pacak sebab terkejot kot. aku rasa penyakit membebel dan jaga tepi kain orang makcik sebelah umah aku neh berpunca dari aku kot. sebab dia mula-mula datang tak ada laa bz sangat. tapi bila aku hari-hari dengar lagu kuat gila. hari hari dia bergosip dengan mak bapak aku bila mak bapak aku balik kedai. aku rasa buah mangga depan umah aku berbuah lebat pun sebab dowglah kot. hari-hari bergossip dekat bawah pokok tu. pokok toh tak tahan sangat nak bercerita. dia luahkan dengan buah2 mangga.

tapi bapak aku hangen juga hari-hari makcik sebelah tu bising. tapi dia tak ada bukti. aku kata aku mana ada buat. sebab balik sekolah tidur jeh. ngantok gila. dia buat plan pertama. dia ambil plug speaker toh. dia bukak dan tanggalkan plug toh. ceh! tinggal wayar jeh kat plug toh. esok gi sekolah ada kelas kemahiran hidup. aku terus tanya cikgu ab halim macam mana nak pasang wayar pada plug. nama dia A B HALIM tao. sebut pun abby halim tao. sebab kat nametag dia tulis AB HALIM. nasib dia nak ajar aku. balik aku terus pergi kedai elektronik dan beli plug. malam tuh aku dengar berlagarnye pasang speaker toh bila ayah aku lalu. dengan muka kerek jeh.

esok aku nak pergi sekolah. dah siap mandi semua. lepak depan meja pc. pakai stoking. aku usha plug yang aku pasang semalam. aku pelik. sebab satu plug dah hilang. ceh! ayah aku main taktik kotor. dia rembat speaker toh. petang toh bila dia balik. dia dengan muka kerek dia berkata. "amannya hidup ni. terasa sunyi dan selesa jeh" hampeh.

argh nanti laa plak aku cite mcm mane aku rembat balik speaker toh. aku nak ngeteh. lapor dowh.

cuba tengok ini.

cuba tengok betul.
ulang tayang video neh sebanyak 8 kali.



soalan dia..
siapa yang menang?

bukan untuk penyokong man CEHH! ter united

pengangkutan awam.

seorang gadis gothic dan emo dalam lrt.
memang muka nampak gothic giler lah.
dengar celak tebal giler kat mata.
dengan pakai stoking tangan belang-belang.
dan membuatkan aku bertanya.
masih ada lagi ker gothic?
aku ingat dah takda dah fesyen semak toh.
amy lee pun dah diam takde album baru sekarang.
aku rasa amy lee pun dah taknak nampak gothic lagi.
hehehehe. ngok ngek ada orang tanye sape amy lee.
vokalis evanescence toh laa. tapi toh dulu.
sekarang dah solo.
aku malas nak komen banyak.
aku tidur jeh dalam lrt sampai ke gombak lepas tu.
lantak lah kau. hangguk-hangguk kepala sambil dengar mp3 player.
baling dengan handfon buruk aku nak?

aku naik bus rapid.
dalam bus ni adalah mamat ni.
bapak semat. memang bergaya tak mengalah lah.
dengan kemeja dan seluar keje.
dengan kasut tak mengalah.
minyak wangi bapak wangi.
sesak nafas aku.
sepanjang perjalanan neh aku bersin-bersin jeh.
celaka betul. seminggu kau beli satu satu botol perfume ker?
owhh atau kau ni dealer one drop perfume.
tolonglah kasihani penumpang-penumpang yang lain.
pakai sket-sket dahlah ea bang.
nasib perjalanan mamat toh tak lama.
lepas tu dia turun.
aku lega dan bersyukur sangat sebab aku dah lepas dari terseksa hidung.

aku ingat cabaran kembara aku dah berakhir dah.
masuk plak geng-geng bangla yang cuti hari ni.
adalah dalam 5 6 orang.
terus penuh ruangan belakang.
port aku duduk.
barulah aku terasa betapa bertuahnya jika ada mamat yang pakai perfume tadi dok sebelah aku.
aku rase sesuai sangatlah kalau one drop perfume toh promote kat mana-mana construction site.
sabar jeh lah. dah laa aircond bus rapid segan jeh nak berfungsi.
kalau tingkap bus rapid macam tingkap bus sekolah aku rasa dah lama aku keluarkan kepala aku ikut tingkap.

aku turun kat satu stesen neh. nak tukar kena naik bus metro plak.
tunggu bus. lepak makan jambu makcik ni jual.
ada awek beb! pakai skirt punya singkat. pakai singlet baik punya.
rambut panjang mengurai.
aku buat muka rileks.
pergh! aku telan air liur. memang mantap.
kaki bulu kaki pun takda.
aku ushar baik punye.
tiba jalan depan aku.
ada mende lembik-lembik jatuh depan aku.
toh lah first time aku tengok mende lembik-lembik toh.
tiba-tiba balak sebelah dia tegur.
" u punya tu jatuh!"
" ahhhh! malunya makk! macam mana boleh jatuh! i dah letak elok dah!"
satu jeh perkataan yang keluar dari mulut aku.
BABI!
terus sebelah mantop sebelah kempis.
aku blah naik bus. jambu aku buang. mati selera jeh.

aku naik bus. duduk tepi tingkat.
makcik sebelah aku baru balik dari pasar.
banyak giler sayur dia bawak.
ngan ikan-ikan lagi.
memang makcik ni selamba badak jeh.
takdelah nampak bergaya sangat.
aku buat tak tahu. aku tengok ada awek depan aku muka kerek dan ketat jeh.
sambil bawak majalah urtv.
kau ingat kau artis? kau ingat majalah urtv ada muke kau?
aku buat muke taik jeh kat minah tu.
tiba-tiba telefon poliponik berbunyi.
aku ingat fon aku. sebab fon aku jeh yang masih berbunyi canggih gtoh.
rupanya fon awek depan aku toh.
"erlow! haa yangg! jap ea yang. i dalam bus. driver neh tak drive lagi bus dia. so late dah neh!"
"sorry laa. tadi i pakai kasut high. so toh yang late-late skit toh. u sabar ea. jap lagi i sampai!"
aku tahan gelak jeh. terasa nak terbahak-bahak jeh sambil guling-guling jeh depan minah toh tadi. bajet gaya bintang rtm jeh.
tetapi hormat orang tua sebelah toh aku diamkan diri. tiba-tiba makcik sebelah neh keluarkan paper yang dia beli tadi. sume paper orang puteh. giler gempak. aku rileks lagi. tiba-tiba lagu mas mona berbunyi. saper plak yang set ringtones lagu mas mona neh. tiba-tiba makcik neh keluarkan karung dalam beg dia. dengan muka selamber dia keluarkan Iphone. speaking ngan laki dia giler gempak. aku terkedu. cehh! nasib aku tak gi gelak guling-guling depan minah karat toh tadi. sebab english aku pun ke laut. hahahahahaha! aku telan air liur. cehh! aku berfikir. tak berbaloi langsung ragut yang lawa-lawa cantik-cantik tapi takda untung. makcik-makcik macam makcik sebelah aku neh rileks jeh. pakai selebek jeh. tapi kalau ragut untung giler. tapi kita semua fikir orang-orang macam makcik neh takda duit. aku ilangkan perasaan terkedu aku.
aku terus tidur dalam bus tuh.

argh! malas cerita lagi sebab aku dah ngantuk. krohhhh! krohhhhh! krohhhh!!! rita rudainiiii!! nasha azizzzzz!! sandra bullockkkk!! angelina jolieee!! ahhhh!! mak aku pegang rotan. kacau jeh. baru nak mimpi banjir-banjir. :P

antara mcd dan kedai mamak

sangat tidak bagus apabila on9 di mcd berbanding di kedai mamak.

sangat tidak open air dan sangat tidak dapat merasakan bau titik peluh mamak bawak teh o ais kepada pelanggan.

sangat tidak bagus apabila tak boleh order teh tarik atau pun teh o beng bila nak minum.

tidak seronok langsung bila tak rasa sangat kemeriahan kedai mamak. terasa kehilangan hilai tawa dan kegembiraan.

terasa sangat urban dan dan bercitarasa tinggi bila on9 kat mcd berbanding mamak.

terasa sangat boring bila tiada langsung tv yang memaparkan gusti ataupun bola ataupun animal planet bila on9 di mcd.

sangat tidak meningkatkan tahap matematik diri bila kira di mesin-mesin dan bukannya pakai kertas. tak boleh nak bertaki dengan mamak-mamak bila salah kira.

sangat tidak bagus bila dalam aircond pagi-pagi atau lewat-lewat malam. membuatkan hidung terasa nak di gosok-gosok.

hai mamak di area taman melati. tolonglah sediakan kemudahan wifi. takkan hari-hari aku nak ngeteh kat mcd ni. aku cuma inginkan teh tarik dan layar internet. bukan mahukan coke dan fries. aku tak mahu gemok!

p/s : harap mamak di taman melati ini mendengar rintihan seorang penduduk yang tiada talian internet di rumah. hahahahahaha!

*penulis menulis di sebuah cawangan mcd di taman melati dan selepas itu bergaduh besar dengan pekerja mcd di sini selepas memburukkan nama mcd mereka! aku menang beb! 2 round k.o! hahahaha

Tahniah

Untuk Mahmoud Ahmadinejab.
Tahniah!
anda memang layak untuk memimpin Iran.
teruskan kepimpinan anda!







p/s : untuk kanak-kanak ribena yang besday baru lepas iaitu daud salim bachik dan capik helmi gimik! hepy besday! korang dah tua. jadi sedar-sedarlah diri jangan nak main dalam longkang lagi. mentang-mentanglah mak korang pakai serbu pencuci daia!

p/s lagi : ehmmm. apa plak nak bagik ayah ku dan mak mertua ku. besday mereka juga dalam bulan ini. tungguuu!! ekekekeke :D bagi pelok cium jeh boleh? hahaha :D