RSS Feed

Pig Lining dan Shopping Complex

hahahahaha tajuk nak gempak jeh dalam bahasa inggeris kan. tapi penulisan dalam bahasa melayu. tapi apa kisah kan. janji maklumat ini sampai. baru tadi saya pergi klcc menonton wayang. filem talentime, cerita besh dan tak rugi menonton walaupun di tengah-tengah cerita ada sedikit rasa boring. ok itu tak penting. bukan itu pun nak cerita.

masuk kedai-kedai dalam klcc. jalan-jalanlah dulu. pergi tengok-tengok baju, seluar dan benda-benda merepek lain. tapi bukan beli pun. window shopping jeh. bukan berduit pun nak shopping. kalau pergi uptown tu boleh gak rembat tshirt sehelai dua kan. sebab murah. hahahaha. ok bukan ini gak yang nak di ceritakan sebenarnya.

last kedai masuk sebelum balik. Zara. perghh kedai gila mahal. tak pernah ada satu pun pakaian dari kedai tu. hahahaha. ok jalan-jalan belek-belek baju. harga ratus-ratus sehelai. kalau kat uptown boleh dapat puluh-puluh helai. hehehehe. lepas tu tengok ada kasut ni. cantik. angkat pegang. tiba-tiba ada nadia ni tegur.

oit! pig lining toh!
haahhh?! ape?
kulit babi ngok!
terus campak kasut tu.

biasakan kalau kedai-kedai lain kalau kasut yang di perbuat dari lapisan kulit babi kebiasaanya mereka akan balut kasut tu dengan plastik. tetapi Zara dia tak balut pun. seluruh kedai pusing tengok kasut yang ada tulis pig lining semuanya tak berbalut. sepatutnya balut lah. takut-takut ada muslim yang tak perasan dan tak sedar ada tulis pig lining kan susah. kalau muslim tu selepas pegang sedar itu pig lining ok balik boleh sertu. tetapi kalau mereka yang tidak tahu dan tidak sedar ada perkataan pig linning tertulis pada meja kasut itu macam mana? kan terus jeh mereka tidak sertu. adehhh.

tak pasal-pasal malam ni saya kena cari tanah plak. basuh tangan dengan air tanah. macam mana nak bersihkan diri selepas pegang anjing atau babi? murid-murid siapa dapat jawap? saya cikguuu! 7 kali basuhan cikgu, basuhan pertama dengan air tanah dan basuhan kedua dan seterusnya menggunakan air yang bersih cikgu. pandai! nak rm1 upah sebab dapat jawap dengan betul. ya murid-murid gunakan air tanah bukan minyak tanah. bukan gali dalam tanah cari air tanah. tetapi ambil tanah campurkan bersama-sama tanah. hehehehe.

sebenarnya kita boleh pegang khinzir atau anjing. tetapi pastikan waktu kita kering dan ia juga kering. dan bila kita basah ia juga basah. maksud saya bila tangan kita kering dan ia juga kering kita boleh bersentuhan. bila kita basah maksudnya bila kita mandi bersama-sama anjing kita basah dan ia pun basah tidak perlu samak. nak senang cakap bila cas positif bertemu cas positif ia tidak akan bercantum. bila cas negatif bertemu cas negatif juga tidak akan bercamtum bukan. tetapi bila negatif bertemu positif maknanya kenalah samak/sertu. tetapi saya rasa kalau dah pegang tu samak/sertu jehlah. sebab tangan kita terutama tapak tangan dan jari kita selalu berpeluh. baik samak/sertu jeh. bukan susah pun bukan?

ok sumber dari hush puppies kata:
"Look out for the hair follicles on pig skin which tend to be grouped in pinhole size formations of 3, thus leaving a tell tale pattern. This can be difficult to see particularly with suede effect surfaces as advised by Hush Puppies. If in doubt contact the company."

tetapi bukan semua barangan hush puppies tu di perbuat dari barangan yang haram tau. sebab tengok nama jeh kita rasa cam ehh?

kalau dah terbeli plak. apa tanda-tanda yang boleh kita tahu bahawa barangan yang kita beli itu adalah di perbuat dari khinzir. kalau kita beli kasut, jaket, atau stoking. lepas tu kita pakai. dan kita akan rasa lembab dan ada kalanya basah. kalau kita lepas basuh kaki dan pakai stoking kemudian kita rasa cam basah lagi. itu maknanya di perbuat dari lapisan kulit babilah tu. jadi berhati-hatilah. tetapi yang penting sebelum beli check baik-baik. jangan membeli je terus. tetapi kita kebiasaannya macam tu lah. bila dah nampak yang cantik lepas tu ada sales plak kan. terus je beli. sampai rumah barulah sedar. tak pun bila dah pakai baru sedar.

ok untuk mereka yang ada di malaysia. kalau beli barang dan was-was sama ada barang yang kita beli itu halal atau tidak. semak di sini.

untuk semak menggunakan barcode product.
klik di sini.

untuk semakkan barangan makanan yang halal dan rumah sembelihan.
klik di sini.

untuk maklumat lanjut dan lagi.
klik di sini.

untuk barangan makanan yang ada dan tiada di Malaysia tetapi nak tahu ia haram atau halal.
klik di sini.

ok kalau nak buka internet chech barang ini halal atau tidak. barang ini ada pig lining atau tidak lambat bukan? kita juga boleh guna sms. macam mana nak guna?

Taip halal [nombor kod bar] Contoh halal [ 9551234567891]

hantar ke 32728


Sekiranya maklumat tersebut masih sah, jawapan yang akan diterima ialah Sijil Sah
Sekiranya maklumat tersebut sudah tamat tempoh, jawapan yang akan diterima ialah Sijil Tamat Tempoh
Sekiranya maklumat tersebut tiada di HDC, jawapan yang akan diterima ialah Tiada Dalam Senarai

* info dari Halal Malaysia.

kalau tak faham-faham juga cara nak guna sms. nah ambil link ni baca sendiri.
klik di sini.

ok. sekian untuk kali ini. nanti ada masa tulis lagi. jumpa lagi nanti.

Paper Planes

I fly like paper, get high like planes
If you catch me at the border I got visas in my name
If you come around here, I make 'em all day
I get one down in a second if you wait

Sometimes I think sitting on trains
Every stop I get to I'm clocking that game
Everyone's a winner, we're making our fame
Bonafide hustler making my name

All I wanna do is (BANG BANG BANG BANG!)
And (KKKAAAA CHING!)
And take your money

Pirate skulls and bones
Sticks and stones and weed and bongs
Running when we hit 'em
Lethal poison through their system

No one on the corner has swagger like us
Hit me on my Burner prepaid wireless
We pack and deliver like UPS trucks
Already going hell just pumping that gas

All I wanna do is (BANG BANG BANG BANG!)
And (KKKAAAA CHING!)
And take your money

M.I.A.
Third world democracy
Yeah, I got more records than the K.G.B.
So, uh, no funny business

Some some some I some I murder
Some I some I let go
Some some some I some I murder
Some I some I let go

soundtrack from Slumdog Millionaire.
M.I.A - Paper Planes.

sengaja nak bernyanyi. kenapa saya post lagu ini? sebab saya suka nak bernyanyi hari ini. hahahahaha

Slumdog Millionaire!



Jamal Malik in one question away from winning 20 million rupees.
how did he do it?

A. he cheated
B. he's lucky
C. he's genius
D. it is written




baru lepas tengok filem Slumdog Milionaire. menulis pun sambil mendengar soundtrack dari filem ini (Pussycat Dolls - Jai Ho). pergi sini kalau tak dengar atau nak dengar.

ok bukan nak cerita tentang soundtrack filem ini. bukan juga nak cerita betapa seksinya mereka-mereka yang nyanyikan soundtrack lagu tu. hahahahaha. tetapi nak cerita apa yang ada dalam cerita itu. perghh ayat melankolik dah keluar dah. hehehehe




ok dalam cerita ini. apa yang dapat kita lihat. pertama sekali. kita dapat lihat dan saksikan kehidupan masyaraka India yang kasta yang rendah. kita sendiri tahu kan di India rakyatnya di bahagikan mengikut kasta. kasta rendah orang yang fakir miskin. kasta tinggi adalah mereka-mereka yang setaraf Shah Rukh Khan tu. (orang kaya makin kaya dan orang miskin makin kaya). penempatan orang yang berkasta rendah tak perlu ceritalah. memang teruk gila.




yang keduanya kita dapat lihat pertembungan Umat Islam dan penganut Hindu. sudahlah kasta rendah hidup tak menentu. bergaduh pula tentang agama. kebiasaannya setiap filem produksi barat akan menunjukkan bahawa Umat Islam yang jahat dan teruk. jika filem yang sedemikian saya angkat angkat pungkok keluar panggung. tetapi dalam filem ini dia tunjukkan bahawa umat Islam tertindas dan menjadi mangsa.

yang ketiga apa yang kita dapat saksikan manusia yang mengambil kesempatan dari kesulitan dan kesusahan. penyangak peminta sedekah datang ambil kanak-kanak dari kawasan sampai. beri makan dan beri tempat perlindungan. kanak-kanak rasa selamat. tetapi setiap yang diberi ada nilainya. kanak-kanak ini dipergunakan untuk meminta sedekah di merata kawasan. dan apa yang lebih teruk kanak-kanak yang pandai bernyanyi dibutakan mata. kenapa? sebab penyanyi buta dapat bayaran 3 kali ganda. butakan kanak-kanak tiada masalah asalkan dapat wang lebih.

yang keempat. air yang dicincang tidak akan terputus. Jamal Malik dan Salim Malik. dua beradik menghadapi setiap rintangan dalam meneruskan kehidupan bersama-sama. kadang-kadang kita dengan adik sendiri atau dengan kakak sendiri pun jarang bertegur. tetapi sedarkah kita bahawa dalam kesusahan atau dalam kecelakaan darah daging kita sendiri yang mula-mula hadir.

yang seterusnya. percaya setiap orang tetapi jangan percaya syaitan dalam diri mereka. tak faham? macam ni. kita percaya jeh apa yang orang lain katakan. apa yang orang lain suruh kita lakukan. kita percaya jeh. tetapi bukan sepenuhnya. tetapi keputusan terakhir percayalah dalam diri kita sendiri. sebab bukan semua manusia jujur dan baik. sedangkan saya sendiri pun selalu tipu-tipu sunat ni. hehehehe. kenapa kita percaya jeh setiap kata-kata orang lain dahulu? pertamanya untuk tidak menimbulkan masalah. kalau kita tak ikut kang kita gak yang kena. kita ikut dan layan jeh apa yang orang lain katakan. tetapi keputusan kita decide sendiri. (contohnya bila anil kapoor - pengacara one in the million memberi jawapan B tetapi jawapan sebenar adalah D) soalan dia berbunyi. cehh bunyi buat-buat sendiri saya tulis jeh ea.

which cricketer has scored the most first class centuries in history?
A. Sachin Tendulkar
B. Ricky Ponting
C. Micheal Slater
D. Jack Hobbs

lagi. ya lagi. sedikit lagi lepas ini habislah. betapa pentingnya menguasai bahasa asing terutama bahasa inggeris. walaupun kita dari kasta yang rendah tetapi jika kita mampu menguasai bahasa antarabangsa, mampu menguasai bahasa dunia kita mampu hidup dan mencari rezeki. saya bukan mahu bercakap tentang PPMSI. tetapi dari sudut filem yang saya tonton ini. saya rasa banyak pekerjaan yang boleh kita lakukan jika kita mampu menguasai bahasa inggeris. cakap lebih tetapi saya belum lengkap lagi menguasainya. tetapi masih lagi belajar. hehehehe.

yang terakhir. sebenarnya banyak lagi yang boleh kita dapat dalam menonton filem ini. tetapi saya ambil dari apa yang saya fikir. dari perspektif saya. persektif kita tidak sama bukan. yang terakhir bagi saya. walaupun kita tidak pandai. walaupun kita tidak kaya dan walaupun kita susah. jangan pernah berfikir untuk berputus asa. jangan pernah berfikir untuk membunuh diri. dan jangan pernah sekali-kali untuk berfikir mengambil dadah dan alkohol untuk menghilangkan masalah yang datang. sebab masalah hilang bila kita khayal sahaja masalah hilang. bila khayal habis hidup kembali bermasalah dan 2 kali ganda! sebab kita perlu cari duit lagi untuk khayal. jadi jangan berputus asa. teruskan kehidupan. yang kaya bukan selamanya kaya. dan yang miskin bukan selamanya miskin. yang penting usaha. yang penting tawakkal. dan yang paling-paling penting ilmu. ilmu ada di mana-mana. di jalanan sekali pun kita boleh cari ilmu. tak perlu buku beribu ringgit. tidak perlu guru terbaik untuk guru terbaik untuk dapat ilmu terbaik. di jalanan pun ada ilmu. yang penting kita pandai adaptasikan ilmu itu dan guna dengan cara yang betul.

sekian untuk kali ini.
menonton filem pun boleh dapat ilmu.
jangan ingat menonton filem sekadar membuang masa.
jangan tonton filem sekadar isi masa lapang hilangkan tension.
tetapi berfikir bila menonton.
selamat menonton! hehehehe
ada sesiapa nak belanja saya menonton wayang?






D. IT IS WRITTEN

Sepanjang Jalan ke kedai mamak

hujung minggu ni balik kampung. dah lama tak balik Temerloh (padahal tiap-tiap minggu balik kot) hehehehehe.

sedikit tak puas hati bila jalan-jalan. anjing-anjing liar kat Taman Temerloh Jaya semakin bertambah. lebih banyak dari dulu lah. dulu kita akan nampak anjing-anjing dalam kawasan rumah yang pemilik rumah adalah Indian atau Chinese. tetapi sekarang tidak lagi. anjing liar terlalu banyak. dan anjing-anjing ini jalan dan bergerak secara berkumpulan.

bahaya kepada kanak-kanak yang keluar petang-petang keluar bermain. yang jalan kaki ataupun berbasikal. anjing liar berkeliaran banyak sangat. saya ulang anjing liar. bukan anjing peliharaan ok! cuba kita bayangkan kalau kanak-kanak yang naik basikal tiba-tiba terserempak dengan kumpulan anjing liar ini. dan kanak-kanak ini dikejar. takkan anjing tu sekadar kejar bukan. tak payah kata kanak-kanak lah. kita yang remaja dan dewasa ni bila kena kejar anjing cuak kot! bahaya wehh! dah lah anjing liar. tak terurus semua. kalau kena gigit kan berbaloi.

jadi kepada pemaju perumahan tolonglah turunlah tengok-tengok kawasan perumahan anda. jangan pandai buat rumah jeh. kepada Majlis Perbandaran pula. tolonglah bendung masalah anjing liar ni. takkan nak tunggu anak sendiri kena gigit anjing liar baru nak bertindak kot? dan janganlah biarkan anjing-anjing ini terus membiak lagi. dah lah dalam kawasan perumahan. saya pun pernah gak kena kejar ngan anjing-anjing ni. tu yang tak puas hati lebih tu. hahahahaha.

p/s : teringat lagi waktu kanak-kanak tengok penembak anjing sedang menembak anjing liar yang berkeliaran di kawasan stadium mini. dan selepas itu anjing-anjing liar pun berkurang. dog hunters di manakah anda? hahahahaha.

untuk hari minggu!

mari kita pulang ke kampung.
sudah seminggu tidak pulang.
wahhh! lama nya..
hahahahaha.

tunggukan kemunculan ku di temerloh!
mari kita ngeteh sampai pagi malam ini!
hahahaha.

jengg!! jengg!! jengg!!

tak boleh nak gelarkan nak balik rumah.
sebab mak saya cakap balik rumah tapi tak lekat kat rumah.
baik tak yah balik rumah.
jadi mari kita balik kampung! singgah rumah tumpang mandi.
hahahahahaha.
kau ingat rumah ini hotel!!

30 minit dalam lrt.

1. nampak makcik yang dah veteren / ada wanita mengandung. si jejaka yang duduk buat-buat tidur. buat-buat tak nampak ada yang lebih memerlukan tempat duduk itu.

2. ada yang ambil kesempatan meraba bila waktu keluar atau masuk tren. atau ketika tengah sesak orang ramai dalam lrt. tangan berjalan jeh. jadi wanita hati-hatilah.

3. berborak dengan rakan begitu kuat. ketawa berdekah-dekah. macam yang empunya tren tuh bapak dia punya. hormat la orang lain juga.

4. bawa beg. dia duduk satu tempat duduk. beg duduk sebelah dia. dah dua tempat duduk dia pakai. orang lain tak bayar tiket kot. owhh! dia beli untuk dua tiket.

5. anak-anak kecil berlari-lari dalam lrt. mak bapak mereka mana? tak sedar ke bahaya berlari dalam lrt? kalau brek mengejut? kalau kena culik? siapa gak yang meraung? kami?

6. nak tidur dalam tren. suka hatilah. tapi janganlah sampai lentok pada penumpang lain. adeh. penat.

7. tolonglah jangan bawa makanan berbau. contohnya durian. kesian penumpang yang lain. tahan bau jeh.

8. nak masuk tren. rilekslah. bagi kami keluar dulu. kalau kami tak keluar kamu pun tak dapat masuk. sabar sikit ea.

9. remaja yang naik lrt ramai-ramai. janganlah berlagak dan tunjuk kuat. mentanglah berpakaian punk! rock! ganas! penumpang kadang-kadang takut nak dekat.

10. dan bila dah tahu ramai orang. masuk dan penuhkanlah ea ke tengah tren tu. kesian orang lain tak dapat masuk. janganlah berdiri dekat pintu jeh. terima kasih.

macam mana? boleh kerja dengan lrt tak? pegawai khidmat pelanggan.
kadang-kadang nak beritahu. tapi takut terasa hati sangat. kadang-kadang nak cakap gak. tetapi rakyat malaysia ni sensitif sangat. tak boleh di tegur. melenting. kadang-kadang nak jeh sound. tapi kang bawa gaduh plak. jadilah rakyat yang prihatin ea. dah naik lrt tu. maknanya semua sama taraf jeh. takpun pun dalam lrt tuh tulis kerusi ini khas untuk VIP. yang ada cuma kerusi ini khas untuk golongan OKU, Orang Tua, Wanita mengandung, Wanita bersama bayi. toh jeh.

kita naik sama-sama. jadi timbang rasalah! :D

Hard Days Night

It's been a hard day's night, and I've been working like a dog
It's been a hard day's night, I should be sleeping like a log
But when I get home to you I find the things that you do
Will make me feel alright

You know I work all day to get you money to buy you things
And it's worth it just to hear you say you're gonna give me everything
So why on earth should I moan, 'cause when I get you alone
You know I feel okay

When I'm home everything seems to be right
When I'm home feeling you holding me tight,tight,yeah
It's been a hard day's night, and I've been working like a dog
It's been a hard day's night, I should be sleeping like a log
But when I get home to you I find the things that you do
Will make me feel alright

Owwww

So why on earth should I moan, 'cause when I get you alone
You know I feel okay
When I'm home everything seems to be right
When I'm home feeling your holding me tight,tight,yeah

It's been a hard day's night, and I've been working like a dog
It's been a hard day's night, I should be sleeping like a log
But when I get home to you I find the things that you do
Will make me feel alright
You know I feel alright
You know I feel alright...


from The Beatles : Hard Days Night



penat seharian bekerja? penat kerja yang tak pernah habis?! penat kerja sampai malam?
layan lagu ni kejap. untuk isteri-isteri di luar sana. lagu ini khas untuk anda. dari suami-suami anda. hahahahahaha.

cam tak sabar nak berbini jeh kan. tidak mengapalah! mari bernyayi!
yeahhh!

beratur laa bukan susah pun!

arghh..
kepada yang nak naik lrt/komuter/monorail/star.
beraturlah.
ini tak.
dah laa sampai lambat.
dengan muka tak bersalah dan tak malu tercegah depan pintu.
orang lain yang beratur tepi ikut garisan kamu buat tak tahu.
ingat lrt pu bapak kamu punya?
ingat kamu vvip yang kami boleh bersabar?
dan kamu ingat kamu seorang yang cepat. ingat kamu seorang yang ada alasan?

kata rakyat malaysia.
penuh adab dan tatasusila!
atau tak reti macam mana nak naik lrt.
nak saya ajarkan.
saya ingat nak tegur jeh tadi.
tapi nanti cakap saya ni kurang ajar pula pada orang tua.
tapi orang tua pun tak reti macam mana nak ajar anak-anak muda beradap.
buang masa jeh!

ok.
beratur belakang barisan kuning.
lepas tu beratur belakang garisan pintu.
bukan beratur depan pintu.
orang dalam lrt tak dapat keluar macam mana kita nak masuk sial!
dah laa cakap panjang-panjang dengan orang yang tak reti bahasa pun buang masa jeh.
cakap pun perangai tetap taknak ubah!

tolong la ubah mentaliti.
dah sampai lambat. tunggulah dan beratur lah belakang.
kami semua pun nak cepat!

Kini. Dulu. Dan Sebelumnya

belajar melalui filem-filem.
ulangkaji melalui radio dan lagu.
bodoh bukan?

tapi itulah sebenarnya yang terjadi.
filem dah macam guru.
dan lagu-lagu adalah medan ulangkaji.

sayang bukan.
sebab kelas bukan tempatku belajar.
dan buku dan nota-nota bukan cara ku ulangkaji.
sayang sangat bukan?

kenapa aku tidak aku menjadi orang filem sahaja.
dan kenapa aku tidak jadi pemuzik sahaja.
sebab otakku beku.
dan suaraku sumbang.


pada pagi yang gelap di kuala lumpur.
sebuah kotak hati menulis sedih.
cuma sekejap sahaja ku menulis.
aku skandal dengan amoi cantik.
mimpiku hanyalah mimpi.
dan semua ku harap hanyalah dugaannya.
papa mama ku tidak selamanya akan hidup dalam empayarmu.
dalam jiwa kelajuan ini.
ku ingin katakan jika aku sudah tiada.
setiap kali hujan itu rinduku..
cuma olahan dari tajuk-tajuk lagu hujan.
saya bukan kipas susah mati hujan pun.

di kuala lumpur ku bebas.
dan meludah air liur di kuala lumpur.
ku bernyanyi sambil menari joget global.
ku terasa merdeka dan riang.
tiba-tiba ku terjumpa maharahi ku.
ku rasakan seperti mati hidup kembali.
ku mendaki menara condong.
untuk berterus terang dengannya.
bahawasanya ku ingin hidup 1000 tahun dengannya.
tajuk-tajuk dari butterfingers.
hidup membesar dengan lagu-lagunya.

boneka ku kata tunjukkan aku.
tunjukkan aku di mana cela ku.
tetapi yuna potong dan beritahu ku bahawa dan sebenarnya.
cintaku ini adalah cinta sempurna.

arghh aku pening lagi.
aku terbang tetapi tiada sayap dan pesawat.
lalu wings datang berkata sabarlah ini adalah hukum karma.
dan kadang-kadang kira harus bernafas dalam lumpur.

dan aku makin pening lagi.
aku search di merata tempat.
aku bagaikan hilang dalam terang.
dan berfantasia bulan madu di kuala lumpur.
ku tertanya lagi betulkah ini isabella ku?!
aku yakin itu adalah dia sehingga mentari merah di ufuk timur sekalipun.

dato shake bertanya kenapa tidak pilih lina atau umi.
dan m. daud kilau mencelah. mereka dalam ketegori cik mek molek apa?
tetapi aku tetap dengan pilihanku..

tetapi julie berkata kepadaku bahawa aku semakin jauh.
dia berkata personaliti berubah sangat.
dia pelik kenapa aku begitu sayang kepada si dia.
julie pelik dan tinggal lalu julie goes overseas.

tetapi ku berterima kasih kepada koptratasa.
masihkah kau ingat? yaa aku masih ingat lagi kata-katanya.
dia berkata kepadaku bahawa kita akan lakukan apa sahaja kepada kekasih kita.
kerana kau kekasihku.
hehehehe..

dan aku ingat ia berkesudahan di situ.
tetapi aku terjumpa pula si may.
dia berkata bahawa cintamu mekar di hati.
jadi jangan pernah jemu untuk mencintainya.
sebab ada sinar di sebalik hubungan kamu berdua.
dan jangan pula ia hanya sketsa sebuah cinta.

hahahahahahaha.
bodoh bukan.
sepatutnya ku jadikkan buku teman hidup.
macam mana nak nasihat orang.
macam mana nak jadi insan berguna.

maafkan saya jika post-post yang terdahulu macam tulisan memperbodohkan anda semua.
sebab bukan cerdik pandai yang menulis.
tetapi saya dah cakap awal-awal.
saya menulis dari jalanan.
bukan dari bahan bacaan.
saya menulis dari apa yang saya lihat di depan mata.
jadi minta maaf kalau setiap tulisan yang ditulis tidak seperti bijak pandai.
yang ada introduction. yang ada hipotesis. yang ada conclusion.
maaf. sebab realiti sebenar kita tidak sempat untuk lama untuk membuat penilaian.

dan jika kalau rasa bodoh baca blog ini.
siapa suruh baca? hahahahaha kan dah kena.
tetapi walaupun saya bodoh tetapi saya hot.
kira ada baik dan buruklah kot.
ekekekeke. tetttt..

terima kasih kepada mereka yang besarkan saya dengan lagu-lagunya.
sebab lagu-lagu anda saya menulis di sini.
teruskan dengan apa yang anda lakukan.
jika kita seorang nelayan, seorang pusher, seorang kaki botol, seorang tukang sapu sampah, seorang hakim, seorang pegawai polis, dan seorang perdana menteri sekali pun. teruskan dengan apa yang anda lakukan. sebab esok pasti akan datang. matahari tepat timbul dan tenggelam. dan apa yang tidak pasti cuma roh dan hayat hidup kita. adakah kita akan melihat matahari? jadi. ceriakan hidup anda dan bergembira dengan apa yang kita lakukan. esok ada tapi kita tidak pasti akan ada sama atau tidak. jadi gunakan masa yang ada untuk lakukan apa yang tidak anda sesali!

yeahhhh! apa saya nak lakukan esok? nak makan lamb chop! nak tengok movie! nak download lagu! nak ponteng kelas! nak balik rumah! nak ngeteh! nak lepak sampai pagi! nak jumpa mak ayah! arghh banyaknya. hahahahaha.

yang bold toh : artis
yang italic toh : title lagu.
yang menulis toh : si bodoh yang hot ( umar kata bly wat tajuk lagu indie)

hahahahhaa..
challlo bette!
ZzzZzzZzzZZzZZz! krohhhh krohh krohhh!! ZzZzzZZzZZ!

1, 2, 1, 2, 3, 4

1, 2, 1, 2, 3, 4

give me more lovin' than I've had
make it all better when I'm feelin' sad
tell me that I'm special even when I know I'm not

make me feel good when i hurt so bad
barely gettin' mad, I'm so glad I found you
I love bein' around you
you make it easy, make it's easy as 1, 2, 1, 2, 3, 4

there's only one thing to do
three words for you I love you
there's only one way to say
those three words and that's what I'll do
I love you

give me more lovin' from the very start
piece me back together when I fall apart
tell me things you never even tell your closest friends

make me feel good when i hurt so bad
barely gettin' mad, I'm so glad I found you
I love bein' around you
you make it easy, make it's easy as 1, 2, 1, 2, 3, 4

there's only one thing to do
three words for you I love you
there's only one way to say
those three words and that's what I'll do
I love you

1, 2, 3, 4
I LOVE YOU
I LOVE YOU


hehehehehe. dah lama tak menulis dan bernyanyi. jadi apa kata bernyanyi dan hiburkan hati. ok mula-mula sekali. lagu ni besh. betul. besh! hahahahaha. sekali sekala layan lagu jiwang apa laa salah. nak kata saya jiwang? hahahahahaha. sekali lagi nak cakap. ni blog saya kot! hahahahaha.

sebab lagi ni pun kena mengira. jadi mari kita mengira. yaaa anak murid sekalian. bertemu lagi kembali kita dalam kelas ilmu hisab darah tinggi. hari ini kita akan belajar mengira satu sampai empat. yang lain-lain kita belajar minggu depan. itu pun kalau saya rasa saya nak ajar. tapi tak mau dah rasanya. jadi apa kata kalau lepas jeh tamat kelas ni. cepat-cepatlah cari kelas lain yaa! hahahahaha. ok cukup merepek. mari kita serius. hahahahaha. cam lawak jeh bila nak serius.

ok murid-murid satu. macam mana nak eja satu? ssssss!! hhhhhh!! iiiiii!!! tttttt!!! satuuuuuu!! ehhh.. silap. nak tahu eja satu lepas ini masuk kelas bahasa ya. saya tak ajar bahasa melayu. saya ajar ilmu hisab dadih jeh. heheheheheh

ok mari kita ke ruangan jiwang-jiwang. dah lama tak tulis jiwang-jiwang ni.




satu : cehhh! lagu tak mengalah english tapi tiba jeh satu! buat malu jeh. hahahahahaha. ok sebenarnya mesti ada satu sebab kan kita sayang kat pasangan kita. mesti ada sebab yang kukuh, konkrit, tak roboh, dan munasabah kenapa kita sayang pasangan kita. paling banyak pun satulah. ehh silap. paling sedikit pun satulah. tak percaya tanya pasangan anda kenapa dia suka anda? kepada yang tiada pasangan tu. tanyalah kucing yang sedang mengawan tu. kenapa dia suka pasangan dia. mungkin anda akan ketemu jawapan dia nanti. hehehehehe. tapi betul kan. tiap-tiap kita mesti ada satu sebab kenapa. dan dari satu pandangan mata. dari satu pertemuan. dan juga dari satu adegan yang berlaku kepada kita. akan menyebabkan kita jatuh cinta. hahahahahaha. pergghhh! panjang betul satu. kata satu tapi dan panjang. adehh! adehh!
mari kita teruskan dengan dua. hah! dua jaga-jaga. kejap lagi kami datang. siap! siap!




dua : apa ya nak tulis dengan dua ini. tak tahu dan nak tulis. sebab nak tulis satu jeh. tapi cam tak kena plak. title kat atas 1 2 3 4. jadi kena laa tulis gak. (tukar jeh laa title kat atas tu mengong apa susah!). betul gak. (woittt! suka hati laaa. blog kau ke? bukan kan? diammm!) hahahahaha. ok dua. ingat lagi tak anda keluar dengan dia hanya berdua untuk kali pertama. cuba ingat kembali. di mana? baju apa? makan apa? pergi mana lagi? mesti ada satu perasaan yang lain kan? mesti sebelum keluar anda akan rasa pelbagai. resah tak bertempat. nak pakai apa? nak pakai perfume tak? pakai topi ke tak perlu? baju biru kena tak? bila dah bersiap tu pusing-pusing depan cermin dulu. tengok lagi sekali. hahahahaha. tentu dia tak berakhir dengan sesuatu yang tangisan bukan. siapa tak suka bila jumpa kekasih weh! dah laa pertama kali. wehhh bunga hatiku! kat mana ya date pertama kita? lupa laa!pernah ke kita jumpa? hahahaha. jangan marah ea. sebab tak tahu nak tulis apa. tapi ada perkataan-perkataan dua tu ok laa kot. hahahahaha

fushhh! settle dua. rehat jap. jom kita cari air kat kiosk dulu. hahahahaha. pergi tandas kencing dulu ke.

tiga : ok laa yang tiga ini kita ambil dari lagu ini. "three words" itu. alaaa apa laa susah sangat dapat tangkap. I LOVE YOU laa. atau dalam erti kata lain aku sayang ko! saya sayang awak! ich liebe dich (german). je t'aime (french). मैं आपसे प्यार करता / करती हूँ (hindi). ik hou van jou (dutch). seni seviyorum (turkish). te iubesc (romanian). hahahaha. hebat tak! banyak betul bahasa saya boleh alih bahasa. tapi tulis jeh la. nak sebut mampus laa saya nak reti. perggh! terrer gila abang ni. dah laa hot pandai banyak bahasa plak. i sayang u lebiy laa bangg kerolll! (oittt! dia pakai google translate laa apa yang hebat) adehhh kantoi. sial. hahahaha. ok lah cukup merepek. apa jeh. dalam sehari berapa kali kita ucap i love you pada pasangan kita? banyak tak? setiap malam ada tak kita cakap i love pada pasangan kita? dan setiap pagi ada tak kita cakap i love you pada pasangan dia (perghh pagi saya memang fail la. susah jeh nak bangun. bangun pun lagi 15 minit nak pergi kelas. kadang-kadang tak mandi pun pergi kelas! hahahahaha (tipu jeh). tapi dari hati ke hati? berapa banyak kita cakap tiga perkataan tu dalam sehari. kalau kita keluar dengan dia. ada tak tiba-tiba kita cakap I love you? ada tak? ada tak? orang cakap tak kisah berapa banyak kali kita cakap tiga perkataan tu. yang penting hati. tetapi kalau dah sayang apa laa salah cakap banyak-banyak kali. bukan susah sangat pun. nak tulis sms pun bukan panjang sangat nak selitkan ayat tu. hahahahahahahahaha.

ok satu lagi. satu lagi. skit jeh lagi. lepas ni boleh tidur. huhuhuhuhu.

empat : ok empat. empat. ehmmm. empat. macam mana nak jadikan empat? alaaa apa susah. cari laa lagi 2. kan dah jadi empat. anda + gf pertama + gf kedua + gf ketiga. kan dah jadi empat. hahahahaha. betul tak? betul kan ilmu hisab gula-gula getah saya? huhuhuhu. tak laaa. jangan ikut plak. empat maksud saya. campur emak+ayah pasangan anda laa. pernah anda jumpa orang tua pasangan anda? adakah mereka merestui hubungan anda? restu? adakah anda pasti? adakah mereka terima anda seadanya? atau sekadar terima sebagai bodyguard anak dia jeh?! jangan biarkan hidup anda d selubungi misteri.... hahahahaha cuak laa tu! tiadalah. kalau kita tak salah dan jujur nak berkawan. jumpa laa ibu bapa dia. jangan bawa anak dara orang keluar tak tentu pasai tau. nanti kantoi sendiri tanggunglah. hahahahaa. apa laa salah jumpa ibu bapa pasangan anda. untung apa kalau mereka dah kenal. kalau lapar-lapar tiada makanan kat rumah pergi rumah mak mertua makan. kan untung kalau dah kenal. hahahahahahahaha. tapi jaga-jaga jugak la. manalah tahu kalau-kalau mak dia tunggu dengan penyapu ayah dia tunggu dengan parang atuk dia plak tunggu dengan senapang gajah. tu tanggung sendiri. sebab apa tak dapat respons positif dari mereka? maknanya anda tak hot dan kacak macam saya. hahahahahahaha. jadi yang belum jumpa bakal-bakal mak mertua tu. cepat-cepatlah. mana lah tahu dorg dah sediakan menantu pilihan dia. korang gak yang melepas. hahahahahaha. (nasib saya pass bab ni).

ok jiwang-jiwang gak. bercinta-cinta gak. tetapi kalau lagu 1, 2, 3, 4 yang akan saya cepat tangkap. atau cepat ingat. maksud saya lagu-lagu yang ada kira-kira ni lagu bawah ni yang akan keluar dari ingatkan saya dahulu. betul. lagu ni lah lagu pertama yang akan keluar dalam fikiran saya.

satu
kasih nan abadi. tiada tandingi. dia yang satu.
dua
sayang berpanjangan. membawa ke syurga. kasihnya ibu.
tiga
lapar dan dahaga. rela berpayahan. setianya ayah.
empat
mudah kau ketemu. berhati selalu. beza antara. kasih dan kekasih


ibu.
ku ingat dahulu. menyisir rambutku. kemas selalu.
ayah.
menghantar ke sekolah. bergulah ilmu. bila dewasa.
sayang.
dengar lagu ini. untuk kau sandarkan. buat pedoman.
jangan manis terus ditelan. pahit terus di buang. itu bidalan.
harus kau tenungkan.

tunggu post tentang lagu ini. akan tiba di sini nanti.

p/s : saya kena jadi kekasih kot bagi bunga kat perempuan pakai spek mata besar ayah saya. waktu darjah satu. teater musikal. macam bodoh. sampai sekarang kena perli. bunga poket belakang jatuh pergi kutip semula. hahahahhaa (ni semua kerja ckgu Azlin Aini. elok saya jadi penyanyi sumbangkan lagu jeh dia suruh saya berlakon plak. tahulah saya hot! adehhh! saya ingat awak sampai bila-bila cikgu! hahahaha)

Jalan huyung-hayang. tapi masih melangkah!

rasa macam dah lama tidak menulis dalam sini. (padahal baru dua hari kot) hahahaha. untuk ubatkan kerinduan menulis pada blog yang tak seberapa ini. saya bukan menulis mengenai politik. lagipun saya bukan suka sangat dunia politik. lagipun remaja lagi. enjoy ah dulu! hahahahaha.

sekarang saya remaja. remaja lagi kan baru 20 tahun? hahahaha. jadi buat apa saya sibuk sangat menulis tentang politik. lagipun saya bukan orang terpengaruh. tulis tentang politik pun tak guna. cehh! tak nak cakap tentang politik tetapi berapa banyak perkataan politik dah digunakan atas tu. (biasalah orang politik kena cakap banyak lobi diri.) hahahahahaha.

kembali pada landasan. sebenarnya saya ingin menulis mengenai tentang masalah alkohol di kalangan remaja. isu ini jarang di bangkitkan, jarang mendapat tempat di dada-dada atau di mana-mana bahagian anggota badan akhbar. sebenarnya ia telah berlaku dengan serius di kalangan remaja kita. terutama sekali remaja muslim. (kalau bukan muslim saya tak kisah sangat). sedar tak kita? mungkin kita remaja sedar kan. arak sekarang sudah macam trend. sambut itu sambut ini arak. sedih minum arak. keciwa minum arak. clubbing dan disko minum arak. arak itu macam tak ubah macam teh o sekarang. bila ada ais ialah teh o ais.

kenapa ini semua terjadi? pertama sekali adalah pengaruh dari luar kot. terutama dari barat. saya tidak kisah sangat kalau ada remaja atau sesiapa yang nak ikut trend dari segi pakain. nak pakai macam mana pun. pakailah. yang penting tutup aurat. takkanlah kita nak pakai baju melayu 24/7 kan. ada sesetengah pengaruh barat yang kita boleh terima dan ada sesetengah kita tidak boleh terima. terumata mengenai arak ini. kan kita sudah tahu arak itu dah memang haram. budak darjah satu pun tahu bahawa arak itu haram dan kita tidak boleh minum.




ok. untuk orang kuala lumpur. malam minggu. takkan duduk rumah jeh kan? tak berkembang minda. hahahaha. cuba keluar dan pergi kawasan bukit bintang. jangan pergi awal sangat jalan sesak. biasalah hujung minggu kan. pergi dalam pukul 4 pagi. tengok di kiri kanan jalan. apa yang dapat anda saksikan.

1. kelihatan remaja dan golongan yang tak seberapa remaja melepak di tepi-tepi jalan bersama botol-botol minuman keras. (arghh buat apa nak jaga sangat bahasa minuman keras. arak sudah!).
2. pass-pass botol arak kepada rakan-rakan. alaa macam minum teh o. kongsi-kongsi. buat jahat biar beramai. mabuk sama-sama. baru laa seronok.
3. sembang dengan nada yang kuat dan merepek-merepek kadang-kadang kita sendiri tidak faham. (biasalah dah mabuk. tengok filem pun memang macam tuh).
4. lalu jeh sebelah mereka. tentu semua bau arak jeh. bagi yang tak kenal bau arak macam mana dan nak tahu sangat. lalu jeh tepi mereka-mereka ini. dan tentu sekejap jeh anda dah dapat tahu. tapi jangan cuba minum! huhuhuhu.

ok itu bandar besar. kuala lumpur. biasalah mestilah ada gaya new york city. baru lah ada gaya metropolitan. baru lah ikut trend. tapi new york bukan islam agama rasmi. buat apa kita nak kisah. tetapi malaysia? sendiri fikir. ok cukup dengan kuala lumpur. ok. mari kita pulang ke kampung. kampung yang permai dan damai. jauh dari kesibukkan kota.

ok balik kampung. tetapi masalah arak dan mabuk sama juga. jangan ingat kampung tiada kelab-kelab malam.bukan tahun selepas merdeka geng! dah maju kot. biasalah kalau pergi clubbing. kalau tidak minum seteguk dua bukan clubbing. takkanlah pergi clubbing minum coke kot! ok. remaja kat kampung pun terok dan rosak gak. janganlah ingat kampung pun baik sangat. ok temerloh dan mentakab (tempat saya jeh tak perlu pergi jauh-jauh) bersepah budak-budak minum arak. tetapi minum arak di tempat awam minor jeh lah. tetapi jangan ingat tiada.

ok clubbing. biasalah toh. tetapi tak pergi clubbing pun boleh mabuk! siapa kata tak boleh. alaa arak bukan mahal sangat. kalau beli yang mahal. tong-tong laa duit. minum sikit sorang. nak tahu kenapa remaja nak minum. ok sini saya beritahu.


1. remaja biasalah perasaan ingin tahu tinggi. perasaan ingin cuba kuat. jadi mereka nak cuba apa yang mereka yang belum cuba. jadi beli arak. mula-mula sekadar ingin cuba. sekadar ingin tahu. kemudian ketagih. (sayang salah guna jiwa remaja).
2. tunjuk hebat depan kawan-kawan. ialah bagi mereka yang minum arak tunjuk-tunjuk minum depan kepada yang kawan-kawan cakap arak ni besh! arak ni sedap. rugi kalau tak cuba. alaa cuba jeh. tak rugi apa-apa pun. nahh try aku punye skit!
3. yang minum arak. dah minum sorang cukuplah. kenapa nak rosakkan orang lain. tetapi tidak. biasalah remaja. cabar mencabar perkara biasa. ok aku cabar ko minum ni! ada berani? ok tak berani? ko minum ni aku bagi ko rm50? amacam takut ke? erlow kawan! tak gentle laa macam ni. balik rumah main anak patung laa macam ni. tercabar tak? perkara ni biasalah. oleh itu. yang rasa tercabar dan bodoh cepat jeh sambar dan minum.

ok banyak lagi sebab dan cara. malas nak beritahu! hahahahaha. macam dah tak pelik kan minum arak. pergi kedai beli arak pun dah tak malu. zaman dulu beli arak pun sorok-sorok. tengok kedai betul-betul tiada orang baru beli. bila dah beli tu balut dengan surat khabar plak. takut kantoi dengan orang-orang dewasa. kantoi nanti kena bantai plak! tengok orang-orang dahulu. semangat membimbing dan caring tinggi. orang sekarang. nak mabuk suka ko lah. bukan masalah aku. aku lebih-lebih kang aku gak yang kena pukul.

kenapa mudah sangat sekarang? pertama sebab penjualan arak dan minuman beralkohol ini sangat berleluasa dan terbuka. pergi kedai runcit kecil pun ada jual arak. hey! nak tahu arak mereka letak sebelah coke dan pepsi jeh. tak ke rasa macam panas jeh bila nak beli air buka peti ais tengok dalam peti ais arak pun ada juga. kalau saya memang tak beli argh kedai macam tu! tolonglah kerajaan. jangan sibuk berpolitik jeh. jaga lah plak anak-anak muda ini. ketatkan penjualan arak ini. janganlah berleluasa sangat. kecilkan penjualana arak ini. sebab remaja dah banyak sangat rosak. dah lah rosak mabuk pula. tolonglah jangan asyik nak fikir esok negeri mana pula nak tawan. negeri yang dah ditawan jagalah elok-elok. jaga isi yang ada dalam negeri tu elok-elok.

kalau kita pergi. seven eleven pun ada jual arak kot. hah tengok! 24/7 boleh dapat bekalan arak. jadi memang tak putus-putuslah!

dan kepada yang terlibat secara langsung dalam majlis agama. tolonglah tingkatkan dalam perkara ini. jangan asyik nak pecah sarang pelacuran, hotel-hotel sampai lupa mengenai ini. tetapi sayang kalau mereka buat operasi tangkap peminum arak pun. mereka bukan dapat apa. sebab apa?

SEBAB TIADA HUKUMAN BAGI PEMINUM ARAK!

kesian juga kepada mereka yang terlibat dalam majlis-majlis agama kan. mereka memang nak tangkap pun. tetapi apa jeh mereka boleh buat? sekadar memberi nasihat. dan jangan minum di tempat awam. macam toh?

ok remaja. ok kawan-kawan. kita bukan budak kecil lagi kan. kalau tulis banyak-banyak nanti panas plak telinga kan. jadi sekian sajalah. nanti banyak yang tak puas hati. banyak hati terluka. tetapi apa yang tulis tadi salah ke? tidak bukan?

kepada yang dah lepas menjadi remaja dan sekarang adalah orang. bak kata mak saya "DAH JADI ORANG" tahniah saya ucapkan. sebab zaman remaja adalah zaman yang paling sukar. zaman remaja adalah yang kena paling kuat tekanan. banyak sangat godaan zaman remaja ni. hahahahaha.

dan kepada ibu-bapa. dan kepada yang nak jadi ibu bapa nanti. lebihkan masa bila anak-anak anda remaja. sebab mentaliti sekarang bila remaja kita lepaskan ruang sebab kita fikir biarlah dia dah besar. dia boleh fikir baik buruk. dia bukan budak kecil lagi. jadi dia boleh jaga diri. nak buat apa buatlah.

tolonglah buang jauh-jauh perasaan ini! tolonglah banyakkan ruang dan masa ketika anak-anak dalam peringkat remaja! mereka perlukan di bimbing. dan apa yang paling penting mereka perlukan sokongan. memang jiwa memberontak. tetapi takkan lah kita tidak ada cara kot. dari kecil kita jaga anak-anak kita takkanlah bila remaja tak tahu nak buat apa. tak tahu apa yang mereka suka. macam bohong jeh!

Allah S.W.T berfirman maksudnya :

"(Wahai orang-orang yang beriman), sesungguhnya (meminum khamar, berjudi, berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji, termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang, maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)." Surah Al-Maidah : 90-91.

Rasulullah S.A.W bersabda :

"Sesiapa minum arak, nescaya Allah akan memberi minum dari air panas neraka jahannam."
(Riwayat Bazzar)

Rasulullah S.A.W bersabda :
"Setiap minuman yang memabukkan itu haram, dan di sisi Allah ada suatu perjanjian dengan orang yang minum minuman yang memabukkan, yakni Allah akan memberinya minum dari "Tiinaful khabaal." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah "Tiinatul Khabaal" itu? Baginda bersabda: "Yakni keringat penghuni neraka atau bau badan mereka."
(Riwayat Muslim dan Nas'ai)

Rasulullah S.A.W bersabda :
"Jauhilah arak, sebab arak itu kunci segala kejahatan."
(Riwayat Hakim)

sekadar nak cakap arak itu memang haram. bukan nak tipu-tipu. saya bukan cerdik sangat tentang agama. tetapi apa guna ada google kan? buat apa ada internet kan? seach laa! hahahahahahaha.

maaf post kali ini menggunakan bahasa yang agak teruk dan tidak menulis seperti sebuah karangan spm.

menulis dari kaki lima kedai. menulis dari langkah-langkah malam hari. dari tepi jalan ke blog jalanan! cewahhh pape pun. layannnn jehlah!

untuk rakyat malaysia

betul ke rakyat malaysia pengotor?!
saya tengok mereka ok jeh.
tengok la dari segi pemakaian.
smart. bersih. bergaya sangat.

tetapi bak kata pepatah inggeris.
jangan nilai buku pada kulitnya.
bacalah mengenai rakyat malaysia yang pembersih ini.

LINK KE SANA! huhuhuhu.

selamat membaca!

Jangan minum Teh 0 Selama Seminggu!

kepada rakan-rakanku.

jangan minum teh o selama seminggu.

boikot! hahahahahaha.

tribute to mr. sarip!

di reject kerana minum secawan teh o.

sobbb! sobbb! sobb!

saya bersimpati terhadap beliau.

hahahahahahahahaha!

jadi kepada mereka-mereka yang bersimpati kepada beliau.

taip simpati dan hantar ker 3245673423!


tiada apa post yang menarik!

cuma sekadar nak menulis.

kepada mr. sarip!

tabahkan hatimu.

kau berhak dapat yang lebih baik!

walaupun kau tidak kacak!

tetapi kau menarik!

hentian rehat temerloh

sudah sampai di hentian rehat temerloh.

rehatkan punggung tenangkan mata.

akan kembali menulis.

sabar. akan muncul dengan topic hangat.

cehhhh! macam hangat sangat jeh post sebelum-sebelum ini.

hahahahaha.

tetapi penulis memang hot! lalalalalaa..

sembang-sembang mari!

1. isu mengenai penggunaan telefon di sekolah di haramkan

akhirnya pihak kerajaan bertegas dalam isu ini. saya sangat bersetuju. tak penting pun nak bawa telefon bimbit ke sekolah. telefon awam kan banyak. sebab ada telefon bimbit juga banyak remeja sekolah rakam sendiri aksi terlampau mereka. ea laa kan. yang bawa telefon bimbit pun bukan telefon murah-murah. semua ada kamera kot.

hahhh..tengok bawah ni. apa jeh yang mereka buat bawak telefon bimbit di sekolah





atas. ini satu hal dengan pelajar sekolah menengahnya.



ni api-api yang kecil bakal marak. tengok jeh apa mereka buat bawa telefon bimbit di sekolah.


ada yang cakap kalau kecemasan macam mana? laaa. bukannya dalam sekolah itu satu kelas seorang jeh kot. cikgu-cikgu ramai. kawan-kawan pun ramai. kalau kecemasan kawan boleh jeh lari beritahu cikgu. lagi cepat dari tunggu ambulans kot. lagi satu. bagi saya bila di sekolah guru-guru adalah pengganti ibu-bapa di sekolah. mereka adalah pembimbing. dan setiap guru ada sifat keibu bapaan lah. jadi tak perlu risau bila anak-anak pergi ke sekolah. bagi saya sekolah adalah tempat yang selamat untuk dihuni.

kami dulu tak bawa pun telefon pergi sekolah. boleh jeh hidup. tiada masalah pun. lagipun waktu sekolah bukanlah lama sangat. aweks pun boleh jeh tunggu lepas sekolah baru sms dan gayut kot. jadi saya setuju sangatlah kerajaan haramkan penggunaan telefon bimbit di sekolah. tapi saya harap guru-guru pun janganlah asyik main sms bila dalam kelas. :D

takmao komen banyak. isu seterusnya..tettttt!

2. NGO risau dan bimbang mengenai filem gay dan lesbian.

baru lepas di panggung adalah filem histeria (james lee). lepas ini bakal keluar anu dalam botol (raja azmi), mabuk astrogen (sheila rusly, dan juga tidak ketinggalan comolot (mohd ikram)

jap! jap! pergi ke link ini dulu tengok sekali imbas filem comolot

comolot preview

kenapa nak hiasi dunia hiburan kita ini dengan filem sebegini? sudahlah dengan filem barat membawa pengaruh sedemikian dalam minda anak-anak melayu kita. sekarang kita pula yang berani untuk menterjemahkannya lebih mendalam.

industri filem kita kecil jeh. kenapa kita tidak hiasi dunia filem kita dengan sesuatu yang berguna dan juga bermoral. ya saya tahu ia cuma satu hiburan. tetapi kenapa kita tidak gunakan medium hiburan sebagai platform untuk kita mengajar. sepatutnya kita selitkan unsur-unsur yang bermoral yang boleh diteladani oleh anak-anak kita. manfaatkan sepenuhnya ruang dan peluang yang diberi. bukan sekadar hiburan kosong.

tak mahu komen banyak. kat bawah ini ada link mengenai pesta gay di negara kita sendiri. tak perlu pergi jauh-jauh ke luar negara. dalam negara pun sudah ada.

pesta gay

3. bapa ku suami ku. bapa ku adalah ayah anak-anak ku.

isu ini sedikit jauh dari negara kita. tapi sebenarnya isu ini juga hangat dan terus hangat di negara kita sendiri.

sekarang cuba kita fikir. dia adalah bapa kita. lahirkan dari sperma dia dan dilahirkan oleh isteri dia yang juga ibu kita. tetapi dalam masa yang sama dia juga adalah suami kita. tidur sekali dan melakukan hubungan seksual. dan juga kita lahirkan anak dia si jahaman itu. jadi apa selayaknya kita panggil dia? ayah?! takkan nak panggil ayah kot sedangkan anak kita hasil dari sperma dia juga? nak panggil suami? tak boleh juga sebab kita dilahirkan oleh hasil pencantuman sperma ibu kita dan dia. jadi apa yang kita boleh panggil dia? binatang? mungkin tidak juga sebab dia ada akal fikiran yang waras. punyai hati dan perasaan. jadi apa yang layak kita panggil dia?

owwhh mungkin satu perkataan kot yang sesuai untuk kita panggil dia. SYAITAN!

sepatutnya dia yang membimbing kita. sepatutnya dia yang membesarkan kita. tetapi terbalik. kita yang membimbing anak-anak dia dan kita juga pemuas nafsu dia! apakah ini! dan jaga-jagalah mungkin anak kita juga nanti jadi mangsa si syaitan ini!

dulu kita peranggapan rumahku syurgaku! tetapi sekarang simpan jauh-jauh perumpaan itu. dah tak boleh pakai lagi. sekarang kena guna. walau dalam rumah harus berjaga-jaga.

patutlah banyak sangat melayu yang rosak. ingatkan dalam rumah dapat protection tetapi hampeh jeh. bila di luar risiko di rogol di cabul kehormatan juga tinggi. jadi di mana tempat yang paling selamat. kepada yang ada anak-anak perempuan. saya tahu tentu kamu selalu dalam keadaan risau mengenai anak-anak perempuan anda bukan?

kepada yang bakal menjadi ibu-bapa. janganlah pandai buat anak jeh. dan kepada yang baru jadi ibu bapa jagalah anak-anak anda sebaik mungkin. dan apa yang penting lindungu mereka sebaik mungkin. dan kepada ibu bapa yang telah mendidik anak-anak sehingga menjadi orang terima kasih kerana berjaya menjadi seorang ayah. anda seorang bapa contoh.

dan kepada ayah saya. terima kasih kerana menjaga kami sekeluarga sebaik mungkin. kami dilindungi oleh ayah. dan kami rasa selamat bila bersama ayah. itu yang paling penting. dan ayah adalah bapa contoh dalam hidup saya.

sumbang mahram di malaysia

lagi sumbang mahram di malaysia.

belum habis lagi!

statistik kes sumbang mahram di malaysia 2000-2006

maaf hari ini saya cuma mendapat statistik sehingga tahun 2006. nanti jika ada sehingga tahun 2008/09 saya akan postkan.

sekian sahaja untuk kali ini. saya bukan seorang yang tinggi ilmu pengetahuan nak huraikan mengikut teori itu dan ini. saya juga bukan pemikir yang agung untuk memberi komen yang bermakna. tetapi saya sekadar menulis dengan akal yang waras. fikiran yang sihat.

kepada bunga hatiku. post ini khas untuk kamu lagi.



tempoh hari saya ada berkata bahawa saya akan menyambung mengenai post kepada bunga hatiku. dan saya telah rajin menulis dan menyambung. dan ia tidak berakhir lagi. sebab cerita ini belum habis lagi. ia akan habis bila tidak ada orang membacanya. akan tetapi saya tidak akan habis untuk menulis. huhuhuhuhu.


1. saya juga sering diajukkan kenapa saya sangat sayang dia? oleh yang demikian saya sering menjawap.

1. selain dari seorang gf. bunga hatiku juga adalah salah seorang kawan baik ku. jadi kami bukanlah seperti kekasih sepenuh masa. tetapi dalam masa yang sama. saya adalah kawan baik dia dan dia adalah kawan baik kepada saya.
2. dia juga adalah penjaga mohor-mohor besar saya. setiap masalah mengenai saya dia satu. malah dia juga adalah tempat saya luahkan. tempat saya menangis dan juga ketawa. jadi banyak rahsia saya tentang hidup ini ada di dalam tangan dia. termasuk yang peribadi dan penting-penting.
3. saya juga berkongsi rahsia dengan dia lebih dari saya berkongsi cerita dengan ayah saya. lebih saya berkongsi cerita dari ahli keluarga saya. sebab itu saya sayang dia. dia selalu bertanya dan bertanya. kadang-kadang saya pun dah naik muak saya berkata dan menjawap. tetapi jawapan saya untuk dia tetap sama. aku cayang ko.



2. dia juga masih tidak faham kenapa saya sayang dia sangat-sangat. dan dia selalu berkata. ramai lagi perempuan cantik di luar sana.

1. lalu saya menjawap lagi. kalau saya mahukan yang cantik-cantik. lebih baik saya cuba tackle nasha aziz, takpun lisa. alaaa lisa apa. lupa laa plak. yang berlakon cerita i'm not single tu. huhuhuhuhu.
2. apa yang saya kisah. yang penting awak cantik di mata saya. saya suka awak. awak cantik juga. siapa kata awak tak cantik.
3. ia setiap perempuan mesti ada perasaan cemburu. bohonglah kalau perempuan itu tidak ada perasaan cemburu bila saya berkawan dengan perempuan lain. bila awak rasa cemburu saya rasa saya di sayangi. terima kasih kerana cemburu. sebab bila cemburu itu membuatkan saya sedar betapa awak sayang saya bukan? saya selalu akan rasa macam tu.
4. dan apa yang pasti. awak selalu tidak cemburu buta. itu yang saya suka tentang awak!

3. kawan-kawan saya selalu bertanya. apa yang menyebabkan saya sangat sayang dia. sedangkan dahulu saya tidak pernah serius dalam cinta-cinta ini. kalau bercinta pun tidaklah sampai setahun dua.

1. sebab saya yakin dengan hubungan ini. dan saya apa yang paling penting. saya yakin dengan dia. sebab saya rasa dia bukanlah sekadar kawan gelak, bila sedih lari. sebab dia senangtiasa ada dengan saya.
2. dan apa yang lebih meyakinkan saya tentang dia adalah saat awal-awal kami bercinta. saya di beritakkan tentang suatu keputusan yang tidak berapa baik. saya sedar saat itu saya tahu setakat mana kemampuan saya. orang-orang yang rapat dengan saya pandang serong kepada saya. tetapi nasib baik saya ada dia. dia lah yang naikkan semula semangat saya. kalau tidak ada dia. saya tidak rasa saya macam ini sekarang. dan kalau tiada dia saya tidak rasa saya boleh menulis dalam blog ini sekarang.
3. dulu bila dengan yang sebelumnya. maaf saya bukan kaki perempuan. dengan dia pun yang ketiga kot dalam hidup saya. huhuhuhuhu. saya cuma cinta. saya tidak rasa apa-apa. sekadar panggil sayang tetapi tidak ada makna. tetapi dengan dia lain. panggilan cyg itu bukan sekadar panggilan. tetapi penuh dengan makna. dan dalam panggilan itu sahaja menunjukkan betapa saya sayang dia.
4. kepada kawan-kawan saya. kamu salah tentang kami. walaupun kami selalu bertikam lidah. walaupun kami tidaklah semesra anda semua. walaupun kami tidak jumpa setiap hari. kami tetap bahagia. tak perlu nak buruk-burukkan kami. sebab apa yang pasti. ini hubungan kami. kami yang lebih mengetahui. dan bunga hatiku. jangan cepat melatah.

dan soalan yang biasa ibu bapa saya tanya. betul ke kamu sangat sayang dia? sampai bila kamu akan meneruskan hubungan ini? dan saya juga selalu di tegur. jangan main-mainkan hati orang. nanti kamu juga sakit nanti.

1. untuk soalan pertama. mak, ayah. saya yakin dengan hubungan ini. dan saya yakin dia boleh jaga saya. saya yakin hubungan ini bukan untuk main-main. jadi apa yang boleh saya katakan. hubungan ini bukan untuk suka-suka mak.
2. sampai bila saya akan meneruskan hubungan ni? cehhh mak ni tak beri sokongan langsung. tengok jeh laa anak mak ni. dulu kurus jeh. sekarang dah gemok dah kot. dulu takde laa berat sangat. sekarang berat laa juga. hahahahaha. atau mak nak tengok saya kurus kembali ke? huhuhuhu. bak kate orang. makin sihat makin bahagia. jadi korang semua faham-fahamlah. dan kepada amir, sanggeng, dan juga madan! cishh! celaka kate aku dah macam aizat sekarang. tapi yang beza aku makin naik dan aizat makin kurus! tapi kau berada pada tahap yang sama sekarang. korang semua memang celaka! hahahaha.
3. saya juga tak main-mainkan perasaan dia laa mak. sampai bila laa nak main-main. umur pun makin meningkat. opsss! kepada yang belum beri hadiah. cepat-cepatlah bagi. huhuhuhuhu.
4. jangan risau mak ayah. saya rasa saya sudah membuat pilihan yang tepat. dan tidak akan undur kembali. terima kasih kerana percaya tentang kami mengenai hubungan ini. hehehehe

5. kepada bunga hatiku. ini adalah reminder untuk anda!

1. jangan cepat melatah.
2. jangan cepat putus asa dan stress.
3. jangan cepat ambil tindakan terburu-buru.
4. jaga barangan anda sebab anda selalu lalai.
5. walau apa berlaku. kita tetap akan bersama (cewahhh).
6. jangan sibuk apa orang fikir. yang penting kia gembira. dan kita lebih mengetahui.
7. kita memang bahagia pun. kalau kata saya tak bahagia. itu bohong namanya. harap awak bahagia juga.
8. jage diri leklok! hehehehehe. ayat lazim.
9. jangan lupe makan. :D
10. pape bagitao eh! :P

saya tidak tahu apa yang kamu rasa tentang post saya. tetapi apa yang saya tahu. saya sangat cintakan bunga hatiku. dan yang pasti ia kembang mekar di hati saya. itu yang pasti.
tettttt!!! wink! wink!

Jual-jual! beli-beli! taknakkk!! :D


usahawanita dari kiri : cik ira, cik esya, mrs. bobot, cik zafa, dan juga cik husna.
usahawan pula dari kanan : en. din mento, en. kerol yang hot, en. sheikh indie, dan juga en. ammar jiwa remaja. hahahaha.

yeahhh! duda-duda enterprise! berminat dengan duda-duda yang hot lagi mantap?! cepat hubungi kami sebelum terlambat! hot selling neh! hahahahaha! ehh silap itu perniagaan lain. dah terkantoi plak. tak! tak! saya tak menjual duda. mahupun janda! hahahahaha.

post kali ini sebenarnya untuk doodles enterprise. kami penjual kain! kami penjual mug! kami penjual chocolate flowers! berminat! minta maaf dah habis. pesanan tidak akan dibuka sehingga di beritahu kelak. (sampai mampus kami tak jual dah) hahahahaha.

sebagai project manager saya nak ucapkan terima kasih kepada anda-anda semua kuli-kuli batak saya yang bersungguh-sungguh berusaha bersama-sama. sekali lagi kepada kuli-kuli batak saya, saya masukkan lah gambar-gambar anda. nanti kata saya tak menghargai anda jeh.

hahahahahaha. jangan marah eh korang. saja nak bikin panas. lama dah tak bikin panas sama kamu semua. hahahahaha.

kepada mrs. bobot, esya sengal-sengal, iera yang tinggi, zafa mengong-mengong, dan juga cik husna mantul-mantul, hahahahahaha. jutaan terima kasih kerana memberi kerjasama dan komitmen tinggi. kerjasama anda hanyalah saya mampu membalasnya dengan ucapan terima kasih jeh. sebab saya pun berkerja juga! hahahahaha. jadi terima kasih jeh laa ea..
huhuhuhuhuhu.

jangan marah ea mr. din mento-mento, ammar sunburn, dan juga sheikh indie. hahahahaha. kan ladies first. jadi bukan salah saya. salahkan yang selalu cakap ladies first. saya cuma ikut jeh. terima kasih juga kerana sudi penat-penat bersama. terima kasih juga kerana tebalkan muka bersama-sama pergi giant cuma beli satu mug berharga rm1.00. hahahahaha.

walaupun kita tak menang group terbaik. sobb sobb sobb. tapi dalam hati saya kita adalah group terbaik dan sefahaman (cehhh saja jaga hati) hahahahahaha.

jadi kalau ada salah dan silap. ribuan ampun dan maaf saya pohon. andai semasa saya dalam kumpulan ini terkasar bahasa, tersalah perbuatan (bukan buat maksiat eh!), tercuri seribu dua duit jualan (oppss kantoi!), saya minta maaf bebanyak eh.nak mohom maaf lebih-lebih nanti raya datang rumah ea.



post kali ini sekadar untuk hebohkan bahawa kami menjadi peniaga kecil-kecilan semasa minggu keusahawan. huhuhuhu. sebenarnya dah beberapa minggu lepas dah aktiviti ni. cuma lambat nak postkan jeh. salahkan mrs. bobot sebab dia yang lambat bagi gambar. saya dah minta banyak kali dah. huhuhuhuhu :D


adakah saya calon menantu pilihan? sila undi. type mak mertua sayang kerol lebih dan hantar ke 325662342343. ehh pesal panjang sangat?! kalah nombor akaun ni..hahahahaha :P



terima kasih kepada kiosk sebelah kerana sudi bagi air percuma. jasa anda amat saya hargai. jadi oleh yang demikian saya telah jadi model bagi mempromosikan produk anda. tidakkah anda berasa untung kerana seorang yang hot telah rela menjadi model produk anda secara percuma? hahahahaha. arghh sibuk jeh minah belakang ni. nak tumpang glamour laa toh. sorry dalam gambar ni saya jeh yang nampak hot tao. ada awak rasa cam panas tak blakang saya?! toh tanda saya kentut tadi. ehh silap tanda saya hot sangat. :D



perghhh!! kacak gila mamat ni! haiii banggg..bly kenal?! abang hot laa.. saya suka style abang. nampak bersahaja. sempoiiii!! ekekekeke. saya cuma ulang jeh apa yang ramai gadis-gadis cakap. bukan salah saya sebab saya hot. hehehehehehe :D

bukan untuk kau tetapi untuk orang lain

kenapa bila aku post ada orang nak marah?
kenapa ada orang rasa terhina?
kenapa ada orang rasa macam-macam lagi yang negatif?
kenapa?
baru aku sedar.
tulisan aku lebih tajam dari kata-kata dari lidahku.
baru aku sedar. dan sangatlah tersedar.
aku tak perlu berkata-kata untuk membuat dia faham.

kenapa? kau malu kawan-kawan kau membaca apa yang aku tulis?
kenapa? kau rasa aku hina kau?
kau rasa aku ni buruk-burukkan kau.
dan mereka datang lalu sebelahi aku?
itu yang kau risaukan dari apa yang aku rasa?
kalau begitu minta maaflah.

kenapa kau rasa tiada apa yang positif langsung apa yang aku tulis?
sebab aku tak pernah fikir positif pun bukan?
kau ada masalah.
aku tambah lagi masalah kau dengan post itu bukan?
aku langsung tidak membantu.

aku cuma tulis sebab kau patut tahu.
aku cuma tulis sebab itulah realiti hidup aku.
aku cuma tulis agar kau lebih faham hidup aku.
tiadalah nanti kau akan cepat melatah nanti.
sebab aku dah beri penerangan.
seterang yang mungkin.
tetapi aku tetap salah lagi.
bagaimana lagi aku nak beritahu kau lagi.
aku cuma ingin beritahu aku sayang kau sangat-sangat.
aku menulis sebab aku ingin memberitahu kau aku sangat cintakan kau.
aku tidak mahu kau fikir negatif tentang diriku.
aku ingin beritahu bahawa walau apa pun aku lakukan.
aku tetap fikirkan kau.
aku tetap sayangkan kau walaupun aku tiada credit sms kau, bersama rakan-rakan buang masa.
tetapi hatiku tetap pada kau.
tetapi kau anggap lain..

hurmmmm..
tidak mengapalah.
akan ku pendam apa yang ku rasa untuk selamanya.
harap kau faham betapa aku sayang kau.
terima kasih atas perkongsian chenta itu.
aku bahagia di samping kau.
aku suka bila bersama kau.
dan masa bersama kau begitu indah.
papai..

kepada bunga hatiku. post ini khas untuk kamu



1. seorang perempuan selalu bertanya, kenapa tak tulis dalam friendster, dalam blog nama saya. kata awak cinta, sayang pada saya. kata awak saya adalah kekasih awak.

bagi saya.
1. cinta adalah sesuatu yang privacy. hanya kita berdua. kenapa perlu nak heboh-hebohkan. saya cinta awak seorang. bukan cinta awak dan juga mereka yang lain.
2. sebab memang saya taknak tulis. sebab blog saya suka hati sayalah. (puas hati).
3. bangga nak beritahu saya bercinta dengan awak tapi esok bila dah break off sorok dan diam-diam. macam tuh? atau memang nak jaja kisah cinta kita pada orang lain supaya orang lain tahu kita bercinta. bila kita break pun orang lain tahu. (ingat orang nak ambil kisah? banyak benda lagi penting!)

2. perempuan juga selalu bertanya kenapa banyak kawan perempuan? kenapa selalu komen-komen dengan mereka? nanti mereka ada perasaan susah.

bagi saya.
1. saya berkawan tidak kira jantina, pangkat umur, dan juga jenis. jadi saya memang ramai kawan. pakcik yang berumur 50 tahun pun kawan saya juga. salah ke saya berkawan dengan ramai orang?
2. kenapa selalu berfikir nanti merekaa jatuh hati. kenapa lebih risaukan pasai mereka yang saya komen dari diri saya. kenapa tak berfikir bahawa jika saya akan jatuh hati? sepatutnya awak bimbangkan saya bukan dia.
3. saya cuma berkawan. dan terus-terang saya katakan saya cuma berkawan. bila mereka suka pada saya. saya beritahu saya ada kamu. saya sayang kamu.
4. apa yang penting tolong percaya pada saya. saya cinta awak bukan untuk hari esok sahaja. tetapi sampai hari tua juga. dan bila saya tua awak juga tua. jangan risau. tetapi saya lebih hot dari awak itu yang patut awak risaukan.

3.kamu cepat marah bila saya lambat jawap panggilan kamu. lambat jawap sms kamu. kamu syak yang macam-macam. yang bukan-bukan.

bagi saya.
1. tiada credit nak balas.
2. tidur (itu yang paling kerap saya buat dalam sehari)
3. kalau saya nak curang dah lama saya tak cari awak lah. buat apa saya datang cari awak balik bila ada panggilan tak dijawap ada sms yang belum saya balas. saya akan telefon awak kembali. saya akan sms awak kembali. bila saya tak balas tak telefon kembali. saya tiada credit. saya minta maaf. telefon saya bukan 24 7 ada credit. saya bukan anak orang kaya yang boleh topup selalu. menyesal dapat saya? belum terlewat untuk pergi.

4. kamu selalu marah tak puas hati bila saya melepak ngeteh sampai lewat pagi dengan kawan-kawan. bangun lewat siang sebab tidur lewat malam. kurang masa dengan awak. lebih masa dengan kawan-kawan.

bagi saya.
1. saya baru berumur 20 tahun. berilah saya peluang untuk membuat apa yang saya suka dahulu. tolong lah beri saya dan peluang dan ruang untuk menikmati perjalanan dunia. suka duka dunia. nanti tak tahu apa nak cerita pada anak-anak pengalaman hidup. pengalaman hidup ayah adalah 24 7 bersama emak awak.
2. saya suka bersama dengan kawan-kawan saya bila pulang ke temerloh, pahang. banyak cerita nak di bentangkan. banyak perkara yang kami nak kongsikan. sebab bukan selalu sangat kami dapat berjumpa. dan bukannya saya tak ada masa langsung dengan awak. cuma hari minggu dan waktu cuti sahaja saya banyak masa dengan kawan-kawan. buat aktiviti yang kami dah rancang. sebelum kami tamat zaman bujang.
3. kami pulang lewat malam pun kami bukan curang dengan awak pun. awak tetap di hati saya juga. kasih sayang saya tak pernah berkurang dan tak pernah hilang seandainya lebih masa dengan kawan-kawan saya. sebab mereka juga akan bertanya tentang kisah hidup saya. jadi kenapa nak marah saya nak mengamuk dengan saya. berilah peluang dan sedikit kebebasan untuk lelaki melalukan apa aktiviti yang lelaki suka bersama-sama lelaki. (maksud saya bukan bersama nyah).

banyak lagi pertanyaan yang diajukan. tetapi tiada mood nak tulis banyak-banyak. esoklah saya sambung lagi jika ada masa. jika terasa nak tulis.




tetapi semua perempuan macam ini ke?! lelaki setuju?! perempuan tidak setuju?
kami tahu kamu semua ambil berat. risau. terima kasih. tetapi berilah sedikit ruang dan juga peluang. umur 20, 21, dan seterusnya bukan datang berkali-kali. cuma datang sekali.

iklan hari ini jeh!

sangat malas untuk menulis hari ini.
tetapi ada satu link yg menarik untuk anda di luar sana.

lelaki juga mahukan sokongon.

takkan perempuan jeh mahukan sokongon kan. memang orang nampak lelaki seorang yang pelindung. yang melindungi. tapi sebenarnya lelaki ini juga mahukan sokongon. sokongan yang berterusan.
:D

terjaga dari tidur



jam tiga pagi.
membuatku terjaga tiba-tiba.
arghh benci bila tiba-tiba terjaga.
sebab sangat mengantuk.
dan cuaca, suasana, suhu persekitaran, sangat sedap untuk tidur.
tapi mataku belum mengantuk lagi.
sebab baru bangun dari tidur.
jadi mari kita cari kerja

toinnggg! toinggg!
satu masalah yang berlaku bila bangun awal pagi.
ialah hidung berair dan bersin tanpa henti.
hahahahaha benci sebab ada resdung.
tapi apa boleh buat.
layaannnnn..

Gunners back again!!! hehehehe :D

wink! wink!
Arsenal dah topup peluru meriam.
dan Arsenal akan menembak dan terus menembak!
hahahaha..

wink! wink!
baru jeh lepas belasah Blackburn Rovers 4 - 0.

Arshavin juga telah menunjukkan bahawa pembelian beliau adalah sesuatu yang berbaloi!hahahahah sila baca report di bawah!
arshavin shines



dan tidak lupa juga kepada emmanuel Eboue atas 2 jaringan beliau (satu sepakkan penalti)



dan kepada peminat Man Utd janganlah bersusah hati sangat sebab kalah home away dengan Liverpool. sebab korang semua bakal terima juga apabila berhadapan dengan Arsenal untuk second match nanti! hahahahahahahaha :D

PPSMI : Jangan Undur Lagi

saya baru lepas membaca post terbaru mantan perdana menteri Malaysia yang keempat. dan pandangan beliau sangat relevan dan positif. saya tidak mahu komen sangat. kepada penentang PPSMI yang masih lagi belum puas dengan pemberontakkan mereka. masih belum membaca tulisan dan pandangan mantan perdana menteri kita. saya link kan kepada anda.

che det pun menyokong

sembang-sembang borak-borak minum-minum

apa tanda malaysia negara demokrasi?!
datang negeri perak terdapat satu pokok demokrasi di sana

apa tanda seorang rakyat itu bebas untuk bercakap dan berdiri atas nama demokrasi?
apabila karpal singh ingin menyaman seorang sultan.

apa tanda menunjukkan rakyat malaysia bersatu hati?
turun ke jalanan bawa kain rentang tanda bantahan.

apa tanda rakyat malaysia mengamalkan gaya hidup yang sihat?
selalu buat senaman lompat-lompat parti.

apa tanda rakyat malaysia seorang yang tegas?
tidak pernah mengalah walaupun sudah kalah. tetap dengan pendirian bahawa dia betul.

apa tanda rakyat malaysia seorang yang berbudi bahasa?
tidak pernah kering idea untuk memburuk-burukkan orang lain.

apa tanda rakyat malaysia sangat prihatin?
sangat mengambil berat masalah orang lain. termasuklah masalah dalam kain orang lain.

apa tanda rakyat malaysia cintakan perpaduan?
siang malam bila ada masa lepak kedai kopi beramai-ramai. open table!

apa tanda rakyat malaysia sangat cintakan sukan?
tidak pernah lekang dan kosong idea untuk mengutuk pasukan negara. cuba beraksi tengok!

apa tanda rakyat malaysia sangat setia?
walau apa pun terjadi aku tetap kipas susah mati Man Utd! Chelsea! Arsenal! Liverpool!

apa tanda rakyat malaysia seorang yang berjimat cermat?
tiap kali ada movie baru. taukeh apa movie baru? brape? rm10 ka?

apa tanda rakyat malaysia suka turunkan ilmu turun menurun?
hari ini aku kena rangging. habis lebam-lebam. tapi takpe nanti aku senior aku rangging balik junior baru masuk. dan seterusnya.

apa tanda rakyat malaysia seorang patriotik?
start chow kit, pergi jalan tar, masuk pusat bandar, akhir klcc. ada bran?
utusan melayu muka depan "seorang pelumba haram telah bertemu ajal di jalan halal"

apa tanda rakyat malaysia tidak pernah mengaku kalah?
aduhh rokok naik lagi. macam mana ni bedol? apa kata kita perpaduan? rm2 sorang ok? kita ada 3 orang lepas laa neh? tong-tong ok? layannn..

apa tanda rakyat malaysia tidak suka pembaziran?
sekarang ini perlawanan secara langsung antara Liverpool dan Man Utd.
Ali : Mamak teh tarik dua!
Abu : machaa teh o gelas satu!

2jam seterusnya :
Ali : tambbyyy air kosong satu!!
Abu : mapley air suam satu!!

start match baru plak
Ali : oitt!! air kosong lagi satu
Abu : mamak, lu tadi taruk air ada lalat. tak minum apa lagi. refill!! (padahal da abeh)

dan apa plak tanda yang ada pada aku?
itu tandanya aku dah mental!! arghhh!!

malam tidak selalunya gelap

post ini khas saya tujukan kepada salah seorang kawan saya.
kita semua ada pelbagai masalah.
kita tidak pernah lari dari masalah.
setiap hari pasti masalah akan datang menjelma.
dan esok masalah akan pergi dan masalah yang baru akan datang pula.
masalah akan datang dan pergi.
tiada siapa yang boleh lari dari masalah.
itu kenyataannya.

saya menulis di sini
bukan untuk menjaga tepi kain awak
bukan juga untuk masuk campur hal peribadi awak.
tetapi saya menulis ini hanyalah sebagai tanggujawap seorang kawan kepada seorang kawan.
seperti kata wonderpets! apa yang penting? KERJASAMA!!!

sabarlah wahai kawanku.
tabahkan hati kamu itu.
kuatkan semangat itu.
jangan cepat kamu berputus asa.
kami kawan-kawan kamu ada selalu disamping kamu
sebab kami ada dan hadir bukan di saat kamu kegembiraan dan keriangan.
tapi kami juga akan hadir bila kamu perlukan sebagai teman menangis dan duka.

sahabatku.
sekali lagi saya ingin katakan.
kuatkanlah semangat.
masalah mengajar kita lebih tabah.
masalah mengajar kita lebih berdikari
dan masalah juga sebenarnya membuatkan kita lebih matang dalam pemikiran.

jika kamu perlukan seorang pendengar.
aku sedia menjadi pendengar yang setia.
jika kamu perlukan seorang yang tidak menyebelahi mana-mana
aku sedia untuk membantu kamu.
janganlah hadapi masalah keseorangan.
dalam keseorangan akan menyebabkan kita berfikir di luar kawalan.
menyebabkan fikiran kita terlalu agresif dan memberontak.

janganlah kamu terus berduka.
sebab aku pun akan turut berduka.
jangalah kamu terus bersedih.
sebab aku akan turut bersedih sama.
aku rindukan kamu yang dulu.
yang boleh bergelak ketawa bersama
yang boleh bergurau bersama
dan boleh bercerita bersama-sama.
aku rindukan kamu yang dulu.

ganbate! ganbate!
teruskan berusaha! jgn putus asa!
ganbate!!
mungkin kita rasa masalah kita ini terlalu merumitkan..
sebenarnya ada org lain mempunyai masalah yang lagi memeningkan dari kita.
tetapi mereka terus melangkah dan tersenyum.
sebab mereka percaya.
selagi mereka tawakal kepada Allah S.W.T mereka tidak akan sesat.
ganbate kawanku!
aku tunggu kamu yang dulu!!

penyeri jam 4 pagi

seminggu ini saya sibuk mencari bahan untuk post terbaru blog ini. memandangkan juga saya cuti seminggu. saya tidak bazirkan masa dengan begitu sahaja. mungkin bagi saya sahaja yang tak membazir masa kot. sebab saya dapat pengalaman yang baru. dapat mengetahui sesuatu yang baru. dan bagi mereka yang lain tentu berfikir tiada kerja saya ini. dan tentu mereka mengutuk apa yang saya cari. tapi apa saya kisah. sebab ini ruangan saya. untuk saya menulis.

pertama sekali saya mintak maaf kepada mereka yang saya sayangi terumata sekali keluarga saya, bunga hati saya, dan juga mereka yang rapat dengan saya. minta maaf kerana kurang luangkan masa dengan mereka semua dan masa tidur yang tidak menentu. siang tidur malam berjaga. saya minta maaf sangat-sangat. saya tidak berniat untuk melukakan hati kamu semua. saya juga tidak berniat untuk tidak mengurangkan masa dengan kamu sehinggakan kamu sendiri tidak tahan dengan saya, tidak sabar dengan perangai saya. saya minta maaf sangat-sangat dan saya berjanji kehidupan saya akan kembali normal.

sebenarnya dah ramai yang singkap perjalanan hidup di malam-malam hari ini. mastika dan perlbagai lagi telah membuka pekung mereka. tapi apa yang saya ingin tulis adalah melalui pandangan saya sendiri. melalu fikiran saya sendiri dan melalui cara yang berbeza.

jam 4 pagi. setelah selesai ngeteh bersama-sama sahabat-sahabatku. kami menuju ke bandar mentakab. pada awal malam lorong ini adalah lorong mencari nafkah yang halal. iaitu lorong pasar malam yang pada setiap malam tujuh hari seminggu lorong ini akan diadakan pasar malam. dan masyarakat setempat iaitu mereka yang tinggal di temerloh dan juga mentakab akan kunjung tiba dan lorong ini menjadi meriah. lebih kurang macam uptown di ibu kota. tetapi bukan itu yang mahu saya ceritakan. ceritanya bermula selepas jam 12 malam. selepas suasana di lorong ini menjadi sunyi dan pasar malam telahpun tutup. yang tinggal hanyalah sebatang jalan yang sunyi dan tidak berpenghuni. yang cuma ada adalah kedai kari kepala ikan yang dibuka 24 jam. pada waktu ini ada satu lagi golongan yang mencari nafkah mengikut cara mereka mula menjalankan perniagaan mereka.

tetapi kami tidak datang pada waktu puncak. waktu perniagaan mereka sedang rancak di jalankan. kami tiba dalam jam empat atau lima pagi. saya telah beritahu awal tadi. hehehe. pada waktu ini kelihatan golongan lelaki yang berpakaian wanita dan menyerupai wanita bertenggek di sebuah hotel murahan di hujung jalan dan juga yang sedang duduk di atas sebuah tangga. mereka kelihatan begitu tenang sekali sambil melepaskan asap dunhill. kami berhenti di kawasan mereka melepak sambil melihat gelagat mereka. ada yang sedang duduk manja dan tangan begitu lentik mengalahkan seorang perempuan tulen, ada yang bergurau senda sesama mereka dan bercerita tentang lelaki yang telah melanggan mereka. dan tidak kurang juga ada sesetengah mereka sedang membuat tawar menawar dengan salah sebuah kereta di hujung sana.

kami hanya melihat sahaja. dan berlalu begitu sahaja. hari pertama agak cukup mengecewakan sebab saya belum sempat bertanya dan mengenali mereka. tetapi tidak mengata. sebab esok masih ada.

keesokkan hari (hari kedua) saya yang di temani rakan-rakan yang setia dan sanggup bersama ke destinasi yang sama, lokasi juga sama. kami memberanikan diri dan menyata mereka. dan mereka kelihatan sombong dan tidak langsung menyapa kembali. mungkin kami kelihatan sengkek dan tidak bergaya langsung. mereka tidak sedar bahawa ada seorang yang hot ada dalam kereta itu. hahahahaha. kami meletakkan kereta di situ dan keluar sambil melepak-lepak di depan kereta. lalu seorang nyah datang bertanya. ke mana pagi-pagi ni? kenapa tak tidur lagi? (dalam hati berkata ada peluang nak rapat ni) hahahaha. kami menjawap dan terus lagi berborak dengan nyah ini. dan saya bertanya. berapa? dengan muka slumber saya bertanya lalu dia menjawap. kulum rm30 main rm60. hahahaha.
mengikut tutur bahasa mereka
"blow thirty, main sixty" waahhh speaking nyah nie. hahahaha.
dan salah seorang kami bertanya lagi. " takder diskaun ker? dah nak cerah ni? lagipun takkan laa dengan first time customer takleh nak adjust?" hahahaha
lalu mona (bukan nama sebenar sebab nama sebenar mereka tentu laa iras-iras nama kami ni) hahahahah. "ok main 50, boleh"
kami bukan ada duit pun. dalam poket pun masing-masing ada rm5 jeh. belum lagi tolak tong-tong bayar duit minyak kereta. hahahaha.

lalu kami pun duduk dan bersembang-sembang dengan nyah ini. nasib baik dia nak melayan kami semua ni. mungkin sebab dia tengok saya hot sangat. toh yang dia rasa nak layan jeh. kami berborak lah lagi dan lagi.
"awk tinggal kat mana ea?"~ "kat atas hotel ni jeh"
"berapa ea sewa?"~"rm25 untuk satu malam, maknanyah rm750 sebulan"
"hari ni berapa dah income?"~" adalah skit, lepaslah nak makan"
"berapa customer dah tadi?"~"campur yang baru lepas tadi adalah 4 orang. biasalah weekdays."
kita boleh agak kan berapa duit dah masuk dalam poket dia malam ni? dalam masa yang sama kawan saya sedang melihat dan mencari-cari apa yang ada dalam telefon bimbit si mona ini. dan kelihatan ada gambar dia kelihatan begitu mesra sekali dengan seorang lelaki ini. kelihatan seperti seorang kekasih. lalu kami bertanya.
"siapa ni? kekasih hati ke?"~"biasalah. stok geli-geli. skandal tentu lah ramai."
kami cuma menahan gelak. kami meneruskan lagi perbualan.
"biasa siapa yang selalu langgan ea? indian tadi awk layan apa?"~"indian tadi bawak lori dia minta saya urut-urut sebab dia penat. jadi saya pun ikut sahajalah. tetapi saya tak suke indian sangat sebab kadang-kadang ada yang datang mabuk dan habis satu badan. tak suke tao!"
kami tanya lagi dan terus mencuba nasib mana lah tahu dapat layanan free malam ini. hahahahaha. dan dia berkata kalau nak lepak-lepak tengok porno meh laa datang bilik saya. kita sembang-sembang dan mana lah tahu saya tertarik nak layan kamu. kamu punya besar tak? hahahahaha. (sambil tangannya meraba peha salah seorang kami) hahahaha. dan bukan saya ya yang kena raba.

dan seterusnya kami terus lagi mengorek rahsia. dan kami bertanya lagi. boleh ker servis percuma pada kami? kami ni bukan berduit sangat. manalah tahu kan kalau kami berminat nanti kami datang lagi. boleh laa kan untuk pelanggan pertama macam kami ni. lalu dia menjawap. free tak boleh lah. tapi kalau setakat lepas sekotak rokok apalah salahnya. u all belanja sekotak rokok i layan lima sekali. hahahahah. tapi kulum jeh la ea. tak mao lah main. maknanya rm5 dah lepas untuk kulum. hahahaha. kami tak bayar pun. tapi kami naik ke bilik si mona ini. bilik nyah adalah di tingkat atas tiga. tingkat atas sekali dan berhampiran dengan bilik air dan juga tangga belakang. senang nak lari bila polis datang mona cakap. di tingkat satu kelihatan seorang nyonya sedang tidur di sebuah kerusi. (tuan punya hotel ni kot). kami masuk dan melihat keadaan keliling bilik si mona ini. sebuah katil queen size, ada satu balang yang mempunyai kondom, dan juga ada sebuah tong sampah yang mempunyai banyak kondom yang telah digunakan. nampak sangat sebenarnya ini adalah bilik operasi si mona sahaja dan dia tinggal di tempat lain. kami duduk dan mona memasang tv. saya bertanya awak pakai kondom ke mona? tentulah pakai. perlindungan. kan bahaya seks sejenis ni. banyak risiko. (dalam hati berkata tahu plak ea tapi tetap macam ini juga) kami terus lagi melepak, tiba-tiba mona tutup lampu dan berkata, gelap-gelap lagi romantik kan? sambil menjerit "ahhh baby!! ahhh!" kami dan risau tetapi masih lagi tenang. dan salah seorang dari kami di raba dan tiba si mangsa ini menjerit jangan sentuh aku! nabi tak mengaku umat tahu! dan tiba-tiba lampu dibuka kembali dan kami di minta keluar. hahahahaha. maka berakhir adegan pertama kami. bodowh tol tak dapat nak dapat servis percuma. hahahahahahah.

dan selepas itu kami menuruni tangga-tangga hotel itu sambil penuh dengan gelak ketawa. kami ingat ia dah berakhir. tetapi nasib kami baik. bila sampai sahaja di pintu hotel itu. kami lihat ada dua orang nyah baru sahaja pulang dari 7e. lalu dengan nada perli dua orang ini berkata. "puas tak mona layan? kami tak cantik macam mona siapalah nak?" hahahahaha. dalam hati kami rupanyah golongan ini lagi kuat cemburu dari kaum hawa rupanya. lalu kami pun cucuk jarum kembali. kami main-mainkan ayat manis pada nyah ni.

"mona tak cantik laa mcm u" "kami tak minat" "tapi u all lagi hot laa dari mona" "u all nak pergi mana" ~ " dah puas ngan mona nak lagi eh! sorry kami tak layan lebih-lebih mona sebab taraf kami lagi tinggi dari mona" "mahu pulanglah ke mana lagi. dan nak siang mak tak bly kena-kena panas nanti hitam muka mak! " hahahahaha.

"betul kami tak layan pun si mona toh. kami tunggu u all laa ingatkan u all takde" "u all dari mana" ~"elehh ea laa toh. kami ada customer tadi. ehh u all kami tak pernah nmpak pun kat sini. muka baru ni. takkan laa muke kacak dan hot layan nyah (saya laa toh). "

"u buka harga berapa ea?" ~ "macam biasa laaa..atas 30 bawah 50"
"alaa kami bukan ada duit pun. kita borak-borak ajehlah ea. lagipun awal lagi nak balik kan."
"bila nak besarkan toh? " "bawah bila nak buang?"
"bulan depan i bedah. so bulan depan tgoklah ea tetek baru i ea. tentu kamu teruja!" sambil betulkan bra merah dia. "yang bawah tuh nak buang juga nanti tapi tak cukup duit lagi laa. faham-faham jeh laa kos nak ke thai jeh dah berapa. belum lagi kos nak bedah" "u tak mau support. confirm i jadik milik u sorang jeh" hahahahahaha..

"ape u makan eh nak kelihatan cantik dan menarik?" " i tgok u ni sweet jeh laa." ~ "adalah makan pil skit. biasalah nak jaga kulit kan. nak naikkan lagi hormon. kena laa makan pil-pil skit. nanti kalau tak makan u all tak suke plak ngan mak!"

kami ayat lagi moga-moga kami dapat lihat bagaimana bilik si shasha dan si liss ni. borak punya borak dia cakap "boleh laa rm5 tok sorang. maknanya rm10 laa untuk kami berdua. bukan apa suka sama suka. i suka u all. u all jenis tak memaksa."

sekali lagi kami mendaki tangga-tangga yang penuh dengan kemaksiatan ini dan melihat keadaan bilik minah berdua ini. minah ke? hahahahaha. apa yang berbeza ialah mereka mempunyai 2 buah katil single dan yang lain-lain sama dengan bilik mona. ada kotak kondom dan juga tong sampah yang dipenuhi kondom. kami berfikir kamu layan 2 serentak ker?. mereka menjawap a'ah kami layan dua serentak. (tak malu ke lelaki ini dah laa ada layan nyah. ada dua orang lelaki sejati plak). kami melihat keliling lagi dan kelihatan si shasha ini mula menanggalkan baju dan seluarnya. yang tinggal hanya bra dan spender jeh. kami nak tergelak tapi sabar jeh la. kelihatan dia menari-nari alaa-alaa penari bogel dalam coyote ugly toh. hahahahaha. dia berkata mana duit nya. bayar dulu baru kami layan. kami katakanlah alaa layan laa dulu bayar kemudian. "cannot!" dan kami pun berkata alamak duit tinggal kat bawah. kami turun ambil sekejap ea. kami turun dan terus tak naik-naik lagi. hahahahaha.

hari kedua kami berakhir dan jam menunjukkan jam 6 pagi. kami berhenti di masjid berdekatan sembahyang subuh. setelah banyak membuat dosa. (kami cuma mahu ambil tahu sahaja).

hari ke tiga kami datang lagi ke lorong ini. tetapi pada pagi ini kami cuma minum-minum sahaja di kedai mamak berhampiran hotel nyah itu. kebetulan pula kedai mamak itu adalah milik salah seorang kawan kami. dan kelihatan si mona sedang makan bersama kekasihnya dan kelihatan sungguh mesra sekali. seperti sepasang kekasih dan berpelukkan. kemudian mona berlalu dan si jejaka ini kelihatan tenang sahaja. mona berlalu melangkah ke hotel dia. dan kemudian menyusul pula si jejaka ini mengekori si mona dari belakang lalu di depan pintu hotel mereka berpegangan tangan dan terus berlalu. kami berborak lagi sambil memerhati keadaan sekeliling. dan tidak lama kemudian datang si lelaki bermisai kelihatan segak dan macam inspektor misai. kemas berkasut hitam dan baju masuk ke dalam. kami hanya senyum sahaja kepada dia. ialah jam 4 pagi pun masih lagi keluar minum seorang sahaja. dalam hati kami mungkin baru pulang dari kerja kot. dan tidak lama kemudian datang si shasha ini dengan muka agak sombong lalu di depan kami. kami tegurlah tetapi dia tidak layan. lalu dia duduk di sebelah si abang misai ini dan terus abang misai ini memeluk bahu si shasha ini. kami menahan ketawa sahaja walaupun dalam hati ingin gelak sahaja. lalu kelihatan si shasha ini berborak sambil menuding jari ke arah kami. sebelum sesuatu yang berlaku kami mengambil langkah drastik dan berjaga-jaga. mamak kira! hahahahaha.

post kali ini agak panjang. sebenarnya post kali ini lebih panjang lagi cuma saya potong sedikit. hanya menulis apa yang penting dan ada sesetengah tidak patut di tulis di sini kerana bahasa agak keterlaluan dan melampau. di sini saya hanya menulis tentang perkara yang terjadi. post yang akan datang saya akan menulis pula kenapa mona, shasha, dan liss ini memilih untuk menjadi "shemale'. sempat kami bertanya kepada mereka apa sebab mereka memilih jalan ini. apa yang terjadi sebenarnya. dan apa yang menyebabkan mereka tekad memilih bidang kerjaya seperti ini. nantikan post yang akan datang.

kaki dah lama tak bergerak.
blog dah lama bersawang.
akal dah lama beku.
jadi mencari sesuatu di jalanan pada waktu malam. kami hanya kutu malam yang mencari ilham pada waktu pagi, bulan sumber inspirasi dan bintang sebagai saksi, jangan di hina kami celik di waktu malam. jangan marah kami melangkah pada waktu malam. sebab ilham kami di jalanan. akal kami hanya di kaki-kaki lima. modal kami hanya secawan teh tarik dan roti canai. maaf jika kami hanya kutu malam. maaf kami hanya kaki rayau.