RSS Feed

Diary of a Wimpy Kid


sebelum pulang kembali ke kolej (suatu tempat yang agak membosankan) saya sempat membeli dua buah buku diary of a wimpy kid. kat mana saya dapat buku ini? saya dapat buku ini pada rak bahagian kanak-kanak. orang-orang keliling semua ingat saya membeli buku ini untuk adik saya. mesti dalam hati mereka-mereka yang memandang saya ketika saya membelek buku ini berkata dah lah kacak, hot dan sexy berhati mulia pula beli untuk adik-adik. tentu dia ini penyayang. untung dapat orang macam dia. perfect ten! hahahahaha.

mula-mula sekali saya nak katakan buku ini untuk saya dan bukan untuk adik-adik saya. dan yang kedua nya saya tiada langsung adik. jadi saya beli untuk saya. sebab saya kan adik. hahahaha. jadi kena lah kan dengan saya kan? kan? kepada yang jaga kaunter waktu saya membayar buku ini janganlah senyum sinis lain kali. malu saya. tahulah saya beli buku kanak-kanak. ohh ya saya lupa awak senyum tadi untuk mengorat saya kan? awak rasa saya hot kan? tak kisah pun beli buku kanak-kanak kan? tapi minta maaf sangat-sangat. awak lelaki saya juga lelaki. saya masih lagi belum berfikir untuk bertukar status. hahahahaha.



yang keduanya berbanyak-banyak terima kasih kepada cik nadia yang sudi meminjamkan sedikit duit untuk membayar buku ini. tengok-tengok dalam poket duit tak berapa cukup kan. nak cucuk pula mesin atm beratur gila panjang. malas nak bawa duit banyak-banyak nanti kena ragut. orang hot macam sana ni bahaya bawak duit banyak-banyak. hahahaha. ok tak alasan saya? padahal memang tiada duit pun. hujung bulan saya ganti ya. terima kasih. terima kasih. lalalala..

ok berbalik kepada buku ini. tiada apa yang saya nak komen sangat. sebab dia bukanlah novel yang tulisan panjang berjela-jela dan sungguh tebal. hahahaha. kalau novel yang panjang-panjang macam new moon contohnya, takkanlah saya nak beli dan baca. hahahaha.
muka depan buku ini pun dah tulis "a novel in cartoons". sebab itu saya beli. bila membaca buku kanak-kanak dan juga komik saya rasa seronok dan tidak pernah bosan. kepada encik mohd. anis dan juga adik emir rasydan kenapa komik-komik saya di rumah makin menghilang dan komik di rumah anda semakin bertambah? saya berasa sedikit musykil di sini. dan bila saya ke jerantut saya dapati komik yang awak miliki saya dengan yang saya miliki. cuma yang bertambah ada nama awak. ehh? awak dah lahir ke zaman komik itu? hahahahaha. nasib baik awak anak sedara saya.

sebab apa saya suka buku kanak-kanak? pertama dia ada kartun. kalau tidak dah lama say tidur membacanya. hahahaha. keduanya ialah bahasa dalam cerita kanak-kanak ni ringkas dan straight to the point. hahahaha. buat apa nak pening-pening tulis panjang-panjang jika kita boleh ringkaskan. tak perlu nak susah-susah baca panjang-panjang. sebab itu saya suka kanak-kanak ringkas dan cakap apa yang mereka rasa nak cakap. dan juga lurus. jadi senang nak buli. hahahaha. terutama sekali moto-moto atau lebih tak dikenali dengan nama emir rasydan sebab selalu kena buli dengan saya. hahaha. apa yang saya pelik semakin kerap saya membuli dia. dia semakin gemok bukannya semakin kurus. nampaknya dia tak kisah dan semakin gembira dan bahagia bila saya buli. jadi saya rasa bersalah untuk berhenti dari terus membuli dia. saya takut dia tak ceria bila saya sudah berhenti buli dia. hahahaha. jangan marah ya angah! lalala..

4 lagi menulis!:

choco - dillo - lillo said...

comelnye buku tuh...

Khairul Anuar Mohamed said...

yg post ni lagi comei!
hahahaha

Umar Zakir Abdul Hamid said...

ni pon dah:P
favekan aku gak
hahaha

Khairul Anuar Mohamed said...

hahahaha..
mane2 ader jeh kan..
ekekekek

Post a Comment