RSS Feed

tikam belakang

agak cilaka..
aku ingat zaman tikam belakang dah tamat..
aku ingat main pukul curi dah habis..
aku ingat main tembak belakang zaman jepun jeh ada..
tak sangka sekarang pun masih ada..
tak puas hati betul aku..
aku sangkakan kita kawan..
tapi kawan makan kawan..
aku sangkakan kite rakan seperjuangan..
aku sangkakan kita geng ngeteh di budik..
tapi tergamak kau hancurkan hatiku..
gundah gulana aku di buatnyeh..
takpe..
aku akan balas dendam!
tunggu pembalasan!
hutang darah mesti di bayar ngan darah!
itu sumpah pendekar!
tungguu!!

p/s: cibai laa kau weh! main call of duty pukul belakang ape jadah. gentle laa pukul depan-depan. tembak depan-depan. zaman bila main pukul blakang? sialan tol! neh nak main game ker hape main pukul-pukul belakang lepas tu gelak-gelak!

p/s di atas : keciwa sebab aku kalah dalam call of duty sebab dorg main pukul curi dan tembak belakang. cibai tol. biasa aku dok num 1 jeh..hangen tol satu badan. moh laa repeat malam neh budak!! ade brani ker? hah? hah? aku tunggu kat cc! hahahahaha

disebabkan tiada kerja dan terlalu banyak masa terbuang lalu kami pergi ke sebuah cyber cafe yang boleh tahan slow punye internet dan bermain game beramai-ramai. terasa syok dan besh pula. kembali ke alam zaman main counter strike dulu. hehehehe! mari laa lawan! hahahahahahahahahahhahaahhaaaa...

p/s: layan jeh laa. aku dah merepek korang bace. hahahahaha :P

Hero Kanak-kanak

aku masuk jeh cyber cafe.
aku dengar bunyi letopan.
aku diam dan tergamam.
bila aku tutup jeh pintu aku dengar bunyi tembakan bertubi-tubi kearah aku.
aku panik.
aku gubra.
terus aku lari di balik peti ais.
aku diamkan diri.
adakah aku di iraq sekarang ini?
adakah ayah aku hantar aku kesana sebab aku tak beri dia hadiah sempena hari bapa.
aku jeling perlahan-lahan di balik peti ais.
aku jenguk perlahan-lahan takut ada peluru sesat menuju ke arah aku.
tiba-tiba aku dengar akak tokeh cc ni menjerit.
"oit budak pc 14! abeh dah!" ujar akak tu
"jap akak! jap last game!" aku dengar budak tu menjawap.

ceh budak-budak ni sedang main call of duty rupenyeh.
mati-mati aku ingatkan aku di iraq sekarang.
aku terus melangkah kat pc 14 yg abis masa tadi.
aku sampai jeh depan pc toh.
"akak tambah 50sen akak!" kata budak pc 14 tadi.
cilaka betol.
baru nak jadi hero!

p/s: pengalaman ini berlaku pada waktu petang sedang aku baru bangun dari tidur.

Dari Hakimi Untuk Ayah

kringgg!! kringgg!! kringggg!!!

jam loceng azman berbunyi. dia terjaga. masih dalam keadaan mamai-mamai dia duduk di tepi katil. sambil mengosok-gosokkan mata dan kepalanya. sudah pukul 5.15 pagi. dia pandang kembali ke katil. dan tersenyum. dia tersenyum sendirian apabila melihat anak lelakinya, hakimi masih lagi nyenyak di buai mimpi. azman bangun dari kamar tidurnya dan mencapai tuala yang tergantung di hujung bilik dia. terus sahaja dia ke bilik air dan mandi. selesai sahaja mandi beliau mencapai kain pelikat dan sehelai baju melayu dan disarungkan ke badan. setelah siap membutangkan butang ketiga baju melayunya beliau melangkah keluar dari biliknya itu. tiba-tiba dia patahkan langkahnya dan kembali ke bilik tidurnya. dia seperti terlupa sesuatu. dia patah kembali ke katilnya dan rendahkan badannya. di usap rambut hakimi dan dia mencium dahi anak lelakinya itu. beliau tersenyum dan terus beredar dari biliknya itu. beliau mengunci pintu dan pintu pagar dan menapak menuju ke surau yang berhampiran dengan rumahnya itu. dari satu langkah ke satu langkah dia beredar menjauhi rumahnya.

sedang dia menapak dia tersenyum sendirian. kadang-kadang beliau juga memandang ke arah langit. masih lagi ternampak cahaya bulan. beliau tenung dan senyum. dan kemudian terdengar suara kecil dari bibirnya. "sayang, hakimi kita masih nyenyak tidur sayang. dia makin sihat sekarang. makin sihat dan makin nakal." "sayang. sabar ya sayang. nanti kita berjumpa di sana kelak. tunggu abang. jangan lupakan abang ya sayang." azman meneruskan lagi langkahnya menuju ke surau. "sayang. abang terlalu rindukan sayang. maafkan abang sayang. maafkan abang kerana sayang terpaksa berkorban untuk mendapatkan hakimi." langkahnya tiba-tiba terhenti. terasa air mata mengalir sedikit membasahi pipinya. "sayang, abang janji akan menjaga hakimi sebaik mungkin. abang janji akan jaga anak kita ini sehingga nafas abang yang terakhir sayang. hanya itu sahaja harta yang kita ada kan?" azman mengesat air mata yang membasahi pipinya. beliau cuba kuatkan semangatnya. beliau cuba untuk cekalkan hatinya sendirian. beliau menapak perlahan menuju ke surau. surau masih gelap. beliau membuka sedikit gulungan kain pelikatnya dan mengeluarkan kunci surau dan tergulung dalam kainnya itu. dibukakan pintu surau dan lampu surau itu. beliau mengambil wujud dan terus sahaja masuk ke dalam surau. azman adalah orang yang pertama dan yang terakhir masuk dan keluar surau setiap hari. beginilah rutin harian dia hari-hari.

selesai sahaja solat subuh berjemaah azman terus menapak ke rumah. tergesa-gesa dia menapak pulang. takut jika anaknya itu tersedar dan bila bangun dia tiada di sisinya. tidak pernah dia biarkan hakimi celikkan mata tanpa ada dia di sisi. baru dia teringat beras di rumahnya sudah habis. macam mana ingin membuat sarapan untuk hakimi. azman terus menuju ke rumah mak limah. mak limah biasanya menjual sarapan pagi setiap hari di depan rumahnya. boleh juga dia belikan nasi lemak atau kuih muih untuk hakimi. azman menapak laju ke rumah mak limah. lega hatinya apabila terlihat mak limah sedang bersiap-siap untuk membuka gerainya. "nasib mak limah sudah buka gerainya." azman mengambil songkok di atas kepalanya dan membelek-belek di sekeliling kepalanya. "alamak cuma ada rm1.00." "tidak mengapalah. cukup untuk hakimi seorang." beliau bergegas mendapatkan mak limah. "mak limah. bagi saya nasi lemak satu." kata azman. "hi man, takkan satu jeh? kau tak makan ke?" tanya mak limah. "saya puasa hari ni mak limah. puasa sunat." jawap azman untuk sedapkan hati mak limah. padahal dia kekurangan duit. "baguslah macam tu man. tapi man kau kena jaga diri gak. kalau kau sakit siapa yang nak jaga hakimi tu. dia kan masih kecil." ujar mak limah lagi. "ya mak limah. saya jaga diri saya. mak limah jangan risau ya. lagipun puasakan baik untuk kesihatan." jawap azman lalu membayar duit nasi lemak dan berlalu pergi.

sampai sahaja di rumah. azman terus masuk ke dalam bilik. terlihat hakimi masih lagi tidur. lega hatinya kerana sampai sebelum hakimi terjaga. azman menyalin pakaian. memakai baju berwarna biru gelap. masih berbau bajunya walaupun sudah di basuhnya banyak kali. azman menuju ke katil dan terus mendapatkan hakimi. "hakimi, anak ayah. bangun meh." lembut sahaja dia kejutkan anaknya yang masih berusia 6tahun ini. "ehmmm. taknak bangun. kimi nak tidur. kimi nak tidur." jawap hakimi sambil menolehkkan badannya. "hakimi, jangan macam ni. meh bangun meh. nanti kita lewat hakimi." ayahnya cuba mengejutkkannya lagi. tetapi masih tidak berjaya. "owhhh hakimi degil ya. kalau hakimi taknak bangun ayah makanlah nasi lemak ni. tadi ayah ada beli nasi lemak mak limah. hakimi taknak bangun ayah makan ya!" azman cuba untuk mengambil hati anaknya itu. "haaa! nasi lemak? baik! baik! hakimi bangun. ayah jangan makan tu kimi punya nasi lemak tau!" hakimi bingkas bangun. "macam tu laa anak ayah. cepat pergi mandi boleh kita pergi." terdengar suaranya azman yang lembut memerintahkan anaknya.

azman dan hakimi keluar dari rumahnya. setiap hari hakimi akan bangun pagi untuk temankan ayahnya ke tempat kerja. tempat kerja ayahnya juga tidak jauh dari rumahnya. jadi mereka berdua selalu berjalan kaki bersama-sama. dalam perjalanan menuju ke tempat kerja ayahnya sempat juga hakimi bergurau-gurau dengan ayahnya. sempat juga mereka berdua berlumba lari. "ayah kalah! ayah kalah! laju tak hakimi lari? laju tak?" kata hakimi. "laju anak ayah ni berlari. tak mampu ayah nak kejar." jawap azman sambil tersenyum. beliau sampai ke pintu masuk tempat kerja ayahnya. "ok hakimi. sebelum kita masuk ayah nak hakimi eja apa yang tertulis pada papan tanda tu. kalau hakimi betul balik nanti ayah dukung belakang. kalau hakimi salah hakimi kena dukung ayah. boleh?" kata azman. "elehhh. ingat kimi tak pandai ke?" hakimi mencebik muka. "p.u pu.. s.a.t sat. pusat. p.e pe. l.u lu. p.u pu. s.a.n san. pelupusan. s.a.m sam. p.a.h sampah" "macam mana? betul tak? macam mana ayah?" hakimi berkata. "bagus. pandai anak ayah ni." azman senyum. "tengok oranglah!" jawap hakimi bangga.

azman adalah seorang pekerja alam flora di tapak pelupusan sampah. tugas azman adalah melupuskan sampah-sampah yang diangkut oleh lori-lori sampah. bau sampah dan ditemani oleh lalat adalah rutin harian dua beranak ini. sampah sarap seolah-olah seperti sebuah taman permainan bagi mereka berdua. tidak ada seorang pun yang mampu menghalang kebahagiaan dan kegembiraan mereka berdua walaupun di tempat yang paling busuk dan kotor. hakimi selalu bermain di atas timbunan-timbunan sampah sarap ini. mainan-mainan yang terbuang menjadi permainan dia. kereta mainan, anak patung dan macam-macam lagi menjadi permainan hakimi. mainan-mainan yang dijumpai oleh hakimi akan hakimi simpan. sebab itu setiap kali hakimi pergi ke sini dia akan membawa sebuah beg. senang untuk dia angkut mainan-mainan yang sudah terbuang ini. senang baginya untuk membawa balik mainan-mainan ini. kebanyakkan mainan yang dijumpai masih elok dan boleh digunakan lagi. tidak tahu mengapa orang ramai sangat membazir dan membuang barang-barang yang masih elok dan boleh digunakan. hakimi kutip dan simpan mainan nya.

walaupun baru berusia 6 tahun. tetapi hakimi bijak orangnya. dan juga sangat cermat orangnya. barang mainan yang dijumpainya dibawa balik dan dicuci sehingga bersih. apabila petang hakimi akan membawa semua mainan yang dijumpainya ke taman permainan berhampiran dengan rumahnya. bukan seperti kanak-kanak lain yang membawa barang mainan mereka untuk menunjuk-nunjuk kepada rakan-rakan. tetapi hakimi membawa mainan-mainannya adalah untuk menjualkan kepada rakan-rakannya yang lain. bukan mahal sangat. satu mainan rm0.20 ataupun rm0.20 sahaja. perniagaan yang dijalankan oleh dia sangat untungkan. sebab tiada modal yang diperlukan cuma untung sahaja. tetapi dia ada misi untuk mengumpul duit. sebab itu dia menjual barang-barang mainan dia.

dan pada suatu pagi hujung minggu. "ayahhh! ayahhhh!" hakimi melompat ke atas badan ayahnya. "apa dia hakimi?" azman menjawap. "nak ayah!" hakimi menunjukkan sebuah kotak yang berbalut cantik. "apa dia ni hakimi?" azman pelik dan tertanya. "ayah bukalah." azman mengambil kotak itu. dan membukanya. sangat terkejut azman apabila membuka kotak itu ada sebuah hadiah dan kad ucapan. azman mengalirkan air mata apabila dilihatnya hadiah itu. sebuah bingkai gampai yang sederhana besar dan diisikan dengan sebuah lukisan. sebuah lukisan yang seorang kanak-kanak sedang pegang tangan seorang dewasa. dan diatas kanak-kanak itu tertulis kimi. dan di atas orang dewasa itu tertulis ayah. azman tidak mampu lagi menahan sebak di dadanya. dia buka pula kad ucapan itu. "ayah. selamat hari bapa. kimi sayang ayah." ayahnya membaca dalam sebak. "kimi. kenapa tulisan kimi masih tak cantik lagi ni? penat ayah ajar." tanya azman tersenyum. " alaa ayah ni. buruk pun ayah dapat baca juga kan?" kata hakimi lagi. "mana hakimi dapat duit beli hadiah ni?" tanya azman. "adalah!" kata hakimi. hasil titik peluhnya menjual barang mainan berbaloi juga. ayahnya terus memeluk azman erat-erat.


p/s : ayah! selamat hari bapa! sorry laa takda hadiah untuk ayah. tapi tetap sayang ayah lebih :D

Iran, Ahmadinejab dan Khamenei

hari ini keluar awal untuk sarapan pagi (sebab tak tidur lagi dari semalam). geng dan set sarapan kat kedai pak cik syafiq pagi ini. aku pun roger jeh sebab dah lama tak kena roti telur pak cik syafiq. pergh roti telur makan plak dengan kuah kari campur kuah dal tambah plak sambal skit. memang gerenti bereh lah. basuh muka gosok gigi ala kadar terus keluar. nak keluarkan motor cam berat jeh. aku pelik dah. ni kalau tak tayar pancit belting putus. tapi semalam bawak elok lagi. tengok tayar depan. ok elok. tengok tayar belakang. hahhh! ea laa tayar pancit. dah agak dah. ni mesti kes kepala tiub rosak. sebab tayar ok lagi. melayang duit aku berapa ringgit hujung minggu ni. tak lepas nak beli bundle pekan sehari ahad ni. tetapi takpe. sedikitpun tidak mematahkan semangat aku nak pergi sarapan. roti telur tetap terbayang dalam ingatkan. aku capai hanset cabot call sape-sape boleh angkut aku kat rumah.

aku call. tak dapat. aku call lagi. tetap sama. terus tekan *100#. balance rm0.05. tapi takpe. aku sambungkan lagi jangka hayat credit hanset ni. aku tekan satu. lepas tu aku tekan 5. dan akhir sekali aku tekan 1. lepas tu aku tunggu jap. tak lama lagi mesti ada sms masuk. tettt! tettt! hahh kan betul! aku ni adalah sihir-sihir skit. nak kata hebat sangat taklah. hehehehehe. aku bukak inbox. rm2 telah dikreditkan ke akaun anda. blaa blaaa blaaa. aku delete jeh sebab dah tao sangat dah sms tu. aku terus call dowg. "ambil koi! motor koi pancit plak. dengan kadar segera eh! asap!" aku terus letak dan tunggu bawah pokok mangga depan rumah aku. 5 minit kemudian datang ada mamat ngan suar pendek naik honda cabuk singgah depan umah aku. aku naik tanpa banyak cakap. on the way tu aku suruh singgah kedai hiap lee jap. aku nak beli paper. aku capai berita harian dan letak rm1.50 tanpa banyak cakap. terus gi kedai pakcik syafiq. order roti telor teh tarik. kuah campur. sambil aku tunggu hidangan aku sampai aku pun usha-ushalah paper aku beli tadi. biasalah mesti baca dari belakang ke depan. sebab dulu aku sekolah agama tusyen plak ngan cikgu jepun. jadi biasalah tu baca dari kanan ke depan.padahal pengaruh iqra waktu kecik dan komik dari jepong. yang sebenarnya nak baca sukan dulu. hahahahahahaha :D

sukan takda besh mana sangat berita dia hari ni. balik-balik berita pasai real nak beli pemain berkelas dunia. lepas tu pasai formula one yang nak tarik diri jika tak ubah syarat. aku dah boleh agak dah. aku terus selak lagi dan lagi. jumpa satu berita yang menarik.

"Ahmadinejab tetap pemenang" Khamenei beri amaran penganjur bantahan jalanan akan dikenakan tindakan.

berita ini sangat gembirakan aku hari ni. akhirnya orang yang paling berpengaruh dalam negara Iran bersuara. pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei adalah pemenang yang sah. aku sangat gembira dan terus ingin baca berita ini sampai habis. penyokong calon yang kalah dan juga calon presiden itu sendiri iaitu Mir Hossein Mousavi terdiam dan seolah-olah hilang arah. siapa berani nak melawan lagi bila Ayatollah bersuara. mereka semua seolah-olah hilang punca dan arah. ternyata sikap diam dan sabar Mahmoud Ahmadinejab berhasil. satu yang saya rasa apa yang dikata Ayatollah Khamenei benar. beliau berkata, Ahmadinejab menang dengan majoriti 11 juta undi, bukan 5 ribu undi dukan 100 000 undi bukan juga 1 juta undi. bagaimana nak katakan ini adalah satu rasuah? dan jika bantahan jalanan ini akan menyebabkan pertumpahan darah. pemimpin yang kalah dan ekstrim ini bakal dikenakan tindakan.

bagi saya kedua-dua pemimpin Iran ini adalah antara pemimpin Islam yang agung dan paling berwibawa dalam dunia kita sekarang ini. mereka berdua yakni Ayatollah Ali Khamenei dan Mahmoud Ahmadinejab adalah pemimpin yang paling rendah diri dan berjiwa rakyat. mereka adalah contoh pemimpin yang terbaik. kenapa saya berkata demikian? sewaktu Ayatollah memimpin Iran, pernah suatu ketika seluruh Iran bergelap kerana terputus bekalan elektrik. pembantu Ayatollah bergegas mencari minyak untuk menghidupkan generator bagi menghidupkan pemanas Ayatollah bersuara "sedang rakyatku mengigil dalam kesejukkan kenapa aku harus bersenang lenang pula?" seorang presiden sangguh bersusah bersama rakyat.

Mahmoud Ahmadinejab pula sangat sederhana orangnya. beliau tidak mahu tinggal dalam istana presiden. beliau hanya mahu tinggal di kediaman beliau yang seperti sedia ada. tidak mahu tinggal di istana presiden. tetapi atas desakkan pasukan keselamatan menyebabkan beliau berpindah ke istana presiden. sebaik sahaja beliau pindah ke istana presiden permintaan pertama beliau adalah menghantar karpet istana dan barang antik istana dihantar ke muzium negara dan di gantikan dengan karpet yang murah. sangat bersederhana orangnya.

ringkasan mengenai Mahmoud Ahmadinejab.

1 :) kemunculan pertama bukanlah seorang ahli politik mahupun tokoh ulama.

2 :) anak kepada seorang tukang besi.

3 :) pengikut kuat dan setia Revolusi Iran

4 :) menggunakan kereta buatan Iran iaitu Paykan bukan Ford, Mercedes, ataupun BMW.

5 :) kerap memakai jaket dan tshirt bukan pakaian seperti pemimpin yang lain.

6 :) lahir pada 28 oktober 1956 di Aradan, luar Tehran.

7 :) Berkahwin dengan Parvin dan menpunyai 3 cahaya mata. 2 lelaki seorang perempuan.

8 :) bebas rasuah dan pakatan sulit.

9 :) sebelum menjadi presiden : gabenor wilayah ardabil dan kemudian datuk bandar tehran.

10 :) presiden iran sejak 3 ogos 2005 sehingga kini.

antara lidah-lidah tajam beliau :

"negara eropah perlu mengantikan kesalahan kepadan kaum yahudi dengan mengembalikan tanah penduduk yahudi, bukannya rakyat palestin tidak berdosa yang harus membayar kejahatan ini."

"jangan berani mengancam kami dengan pelbagai bentuk hukuman yang anda akan menyesalinya"

"sekiranya dunia melihat nuklear ini keji dan kami tidak boleh menguasainya dan memilikinya. mengapa kamu pula yang memilikinya?"

"sekiranya teknologi nuklear ini baik untuk kamu, mengapa kami tidak boleh menguasainya?:

k.a.s.i.h s.a.m.p.a.i m.a.t.i

"sudahlah. mungkin kita di takdirkan sampai sini sahaja. mungkin kita sudah tiada jodoh." adam berkata sambil menarik nafas dalam. sangat dalam dan lepas. "kenapa? kenapa kita harus macam ini? kenapa kita harus berpisah? benci sangat awak kepada saya adam?" jawap lisa kepada adam. "sudahlah. cerita cinta kita sampai di sini sahaja. apa yang berlaku biarlah menjadi kenangan." jawap adam menyambung perbualan. "tapi adam. saya sayang awak. awak janji ini cinta mati awak. awak kata ini cinta akhir awak. mana janji-janji kita? mana adam?" tanya lisa lagi dalam penuh emosi dan terdengar esakkan kecil lisa. " cukuplah. biarlah ia menjadi kenangan. selamat tinggal. jaga diri elok-elok. semoga awak berjumpa yang lebih baik dari saya." begitulah kata-kata adam sebelum dia memutuskan perbualan itu. "adam! adam! adamm!" lisa cuba dial lagi adam kesayangannya dia. tetapi tiada berjawap lagi. tiapa berbalas lagi sms yang dia hantarkan. hanya kadang-kadang operator sahaja membalas panggilannya.

mungkin sudah cukup bagi adam. tetapi belum cukup bagi lisa. lisa menangis. lisa mengenangkan kembali kisah dia bersama adam. saat pertama kali dia kenal adam. saat pertama kali dia berjumpa dengan adam. saat pertama kali dia pandang mata adam. saat pertama kali dia renung wajah adam. saat pertama kali adam bercakap dengannya. masih terbayang lagi saat pertama kali dia mendapat sms dari adam "hai! apa khabar? macam mane orientasi? mesti menangis rindu pada mak kan?" dan pada permulaan perkenalan dengan adam dia cukup membenci adam sebab adam selalu cari pasal. dia juga sangat menyampah dengan adam saat mula-mula kenal adam. tetapi tiba-tiba dia teringat saat pertama kali adam bertanya. "bolehkah saya menjadi orang yang istimewa dalam hidup awak? bolehkan saya nak sayang awak lebih dari seorang kawan? saya sudah jatuh hati dengan awak" tetapi itu semua tinggal kenangan belaka. ya bergaduh perkara biasa dalam kehidupan sebagai sepasang kekasih. tetapi paling lama pun sehari sahaja bergaduh. paling lama diamkan diri pun sehari. tak pernah lebih dari ini. dan kali ini adalah yang paling teruk. dan kali ini adalah gaduh yang terakhir. tiada lagi pergaduhan dalam hubungan dia dan adam.

lisa diam. lisa termenung. lisa terbayang lagi wajah adam. lisa lihat kembali gambar-gambar dia dan adam dalam telefon bimbitnya. dari satu gambar ke satu gambar. dia tergelak keseorangan tetapi air mata yang mengalir tetap membasahi pipi. airmata yang mengalir tidak henti-henti dari kelopak matanya. tiba-tiba dia teringat cd yang adam bagi dahulu. cd yang penuh dengan lagu-lagu adam tujukan kepada lisa. dia cepat-cepat mencari. jumpa dan terus pasangkan. dia mendengar dengan teliti setiap kata-kata dalam cd itu. dan setiap lagu yang ada dalam cd itu diamati betul-betul liriknya. lisa menangis lagi. bukan sekejap perhubungan dia dengan adam. hampir 3 tahun hubungan mereka berdua. ingin sahaja dia telefon adam dan ingin dan terus ingin berkata "adam jom kita couple semula!" ingin sahaja dia terus berkata demikian dan menyambung cerita cinta adam dan lisa. tetapi dia kecewa. setiap panggilan yang dibuat oleh lisa tidak berjawap. tiada berjawapan.

bagaimana mungkin
aku memenangkan
pertarungan ini

mungkin kau butuhkan pahlawan yang lain
selain diriku

kau tak pernah mengerti
seberapa keras ku terjatuh
aku adalah
kesatria yang rapuh

dan yang paling menyakitkan
kau pergi tanpa pesan
sendirian ku bertahan

lihat apa yang kau lakukan
kau pergi tanpa pesan
aku menunggumu pulang

jikustik - pergi tanpa pesan.


sehari demi sehari berlalu. dan berlalu lagi. tiba seminggu. dan minggu berganti minggu. kita sebukan sudah berlalu. tetapi hubungan cinta ini tetap tidak bercantum jua. tetapi lisa tetap tidak berputus asa. tetapi lisa tetapi tidak dapat melupakan adam. rindunya pada adam makin kuat. cintanya pada adam tidak pernah kurang walaupun sedikit. kawan-kawannya semua sudah berkata. lupakan dia. dia sudah tiada dalam hidup kau. buat apa kau nak ingatkan orang yang dah tidak sukakan. entah-entah dia dah couple dengan mana-mana perempuan lain dah. tetapi kau juga bodoh tetap tunggu dia. buat apa lagi kau nak ingatkan dia. sudahlah tu lisa. begitulah selalu kawan-kawan lisa berkata kepadanya. tetapi lisa tetap yakin dengan janji adam. tetap yakin dengan janji adam. tetap yakin bahawa dia adalah cinta mati adam. dia tetap kuatkan semangat walaupun tiap-tiap hari dia menangis.

kawan baik lisa, amir. selalu sms dan telefon tenangkan lisa. selalu juga ajak keluar semua untuk hiburkan hati. tetapi tidak berjaya. ingin sahaja dia gantikan tempat adam dalam hati. tetapi tidak berjaya langsung. tidak berjaya walau sedikit pun. hati lisa tetap tidak tersentuh walau sedikit pun. hati lisa tetap yakin kepada adam. tetap pasti adam akan kembali kepadanya. dan cinta akan berputik kembali.

3 bulan sudah berlalu. hidup lisa sudah hampir berubah. dia tidak lagi menangis dan tidak lagi seperti orang gila bayang. tetapi kenangannya kepada adam tetap adam. tetapi wajah adam tetap muncul dalam hidup dia. dia pun sudah makin rapat dengan amir. tiba-tiba dia mendapat panggilan dari ibunya "lisa! ada surat untuk kamu. pulanglah. tetapi mak tak tahu siapa yang hantar. kamu pulanglah ea. lagipun kamu dah lama tak pulang lisa. balik ya hujung minggu ni?" ibu lisa berkata. lisa pun menjawap "ea mak. hujung minggu ni kakak balik ya. kakak pun rindu pada ibu." lisa tertanya-tanya surat apa pula yang dia dapat.

hujung minggu lisa pulang ke rumah. terus sahaja dia belek-belek ruangan surat itu. dan terus sahaja dia koyakkan sampul surat yang tertera nama beliau.

assalamualaikum. hi cyg! apa khabar dan tengah buat apa? layakkah lagi saya panggil awak cyg setelah apa yang berlaku? mungkin awak dah benci saya. dan mungkin awak juga sudah melupakan saya bukan? untuk pertama kalinya saya minta maaf. saya minta maaf sangat sebab telah putuskan hubungan cinta kita ini. tujuan saya menulis surat ini sebab saya ingin menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya. harap awak luangkan masa seketika membaca ya.

ketika saya telefon awak dan memutuskan hubungan dengan awak. saya baru sahaja terlibat dalam kemalangan jalan raya. kereta saya remuk sangat. saya tidak tahu macam mana kemalangan itu berlaku dan saya tidak ingat langsung. tetapi selepas sahaja terlibat dalam kemalangan itu saya tidak dapat ingatkan apa kecuali pada awak. saya terus cari telefon dan terus telefon awak. terus saya berkata demikian. sebab saya rasa macam itulah kali terakhir saya dapat dengar suara awak. sebab saya ingat saya akan pergi selamanya. waktu itu sangat sakit. hanya tuhan sahaja yang tahu sayang.

selepas saya telefon awak. saya tidak sedarkan diri. saya dalam keadaan koma. sebulan saya koma dan tinggal dalam icu. tetapi wajah awak selalu dalam minda saya. selalu saya bayangkan. mungkin cinta itu kuatkan semangat saya ingin terus hidup kot. nanti saya terangkan lebih lanjut.

lisa. saya nak minta tolong. boleh tak kita jumpa. seketika pun sudahlah. boleh tak kita jumpa di tempat mula-mula kita bertemu. pada 01-11 ni ya. saya tunggu awak di sana. saya harap saya dapat bertemu dengan awak. seketika pun jadilah. tolong. tolong jangan kecewakan saya.

yang rindu.
adam

lisa menangis. dan terus sahaja dia lihat jam. Ya Allah! hari ini 01 11. sempat lagi ke? dia terus berlari dan terus sahaja dia masuk ke dalam kereta milik ibunya. tidak sempat dia berkata apa kepada ibunya ingin pinjam kereta. dia terus memecut menuju ke tempat mereka pertama kali bertemu.

sampai sahaja dia ke sana terus dia mencari kelibat adam. terus sahaja dia mencari-cari adam. dia terlanggar seorang lelaki yang berkerusi roda. tidak sempat dia meminta maaf kepada lelaki yang kurang upaya itu dia terus cari di merata kawasan itu. tetapi tidak berjumpa dengan adam. dia hampa. dia kecewa. mungkin dia sudah terlewat. mungkin adam sudah pergi. dia berlalu dengan penuh hampa. tiba sahaja dia ke pintu keluar terdengar suara yang perlahan memanggil nama dia.

"lisa! lisa!" dia mencari siapa yang panggil nama dia. dia masih kenal suara itu. dia sangat kenal suara itu. "lisa! cyg! cyg!" dia pasti. dia yakin pemilik suara itu. itu suara adam! tetapi mana dia. mana dia. lisa mencari. "cyg sini! sini!" lisa menoleh ke arah lelaki berkerusi roda itu. Ya Allah! itu adalah adam. lain benar dengan adam yang dia kenal. botak dengan kesan jahitan di atas kepala dan berkerusi roda. tangan dan kaki masih berbalut. lisa menangis dan terus melutut. lisa terus jatuhkan kepala di atas peha adam. terus dia menangis lagi. "kenapa macam ni adam. kenapa tipu lisa adam. kenapa adam? kenapa? adam tahu tak betapa lisa sayang adam!" lisa menangis lagi. "maafkan saya lisa. minta maaf sangat. bukan niat saya nak lukakan hati lisa." lisa menangis lagi tiada henti.

lisa peluk adam seperti tidak mahu lepaskan adam lagi. seperti tidak mahu adam tinggalkan dia lagi. "lisa, boleh kita sambung kisah cinta kita kembali? adam sayang lisa. terlalu sayang." tanya adam. "adam, lisa memang tunggu adam. setiap hari lisa doa agar kita ditemukan kembali" jawap lisa. "kalau begitu adam minta tolong satu boleh?" tanya adam. "boleh apa dia adam? apa dia cyg?" lisa membalas. boleh jangan peluk kuat sangat? sakitlah." jawap adam sambil tergelak kecil. lisa membalas dengan memcubit kecil adam. mereka berdua tersenyum kembali. dan lisa menolak kerusi roda adam bersiar-siar di tempat yang mula-mula dia jumpa adam. mengimbau kenangan kembali.


p/s :untuk si dia. takyah bagitao nama pown tao kan? aku masih cyg ko dan sentiasa cyg ko! hehehehe :D

minta maaf sebab dah lama tak update blog ini. bacalah cerita yang tak seberapa ini eh! semoga terhibur! hehehehhe :D