RSS Feed

bila tangan kotor menulis!




KLIK PADA SURAT UNTUK BACAAN LEBIH BESAR. SILA BACA DAHULU SURAT ITU. BACA TAFSIR DAN KOMEN.

pertama sekali saya ingin meminta maaf jika apa yang saya post ini adalah fitnah ataupun hanya khabar angin. keduanya saya ingin minta maaf juga jika ada penafian bahawa surat ini tidak pernah wujud sama sekali.

apa yang menyebabkan saya post kan surat ini sebab saya masih teringat pepatah dahulu kala. kalau tiada angin takkan pokok bergoyang. jadi saya postkan supaya mereka yang hadir lawati blog yang tidak seberapa ini dapat membacanya.

hina sangat kami dilahirkan melayu? soal rasuah bukan sahaja berlaku dalam bangsa melayu. cina dan juga india melakukan rasuah dan makan suap. betulkan saya jika saya salah. kenapa perlu hidupkan isu sensitif mengenai perkauman ini?

tidak cukup dengan hal perkauman. dia sentuh pula mengenai Muhammad S.A.W. dia sentuh mengenai Rasul kita yang agung. pernah kami umat Islam hina dewa-dewa kamu? pernah kami umat Islam persendakan fahaman kamu, ajaran kamu, budaya kamu, agama kamu? pernah kami zalimi apa yang kamu percayai selama ini? ya melayu makan rasuah! ya melayu makan suap! ya melayu makan duit haram! tetapi kenapa pula kamu bangkitkan mengenai Muhammad S.A.W.? bila kamu mengeji dan menghina Muhammad S.A.W bukan kami melayu sahaja yang rasa tercabar malah seluruh umat di dunia ini rasa marah dan rasa terhina dengan kata-kata anda!

saya bersekolah di sekolah menengah harian aliran sains yang rata-rata pelajar kelas saya adalah melayu, cina, dan juga india. kami tidak pernah sekali pun menghina agama dan kepercayaan masing-masing. kami tidak pernah bertengkar atau bergaduh mengenai agama kami ataupun kepercayaan kami. sebab kami tahu kami adalah bangsa Malaysia. dan kami tahu kami boleh hidup aman dan bahagia tanpa perlu untuk melakukan suatu perkara yang ekstremis atau melampau. sebab kami tahu dan faham masing-masing ada kepercayaan masing-masing. ada agama masing-masing. kenapa dia yang sudah kaya dan mempunyai harta yang banyak perlu menulis sedemikian rupa? perlukah sampai menghina Rasul kami? perlukah samakan Baginda dengan sesuatu yang tidak sepatutnya?

ya kami tidak berjaya seperti anda. kami tidak punya wang yang banyak seperti anda. kami tidak punya kekayaan seperti anda. tapi kami punyai maruah yang tinggi. kami punyai harga diri yang tak boleh di beli dengan wang ringgit anda. sedarkah anda (yang menulis surat ini) bahawa anda seorang yang penakut. kerana setelah menulis sesuatu yang tidak sepatutnya selepas itu lari ke negara orang. anda cuma pandai berkata tetapi tidak berani untuk menerimanya.

Raj duduk di sebelah saya, manakala Chai Jia Lik duduk di kiri saya, di depan saya Yap Wi Son dan Goh Chee Khuan. di belakang saya pula Ragu dan juga Chai Kit Son. kami tidak pernah bermasam muka atau bertengkar pun. dan keakraban kami menyebabkan sehingga kini kami masih lagi duduk semeja dan menonton bola sepak. dan kami juga suka melihat Victoria Yap memakai baju kurung. kelihatan ayu sekali. kami tidak kisah warna kulit. yang penting kami bantu satu sama lain untuk maju bersama-sama. masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. yang penting cuma suatu peluang.

0 lagi menulis!:

Post a Comment