RSS Feed

cukup sudah! yaa cukup sudah! enough! enough!

sebenarnya ni lagu glenn - cukup sudah. untuk pertama-tama sekali nak minta maaf kepada tuan empunya lagu sebab nak rosakkan lagu dia. hahahaha. nak rosak siapa yang setuju kan. tapi saya harap anda setuju laa ya. sebab saya minat sangat lagu awak ni. ehh saya suka sangatlah.ish memang saya suka laa. hahahaha. ok babak seterusnya.

cukup Sudah, Kukatakan
untuk Sekian Kali, Aku Sayang Kamu
cukup Sudah, Batas Waktu
sudikah Dirimu, Untuk Jadi.. Kekasihku

entahnya. suda cukup ku katakan. sudah cukup benarku katakan pada kamu. dan untuk sekian kalinya aku kata lagi. Aku sayang kamu. kenapa laa awak tak faham-faham. aku sayang kamulah. sudah cukup bukan sahaja batas waktu, tetapi juga batas sawah batas bentang aku buat. dan aku tanya lagi sekali. sudikah dirimu, untuk jadi.. alaa tak faham-faham awak ni. malu laa nak cakap. alaaa..saya..saya nak awak jadi kekasihku. boleh tak? alaa..boleh laa. kenapa awak susah sangat nak beritahu jawapan. kenapa? kenapa? nak kata saya tak kacak. saya kacak sangat. nak kata saya tak hot. hot lagi dari federer atau nadal kot! nak kata saya tak menarik. tom cruise pun tiru gaya saya.


kau Memang Cantik
dan Juga Lucu
kamu Membuatku
tidur Tak Tentu
dua Tahunku
menutup Buku
tiada Yang Lain
hanyalah Dirimu

kau memang cantik? dan juga lucu? hah? apa betul ke? meh sini jap nak tengok betul ke awak cantik? hahahaha. ok lulus awak memang cantik tapi kalau jalan dengan saya mesti mereka-mereka tengok saya dari awak. sebab saya panas! awas! hahahahaha. kau membuatku tidur tak tentu. part ni sebenarnya saya tak tahu nak cakap macam mana. sebab saya memang tidur tak tentu pun. saya rasa mengantuk saya tidur la. jadi part ni saya tak nak komen la. hahahahaha. DUA TAHUNKU, MENUTUP BUKU, ulang-ulang, DUA TAHUNKU, MENUTUP BUKU, hahhh itu sebab laa result spm saya tak bagus. kalau tak sekarang ni dah bersama encik umar zakir dan memikat gadis-gadis russia kan. hahahaha. tiada yang lain, hanyalah dirimu. part ni betul. tiada yang lain. hanyalah dirimu. memang tiada yang lain. tidakkah awak rasa untung sebab seseorang yang hot seperti saya suka pada awak? lalalalala..

ku Sabar Slalu
ku Hitung Hari-Hari
kau Yang Tak Tahu
dan Yang Tak Mau Tahu
terlalu Lama
ku Jadi Sahabatmu
kapankah Aku
jadi Kekasihmu

ya, tiap-tiap hari ku sabar selalu. tidak pernah merungut pun tidak pernah marah pun menunggu. hari-hari ku hitung hari-hari ku. 1,2,3,4,5,7.. ehh lepas 5, 6 bukan? maaf salah kira. maaflah waktu kira-kira saya kena denda kat luar sebab tak bawa buku. hehe. sudahlah. melawak jeh nanti ada orang bosan. nanti orang ingat saya bodoh. tapi saya memang bodoh pun. si bodoh yang hot.

kau yang tak tahu. dan yang tak mahu tahu. betul ke awak tak tahu? rasanya saya selalu bagitahu awak. saya rasa bukan saya tak bagitahu awak. saya selalu ingatkan awak. mungkin awak yang tidak mahu tahu kan? tidak mengapalah. bukanlah saya yang salah kerana tidak memberitahu awak. sebab saya selalu akan ingatkan awak. tapi kalau awak tidak mahu tahu atau sekadar ambil tahu tetapi tidak ambil kisah. apa saya boleh katakan? saya diam sahajalah.

terlalu lama. ku jadi sahabatmu. kapankah aku jadi kekasihmu. macam suatu yang tidak mungkin kan? apa yang awak rasakan sebenarnya kepada saya sebenarnya. boleh awak terus terang dengan saya? saya sedia terima jawapan dari awak. tolong jangan biarkan ku tertanya-tanya.

kapankah aku jadi kekasihmu? nanti saya jadi hantu pocong yang berkapan pun saya akan datang cari awak tahu. tengok betapa setia saya pada awak. sudah jadi hantu pun masih mahu cari awak. betapa awak penting dalam hidup saya? hahahaha. ape jeh neh saya pun tak faham. kapankah aku jadi kekasihmu? atau sampai mati saya takkan punya kesempatan untuk cintai awak. atau sampai matilah awak dan saya tidak akan bersama. atau sampai matilah cinta ini hanya bertepuk sebelah tangan? tidak mengapalah. saya sedar kekurangan saya. saya akui kelebihan awak. beuty and the beast hanyalah satu dongeng kan? tak mungkin dalam dunia nyata untuk seorang perempuan terima seorang lelaki yang serba kekurangan? tapi saya hot,kacak,cool,cute. itu yang saya pelik tu kenapa awak tidak menjawap cinta saya.

pertama kali mendengar lagu ini membuatkan saya tertarik untuk mengubah makna-makna lagu ini mengikut cita rasa dan adunan sendiri. jika ada berkaitan dengan yang hidup atau mati. saya minta maaf. tapi kalau terasa tu. rasakan dan padan muka! haa itu memang untuk u pun! hahahaha..
u? u? speaking london i neh.. i? i? hahahaha..pape jeh laa..psst..london fitness pun boleh kasi kurus..hahaha apa kena mengena ke? ada orang terasa tak? hahahaha

p/s : umar aku dah tahu kau nak cakap apa! lebih baik kau diam! lalalala :D

4 lagi menulis!:

choco - dillo - lillo said...
This comment has been removed by a blog administrator.
choco - dillo - lillo said...

huhuhu..
kna removed la.. aigoo...

Umar Zakir Abdul Hamid said...

haha
ok
aku diam
weh
tapi aku suke ayat ni
"si bodoh yang hot. " ..sumpah kewl gile..
leh buat tajuk album band kat malaya tuh..

Khairul Anuar Mohamed said...

hahahahaha..
nantilah saya suruh hujan buat tajuk lagu dia ya..
hahahaha

Post a Comment