RSS Feed

Geng! pegembaraan bermula sudah..huhu

Geng (Pengembaraan Bermula)

pada malam ahad ini. saya bersama akak serta abang iparku yang kurus telah menonton geng the movie bersama-sama. kami menonton pada pukul 9.30 malam tetapi terpaksa menunggu 15 minit kerana panggung 1 dibuka lambat. semua yang menonton cerita lain telah memenuhi panggung masing-masing cuma yang tinggal hanyalah penonton yang menonton geng.cukup membanggakan dan tertarik kerana begitu ramai yang beratur dan menunggun untuk menonton filem ini. bukan sahaja keluarga membawa anak-anak tetapi juga pasangan kekasih. pertama sekali saya berbangga kerana cerita 100% buatan malaysia ini mempunyai ramai penonton yang ingin menonton. walaupun kami menonton di kepong. (idea akak saya bernas gak sebab dia pergi ke kawasan yang ramai cina sebab kalau kami pergi ke klcc, midvalley, atau mana-mana pusat membeli-belah tak mungkin kami dapat tiket on the spot). salah kami juga sebab tak tempah awal-awal. hahahaha.

suasana dalam panggung agak menarik sebab ramai yang menonton dan paling seronok tengok kanak-kanak yang dapat menonton. lihat muka mereka penuh keterujaan dan gembira dapat menonton (walaupun belum bermula lagi movie ni) hahahaha. dan setelah panggung di gelapkan dan aksi bermula. gelak ketawa mula memenuhi panggung itu. keseronokan dan kegembiraan menonton filem ini membuatkan semua yang menonton terasa selesa dan ingin menonton sampai habis. sampaikan nak buang air pun sanggup tahan sampai movie ni habis. hahahahah. saya tak mahu cerita mengenai jalan cerita movie ini. sebab saya rasa kita semua patut menonton nya sendiri. dan tak rugi untuk kita membayar rm11.00 untuk menonton movie ini. betol! betol! betol! saya tak tipu. hahahahaha.




tahniah kepada semua yang telah menjayakan geng the movie ini. inilah pertama kali saya menonton sebuah kartun malaysia dan saya terasa bangga kerna menonton movie ini. inilah kartun terbaik yang malaysia pernah hasilkan dan bagi saya ia setaraf dengan kartun-kartun ciptaan luar (saya juga adalah peminat kartun). saya terasa bangga kerana jalan ceritanya, hasil grafiknya dan latar belakang ceritanya cukup cantik, menarik dan mempesonakan. dan saya bangga walaupun hasil kerja mereka tinggi tetapi mereka masih menitik beratkan suasana Malaysia. walau pun setinggi mana pun kita berdiri walau sejauh mana pun perjalanan kita, asal usul kita tidak dilupakan. tak perlu sebuah kota metropolitan yang tipu pun untuk kelihatan megah cukuplah dengan kampung dan dusun durian yang indah dan tenang untuk berjaya. tengok dah tercerita. nak tahu lebih lanjut tonton! tak rugi dan kalau rasa rugi call saya, saya akan ganti balik harga tiket anda. nombor telefon saya 999! hahahahaha. tetttt..

tetapi sedikit mengecawakan saya adalah suasana penonton yang hadir. saya lihat kehadiran penonton adalah yang berbangsa melayu. walaupun kepong adalah kawasan yang majoriti nya berbangsa cina. sebenarnya geng bukanlah sebuah filem yang memceritakan bangsa melayu tetapi dia menceritakan sebuah bangsa malaysia. yang rakyatnya terdiri daripada bangsa melayu,cina, dan india (maaf untuk yang lain sebab saya tulis hanya mereka yang majoriti, tetapi saya sedar juga tentang anda). jadi apa yang saya rasa datanglah dan sokong filem malaysia ini. mungkin filem ini bukan world wide dan berpengaruh besar seperti bee movie, madagascar, flush away dan macam-macam lagi. tetapi geng ada kualitinya yang tersendiri dan pengaruhnya yang tersendiri. dan Insya-Allah geng akan menjajah negara-negara seluruh negara akan datang.

jika anda fikir dan tunggu orang asing melakar sebuah animasi berlatar belakang sebuah rakyat malaysia dan hebat seperti animasi mereka dan mimpilah! sebab mereka berbohong dengan suasana kita, mereka berbohong tentang budaya kita dan tidak mungkin mereka akan sediakan dalam bahasa malaysia! dan adakah saya menipu? gunalah akal kita sendiri.

0 lagi menulis!:

Post a Comment