RSS Feed

Bangsa itu sama cuma masa itu berubah!

Al-Maraghi pernah mengulas dalam tafsirnya dalam ayat empat surah Muhammad. yang menarik untuk saya tegaskan apabila adalah kata-katanya yang berbunyi.

"ketahuilah dalam perang terdapat beberapa faedah. dan dalam damai juga terdapat beberapa faedahnya yang lain. sesuatu bangsa yang masih dalam peringkat kanak-kanak (masih baru) dan akal bangsa tersebut mirip seperti akal seorang anak yang baru naik (belum peringkat baligh). anda lihatlah, dia suka bergaduh dan menyerang kanak-kanak yang lain dengan menyakiti mereka, sedangkan kanak-kanak yang lain itu pula akan membalas dendam dengan menambah lebih-lebih lagi menyerang dan menyakitinya."

dan inilah realiti bangsa kita hari ini. bangsa malaysia. kita akan terus dan berterusan mencari salah orang lain dalam mencari suatu kemenangan yang sementara. apa sahaja yang berlaku di malaysia ketika ini telahpun di tulis oleh cendiakawan terdahulu. cuma kita sahaja yang terlepas pandang.

dan satu lagi menarik perhatian saya adalah apabila Al-Maraghi membawakan contoh yang dikutipnya dari kata-kata 'Aristotles". kenal bukan dengan "Aristotles"? seorang ahli falsafah Yunani yang diucapkan kepada Raja Iskandar Macedonia. kata Aristotles " sesungguhnya berehat itu membahayakan umat. lantaran itu ada dikatakan, jika anda ingin ketinggian sesuatu umat jadilah bangsa yang mengharungi peperangan. dengan demikian ia dapat membukakan pintu kebahagian. sedangkan umat-umat yang tidur di tilam-tilam yang empuk lagi selesa akan terdedah kepada kelenyapan."

fikirlah apa maksud di sebalik kata-kata itu

2 lagi menulis!:

mat said...

mcm best blog aok.. tp koi nk komen jugak skt,,aok pnye entri dh la pjg berjela pastu tulis kecik pulak,,mmg rabun aok pnye pembace..huhu..nie kire komen membine..haha..kasi jelas sikit tulis dey..

Khairul Anuar Mohamed said...

hahahaha..
terima kasih atas komen anda..
luahan pasaan bile rasa banyak..
kite tulis panjang..
bile sedikit luahan..
kite tulis pendek..
bila tiada luahan..
kita tidak menulis lgsgung..
:D

Post a Comment