RSS Feed

1 Ogos 2009

hari yang sangat sibuk.
hari yang sangat dinantikan oleh kebanyakkan pihak.

ok kita set kan jadual kita.
agar tidak terlalu kelam dan kabut lalu menjadi haru biru.

ok pagi. kita pergi perhimpunan hapuskan ISA.
kat mana? dan nak tahu lebih lanjut?
tekan kat bawah ni.
TEKAN
yang nak pergi tu. korang kena ikut negeri tao. nak maklumat ni. tapi nak banyak lagi maklumat tekan yang atas tadi.

MAKLUMAN PERGERAKAN HIMPUNAN AMAN MANSUHKAN ISA PADA 01 OGOS 2009

1. Bagi melancarkan Himpunan Aman Mansuhkan ISA pada 01 Ogos 2009, Sekretariat Himpunan Aman Mansuhkan ISA mengumumkan tempat berhimpun dan pergerakan himpunan seperti berikut:

Ø Tempat berhimpun dan negeri-negeri berkaitan:

a. Sogo:
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak

b. Masjid Jame’ Kuala Lumpur:
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan

c. Masjid Negara:
Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

Ø Peserta-peserta himpunan aman dikehendaki berkumpul mengikut negeri masing-masing

2. Perarakan ke Istana Negara akan dimulakan tepat jam 2 petang untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat membantah undang-undang zalim ISA

3. Semua peserta dikehendaki mengikut arahan pihak keselamatan (JABATAN AMAL) yang berpakaian merah

4. Peserta digalakkan masuk awal ke Bandaraya Kuala Lumpur dengan meggunakan kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan

Sekian,

KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD
Timbalan Pengarah Himpunan Mansuh ISA,
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat

ok petang kita rileks jap.
sebab malam kita nak gune tenaga lagi kan.
malam kita nak pergi konsert search di awan biru plak.
jadi kena simpan banyak tenaga. nak hangguk kepala kan.

ok satu soalan. menurut akal masing-masing? rasa-rasa patut tak ISA dibubarkan? atau ISA ini patut di pinda agar lebih relevan?
bagi kepala saya yang tidak berapa cerdik dan tinggi pangkat. ISA tak perlu sampai dibubarkan. tetapi perlu dikaji semula dan dipinda agar lebih relevan! sebab dalam satu-satu masa ISA juga penting untuk menjaga keselamatan negara dan kedaulatan negara. aku bukan cakap macam tu sebab aku penyokong Barisan Nasional. aku cakap bagi sebab aku pun rakyat yang duduk dalam negara ini juga. tak mahu cakap banyak sebab ini cuma perjuangan politik. aku bukan minat sangat politik. jadi kepada keluarga yang nak keluar. pakwe makwe nak dating. aku sarankan sabtu tu naik jeh laa lrt ea. sebab confirm sesak! confirm banyak road block. hehehehe!
ok korang. sabtu nanti ea!

p/s: aku gebang jeh lebih. aku dah janji dengan bunga hatiku dah sabtu ni. jadi lantak korang laa! hahahahaha :D

p/s lagi : mie man dan juga mereka-mereka dari temerloh. dan settle calling aku. hahahaha. kite ngeteh.

Kita kenal kita erat dan kita berpisah jua

untuk keluarga pakcik arep.
takziah.
minta maaf kerana aku tidak dapat pulang untuk ziarah.
Allah S.W.T lebih sayangkan pakcik arep.
sekian lama bertarung dengan kanser usus.
terima kasih kerana sejak dari saya kecil menjadi pelanggan setia kedai kami.
tak sempat ku ingin minta maaf atas keterlanjuran kata terkasar gurauan.
tetapi ingin ku katakan bahawa pakcik adalah antara teman saya yang rapat.

tahun ini tahun yang sangat dukacita.
selepas seorang. seorang lagi gugur ke pusara.
untuk keluarga kawik. untuk keluarga aboh. untuk keluarga pokde hussein. untuk keluarga pakcik arep. untuk semua keluarga yang ahli keluarganya yang baru sahaja pergi dan telah lama pergi. hanya ini sahaja mampu saya sedekahkan.

Al-Fatihah.

p/s : takkan pernah lupa lagu kenanganku! dan mungkin selepas ini tak akan dapat dengar lagi ayah berkata "tadi pakcik arep datang tanya jantan aok mana?"

Pergi..

so long, fare thee well
the dancer and the dancing days have taken leave and fell
so turn down this bed of stone
quench me with the deadly nightshade from the rose that you belong

the long december rain is falling now
running down on streets to nowhere
music is my life - you're my sweetest nightinggale
but u can't hear it here no more
and i go.. i go

hush now, don't shake or break
words have fallen silent like soldiers to the grave
no matther what they do or say
lay me on the sleepy meadow by the tracks upon your face

aizat - I Go
Pete Teo - I Go

sebuah runut bunyi dari filem talentime. arahan yasmin ahmad.
terima kasih kerana pernah menghiburkan aku. pernah memberi pengajaran. dan memberi sedikit nasihat dalam filem-filem anda. dalam iklan-iklan arahan anda. terima kasih sangat-sangat.

ya kadang-kadang sepet mata apabila melihat filem-filem anda.
adakalanya filem-filem anda membuat sesetengah pihak tidak duduk senang dan gubra.
tetapi aku khayal dan aku terpaku dengan karya-karya anda.
masih ingat lagi filem mohsin yang ku tonton bersama bunga hatiku.
filem pertama bagi kami berdua.
kami tertarik. kami suka. dan kami bangga karya anak melayu seperti anda.
lalu kami tidak melepaskan peluang untuk menonton talentime pula.

kau yasmin ahmad? kau zulkifli ahmad?
aku tidak peduli sangat.
dan sangat tidak cerdik membuka aib seseorang.
dan sangat tidak bermaruah bila kita hebohkan dan besarkan aib yang telah pergi.
biarlah dia pergi.
biarlah soal di bawah sana yang menentukan.
biarlah dua di bawah sana jalankan kerjanya nanti.
kita yang masih hidup.
teruskan hidup.
sebab kita pun masih tidak sempurna.
lagi mahu berceritakan tentang ketidaksempurnaan orang lain.

bukan menyebelahi mana-mana pihak.
bukan mempertahankan mana-mana pihak.
cuma ingin mengucapkan terima kasih.
tersangat-sangat terima kasih kerana pernah menghadiahkan filem-filem yang cerdik.
filem-filem yang dekat dengan kami.
terima kasih.

dan Al-fatihah.


nota kaki : bunga hatiku. jangan pernah lupa mohsin!

B U L L S H I T

hidup. dan kemudian mati. orang kata hidup ini kita yang tentukan. hidup ini kita yang rancang! bullshit! aku rancang nak jadi doktor. ahmad cita-cita nak jadi peguam. rizal bercita-cita nak jadi arkitek. kami kenal dari darjah satu. pernah satu ketika kami melepak sama. dan bertanya. apa rancangan kamu? apa impian kamu? dalam alam kanak-kanak. dan dalam jawapan kanak-kanak. aku nak jadi pilot! safuan mencelah. selesai berborak. dan loceng rehat pun berbunyi tanda rehat dah habis. sebelum pulang ke kelas masing-masing. kami semua berkata dan berjanji. kita belajar rajin-rajin. harap-harap nanti kita jadi apa yang kita rancang ni! aku menuju ke kelas tanpa banyak cakap. rizal ke kelas depan sekali. ahmad kelas kedua. aku kelas ketiga. dan safuan kelas terakhir. sekali lagi bullshit! kami tak pernah pun ambil mana-mana exam dan mana-mana soal jawap pun. tetapi kelas tetap membezakan kami. mak ayah kami selalu berborak. owhh! anak awak kelas nombor satu ya! bagus dapat anak yang bijak pandai. sejuk perut mak mengandung. owhh! anak awak kelas nombor dua ya! takpelah usaha lebih skit nanti boleh naik kelas nombor satu! kelas nombor tiga dan nombor empat? hanya diam dan bisu! sekali lagi bullshit! aku cuma darjah satu. aku pun sudah pandai membaca. aku pun sudah pandai mengira. tetapi kenapa aku duduk kelas nombor tiga? dan safuan pun satu tadika dengan aku. kenapa dia duduk kelas terakhir? kenapa dengan rizal dan ahmad lebih? sedangkan dia juga satu tadika dengan aku. kenapa harus pisahkan kami dengan kelas-kelas yang bullshit ni? kenapa? apa kurang kami? apa lebih dia? ok tak mengapa. cuma darjah satu jeh pun. kan?

masuk darjah enam. UPSR. semua bertungkus lumus. ada sedikit peningkatan. aku di kelas kedua satu kelas dengan dengan ahmad. ahmad turun kelas kedua. rizal turun kelas ketiga dan safuan kelas ke empat. kami dah tak rapat macam dulu. sebab rizal dengan kawan-kawan dia. safuan pula lebih mendiamkan diri. lebih menyepikan diri. mungkin dalam bahasa tinggi paranoid. ahmad lebih teruja dengan UPSR. mungkin sebab dia dari kelas pertama. mungkin otak dia sudah kena basuh supaya belajar rajin-rajin. mungkin itu kelas pertama selalu buat. aku tak pernah tahu dan tak pernah nak ambil tahu. sebab aku rasa mereka bullshit! sangat berlagak dan tunjuk pandai. ya aku tak pernah pun naik pentas ambil sebarang anugerah cemerlang. tapi tak mengapalah. ahmad dengan dunia dia. biarkan dia. aku pun dah makin tak rapat dengan dia. mungkin sebab dia lebih rapat dengan buku. go on. aku tak kisah sebab aku pun bukan rajin sangat. pergi kelas tambahan pun sebab dapat duit saku lebih. rizal dengan dunia dia. lebih kepada buat masalah disiplin. dia pun juga sudah jadi kepala taiko. dah ramai jadi anggota dia. selalu lalu dengan baju di luar seluar. aku tak kisah pun. sebab aku tahu kisah silam dia. rahsia dia dalam poket aku. sebab aku pernah selamatkan dia dari digigit tikus waktu tadika. argh! itu waktu tadika. waktu kami rapat. tapi tak mengapalah. rahsia dia dalam poket aku jeh. tapi aku tak ambil kisah. nak pukul aku? marilah. aku buka langkah seribu. nak cari masalah? tidak sama sekali. sebab aku pukul dia pagi ini? tengah hari aku kena rotan dalam bilik disiplin. petang aku kena belasah dengan ayah sebab bodoh bergaduh. dan malam kena membebel sebab baju rosak. baju koyak. nak aku alami itu sekali lagi? tidaklah. cukup. nightmare. dengan safuan pula. aku ada juga datang lepak kelas dia jarang-jarang. duduk dengan dia. borak-borak. mungkin dengan aku sahaja dia mahu borak kot. mungkin sebab aku kenal dia dari kecil kot. mungkin aku yang pernah kongsi bekal aku dengan dia kot. bukan sebab aku kesian. tapi aku memang tak suka dengan bekal yang aku selalu dapat. tetapi aku tak kisah. aku lepak dan dengar dia cerita. tapi aku dah rasa mula nak blah. rasa nak cabut jeh. bosan. dan aku juga tidak tahu apa nak borak. aku tak tahu macam mana nak sambung borak bila dia mulakan dengan cerita anak beranak ultraman. dengan kisah-kisah gaban. asal usul dia. bullshit. sumpah aku tah tahu. aku tak tahu nak sembang apa. waktu cerita ultraman akak-akak aku selalu tengok drama. bila cerita gaban aku kena pergi kelas mengaji. jadi aku cuma tahu dalam iklan sahaja watak fantasi tu. tapi apa aku kisah. itu semua bullshit!

hujung tahun. result UPSR keluar. ahmad nangis. kecewa sangat-sangat. sebab dapat 3A. dia cakap dulu paling teruk pun 4A. mungkin high confident kot. aku 4A jeh. english B. sebab tu aku menulis guna BM. tapi tak mengapalah. aku tak pernah impi dapat A pun. aku kata dulu lulus pun dah cukup. safuan dapat 2A. tahan gak budak tu. rizal pula. 5B. dia pun tak kata apa. dia pun tak pernah nak usaha apa. nak jawap UPSR pun dulu pinjam pensil aku. tapi tak mengapalah. orang kata UPSR tak penting. sekali lagi aku nak kata bullshit! kalo result upsr bodoh. ko duduk dengan orang bodoh. ko akan duduk kelas last. ko nak duduk sekolah asrama penuh? mimpi la!

aku tak kisah sangat dengan sekolah. aku dapat sekolah harian. masuk kelas rancangan khas. sekali lagi bullshit! rancangan khas tie warna biru lembut. kelas biasa tie warna hijau. aku pakai tie hijau walaupun kelas rancangan khas. sebab aku ingat boleh pilih tie mana kita suka. aku angkat tie hijau. nampak segan skit. tak mudah kotor. takda nampak lara sangat baju putih tie biru lembut. bullshit! hari pertama aku dah kena basuh dengan cikgu. pelajar tak disiplinlah. tak ikut code of conduct lah! bullshit! hari itu juga dia suruh aku beli tie baru. dia ingat tie harga rm1.50? tie harga rm7.50. duit dalam poket ada rm2.00 jeh. tolak makan tadi tinggal rm1.00! mana aku nak cekau lagi rm6.50? bullshit! aku langsung tak pakai tie hari tu. lantak! aku balik rumah kata salah beli tie kat ayah aku. ayah aku kata kan boleh tukar! esok gi lah tukar! kan baru beli! aku dah agak dah. esok aku pergi koperasi sekolah. minta tie nak tukar. bullshit! tukang jaga koperasi marah aku. kata aku bodoh. dah tingkatan satu pun salah tukar tie. dia taknak bagi tukar tie sebab tie aku dah pakai. dah lusuh. bullshit! mana aku nak carik duit? lantaklah. aku pakai sampai bulan depan. aku simpan duit. bulan depan tu aku angkat tie biru muda. tak hensem langsung pakai tie biru muda. tapi tu bukan yang aku nak cerita.

aku duduk kelas rancangan khas. ahmad duduk kelas biasa tapi nombor satu. rizal dengan safuan satu kelas. kelas last sekali. kelas rancangan khas semua melayu. lagi bullshit! hari-hari borak tentang bola. hari-hari borak tentang sapa gaduh dengan sapa. hari-hari borak tentang make up kalau perempuan. hari-hari borak pasai gossip. bawak majalah remaja. bawak majalah mangga. bullshit! bosan! aku lepak kelas ahmad. kelas dia banyak cina banyak india. banyak bahasa pakai. aku cuma faham melayu. tetapi aku tak bodoh sangat. aku boleh baca dari segi fizikal. dari segi gerakan. cina dan india pergi meja kawan dia bawa buku bawa kertas kosong. duduk gaduh-gaduh kemudian balik garu kepala. kemudian yang duduk hujung sekali sibuk mengira apa ntah guna sempoa. sorry kalau salah eja. beza kan kelas aku dengan ahmad. ahmad pun dah mula pakai spet mata. aku. masih macam dulu. dungu. rizal pula dah dapat rekrut safuan. mereka dah satu geng. tapi safuan jadi setiausaha kot. sebab selalu kena bawa buku. kemudian tolong bawakan buku rizal. mungkin lebih dari setiausaha. mungkin personal assistant lebih tepat untuk safuan. ok lantaklah. harap dia tak kacau aku sudah.

hujung tahun waktu penyampaian hadiah cemerlang dan mesyuarat pibg. aku duduk dekat kilat. main game token. buat apa nak pergi. aku bukan dapat anugerah cemerlang pun. nak tunggu mereka-mereka ambil hadiah untuk apa? aku mungkin bodoh tapi takdelah bodoh sangat sampai nak memperbodohkan diri duduk dalam dewan macam orang bodoh tengok orang pandai ambil hadiah. baik aku main taken. lagi syok. ayah aku pun aku tak bagitahu ada mesyuarat pibg. surat jemputan pun aku dah buat jet kertas lepas dapat jeh kertas tu. sumpah aku punya jet paling jauh terbang. nasib tak terbang ke ayah aku jeh. aku tengah sedap main. tengah syok lawan lee safuan datang dengan rizal. of course bukan mereka berdua jeh. tentu ada geng-geng dia. aku panggil geng susu lembu. sebab lembu jeh suka jalan ramai-ramai. lembu jeh suka jalan 13 ekor sama-sama. nasib kecil-kecil aku minum sirap. layanlah. aku tak peduli. none of my bussiness. aku sambung main. tiba-tiba safuan duduk sebelah aku. sengih macam kerang. dia ajak aku lepak sama. lepak denga rizal sekali. dia cakap lepak kat bawah. kat bawah tangga. bullshit! safuan kacau aku dah aku kalah. aku nak sambung main. nak tukar token. aku baru ingat aku ada rm1.00 jeh lagi. cukup untuk tambang bas balik jeh. nak balik awal lagi. kang mak aku syak aku ponteng kelas tusyen plak. lagipun kalau balik tak boleh keluar dah. aku gi bawah tangga. duk lepak dengan rizal and the geng. aku tanya safuan mana. rizal cakap rileks laa. my servent when to buy a drink. speaking plak mamat ni. aku angguk jeh. duduk seminit dua. safuan datang. dengan bungkusan plastik. dalam plastik ada mende berbalut surat khabar. aku cam pelik. air apa yang berbalut dengan surat khabar ni. rizal terus capai dari safuan dan terus buka balutan surat khabar tu. bullshit! tiger beer dua botol. aku blah. sebelum blah aku sempat kata. selamat menuju ke bulan. sampai bulan jangan lupa call aku. aku blah dengan perasaan kecewa. marah juga ada. tapi lantaklah. aku bukan bapak dia.

2006. aku. masih di sini. masih tinggal dengan mak ayah aku. tiada arah. tiada tujuan. tiada wang. ahmad pula dalam proses untuk siapkan diri untuk menyambung pelajaran ke united kingdom. bullshit! rizal pula? dalam penjara. mungkin dalam henry gurney lagi kot. umur berapa masuk penjara? aku tak tahu. tapi lantak lah. dia masuk sana atas kesalahan menagih dadah. dan juga kaki pukul. dia kantoi dengan polis pun lepas dia belasah mamat mana entah. sehari sebelum dia kena busted aku ada jumpa dia. dia tengah lepak dengan geng-geng dia. memang kurus benar dah dia. mungkin dia boleh jadi model iklan pil langsing badan. safuan? owhh ya. semalam aku dengar cerita ayah dia serahkan dia ke pusat pemulihan akhlak. sebab dia makin terus. telan pil. hari-hari jadi pakar batuk.

hidup ini kita rancang? bullshit! hidup ini kita tentukan? bullshit! kami rancang dari kecil. kami plan sejak darjah satu. bullshit!

p/s : aku tak percaya hidup ini kita yang rancang. hidup ini ditakdirkan mungkin. tetapi hati yang memilih. dan akal yang membuat kira-kira.

nota kaki : panjang lagi sebenarnya. tapi baik aku buat novel nak tulis panjang-panjang. lagipun siapa nak baca? aku pun tak pernah cuba untuk baca sekali lagi.

akulah superhero

terasa sangat hebat.
dan juga membanggakan.
bila semesta baru dah buka isnin
baru hari khamis aku pergi nampakkan muka.
sangat hebat.

bila sahaja nampak superhero berjalan. superhero toh a.k.a akulah.
sampai sahaja admin.
ada mata-mata liar memandang
dan tiba-tiba dari ramai-ramai tu muncul seorang.
"oit! ada lagi kau ea! aku ingat kau dah khatam!"
aku gelak dan diam.
dalam hati "babi!"
hehehehe..

perut terasa lapar.
tapi perut lebih menerima informasi awal bahawa harus berak dulu.
aku pergi ke tandas tingkat dua.
dengan harapan aman laa sket.
sebab budak telecomm tak ramai sangat.
skali masuk jeh.
berkepol-kepol asap keluar dari tandas.
macam kilang papan yang baru dimulakan operasi setelah bercuti 2 bulan.
skali aku jelmakan muka jeh.
"kerol!! kerol!! kerol!!" ramai jeh jerit.
babi betol.
sekali ada suara yang rasa patut bagi mangkuk tandas jeh kat mulut.
"laaaa aku ingat dah gb! baru aku nak calling ko cakap giant sini ada keje kosong! hahahahaha!"
aku jawap tepek jeh.
"takpe. aku dah minta tolong doreamon tempoh hari minta mesin atm kat umah. jadi duit bukan masalah."
aku blah. tak jadi nak berak.

aku pergi cafe.
nak makan. manalah tahu dapat kurangkan rasa lapar perut kan.
tapi.
ehmm..
korang pikir laa sendiri apa jadi bila ramai-ramai jumpe aku.


p/s: rileks laa baru 3 hari tak datang kot. blom lagi 3 bulan. kasi kecoh jeh. gb toh orang-orang yang dah sangkut. hahahaha!~

J A M M I N G

back to the future

mengimbau kenangan budak-budak indie zaman dulu-dulu. zaman aku muda-muda lah ni. tapi sekarang takda laa tua sangat lagi. ok lagu indie zaman muda-muda. layann! first song please.
guitar ready? drum? ok 1 2 3 4!


semalam ku dondangkan sayang
buatnya permaisuri
datang dari imaginasi ilusiku
dari planet muzik
cerita sementara
figura misteri

maka terciptanya
chemistry diantara kita berdua
bila bibir suci mu bersantun
nur karisma
mengalir umpana
ELEKTRIK!
ELEKTRIK!
OAG - Figura Malaya

semalam ku sandirawa kan wayang
untuk yang termasyur

tengah-tengah syok nak goreng. tiba-tiba ada orang ketuk pintu. cilakak betul! bapak kuat ketuk pintu. ingatkan ada polis buat sportcheck ke hape. cuak jap. tutt! semua alatan muzik berhenti dari berbunyi.

pintu terbuka dan tiba-tiba suara nyonya tua keluar.
"aiyooo boy! luu belom bayar lagi maa. kasi bayar dulu laa baru boleh ketok! lai! lai!"

cilakak betul. terus pungut duit skit sorang. aku paling last bayar. sebab aku ada duit syilling tadi. tu pun usaha lepas korek tabung! huhh! potong tol nyonya tua.

"aiyooo! duit 1sen pown ada ker? susah wo bisnes same lu orang macam ni!"
tutt! pintu tutup.

"moh sambung balik. aok nak nyanyi lagu mende?"
"alkaline trio laa ok?" sorang sambung.
"ok radio! set!"
(moh speaking) hahahahahaha :D

shaking like a dog shittin' razorblades,
waking up next to nothing after dreaming of you and me,
i'm waking up all alone, waking up so relieved
while you're taking your time with apologies.
i'm making my plans for revenge.
red eyes on orange horizons
if columbus was wronf i'd drive straigh off the edge
i'd drive straigh off the edge

taking your own life with boredom
i'm taking my own life with wine
it helps you yo rule out of sorrow
it helps me to empty my mind
making the most of a bad time
i'm smoking the brains from my head
leaving the coal calling the kettle black and orange and red
this kettle is seeing red

i've got a big fat fuckin' bone to pick with you my darling

baru nak start carut-carut maki hamun pintu kena ketuk lagi. naik marah pown ada. selalu time nak tarik time nak goreng ketok. babi tol! alatan musik terhenti dari membuat bunyi. tiba-tiba sorang sarjan misai hulurkan kepala!

"oit cintan! balik! aku suruh pergi tusyen tapi kau tusyen kat sini kau ea!"
"balik! derah!"
"padan laa pekse tak pernah satu kaler! mesti nak gak hitam merah!"
"balikkkk!" "kau jangan ngajor cintan buat mende tak elok!"

kecian pun ada aku tengok cintan. kena balik. hilang drummer ktowg. aduh. takder drummer macam nak main. masa banyak lagi. padahal baru dua lagu main kot. cilaka tol sarjan misai toh. rasa nak tumbuk pun ada. tapi tengok badan yang tegak teros tak jadi. confirm takleh menang.
tapi dah agak dah sape yang gtao cintan ada jamming toh saper. tak lain tak bukan. si melaun neh. (name terpaksa dirahsiakan) hahahahahha. dia dengki sebab ktowg tak ajak dia main. ktowg tengok dari balik pintu. hahhh! betul laa ada si melaun toh kat luar. dah terpaksa campur terdesak aku pun ajak laa dia main drum. bukan taknak ajak dia main. dia main bagus. tapi selalu taknak bayar. letih laa kawan. hahahahaha! :D

si melaun neh test-test drum. ketok-ketok sana sini. hati kat dalam semua panas jeh. tapi sabar jeh lah.

malas buang masa. lagipun nak tunggu si melaun toh warm up watpe. dia tak penting. layan jeh.
okkk geng! Do Da Da

every time i'm fallin down
you take the reprecussions
headaches and anxieties
advancing my frustration
rushing of my depression
sacrifice everything
waste with me into nothing
well now you're stuck with me
stuck with me
stuck with me

hand up your soul to my wrist
and i'll vow my trust to you
moving here i always thought
i realized you're imagined
rushings of my depression

sacrifice everything
waste with me into nothing
well now you're stuck with me
stuck with me
stuck with me
Green Day - Do Da Da

neh lagu pertama yang kami dapat main sampai habis hari ni.

to be continue..

nak tahu macam mana cara senang nak belajar b.i? dengan lagu. tak caya? pergi tanya teacher b.i aku dulu. buku grammar? aku buat 3 pages jeh. comprehension? aku sempat beli dan tulis tittle kat belah atas buku ini dengan tulisan comprehension. buku writing? aku tak pernah ada. hahahahahaha!

tapi aku rajin cari lirik lagu. aku rajin nyanyi. kadang-kadang toh sebut betul tapi eja salah. kadang-kadang eja betul tapi sebut salah. tapi sumpah kate kalo takda lagu-lagu b.i ni memang tak pernah aku tahu anxieties! frustration! ehehehehe.


p/s : nak mencarot? lagi senang kalo selalu dengor lagu b.i. hahahahahha :P

BUKAN SUPERMAN

aku bukanlah superman
aku juga bisa nangis
jika kekasih aku
pergi meninggalkan aku

ayahku selalu berkata padaku
laki-laki tak boleh nangis
harus selalu kuat harus selalu tabah
harus bisa jadi tahan batin

tapi ternyata
sakitnya cinta
buat aku menangis

aku bukanlah superman
aku juga bisa nangis
jika kekasih hatiku
pergi meninggalkan aku

ayah ku selalu memarahi aku
jika jatuh airmata ku
kata ayah selalu
air mata itu adalah tanda kelemahan
tapi ternyata air mataku jatuh juga

The Lucky Laki - Bukan Superman

tak mahu komen banyak. lagu neh besh? sape nyanyi lagu ni? anak-anak ahmad dhani nyanyi lagu neh. sape ahmad dhani? hahh toh vokalis dan juga gitaris kumpulan dewa.

dah dengor? blom lagi? cepat dengar. kat mana nak dengar?
nak amik link neh. download sendiri! lame ker? toh bergantung kepada connection anda.

p/s : cetak rompak. jadi diam-diam! hehehehe :P

U N T U K D A U D




zarf. aku dah jalankan tugas aku.
anda sudah jalankan tanggungjawap anda?
hehehehehe :P

musim mengawan perawan :D

kepada semua..
sila klik kat sini

zarf

dan

Daud

kepada mereka yang telah jalan kan tanggungjawap yang diamanahkan..
sape lagi kalau bukan zarf, daud, iera, hajar, udie, dan mas..
terima kasih..
kalau belum toh..
cepat!!!
your time is running out! ! ! !

hehehehehe :P

Musim Mengawan

oit kura-kura comey!
tolong kate kat kawan baik kau aku sayang dia.
boleh? hehehehe :P

oit peminat setia cokelat yg tak gemok-gemok!
tolong bagitao kat kawan baik kau juga.
pesan kat dia aku rindu dia. boleh?
kau tak sampaikan siap ko!
hehehehe :D

cik moyu a.k.a buah hati daud.
tolong kem salam sayang kat rummate lame ko dulu ea..
hehehehe..
mesti ko selalu jumpe dia kan..
takkan laa nak minta tolong skit kan?

oit daud..
kita kawan kan?
tolong post kat blog ko aku syg cinta kita..
ok boleh? boleh kan geng? hahahahaha..

tok zarf mulut laser plak..
ko mesti kena buat..
sebab ko kan mulut kepoh..
hahahahahahaha..
tulis kat blog ko aku gila sayang kat cinta kita..
ok? set? aku banje ko aeskem pop!
hehehehe :D

tok naqiah dan naqila..
kalo korang bace..
macam laa plak korang rajin ngat nak bace..
cakap kat kak long..
aku syang bangat sama dia..
tunggu aku pinang dia nanti! hehehehe :D

tok cinta kita..
haa siap2 lah..
nanti rombongan meminang datang!
ekekekekek :D

tiba-tiba pakcik mat datang!
blajar abeh dulu. tak malu nak pinang anak orang keje tade..

aku balas balik!
duit ayah banyak kan. cukup laa nak sara kami berdua.

pakcik mat datang balik dengan smash kencang!
kepala hotak ko!

sekali dia beregu laa dengan makcik ton!
duit kami ni kami nak round satu dunia..
bukan tok ko!
cehhh servis tak bertukar tangan..
aku kalah beb!

tok bunga cinta hatiku..
kau sentiasa bunga hatiku..
walaupun bunga makin kembang sekarang..
hahahahaha terasa kasar sket tak gurau toh?
hehehehhe :D

p/s: sorry laa geng. sekarang musim mengawan.

mari belajar bahasa temerloh edisi satu

koi = saya, aku, gua
aok = awak, ko, lu
pepaleh = melampau
cabir = beg plastik (seplastik pun boleh)
ngeteh = minum-minum (lepak laa toh)
merendek = same dengan ngedate kot. hahaha

ok nanti ada masa koi tulis edisi kedua. hahahaha
banyak lagi. kang lagi banyak lagi pening.
ok murid-murid kelas tamat cikgu nak tido. :D

mamak kira!

mamakk! kira!!
dia ambil bil lalu mengira..
punye laa lame dia kira..
mula2 pakai tangan..
lepas tu salah pakai calculator plak..
aku dah cuak laa dah..
sekali dia berkata..
rm14.50..

aku terkedu!
hah?
lepas tu dia menjawap..
betol laa rm14.50..
mau saya kira skali lagi ke?
dia menjawap penuh gaya..

skali aku sound!
aku minum teh tarik jeh!
mocha starbuck tak mahal gneh!
owhhh u table 10 ea saya ambil bil table 11..
caitt!
aku letak rm1 dan blah.
tamat!

Takkan Ada Cinta Yang Lain :P

hey my dear cyg!
lagu ini untuk kamu tao!
jangan merajok-rajok lagi tao!
tak comei dahhh!
senyommmm :P


haruskah ku ulangi lagi
kata cintaku padamu yakinkan dirimu
masihkah terlintas di dada
keraguanmu itu susahkan hatimu

tak akan ada cinta yang lain
pastikan cintaku hanya untukmu
pernahkah terbersit olehmu
akupun takut kehilangan..
dirimu

ingatkah satu bait kenangan
cerita cinta kita tak mungkin terlupa
buang semua angan mulukmu itu
percaya takdir kita
aku cinta padamu

takkan ada cinta yang lain
pastikan cintaku hanya untukmu
pernahkah terbersit olehmu
aku pun takut kehilangan dirimu

akankah nanti
terulang lagi
jalinan cinta semu
dengar bisikku
bukalah mata hatimu

dewa - takkan ada cinta yang lain



p/s : lagu ini untuk org yang merajuk dan emo-emo malam ini. senyom laa skit. takut nak tidur malam ni kalau masyam2. hehehehehe :P

tercicir plak..selamat pengantin baru moqh! hehehehehe :D aku jauhh tak dapat datang kenduri ko..hehehehe :P

A I R M A T A

air mata telah jatuh
membasahi bumi
takkan sanggup menghapus gelisah
penyesalan yang kini ada
jadi tak bererti
kerna waktu yang bengis terus pergi

menangislah bila harus menangis
kerana kita semua manusia
manusia bisa terluka
manusia pasti menangis
dan manusia pun bisa mengambil hikmah

dibalik segala duka tersimpan hikmah
yang bisa kita petik pelajaran
dibalik segala suka tersimpan hikmah
yang kan mungkin bisa jadi cubaan


menangis? tak pernah salah untuk kita menangis bukan? tidak pernah berdosa untuk kita menangis. menangislah bila kita rasa untuk menangis. menangis untuk kegembiraan. menangis untuk kejayaan. menangis untuk kesedihan. dan menangis untuk satu pemergian. biar air mata membasahi pipi lalu jatuh ke bumi. biar air mata menjadi saksi untuk apa yang telah terjadi.

ya. setiap dari kita akui yang kita ini tidak sempurna. semua orang dari kita mengaku bahawa kita ini tidak pernah lari dari membuat salah. dan kita semua mengaku bahawa kita pernah melukakan satu hati. pernah mengecewakan hati seseorang. dan membuatkan seorang itu menangis. dan membuat kita juga menangis. menangislah. tiada siapa yang menghalang untuk tangisan itu.

untuk lelaki. biarkan apa orang kata. kerana itu tangisan kita. kerana itu air mata kita. dan ia adalah hak kita. kenapa perlu malu dengan orang kata. kenapa perlu sembunyi apa yang kita rasa. biarkan ia mengalir. biarkan ia membasahi pipi kita. kerana tangisan boleh menghilangkan sedikit rasa yang ada di hati kita. keranan hanya air mata boleh membasuh apa yang kita rasa. ya membasuh apa yang kita rasa. tetapi bukan sebersih dan bukan seputih kain yang belum digunakan. mungkin minyak sudah hilang tetapi kesannya masih ada. begitulah ibaratnya air mata yang mengalir dari kita. jadi apa salahnya untuk kita menangis.

untuk ibu. untuk ayah. maafkan saya jika saya kerap kali membuat ibu dan ayah menangis. maafkan saya kerana selalu membiarkan air mata ibu dan ayah mengalir tanpa saya pedulikan nya. maafkan saya ibu dan ayah. maaf kerana saya sedar ibu dan ayah tidak pernah menangis atas kejayaan saya atau sebab kegembiraan saya. sebab saya belum pernah berjaya dalam hidup ini. sebab saya belum pernah mencapai apa-apa yang dibanggakan dalam hidup ini. maafkan saya ibu dan ayah. maafkan saya kerana air mata yang mengalir dari kamu berdua mengalir kerana kegagalan saya. kerana kesalahan saya. kerana kedegilan saya. kerana keengganan saya. kerana ketidaksabaran saya. kerana kelalaian saya. maafkan saya ibu dan ayah. maafkan saya. maafkan saya. maafkan saya kerana tidak pernah sekali mengesat air mata yang mengalir dari mata ibu dan ayah. mungkin saya bisa menangis ketika ini. tetapi cukupkah air mata ini untuk menampung air mata yang telah membasahi pipi ibu dan ayah yang menangis atas kesalahan saya dari lahir. mungkin saya menangis ketika menulis ini. tetapi bolehkah air mata ini mengantikan air mata yang telah jatuh dari mata ibu dan ayah sejak saya kecil atas kekecewaan yang saya lakukan? air mata ini untuk emak. tangisan ini untuk ayah. maafkan saya.

untuk keluarga. untuk kakak. untuk abang. untuk along. untuk angah. dan untuk ude. minta maaf juga kerana kerap kali menangis untuk saya. mungkin kita jarang bersama. mungkin kita tidak rapat seperti waktu kecil sekarang ini. tetapi setiap air mata yang mengalir dari pipi kamu semua atas kesalahan saya, saya minta maaf sangat-sangat. ya kita pernah bergaduh. ya kita pernah bertengkar. dan ia semua itu telah membuatkan kita semua menangis. dan ya ia telah membuatkan kamu semua menangis. degil bukan saya? jahat bukan saya? ya saya minta maaf atas tangisan-tangisan itu. dengan harapan air mata itu tidak memutuskan hubungan kita selama ini. dengan harapan air mata itu tidak membuatkan anda pergi menjauhi saya. tidak membuatkan anda semua berlalu pergi. keluarga adalah hidup saya. menangis lagi kerana kamu semua.
along! minta maaf. angah! minta maaf. dan ude. ya saya banyak salah. minta maaf ya!


untuk bunga hatiku. walaupun kenal anda tidak seperti saya kenal ibu dan ayah. tidak juga seperti along ude dan angah. tetapi saya akui banyak air mata yang mengalir dari mata kamu. banyak tangisan yang membasahi pipi anda kerana saya. maafkan saya. bunga hatiku. minta maaf. mungkin saya tidak sempurna seperti kekasih kawan anda. mungkin saya tidak sebaik kekasih kawan anda. tetapi percayalah bahawa saya sayang kamu. sangat sayang kamu. minta maaf sangat kerana banyak air mata telah dihabiskan kerana saya. bagaimana untuk saya ganti air mata itu? bagaimana untuk saya kembalikan air mata yang telah membasahi pipi kamu cyg? maafkan saya. mungkin ini tidak cukup. bukan mungkin. tapi ya. memang tidak cukup pun. setiap air mata yang mengalir dari matamu kerana saya. saya terasa bersalah sangat-sangat. ya mungkin saya tidak pernah ungkapkan melalui kata-kata. mungkin saya ego. ya saya akui saya ego bila setiap kali bertengkaran yang berlaku. maafkan saya. maafkan saya atas keegoan saya.tetapi apa yang saya ingin ucapkan. terima kasih kerana sudi terima saya. dan di harap penerimaan itu berkekalan. maaf dan terima kasih atas peluang yang ada yang diberikan. saya tidak sempurna langsung tetapi awak masih sudi dengan saya. saya sangat hargai. ya maafkan saya semasa saya menjadi lelaki dalam hidup kamu. maafkan saya atas air mata itu. maafkan saya Nadia Binti Puaad.

untuk kawan-kawan. maafkan saya! argghh! kamu sibuk jeh. baru nak sedih-sedih tetapi kamu kacau jeh! selalu potong bila tengah nak feeling. hehehehehe! untuk kawan-kawan minta maaf tao kalau ada air mata yang mengalir kerana saya. elehhh! gedix jeh nak sedih-sedih tak cool laa macam ni. biar apa yang orang kata kan. selagi kita tidak buat salah. selagi kita tak kaco mereka. apa yang nak kecoh kan. kita kawan-kawan tak mahu lawan! hehehehehehe :D

untuk semua. jika ada rasa macam air mata nak keluar tu. jangan tahan-tahan. biarkan sahaja ia keluar. biarkan sahaja ia mengalir. biarkan sahaja ia membasahi pipi dan bumi. kenapa perlu tahan apa yang kita rasa? kenapa perlu selindung apa yang kita rasa? kenapa kita harus tahan diri kita untuk menangis. adakah tangisan itu dosa? tidak bukan. air mata itu mungkin ada hikmah. tangisan itu mungkin ada pengajaran nya.

Misery.. :D

I cry myself to sleep again tonight
'cause i cannot hold you tight

wehhh! mane kamu? mane kamu? nampak tak saya nangis malam ni? nampak tak saya sedih-sedih malam ni? mesti awak tak nampak kan? sebab awak dah jauh. chiss! sampai hati awak balik awal tak tunggu saya. tak sabar langsung awak ni. patut tunggu la saya. kita daftar sama-sama. alaa lambat seminggu dua apa laa sangat. tapi takpe! takpe! akan ku kenang. hurmmm... sobbb! sobbb! nangis sebab awak takda malam ni. tak dapat nak hold you tight. adohhh!! sediy sediy! hehehehehhe :P

i wish i could see you again tomorrow
to take all this sorrow
sorrow, i'm hollow

cehh! saya berharap nak jumpe awak esok. baru ingat nak belanja awak kebab lorong. tapi awak mana? awak blah tinggalkan saya. pulanglah cyg. pulanglah weh! pulang dan ambil sorrow ni. saya tak macam harry potter yang boleh jampi jeh nak ilangkan sorrow. saya awak peminat harry potter tapi sampai sekarang awak tak reti-reti lagi nak baca-baca jampi ilangkan sorrow saya ni. kalau tak kan senang. dari jauh jeh awak boleh ilangkan sorrow saya. penat jeh saya bagi awak dahan kayu suruh jadi macam harry potter toh. huhhh! huhhh! huhhh! tapi takpe. saya merajuk lalu jadi hollow. jadi hollow man. tapi macam besh gak kan jadi hollow man? awak pula duduk kolej perempuan. saya plak jadi hollow man. wahhh! beshh! beshh! tak dapat saya bayangkan jika saya jadi hollow man. tentu hari-hari hidung saya berdarah. lalalalalalalaaa :D hahahaha. tidak dapat ku bayangkan. jenggg! jengg! jenggg! takdelah. saya main-main jeh. saya kan tak nakal. saya baik kan? saya janji bila saya pergi kolej kediaman perempuan saya akan tutup mata. walaupun saya jadi hollow man. baik kan saya :P

when i touch you
can you feel it
when i need you
can you give it
when i look in your eyes
can you see me
when i fall, fall
will you catch me! catch me! catch me!

hahahahahaha. patut lirik ni kene tukar skit. bukan when i need you, can you give it. patot when i need something can you give it? give it? give it? hahahahaha. kena tukar laa lirik toh ikut peredaran zaman. baru betul. baru lah boleh tulis..owhh my dear saya nak myvi satuuuu? can you give itt? give itttt? give ittttttttt? pergh penat tarik! hahahahahaha. tapi lirik when i fall, fall. will you catch me? catch me? toh memang betol laa lirik toh. sebab saya kan ringan dari awak. jadi kalau saya jatuh ker hape ker senang jeh awak angkat dan dukung saya. sebab saya kan ringan. alaaa lupe nak tanye berat awak berapa ea? saya beritahu dengan jujurlah. berat saya setakat ni baru jeh 30kg. jadi kalau awak nak angkat tak pun dukung saya boleh sangat. ringan kan saya? ringan dan fleksibel. lalalalalalalaaaa :P :D

misery
is what i feel
when you're not around
so i can't heal
misery
is what i feel!
is what i feel!

these tears on my face
are for you
i wish that i could hold you
touch you, feel you

my heart is bleeding
can't you see
i wish that you could hold me
touch me, feel me

sebenarnya lagu ini ditujukan khas kepada si dia bunga cinta hatiku yang tersayang. hehehehe :P. sampai hati kamu meninggalkan aku di sini ea. takpe. aku akan bawa hatiku yang lara. takpe. sepanjang peminggalan kamu aku akan jaga diri baik-baik. hari-hari aku akan keluar merewang dengan sham dan kawik! hehehehehe :P. lepas ni hari-hari laa muka kami kat kky! jangan marah ea. sape sowh balik awal. kalau tak boleh kite date. hahahahahhaha :P

wehh! rindu r! hehehehehe jage diri leklok. jangan nak date ngan kemal toh. kemal toh junior jeh. nanti kalo wat pasai aku sowh daud pkol jeh kemal. hahahahahah daud dah join geg koi sekarang tao tak? hehehehehee :P tok daud gak. bila nak banje makan? bukan ko ngan nadia kalah dan kena belanja aku ngan iera ker? hahahahahahahahahaha :P ko yang wat bet dan tukar-tukar pasangan ehh bukan aku. aku tunggu neh. alaaaa takpe tak lame lagi kan jpa nak kuar kan. ape laa sangat stakat belanja kami yang tiada jpa ni makan. alaa kami bukanlah mintak yang mahal-mahal sangat. memadailah setakat california steak house. waahhhh! nak nyebok pown payah. hahahahahahhahahahahahahaha :P

ok tamat! kang tulis banyak-banyak kan banyak plak cerita dalam celana terkuar. :P
skali skala menjiwang tak salah kan? kan? eleehhh jelos laaa toh!