RSS Feed

Gelora! gelora! Man United!

hahahahahahahahaha..
terasa nak gelak lagi..
kahkahkahkahkah..
macam tak puas lagi!
ekekekekekeke!


gelak sama dia! gelak sama mereka! gelakkan mereka semua!
siapa? alaaa..
lagi nak tanye?
siapa? toh kau yang pakai baju tulis AIG toh!
hahahahahaha!
ok sir alex..
boleh bersara dah..
haahahahahha :D

tahniah barca! aku suke same kamu! hahahahaha :D

Tidak Selalu Ada

tiada post terbaru.
tiada berita terkini.
maaf.
cuti semesta.
kerja part time.
penat. letih.
balik rehat.
tidur dan dengkur.
bila masa nak buat post baru?
hehehehe..

p/s: part time dengan arsenal football club. cari player baru untuk season depan.
anda berbakat? dan berminat nak sertai kelab gergasi eropah? hubungi saya. dengan kadar yang segera. pencarian bakat baru bermula sekarang. :D

Takziah

Kepada kawit sekeluarga.
tahziah atas pemergian ayah yang tercinta pada hari ibu lepas.
iaitu hari ahad.
Allah S.W.T lebih sayangkan ayah kalian.
tabahkan hati.
kerna kita semua pasti akan kembali kepada-Nya.
kepada along, angah, mie, man, kawit dan padol.
saya akan membantu apa yang terdaya dan termampu.

kepada hazwan atau lebih mesra dengan panggilan aboh.
juga tabahkan hati dan kuatkan semangat.
tahziah juga atas pemergian bapa yang tercinta pada hari ini (selasa).
sekali lagi saya ingin berkata.
ya memang kita sayangkan dia.
tetapi Allah S.W.T lebih sayangkan dia.
saya juga akan datang dan membantu apa yang terdaya.

kepada mereka yang datang dan singgah di laman ini.
apa salahnya jika sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang telah pergi.
sedekahkanlah kepada dua insan yang bergelar bapa kepada anak-anak di atas.
dan juga kepada semua kaum keluarga kita yang telah pergi awal dari kita.
dan mungkin esok dan lusa kita pula pergi.

p/s: kuatkan semangat geng! dan kepada kawan-kawan sekalian! datanglah ziarah ok. sama-sama ngeteh! sama-sama main bola! sama-sama tengok bola! sama-sama bergembira! apa salahnya berkongsi dikala susah pula kan? kita kan kawan gembira kawan berduka? ramai-ramai main bola ramai-ramai gak kita gi tahlil ok!

p/s: p/s ini tiada kena mengena dengan p/s di atas. maaf sebab lambat update laman ini.

Ada. Aku. Kisah?

Arsenal dah kalah.
Chelsea pula kecewa saat akhir.
Barcelona bernasib baik.
Man Utd pula dengan gaya kerek lagak sombong!

huh! tak mengapalah.
wenger pun akhirnya dah sedor diri.
baca ada dia bising!
tak cukup dengan itu.
ferguson pula dengan nada berlagaknya.
tengok ada dia cakap!

tapi tak mengapalah.
tengok jeh final nanti.
tapi sumpah aku tak akan pakai baju merah!
jaga kau kutu-kutu man utd!
owhh kau cakap sangat ehh..
takpe! cakap! cakap!

p/s : barca! aku pas kat kau. uruskan setan merah toh ok! patahkan tanduk dia. kasi diam!

Kaki. Langkah. Depan. Lagi

mari pulang.
ke kampung halaman.

kumpulan sorak all star.
kamu punya gelek tak hot sangat pagi tadi.
sebab tu ronaldo tak bergoda.
sampai boleh buat gol.

geng kompang paya dalam.
kompang pagi tadi tak cukup kuat.
tak naikkan semangat arsenal pun semalam.
sudah lah.
malas nak cakap banyak.
arsenal dah kalah.

jumpe lagi tahun depan.

p/s: nasib aku tak bet ape2! hahahahaha :D

jalan. langkah. esok. semalam.

perjalanan hidup.
sangat sukar.
langkah-langkah menuju hari esok.
sangat getir.
memejamkan mata tamatkan malam.
langsung gagal.
tetapi hari ini.
tetap datang.

My Life Story

I was on my way
To be with you today
Well you know its true
Because I wouldnt lie to you

First my car broke down
So then I had to hitch a ride
I was almost there
When the motor died

Dont hate me forever
Im better late than never
I failed you
Im sorry
Thats simply my life story

I know its much too late
To take you on a date
I know that its no use
But this is my excuse

I was in a plane
And it was falling from the sky
I knew I had to survive
So I could say goodbye

You change your mind
Like I change the time
That I was gonna call you
Or say I was about to
You change your mind
Like I change the time
I said that I would be there
But then I didnt have a thing to wear
MXPX - My Life Story


lagu cam lelaki tak guna kan? itulah aku. terlalu banyak alasan. terlalu banyak kegagalan. tapi nak buat macam mana. hidup mesti diteruskan sampai mati. jadi ku layan jeh lah hidup ni. ku pusing-pusingkan lah hidup ini. sampai aku rasa aku dah nak mati. argh! hidup tanpa cita-cita. hidup tanpa masa depan. sungguh tiada arah. ke kiri dan ke kanan. siapa nak kecoh? kasi hentak. siapa nak jaga tepi bulu kaki aku? aku tendang.

selamat datang lagi hidup tanpa arah tujuan. semalam kau pergi hari ni kau datang. esok lusa datang lagi. terima kasih menemani aku.

p/s: aku bukan lelaki yang boleh dipercayai. aku penipu besar. tulisan aku semua dusta. jadi hati-hati pembaca. jangan sampai tertipu.

no title

I cant sleep tonight
Everybody saying everythings alright
Still I cant close my eyes
Im seeing a tunnel at the end of all these lights

Sunny days
Where have you gone?
I get the strangest feeling you belong
Why does it always rain on me?
Is it because I lied when I was seventeen?
Why does it always rain on me?
Even when the sun is shining

I cant avoid the lightning
I cant stand myself
Im being held up by invisible men
Still life on a shelf when
I got my mind on something else

Sunny days
Where have you gone?
I get the strangest feeling you belong
Why does it always rain on me?
Is it because I lied when I was seventeen?
Why does it always rain on me?
Even when the sun is shining

I cant avoid the lightning
Oh, where did the blue skies go?
And why is it raining so?
Its so cold
I cant sleep tonight
Everybody saying everythings alright
Still I cant close my eyes

arsenal kalah. sangat celaka. kenapa boleh kalah. arghh kalah 2 pula itu. mana nak letak muka. tapi takpelah. terima jeh lah kenyataan. cilakak kalau ea pun bertahanlah dulu. takkanlah minit ker 8 dah gol minit ke 11 dah double. chis! buat malu aku jeh. kalau nak malukan aku pun tunggulah minit ke 80 ke minit ke 90. boleh laa chill dulu. duduk-duduk tengok game. hampeh tol. nasib aku tak turun tengok kat cafe.

tapi takpelah. takda rezeki. nak buat macam mana. (ayat org kalah.) tapi tak mengapalah. argh! takder trofi lagi season neh. everton ntah2 ada kot. apa boleh buat. wenger season depan buat team kuat2 eh!

P/S: penuh dengan kekecewaan

Aku cyg ko!

wehh!
yang duk bukit mentakab tu!
alaaaa.. lagi nak tanya plak!
yang mana satu?
alaa..
takkan anak cikgu salleh plak..
bukan-bukan saya tak gay..
alaa awaklah..
yang dulu ada skandal ngan padley jendol toh..
hah? ada apa? takde apa..
cuma nak cakap..
aku cyg ko! :P
wink! wink!

Meriam Get Ready!

ok pasukan sorak all star dah ready?
minah-minah gedik kira semua dah cukup?
ok naik bus!

pasukan kompang kampung paya dalam macam mane?
baju batik warna merah putih lengkap dah semua?
wak romli baju dah gosok? kasi kemas-kemas tao!
ok settle naik bus cepat!
dah lambat dah ni.

pasukan meriam askar melayu macam mana?
meriam dah cukup? ada berapa? 5?
ok cukuplah tu tak perlu banyak-banyak.
5 pun dah mampu nak tembak musuh kasi mampus.

ok kaki judi plak macam mane?
dah keluarkan duit banyak-banyak?
ok kasi bet itu pasukan tuan rumah banyak-banyak.
gerenti menang punya!

ok semua.
mari kita gerak sekarang. jangan banyak cakap.
kasi gegar itu emirates stadium.
setan merah? mane kau nak lari? hah mampus kau kat emirates jap lagi.
tunggu! sejahat-jahat tupai terbang jap lagi kena tembak gak!
hehehehe :D

malas cakap banyak.
tengok jeh game jap lagik.
final uefa champions league. Arsenal vs. Barcelona.
ada siapa nak komplen? kasi kaki kang! :D

Bukan Sebuah Taj Mahal.

tender is the night lying by your side
tender is the touch of someone that you love too much
tender is the day the demons go away
lord i need to find someone who can heal my mind
come on! come on! come!

tender is the ghost
the ghost i love the most
hiding from the sun
waiting for the night to come
tender is my heart
i'm screwing up my life
lord i need to find someone who can heal my mind
oh my baby! oh my baby! oh my baby!
blur - tender


malam ini hujan lebat. seperti juga malam semalam. sangat lebat. guruh di langit berdentam-dentum. kilat pula sabung menyabung. hujan turun sangat lebat sehingga kita tidak boleh jangka bilakah hujan akan berhenti. suasana di rumah sangat sunyi. sepi sehinggakan tiada langsung satu bunyi pun yang terdengar. kecualilah bunyi hujan dan guruh. hanya itu teman laila pada malam ini. jam telah menunjukkan pukul 12 tengah malam. mata laila sudah mengantuk, ikutkan hati dah lama dia hendak ke kamar tidur dan tidur. tetapi dia masih lagi menunggu suaminya pulang. sudah pukul 12 pun suaminya masih belum pulang. bukan kali pertama suaminya pulang lewat. tetapi kebelakangan ini selalu sangat. tetapi bila pulang dia melihat wajah suaminya yang penat dan sayu itu membuatkan hasrat untuk bertanya kenapa suaminya selalu pulang lewat malam selalu terbantut. jadi hasrat hati laila untuk mengajukan soalan dibiarkan sahaja. mata laila tepat memandang ke arah pintu utama. tak sabar rasanya nak dengar bunyi ketukkan pintu dan bila di buka melihat wajah suaminya.

jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. tetapi suaminya masih belum pulang. hatinya mula risau dan gelisah. dia bangun dan pergi kearah telefon. dia capai telefon dan dial nombor telefon bimbit suaminya. diam dan tidak berjawap. dia cuba sekali lagi. masih juga diam. laila tidak putus asa. dia cuba lagi diam. tetapi kali ini hanya suara operator sahaja menjawap. dia sedikit keciwa. lalu dia duduk semula di atas kerusi rotan itu. lalu dia mengenangkan kembali kisah hidup dia bersama suaminya.

sekarang dia dan suaminya sudah 10 tahun berkahwin. berkahwin dahulu pun atas desakan keluarga. sebenarnya dia langsung tidak kenal dengan suaminya sebelum ini. dia hanya kenal hanyalah melalui gambar dan pada majlis perkahwinannya barulah dia dapat lihat wajah sebenar suaminya itu. tetapi dia bersyukur. sangat-sangat bersyukur. sebab kalau tiada suaminya kini, sampai bila pun dia tidak akan ada suami dan mendirikan rumah tangga. ya lah, siapa sahaja yang mahu memperisterikan seorang perempuan kampung yang tidak ada pelajaran tinggi. sekolah sampai darjah enam sahaja. lepas itu berhenti sebab nak makan pun tak cukup inikan pula nak habiskan duit belajar. dalam dunia yang memperlukan wang untuk segalanya. siapa sahaja yang hendak yang memperisterikan dia yang hanya sekolah sampai darjah enam. pernah dulu ada seorang lelaki bandar cuba untuk melamarnya. tetapi lelaki itu membatalkan hasratnya saat-saat akhir. sebab lelaki itu tidak sanggup untuk menanggung keluarga laila yang sangat-sangat susah ini. dah lah susah. adik-beradik ramai. tetapi tidak sedikit pun melukakan hati laila. sebab dia tahu dan sedar. siapa sahaja nak memperisterikan dia. tetapi sekarang dia bersyukur sebab ahmad sanggup memperisterikan dia. kadang-kadang dia merasa malu juga dengan ahmad sebab banyak habiskan wang untuk tanggung dia dan juga keluarganya. semua adik-adik laila sekarang boleh belajar dan pergi sekolah. sebab ahmad selalu bekalkan duit poket untuk mereka. beban ibu-bapa laila sedikit ringan dengan adanya ahmad. tetapi laila sedikit sedih. sebab dia masih lagi tidak dapat menunaikan hasrat ahmad. bukan sahaja hasrat dan impian ahmad. tetapi juga impian laila juga. impian mereka untuk mendapatkan anak masih belum berjaya. sudah 10 tahun berkahwin tetapi masih lagi belum mempunyai anak.

sedang laila terkenangkan kisah hidupnya tiba-tiba dia terdengar bunyi motor kapcai. hatinya gembira. sebab dia tahu dan sangat cam bahawa itu adalah motor ahmad. motor suaminya. dia sangat gembira sebab suami telah pulang. dia berlari ke muka pintu. dengan laju dia buka pintu. tanpa sempat ahmad mengetuk pintu, laila telah dulu membuka pintu rumah itu. dia lihat ahmad terketar-ketar dan basah lejut. lalu ahmad melemparkan satu senyuman dan berkata.

"sayang, kenapa masih belum tidur? tunggu mata air ke? ambilkan abang tuala sayang. nanti basah pula rumah kita ni sayang."
"tunggu abanglah. laila tak boleh tidur kalau abang tiada. kejap ya laila ambilkan tuala untuk abang."

laila bergegas lari ke bilik untuk ambil tuala. dicapainya tuala lalu terus pergi ke arah suaminya. dia lapkan rambut dan kepala ahmad dengan tuala yang baru sahaja dia ambil tadi. "itulah abang. balik lambat lagi kan dah basah. abang kan tahu sekarang musim hujan. lain kali baliklah awal abang. nanti kalau abang demam kan susah. langsung tak boleh nak pergi kerja." laila berleter. lalu ahmad letar jari telunjuk dia ke arah mulut laila dan berkata "shhhhh. jangan berleter sayang. abang dah balik ni kan? kalau boleh abang tak mahu langsung pergi kerja nak tinggal jeh dengan sayang tahu. sayang comel-comel ni tunggu siapa? hehehehe." tunggu abanglah. "tunggu abanglah. tunggu siapa lagi. takkan tunggu wak jamain tokeh abang kot!" laila sedikit marah dan manja.

lalu laila memimpin tangan suaminya dan dibawa suaminya masuk. "abang pergi mandi. lepas tu boleh tidur. abang tentu penat kan" laila berkata. "sayang. ni mangkuk tingkat. sedap sayang masak hari ni. bertambah-tambah abang makan. pandai sayang abang ni masak!" kata ahmad sambil mencium dahi isterinya. "elehh abang tu. laila masak pun sedap. saja nak sedapkan hati laila. entah-entah abang buang jeh kan?" kata laila lagi. "ishh! mana ada. kalau laila tak percaya cepat belah perut abang ni! hehehehe!" lampu ditutup dan malam berakhir dengkuran dalam pelukkan laila.

"sayang! abang dah lambat ni! abang pergi dulu ea! terima kasih ya sebab masakan abang bekal ya! sayang laila!" ahmad pergi tanpa sempat menjamah sarapan pagi. tergesa-gesa dia pagi ini. laila hanya sempat memandang tanpa sempat berkata apa-apa.

malam kunjung tiba lagi. jam sudah pukul 12 tengah malam. tetapi suaminya masih belum pulang. laila tunggu lagi. dengan penuh sabar. dia tunggu dan tunggu. jam telah menunjukkan pukul 1 pagi. dia sedikit risau kenapa suaminya masih belum pulang. dia ke hulu dan ke hilir. dia tengok jam. sudah 2 pagi. kemana suaminya masih belum pulang lagi.

tiba-tiba dia terdengar bunyi motor di halaman rumahnya. dia bingkas bangun. tetapi bunyi enjin motor kali ini sedikit lain dari biasa. dia pelik. motor ahmad kah? dia resah. dia berlari ke muka pintu dan bergegas membuka pintu. bila dia buka sahaja pintu dia terlihat kassim. kawan suami. "ehh kassim! apa kau nak datang malam-malam ni. abang ahmad belum balik lagi. kau datang nak berjumpa dengan dia ke?" laila bertanya. "owhh. akak. saya datang bukan sebab nak jumpa abang kassim. tetapi nak beritahu tentang abang kassim." kassim menjawap. "hah? kenapa dengan abang ahmad? kenapa kassim? bagitahu akak kassim!" laila bertambah gelisah. "begini kak. abang ahmad pulang awal tadi. dia tak sihat katanya. jadi dia pulang awal dari tapak pembinaan tadi." kassim berkata. "hah pulang awal? tapi tak ada lagi kat rumah ni. kau jangan buat kerja gila kassim!" laila sedikit marah. "betul kak. tetapi dalam perjalanan tadi. abang ahmad kemalangan akak. dia kemalangan dekat selekoh hujung sana. tetapi tiada siapa pun yang tahu ada kemalangan sebab abang ahmad dan motornya jatuh ke dalam gaung itu. yang langgar abang ahmad pula larikan diri. abang ahmad kena langgar lari akak!" kassim menambah berita. "Ya Allah! jadi macam mana dengan abang ahmad kassim?" laila sedih dan takut. "abang ahmad dah tiada akak. mayat dia dijumpai selepas orang yang langgar abang ahmad tadi buat report polis dan menyerah diri. saya nak beritahu akak ni sebab jenazah abang ahmad akan tiba sebentar lagi." laila rebah di muka pintu. dia bagaikan sudah hilang akal. hanya air mata sahaja yang keluar. yang lain-lain tidak keluar dari mulut laila. baru sahaja semalam suaminya bermanja-manja dengannya. baru semalam dia bertepuk tampar dengan suaminya. tetapi hari ini. satu tamparan hebat menampar hati dan perasaannya.

2 minggu selepas kejadian.

"assalamualaikum akak!" kassim memberi salam. dia terlihat laila ada di muka pintu."waalaikummussalam kassim! ada apa ni datang?" suara sayu laila menjawap. "sebegini kak. tapi saya nak cakap dulu pun tak guna. akak kena ikut saya." kassim membalas. "ke mana kassim?" laila sedikit pelik. "marilah dulu akak. mari naik motor dulu." kassim dengan nada serius.

kassim membonceng laila menuju ke suatu kawasan. laila seakan-akan pernah ingat bahawa dia pernah melalui jalan ini. ya dia ingat. jalan inilah yang dulu arwah suaminya selalu bawa dia. jalan ini menuju ke sebuah tasik. di sinilah dulu dia selalu bercanda dan luangkan masa dengan suaminya hujung minggu. di hujung tasik itu ada beberapa ekar tanah peninggalan arwah ayah mertuanya dahulu. laila menitiskan air mata sepanjang perjalanan menuju ke tasik itu. sudah bertahun dia tidak pergi ke kawasan tasik ini. dia mengimbau kembali saat dia bersama arwah suaminya. tiba-tiba dia sampai ke suatu kawasan. dia sedikit pelik. sebab setahu laila dulu tiada sebiji rumah pun di kawasan tasik ini. hanya tasik dan pemandangan yang indah sahaja. tetapi dia sangat terkejut apabila dia terlihat sebuah rumah yang sederhana besar dan kawasan rumah yang luas dan cantik. rumah itu sudah separuh siap. dia bertanya kepada kassim "kenapa kau bawa aku ke sini kassim? dan ini rumah siapa?"

"akak, ini rumah akak. sebenarnya setiap hari selepas pulang dari kerja dari tapak binaan. arwah abang ahmad akan terus ke sini. setiap hari dia akan bertukang dan siapkan rumah ini. dulu saya selalu juga datang. dan cuba hendak tolong apa yang patut. tetapi abang ahmad kata tak perlu. dia hendak siapkan rumah ini dengan titik peluh dia sendiri. dia nak siapkan rumah ini penuh dengan kasih sayang dia sendiri. dia tidak mahu orang lain yang tolong siapkan. pernah sekali dia marah saya kerana saya cuba juga hendak tolong dia siapkan rumah ini." kassim berkata. laila menitiskan lagi air mata "akak, abang ahmad pernah kata, mungkin rumah ini tak besar mana. bukan banglo ataupun istana. tetapi rumah ini penuh dengan kasih sayang. setiap inci dan ruang rumah ini aku bina dengan penuh kasih sayang aku pada laila. sampai bila aku nak menyewa rumah buruk itu kan? sekurang-kurangnya bila aku tiada nanti laila tak perlu susah-susah kena halau dari rumah sebab tak bayar sewa. sebab dia sudah ada rumah sendiri. betul tak kassim?" kassim menjawap lagi. laila terus menitiskan air mata tidak henti-henti. baru dia tahu kenapa arwah suaminya selalu pulang lewat dahulu. dia sekarang mengerti kenapa suaminya selalu lebih penat dari kebiasaan. dia sangat sedih dan terharu. seolah-olah ingin pengsan. "kassim, kau tolonglah bunuh aku kassim. aku tidak mahu hidup keseorangan. aku dah tak tahu macam mana nak hidup tanpa dia. aku tidak boleh hidup dengan hanya kenangan bersama abang ahmad kau! kassim! bunuh aku kassim! bunuh aku!!" laila menjerit. "sabar kak. sabar. mungkin tuhan lebih sayangkan arwah dari kita kak. sabar kak. sampai masa nanti kita sama-sama jumpa abang ahmad di sana ya akak" kassim sedikit sayu dan menenangkan laila.

"sudahlah kak. mari kita pulang. nanti saya sambung siapkan rumah ni ya kak. nanti akak boleh duduk di sini." kassim berkata. dan kemudian mereka berdua terus pulang ke rumah. melalu jalan dan kenangan laila dan ahmad. mereka hampir sampai ke kawasan rumah laila. sedang melalui selekoh arwah suaminya kemalangan tiba-tiba sebuah lori hilang kawalan lalu terlanggar mereka berdua. mereka berdua maut di selekoh yang sama arwah ahmad maut dua minggu lepas.

mungkin betul kata orang. kalau dah jodoh tidak ke mana. jika sudah jodoh. maut pun tidak dapat memisahkan.

sebuah cerita cinta dari seorang penulis yang tak reti menulis bernama Khairul Anuar Mohamed.


p/s: wahh cerita aku banyak kemalangan kan. nanti aku tukar. sorry banyak cerita sedih jeh. nanti sok aku bawa berita dan cerita gembira. hehehehe :D

ibu. aiman. sayang. ibu.

"ibu, kenapa kita selalu naik bus?" aiman bertanya.
"sebab jalan jam aiman. nanti aiman lambat sampai ke sekolah." jawap ibu.

"tapi ibu, aiman nak juga naik kereta pergi sekolah ibu." aiman jawap lagi.
"kan baru minggu lepas ibu hantar aiman naik kereta pergi sekolah." ibu.

"maksud ibu teksi pakcik din ke ibu? kereta buruk tu ibu?" aiman.
"a'ah aiman. ishh aiman tak baik cakap macam tu. pakcik din tu baik orangnya." ibu.

"hurmm. ibu! tengok! tengok! dia beli kereta control! aiman nak satu boleh?" aiman
" aiman nak? aiman kena dapat nombor satu dulu. baru ibu belikan. ok?" ibu.

"tapi ibu, kan exam yang lepas aiman dah bagi ibu nombor satu. tapi selalu jeh tak dapat." aiman
" ok! ok! kali ni kalau aiman dapat nombor satu ibu janji akan bagi aiman kereta control tu. boleh aiman?" ibu.

"ibu, aiman selalu bagi nombor satu untuk ibu. sebab ibu kan nombor satu bagi aiman. dan aiman pun ada satu je orang yang bernama ibu!" aiman.
"bagus macam ni lah anak ibu! ibu sayang aiman! ibu pun ada satu jeh aiman!" sambil ibu memeluk aiman.

"ibu! ibu! ibu! tengok ibu! aiman jumpa kereta kebal mainan ni! boleh tak aiman ambil ibu? boleh tak? lagipun mesti dah tak ada orang nak." aiman dengan penuh teruja nya.
"aiman, letak balik mainan tu. jangan ambil. tu orang lain punya. bukan hak kita aiman." ibu nya menegur aiman.

"tapi ibu. aiman jumpa dulu. jadi aiman punyalah. tak kira! aiman nak juga! nak juga! ni aiman punya!" aiman meronta-ronta
"aiman!! ibu kata letak balik! letak balik! ibu dah kata ni bukan aiman punya! nanti tuan dia datang balik macam mana! letak balik aiman!!" ibu aiman sedikit tinggikan suaranya.

"tak nak! aiman taknak! kat rumah kita mana ada kereta kebal! kat rumah kita takda mainan pun! ibu pun tak pernah belikan aiman mainan! aiman dah jumpa. jadi ni aiman punya!" aiman sedikit tinggikan suara dan air mata mengalir.
"aiman, jangan macam ni sayang. letak balik mainan tu aiman. aiman sayang ibu kan? letak balik mainan tu ea aiman sayang. ni bukan kita punya. ni bukan hak kita." ibunya merayu kepada aiman.

tiba-tiba aiman berlari dari ibunya. lari dengan kereta kebal mainan yang di peluk erat di dalam dakapan nya. dia tidak mahu lepaskan dan tinggalkan kereta kebal mainan yang baru sahaja dia jumpa tadi. dia lari. dan lari dengan laju. ibunya mengejar dengan titisan air mata sambil menjerit "aiman! aiman! ke mari anak! ibu janji ibu akan belikan yang baru untuk aiman. ibu janji aiman!! ibu janji!". "ibu tipu! ibu selalu tipu aiman! aiman taknak! aiman taknak letak balik! ni aiman punya!" aiman menjerit lagi.

tiba-tiba aiman terlihat sebuah kereta dipandu dengan laju dan cuba untuk membrek dari terlanggar aiman. terbunyi seretan tayar kereta yang di brek mengejut itu. kereta itu cuba membrek dari terlanggar aiman yang berdiri di tengah-tengah jalan itu. aiman terkaku dan tidak bergerak walau se inci pun. ibunya menjerit "aimann! aimann! lari kereta tu! aimannnn!! lari aiman!!!" sambil ibunya berlari ke arah aiman.

kereta itu mengelak ke kiri untuk mengelak daripada terlanggar aiman di tengah jalan itu. kereta itu berjaya mengelak daripada terlanggar aiman. aiman masih lagi terdiam di tengah-tengah jalan. dia terlihat kereta itu di kiri jalan. berasap dan suasana diam sahaja. tiba-tiba dia terlihat ibunya terbaring. kepala ibunya berdarah. tetapi tangan kanan ibunya masih lagi pegang penyapu. penyapu yang sama dipegang oleh ibunya ketika sedang menyapu dan berborak-borak dengan aiman. penyapu yang sama yang digunakan ibunya tiap-tiap hari untuk mencari sesuap nasi untuk mereka berdua. aiman berlari ke arah ibunya. "ibuu! ibuu! bangun ibu! bangunlah. ibu janganlah tidur tengah jalan macam ni ibu. jomlah balik rumah ibu. kita tidur kat rumah ya ibu. nanti aiman peluk ibu kuat-kuat!" tetapi ibunya masih tidak bersuara. dan kaku. " ibu! ibu! ibu1 bangunlah ibu. ibu bangunlah aiman janji aiman pulangkan balik kereta kebal ni. ibu janji ibu bangun ya! ibu janji ibu tak tidur kat tengah jalan ya!"

aiman dengan bersungguh-sungguh lari ke tempat dia jumpa kereta kebal mainan tadi! dia lari dan letakkan kembali kereta kebal yang dia jumpa tadi. dia letak dengan penuh elok dan cermat. dia capai penyapu yang sama seperti penyapu milik ibunya tetapi sedikit pendek sesuai dengan ketinggiannya. biasanya pagi-pagi aiman selalu akan teman ibunya menyapu sampah sebelum pergi ke sekolah. selalu aiman akan mandi di tandas awam di kawasan itu dan pergi ke sekolah.

aiman berlari ke arah ibu nya. separuh perjalanannya dia berhenti. dan di toleh ke belakang sekali lagi. toleh ke arah kereta kebal mainan yang baru sahaja dia letak kembali tadi. dia toleh. pandang ke arah ibunya. dia toleh lagi sekali. dan kemudian pejam mata dan terus berlari ke arah ibunya. "ibu! ibu! aiman dah letak dah mainan tu1 aiman dah pulangkan mainan tu ibu! ibu! bangunlah! bangunlah ibu! aiman lapar lah ibu! kejap lagi kan ibu nak hantar aiman pergi sekolah. ibu! ibu! bangunlah. kenapa ibu diam ibu!" aiman gerak-gerakkan ibunya. tetapi ibunya tidak sahut walau sepatah pun. "ibu bangunlah! bangunlah ibu! ibu nak main tidur-tidur ea? ibu nak pura-pura tidur ya? alaaa. janganlah macam ni ibu. owhh. ibu nak main ya. aiman geletek ibu! yahhh! geletek dia! bangun! bangun! taknak bangun lagi ya! geletek ketiak dia! geletek ketiak dia! yahhh! yahhhh!" aiman masih lagi cuba kejutkan ibunya.


"ibuuu! ibuuu! bangunlah ibu! dah lewat dah ni! ibuuuu! ibuuu! ibuuuu!" aiman jerit. tetapi ibunya tetap tidak menjawap walau sepatah kata pun. "ibuuuuu!!!!!!" "ibuuuu!"

"ibuuu! ibuuu! ibuuuuuu!" aiman menjerit. aiman menjerit tetapi tiada jawapan yang keluar dari mulut ibunya.

ibu..
bergenang airmataku..
terbayang wajahmu yang reduh sayu..
qudusnya kasih yang engkau hamparkan..
bagaikan laut yang tak bertepian..
biarpun terpahit dan telah engkau rasakan.
tidakpun kau merasa jemu..
mengasuh dan mendidik kami semua anak mu
dari kecil hingga dewasa..

hidup mu kau korban..
biarpun dirimu yang telah terkorban
tak dapat ku balasi..
akan semua ini..
semoga tuhan memberkati kehidupanmu ibu..

ibu..
kau ampunilah dosaku..
andainya pernah menghiris hatimu..
restumu yang amat aku harapkan..
kerana disitu letak syurgaku..

tabahnya kau melayani kenakalan anakmu..
mengajarku erti kesabaran..
kau bagai pelita di kala aku kegelapan..
menyuluh jalan kehidupan..

kasih sayangmu..
sungguh bernilai..
itulah harta..
yang kau berikan..

kasihanilah tuhan
ibu yang telah melahirkan diriku
bagikan kasih ibu
sewaktu kecilku
moga bahagia ibu di dunia
dan di akhirat sana.
Aeman - Buatmu Ibu


ibu. kasih tiada dua tiada tiga. hanya satu.
ibu. maafkan segala dosa dan salahku.
ibu. ya aku selalu kecewakan ibu.
ibu. ya aku selalu buat ibu menangis. buat ibu marah. buat ibu berleter.
ibu. aku rindu kau.
ibu. jangan pergi dulu.
ibu. biar aku pergi dulu. aku rela aku pergi dulu.
sebab aku tidak sanggup hidup tanda kau ibu.

p/s : emak! muahhh! hehehehe :D