RSS Feed

Bangsa itu sama cuma masa itu berubah!

Al-Maraghi pernah mengulas dalam tafsirnya dalam ayat empat surah Muhammad. yang menarik untuk saya tegaskan apabila adalah kata-katanya yang berbunyi.

"ketahuilah dalam perang terdapat beberapa faedah. dan dalam damai juga terdapat beberapa faedahnya yang lain. sesuatu bangsa yang masih dalam peringkat kanak-kanak (masih baru) dan akal bangsa tersebut mirip seperti akal seorang anak yang baru naik (belum peringkat baligh). anda lihatlah, dia suka bergaduh dan menyerang kanak-kanak yang lain dengan menyakiti mereka, sedangkan kanak-kanak yang lain itu pula akan membalas dendam dengan menambah lebih-lebih lagi menyerang dan menyakitinya."

dan inilah realiti bangsa kita hari ini. bangsa malaysia. kita akan terus dan berterusan mencari salah orang lain dalam mencari suatu kemenangan yang sementara. apa sahaja yang berlaku di malaysia ketika ini telahpun di tulis oleh cendiakawan terdahulu. cuma kita sahaja yang terlepas pandang.

dan satu lagi menarik perhatian saya adalah apabila Al-Maraghi membawakan contoh yang dikutipnya dari kata-kata 'Aristotles". kenal bukan dengan "Aristotles"? seorang ahli falsafah Yunani yang diucapkan kepada Raja Iskandar Macedonia. kata Aristotles " sesungguhnya berehat itu membahayakan umat. lantaran itu ada dikatakan, jika anda ingin ketinggian sesuatu umat jadilah bangsa yang mengharungi peperangan. dengan demikian ia dapat membukakan pintu kebahagian. sedangkan umat-umat yang tidur di tilam-tilam yang empuk lagi selesa akan terdedah kepada kelenyapan."

fikirlah apa maksud di sebalik kata-kata itu

Quizzical!! lalalala

I don't even comb my hair
When I wake up in the morning
I've always been like that
My clothes are on the floor
And I just don't have the time to put them back

Ladida da da
Ladida da da

tidak mengapa. tak perlu kamu nak berhias-hias bila bangun pagi. kerana kamu tetap sebegitu rupa juga. tetap kelihatan tak hot macam saya. bilik bersepah-sepah. aduh peninglah macam ni. bilik saya tengok. kemas. bersih. cantik mata memandang. tiada pula baju bertaburan di atas lantai. macam ni lah baru di gelar bakal suami idaman. lalalalala. tetapi tidak mengapalah saya tetap sayang awak juga.

Is this what you truly want for a girlfriend?
Or am I just someone you find pretty cute for a good time?
Don't go breaking my heart
I think very deeply and I hold very dearly from the start

awak ingat saya main-main untuk bercinta dengan awak? awak ingat saya bercinta dengan awak sebab saya belum jumpa lagi yang lebih cantik dari awak? awak silap besar tentang itu. sebab saya cinta awak bukan sekadar untuk memenuhi masa lapang awak. betul awak. saya tidak akan hancurkan hati awak. saya tidak akan kecewakan hati awak. itu janji saya. cuma beri saya peluang untuk mencintai awak dengan sepenuh hati. tapi apa yang saya harapkan. tolonglah gosok gigi bila bangun pagi. itu sahaja yang saya minta. tak tahan bau nafas awak. saya nak cakap tapi takut. jadi saya tulis sahajalah. hahahahaha :P

So why do you still love me
I'm so useless in the kitchen
And my cuisine is lousy
It makes you want to curl
My toes are awfully huge
And I am not just the stuff that makes a girl

hahahahaha. saya dah agak dan saya dah tahu dah muka awak ni memang tidak boleh di harap di dapur. mesti dapur bersih macam dapur yang terdapat di kedai-kedai kan? cantik berkilat je. hahahahaha. nasib lah sekarang banyak kedai mamak 24 jam. kalau lapar boleh la pergi makan di sana. tetapi tidak mengapalah. saya tetap sayang awak. nanti kita beli bekalan mee segera banyak-banyak ya. senang bila darurat. hai cepatlah botak nanti. kena simpan duit dari sekarang untuk buat rambut palsu nanti. lalalalala. tapi botak pun nampak hot gak kan? berkilat dan bersinar bila di sinari mentari. cewahhh!! :D


Ladida da da
Ladida da da

Is this what you truly want for a girlfriend?
Or am I just someone you find pretty cute for a good time?
Don't go breaking my heart
I think very deeply and I hold very dearly from the start
So why do you still love me?


Pardon me ... I'm quizzical
Pardon me but I'm quizzical
Pardon me ... I'm quizzical

tiada maaf bagimu. tiada maaf bagimu. tiada maaf bagimu. hahahahaha.

I don't even call you baby
'Cause that's what I call my dog
It would have sounded funny and so strange
Don't expect me to be crawling over you
For maybe I am just a poor unromantic
Why do you still love me?
So why do you still love me?

kenapa anjing awak terlalu istimewa namanya? hahahahah. jangan panggil saya baby. jangan! jangan! hahahaha. padan muka siapa yang awak panggil baby itu. saya tak. saya tak. lalalala. awak tak romantik? tidak mengapa sebab saya bukan romantik sangat pun. saya pun tak pernak pergi kedai bunga beli bunga. sebab mak saya selalu pesan suruh beli pasu jeh bila saya pergi kedai bunga. eh? kenapa pelik sangat bunyi itu. dan betul saya tidak pernah beli bunga dan beri untuk sesiapa. bertuahlah sesiapa jika dapat. hahahaha. bunga orkid boleh?

sebenarnya lagu ini adalah lagu Juliet The Orange - Quizzical. apa makna quizzical eh? lalalala..quizzical bermaksud..cari dalam kamus! jangan malas-malas sangat. rajin-rajinlah tengok kamus kalau tak tahu. hahahaha.

bila tangan kotor menulis!




KLIK PADA SURAT UNTUK BACAAN LEBIH BESAR. SILA BACA DAHULU SURAT ITU. BACA TAFSIR DAN KOMEN.

pertama sekali saya ingin meminta maaf jika apa yang saya post ini adalah fitnah ataupun hanya khabar angin. keduanya saya ingin minta maaf juga jika ada penafian bahawa surat ini tidak pernah wujud sama sekali.

apa yang menyebabkan saya post kan surat ini sebab saya masih teringat pepatah dahulu kala. kalau tiada angin takkan pokok bergoyang. jadi saya postkan supaya mereka yang hadir lawati blog yang tidak seberapa ini dapat membacanya.

hina sangat kami dilahirkan melayu? soal rasuah bukan sahaja berlaku dalam bangsa melayu. cina dan juga india melakukan rasuah dan makan suap. betulkan saya jika saya salah. kenapa perlu hidupkan isu sensitif mengenai perkauman ini?

tidak cukup dengan hal perkauman. dia sentuh pula mengenai Muhammad S.A.W. dia sentuh mengenai Rasul kita yang agung. pernah kami umat Islam hina dewa-dewa kamu? pernah kami umat Islam persendakan fahaman kamu, ajaran kamu, budaya kamu, agama kamu? pernah kami zalimi apa yang kamu percayai selama ini? ya melayu makan rasuah! ya melayu makan suap! ya melayu makan duit haram! tetapi kenapa pula kamu bangkitkan mengenai Muhammad S.A.W.? bila kamu mengeji dan menghina Muhammad S.A.W bukan kami melayu sahaja yang rasa tercabar malah seluruh umat di dunia ini rasa marah dan rasa terhina dengan kata-kata anda!

saya bersekolah di sekolah menengah harian aliran sains yang rata-rata pelajar kelas saya adalah melayu, cina, dan juga india. kami tidak pernah sekali pun menghina agama dan kepercayaan masing-masing. kami tidak pernah bertengkar atau bergaduh mengenai agama kami ataupun kepercayaan kami. sebab kami tahu kami adalah bangsa Malaysia. dan kami tahu kami boleh hidup aman dan bahagia tanpa perlu untuk melakukan suatu perkara yang ekstremis atau melampau. sebab kami tahu dan faham masing-masing ada kepercayaan masing-masing. ada agama masing-masing. kenapa dia yang sudah kaya dan mempunyai harta yang banyak perlu menulis sedemikian rupa? perlukah sampai menghina Rasul kami? perlukah samakan Baginda dengan sesuatu yang tidak sepatutnya?

ya kami tidak berjaya seperti anda. kami tidak punya wang yang banyak seperti anda. kami tidak punya kekayaan seperti anda. tapi kami punyai maruah yang tinggi. kami punyai harga diri yang tak boleh di beli dengan wang ringgit anda. sedarkah anda (yang menulis surat ini) bahawa anda seorang yang penakut. kerana setelah menulis sesuatu yang tidak sepatutnya selepas itu lari ke negara orang. anda cuma pandai berkata tetapi tidak berani untuk menerimanya.

Raj duduk di sebelah saya, manakala Chai Jia Lik duduk di kiri saya, di depan saya Yap Wi Son dan Goh Chee Khuan. di belakang saya pula Ragu dan juga Chai Kit Son. kami tidak pernah bermasam muka atau bertengkar pun. dan keakraban kami menyebabkan sehingga kini kami masih lagi duduk semeja dan menonton bola sepak. dan kami juga suka melihat Victoria Yap memakai baju kurung. kelihatan ayu sekali. kami tidak kisah warna kulit. yang penting kami bantu satu sama lain untuk maju bersama-sama. masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. yang penting cuma suatu peluang.

Ding! Ding!

Arsenal Vs. AS Roma

Arsenal akan menang.

itu yang pasti.

Emirates akan saksikan gol.

itu yang nyata.

:D

Diary of a Wimpy Kid


sebelum pulang kembali ke kolej (suatu tempat yang agak membosankan) saya sempat membeli dua buah buku diary of a wimpy kid. kat mana saya dapat buku ini? saya dapat buku ini pada rak bahagian kanak-kanak. orang-orang keliling semua ingat saya membeli buku ini untuk adik saya. mesti dalam hati mereka-mereka yang memandang saya ketika saya membelek buku ini berkata dah lah kacak, hot dan sexy berhati mulia pula beli untuk adik-adik. tentu dia ini penyayang. untung dapat orang macam dia. perfect ten! hahahahaha.

mula-mula sekali saya nak katakan buku ini untuk saya dan bukan untuk adik-adik saya. dan yang kedua nya saya tiada langsung adik. jadi saya beli untuk saya. sebab saya kan adik. hahahaha. jadi kena lah kan dengan saya kan? kan? kepada yang jaga kaunter waktu saya membayar buku ini janganlah senyum sinis lain kali. malu saya. tahulah saya beli buku kanak-kanak. ohh ya saya lupa awak senyum tadi untuk mengorat saya kan? awak rasa saya hot kan? tak kisah pun beli buku kanak-kanak kan? tapi minta maaf sangat-sangat. awak lelaki saya juga lelaki. saya masih lagi belum berfikir untuk bertukar status. hahahahaha.



yang keduanya berbanyak-banyak terima kasih kepada cik nadia yang sudi meminjamkan sedikit duit untuk membayar buku ini. tengok-tengok dalam poket duit tak berapa cukup kan. nak cucuk pula mesin atm beratur gila panjang. malas nak bawa duit banyak-banyak nanti kena ragut. orang hot macam sana ni bahaya bawak duit banyak-banyak. hahahaha. ok tak alasan saya? padahal memang tiada duit pun. hujung bulan saya ganti ya. terima kasih. terima kasih. lalalala..

ok berbalik kepada buku ini. tiada apa yang saya nak komen sangat. sebab dia bukanlah novel yang tulisan panjang berjela-jela dan sungguh tebal. hahahaha. kalau novel yang panjang-panjang macam new moon contohnya, takkanlah saya nak beli dan baca. hahahaha.
muka depan buku ini pun dah tulis "a novel in cartoons". sebab itu saya beli. bila membaca buku kanak-kanak dan juga komik saya rasa seronok dan tidak pernah bosan. kepada encik mohd. anis dan juga adik emir rasydan kenapa komik-komik saya di rumah makin menghilang dan komik di rumah anda semakin bertambah? saya berasa sedikit musykil di sini. dan bila saya ke jerantut saya dapati komik yang awak miliki saya dengan yang saya miliki. cuma yang bertambah ada nama awak. ehh? awak dah lahir ke zaman komik itu? hahahahaha. nasib baik awak anak sedara saya.

sebab apa saya suka buku kanak-kanak? pertama dia ada kartun. kalau tidak dah lama say tidur membacanya. hahahaha. keduanya ialah bahasa dalam cerita kanak-kanak ni ringkas dan straight to the point. hahahaha. buat apa nak pening-pening tulis panjang-panjang jika kita boleh ringkaskan. tak perlu nak susah-susah baca panjang-panjang. sebab itu saya suka kanak-kanak ringkas dan cakap apa yang mereka rasa nak cakap. dan juga lurus. jadi senang nak buli. hahahaha. terutama sekali moto-moto atau lebih tak dikenali dengan nama emir rasydan sebab selalu kena buli dengan saya. hahaha. apa yang saya pelik semakin kerap saya membuli dia. dia semakin gemok bukannya semakin kurus. nampaknya dia tak kisah dan semakin gembira dan bahagia bila saya buli. jadi saya rasa bersalah untuk berhenti dari terus membuli dia. saya takut dia tak ceria bila saya sudah berhenti buli dia. hahahaha. jangan marah ya angah! lalala..

memang tidak boleh dimaafkan!!

KUALA LUMPUR – Kehairanan seorang ibu muda, Cynthia, 20, (bukan nama sebenar) yang melihat bayi perempuannya yang berusia setahun sering menangis sejak dua bulan lalu terjawab apabila mendapati kemaluan anaknya berdarah di saat beliau menukar lampin anak sulungnya itu pada 18 Februari.

Lebih mendukacitakan wanita itu apabila bayi yang mulanya dibawa ke klinik kemudiannya dinasihati oleh doktor supaya merujuk anaknya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengesyaki anaknya didera secara seksual.

Di HKL bayi malang itu telah ditahan di wad selama tiga hari kerana memang wujud kesan kecederaan serius di kemaluan bayinya.

Pendedahan tersebut benar-benar meragut emosi seluruh ahli keluarga pasangan muda itu lantaran tragedi berkenaan berlaku sehari sebelum bayi tunggal mereka menyambut ulang tahun kelahiran pertama.

Ibu muda itu berkata, tragedi malang itu semuanya tidak akan terjadi jika mereka tidak menghantar bayinya untuk jagaan seorang pengasuh warga tempatan yang juga merupakan kenalan ibunya sejak dua tahun lalu.

“Saya bekerja sebagai kerani, suami sebagai mekanik, ibu bapa kami turut bekerja, jadi kami hantar anak sulung kami kepada pengasuh yang duduk satu kawasan di sini sejak tujuh bulan lalu dengan bayaran RM550 sebulan.

“Tiada perasaan curiga timbul pada awalnya kerana dia kawan mak saya tapi lama-kelamaan saya melihat perubahan kesihatan anak saya yang semakin tak bermaya dan selalu saja sakit-sakit,’’ kata Cynthia sambil memangku bayinya sambil ditemani oleh suami dan ahli keluarga semasa ditemui di rumahnya di Bandar Baru Sentul semalam.

apalah salah bayi perempuan ini? dia belum kenal lagi apa itu dunia. dia belum kenal lagi apa itu lelaki. dan dia pun belum masih boleh memanggil dan menyebut perkataan ibu! emak!. dia hanya mampu menangis untuk memberitahu bahawa saya lapar saya dahaga.

kenapa ada manusia yang kejam seperti ini? layakkah digelar manusia? saya rasa tak layak langsung. nak digelar binatang pun tidak layak. sebab binatang pun sayangkan anak. binatang pun jaga spesis mereka sendiri. mereka ini lebih layak di gelar syaitan. syaitan yang bertopengkan hantu. iblis yang menyerupai manusia. dan masih saya pelik. iblis pun masih pertahankan kaum mereka sendiri.

dan apa yang lebiy menyedihkan ia berlaku di malaysia. di tanah air kita semua. di atas tanahair negara yang penuh adat dan sopan santun. arghh! maafkan saya anak kecil. maafkan saya kerana kaum saya (lelaki) telah menodai anda. telah merosakkan anda. maafkan saya. saya malu saya dilahirkan lelaki dan hidup di malaysia. maafkan saya kerana terlambat untuk melindungi anda. maafkan saya. maafkan kerana anda akan membenci kami untuk selama-lamanya. maafkan saya kerana telah sia-siakan masa depan anda. maaf..

cukup sudah! yaa cukup sudah! enough! enough!

sebenarnya ni lagu glenn - cukup sudah. untuk pertama-tama sekali nak minta maaf kepada tuan empunya lagu sebab nak rosakkan lagu dia. hahahaha. nak rosak siapa yang setuju kan. tapi saya harap anda setuju laa ya. sebab saya minat sangat lagu awak ni. ehh saya suka sangatlah.ish memang saya suka laa. hahahaha. ok babak seterusnya.

cukup Sudah, Kukatakan
untuk Sekian Kali, Aku Sayang Kamu
cukup Sudah, Batas Waktu
sudikah Dirimu, Untuk Jadi.. Kekasihku

entahnya. suda cukup ku katakan. sudah cukup benarku katakan pada kamu. dan untuk sekian kalinya aku kata lagi. Aku sayang kamu. kenapa laa awak tak faham-faham. aku sayang kamulah. sudah cukup bukan sahaja batas waktu, tetapi juga batas sawah batas bentang aku buat. dan aku tanya lagi sekali. sudikah dirimu, untuk jadi.. alaa tak faham-faham awak ni. malu laa nak cakap. alaaa..saya..saya nak awak jadi kekasihku. boleh tak? alaa..boleh laa. kenapa awak susah sangat nak beritahu jawapan. kenapa? kenapa? nak kata saya tak kacak. saya kacak sangat. nak kata saya tak hot. hot lagi dari federer atau nadal kot! nak kata saya tak menarik. tom cruise pun tiru gaya saya.


kau Memang Cantik
dan Juga Lucu
kamu Membuatku
tidur Tak Tentu
dua Tahunku
menutup Buku
tiada Yang Lain
hanyalah Dirimu

kau memang cantik? dan juga lucu? hah? apa betul ke? meh sini jap nak tengok betul ke awak cantik? hahahaha. ok lulus awak memang cantik tapi kalau jalan dengan saya mesti mereka-mereka tengok saya dari awak. sebab saya panas! awas! hahahahaha. kau membuatku tidur tak tentu. part ni sebenarnya saya tak tahu nak cakap macam mana. sebab saya memang tidur tak tentu pun. saya rasa mengantuk saya tidur la. jadi part ni saya tak nak komen la. hahahahaha. DUA TAHUNKU, MENUTUP BUKU, ulang-ulang, DUA TAHUNKU, MENUTUP BUKU, hahhh itu sebab laa result spm saya tak bagus. kalau tak sekarang ni dah bersama encik umar zakir dan memikat gadis-gadis russia kan. hahahaha. tiada yang lain, hanyalah dirimu. part ni betul. tiada yang lain. hanyalah dirimu. memang tiada yang lain. tidakkah awak rasa untung sebab seseorang yang hot seperti saya suka pada awak? lalalalala..

ku Sabar Slalu
ku Hitung Hari-Hari
kau Yang Tak Tahu
dan Yang Tak Mau Tahu
terlalu Lama
ku Jadi Sahabatmu
kapankah Aku
jadi Kekasihmu

ya, tiap-tiap hari ku sabar selalu. tidak pernah merungut pun tidak pernah marah pun menunggu. hari-hari ku hitung hari-hari ku. 1,2,3,4,5,7.. ehh lepas 5, 6 bukan? maaf salah kira. maaflah waktu kira-kira saya kena denda kat luar sebab tak bawa buku. hehe. sudahlah. melawak jeh nanti ada orang bosan. nanti orang ingat saya bodoh. tapi saya memang bodoh pun. si bodoh yang hot.

kau yang tak tahu. dan yang tak mahu tahu. betul ke awak tak tahu? rasanya saya selalu bagitahu awak. saya rasa bukan saya tak bagitahu awak. saya selalu ingatkan awak. mungkin awak yang tidak mahu tahu kan? tidak mengapalah. bukanlah saya yang salah kerana tidak memberitahu awak. sebab saya selalu akan ingatkan awak. tapi kalau awak tidak mahu tahu atau sekadar ambil tahu tetapi tidak ambil kisah. apa saya boleh katakan? saya diam sahajalah.

terlalu lama. ku jadi sahabatmu. kapankah aku jadi kekasihmu. macam suatu yang tidak mungkin kan? apa yang awak rasakan sebenarnya kepada saya sebenarnya. boleh awak terus terang dengan saya? saya sedia terima jawapan dari awak. tolong jangan biarkan ku tertanya-tanya.

kapankah aku jadi kekasihmu? nanti saya jadi hantu pocong yang berkapan pun saya akan datang cari awak tahu. tengok betapa setia saya pada awak. sudah jadi hantu pun masih mahu cari awak. betapa awak penting dalam hidup saya? hahahaha. ape jeh neh saya pun tak faham. kapankah aku jadi kekasihmu? atau sampai mati saya takkan punya kesempatan untuk cintai awak. atau sampai matilah awak dan saya tidak akan bersama. atau sampai matilah cinta ini hanya bertepuk sebelah tangan? tidak mengapalah. saya sedar kekurangan saya. saya akui kelebihan awak. beuty and the beast hanyalah satu dongeng kan? tak mungkin dalam dunia nyata untuk seorang perempuan terima seorang lelaki yang serba kekurangan? tapi saya hot,kacak,cool,cute. itu yang saya pelik tu kenapa awak tidak menjawap cinta saya.

pertama kali mendengar lagu ini membuatkan saya tertarik untuk mengubah makna-makna lagu ini mengikut cita rasa dan adunan sendiri. jika ada berkaitan dengan yang hidup atau mati. saya minta maaf. tapi kalau terasa tu. rasakan dan padan muka! haa itu memang untuk u pun! hahahaha..
u? u? speaking london i neh.. i? i? hahahaha..pape jeh laa..psst..london fitness pun boleh kasi kurus..hahaha apa kena mengena ke? ada orang terasa tak? hahahaha

p/s : umar aku dah tahu kau nak cakap apa! lebih baik kau diam! lalalala :D

everything I do

Look into my eyes - you will see
What you mean to me
Search your heart - search your soul
And when you find me there you'll search no more

cuba lihat kedalam mata saya. apa yang awak nampak? tentulah mata saya kan takkan awak nampak hantu plak. hehehe. cuba awak search hati awak search jiwa awak guna yahoo! search atau google. tentu kan jumpa kan? dan tiba-tiba awak jumpa saya dan awak tak perlu lagi cari lagi. bertuahkan sebab dapat saya? hahahaha. tidak ke awak rasa untung? huhuhuhu..saya main-main. tapi cuba awak lihat betul-betul ke dalam mata saya. lihat sehingga awak ternampak ke dalam hati saya. hingga ke dalam jantung saya. apa yang awak akan nampak ialah awak di dalam hati saya. dan denyutan jantung saya menyebut nama awak.

Don't tell me it's not worth tryin' for
You can't tell me it's not worth dyin' for
You know it's true
Everything I do - I do it for you

jadi macam mana? taknak cuba dulu? fitting room ada di belakang. pergilah cuba dulu. pose elok-elok tengok saya padan tak dengan awak? saya takut awak jeh tak padan dengan saya sebab saya sangat kacak dan hot! hahahaha.. dan juga tidak lupa juga sexy! lalalala.. saya main-main lagi. maafkan saya tapi saya tidak tahu bagaimana saya nak beritahu awak yang saya lakukan semua untuk awak. saya tak tahu bagaimana nak kata. tetapi saya harap awak faham dan akan menerima nya. sebab semua yang saya lakukan hanya untuk awak seorang saja. elehh bangga laa tu. huhuhu..

Look into your heart - you will find
There's nothin' there to hide
Take me as I am - take my life
I would give it all - I would sacrifice

cuba awak xray hati awak esok. dan awak akan jumpa sesuatu iaitu saya yang cute ni! hahaha. alaa tak perlu malulah nak sorok-sorok saya patut awak bangga tahu dapat orang hot macam saya. huhuhuhuhu. ambil saya seperti mana saya yang asal. ambil hidup saya sebab dia memang milik awak. saya janji saya akan lakukan apa sahaja untuk awak. saya janji akan berusaha untuk jadi yang terbaik untuk awak. tetapi tolonglah terima saya seadanya. tolonglah terima kecacatan saya dan kecelaan saya ini. saya bukanlah seorang yang sempurna cuma sekadar hot dan kacak jeh! tapi betul saya tak tipu. setiap yang saya lakukan hanya untuk kamu. dan setiap hari saya hanya memikirkan kamu.

Don't tell me it's not worth fightin' for
I can't help it - there's nothin' I want more
Ya know it's true
Everything I do - I do it for you

There's no love - like your love
And no other - could give more love
There's nowhere - unless you're there
All the time - all the way

tiada cinta lain yang setanding cinta awak. dan tiada wanita lain yang boleh memberi cinta seperti mana yang awak beri kepada saya. saya tidak mahukan cinta lain tak mahukan wanita lain. saya hanya mahukan awak seorang sahaja. dan jika saya berjauhan beribu batu pun dari awak saya tetap akan pilih awak. tetap akan cinta awak. sebab saya sudah terpanah asmara dengan awak. bahaya laa awak ni main panah-panah. tengok kan saya dah terkena panah asmara awak. lain kali hati-hati main panah tu. sebab dia bukan macam pistol air. huhuhuhu. dan apa yang paling membahagiakan saya adalah bersama awak setiap masa. setiap ketika. walaupun macam tidak mungkin akan berlaku. tetapi saya selalu percaya dalam hati saya, bahawa saya akan bersama awak selamanya. sebab awak adalah kawan baik saya dan juga orang yang sudi mendengar cerita-cerita saya yang merepek. maafkan saya sebab banyak makan kerepek. tapi kerepek mak saya sedap. (amaran kerajaan malaysia: kerepek boleh menyebabkan anda merepek) sumpah saya bohong!



Oh - you can't tell me it's not worth tryin' for
I can't help it - there's nothin' I want more
I would fight for you - I'd lie for you
Walk the wire for you - ya I'd die for you

Ya know it's true
Everything I do - I do it for you

saya sanggup bergaduh bertumbuk bersumo dan bergusti untuk awak. saya sanggup menipu untuk awak. tapi saya tak tipu yang saya ni kacak! hahahaha. saya juga sanggup boleh berjalan atas wire yang diletakkan atas lantai untuk awak. dan saya juga sanggup matikan telefon untuk awak. apa saya mencarut ni? mungkin terlebih minum soya ni. hahahaha.

sebelum saya akhirkan post ini. cubalah dengar lagu ini. lagu ini khas untuk awak. sebenarnya saya terlalu sayangkan awak. saya tidak dapat nafikan itu. walaupun awak dengan saya bergaduh tetapi dalam hati saya saya masih sayangkan awak. walaupun kita bermasam muka dan tidak bertegur siapa. tetapi dalam hati saya, saya tidak pernah untuk marah awak, benci awak. dan bila saya gaduh dengan awak saya pasti akan datang kembali awak. percayalah. sebab saya akan terasa rindu pada awak. sebab saya tidak boleh berjauhan dengan awak. saya tidak boleh kehilangan awak. sebab saya sayangkan awak! terlalu sayangkan awak. jadi, selalu lah bersama dengan saya. jangan jauh dengan saya. maafkan atas semua kesilapan yang saya lakukan. maafkan atas kekasaran bahasa hingga melukakan hati dan perasaan.

so bila lagi nak masuk meminang saya? mak saya asyik tanya sampai boring nak jawap? awak dan cukup duit nak pinang saya? hahahaha. cincin saya bagaimana? dah beli dah kan? saya tunggu atau tau.. tak sabarnya saya...


p/s : umar kau cakap merepek lagi siap kau! balik temerloh jaya tahu laa kau apa aku nak buat! tahu tasik depan rumah aku? haaa situ aku rendam kau! lalalala :D

Untuk kawan baik saya



teringat masa kecilku
kau peluk dan kau manja
indahnya saat itu
buatku melambung
di sisimu terngiang
hangat nafas segar harum tubuhmu
kau tuturkan segala
mimpi-mimpi serta harapanmu

ayah, betul saya selalu teringat waktu saya kecil dan saya tidak nafikan saya masih lagi berharap jika ia akan berulang. waktu kanak-kanak saat yang paling membahagiakan bagi saya. dan bertambah bahagia bila di samping ayah. maafkan atas kenakalan saya sewaktu kecil. terima kasih kerana menyuapkanku makanan, memakaikanku pakaian yang cantik-cantik, membersihkan diriku setelah kotor, dan menidurkanku dengan penuh kasih sayang.

kau ingin kau menjadi yang terbaik bagimu
kau ingin patuhi perintahmu, jauhkan godaan
yang mungkin ku lakukan
dalam waktuku beranjak dewasa
jangan sampai membuatku
terbelenggu, jatuh dan terinjak

sekali lagi maafkan aku sebab gagal menjadi yang terbaik bagimu. maafkan aku kerana aku tidak seperti yang ayah harapkan atau ayah impikan. saya telah cuba patuhi perintahmu sepanjang kedewasaan ini. maaf sangat-sangat dalam perjalanan menjadi dewasa kadang-kadang aku terlepas kata dan kadang-kadang menyinggung perasaan ayah. saya tidak bermaksud untuk melukan hati. dan saya sedar itu cuma untuk kebaikkan saya juga.




tuhan, tolonglah
sampaikan sejuta sayangku untuknya
ku terus berjanji
takkan khianati pintanya

hanya kepada mu saya ya Allah aku bermohon untuk tolong sampaikan sejuta sayangku kepada dia. dan dari jauh aku berjanji takkan khianati pintanya lagi. saya jarang tunjukkan kasih sayang saya. tetapi itu tidak bermakna saya tidak sayang ayah. tuhan tolong tunjukkan betapa saya sayang ayah saya.

ayah dengarlah..
betapa sesungguhnya ku mencintaimu
kan ku buktikan
ku mampu penuhi mahumu

ayah, sebenarnya ayah lah teman saya yang paling baik. ayahlah kawan saya yang paling setia. ketika saya gembira saya akan bersama ayah. ketika saya menangis saya ayah merasainya dan datang kepada saya. ketika saya keseorangan ayah datang kepada saya dan teman saya, hiburkan saya. ketika semua orang lain benci saya, ketika ramai orang lain benci pada saya, ayah datang kepada saya, ayah keluarkan sedikit kata-kata. ayah hiburkan saya semula. betul kata ayah, nasib baik ayah masih ada, kalau tidak siapalah nak terima awak ini. semua orang tak suka awak tapi ayah tetap juga akan ambil awak. kalau ayah tiada siapa jeh yang nak terima awak. betul ayah, saya sedar kini. saya akan cuba berdikari dan cuba untuk tidak menyusahkan orang lain. terima kasih ayah sebab masih terima saya walaupun saya kotor walaupun saya berlumpur. dan ayah saya juga yakin kakak-kakak saya masih boleh terima saya seperti mana ayah boleh terima saya.

andaikan detik itu kan bergulir kembali
ku rindukan suasana basuh jiwaku
membahagiakan aku
yang haus akan kasih dan sayangmu
untuk wujudkan segala
sesuatu yang pernah terlewati.



kalaulah detik yang lama datang saya kecapi kembali. saya akan berhentikan masa itu dan biarkan saya terus kanak-kanak dan ayah terus ada di samping saya. bermain dengan saya dan berbual dengan saya tiap-tiap hari. tidak mahu saya menjadi dewasa. tapi sayang pengalaman itu tidak akan berulang kembali. dan saya pun meningkat dewasa dan ayah semakin meningkat usia. saya benci!

ayah. dulu saya selalu bertanya dan tidak puas hati. kenapa ayah saya tidak kaya macam ayah dia. kenapa saya tidak mewah macam dia. saya selalu rasa tidak puas hati kenapa ayah dia kaya. kenapa kita harus bersusah-payah dan mereka bersenang-lenang jeh. tapi kemudian saya sedar. ayah telah berikan sesuatu yang orang lain tidak mampu beri. ayah luangkan banyak masa dengan saya dan ayah orang lain tak mampu beri. ayah akan tunggu setiap hari kepada saya untuk beri bekal makanan kepada saya ketika kelas tambahan. ayah setiap hari akan bercerita tentang isu semasa agar saya menjadi orang yang lebih tahu dan tidak duduk di bawah tempurung. dan kenangan pertama kali ayah mengikat tali leher saya dan mengajar mengikat tali leher akan saya ingat untuk selamanya. ayah bersusah payah belajar ikat tali leher untuk ikat tali leher saya. pertama kali ayah ikat tali leher saya lebih kurang 20 minit kot. huhuhu..

ayah. saya tidak akan tinggalkan ayak keseorangan. saya takkan tinggalkan ayah di mana-mana rumah orang-orang tua nanti. saya tak akan biarkan ayah terbiar dan terpinggir nanti. biar pun saya tidak kaya nanti, biar pun saya hanya tukang sapu sampah nanti, saya akan pastikan ayah tidak keseorangan. itu janji saya. sebab ayah tetap kawan saya untuk selamanya.

minta maaf lah sebab post kali ni emosi sedikit. dan susah juga nak habiskan post kali ni. setelah menulis dekat 2 jam baru habis kot. korang paham-paham laa kenapa ya. adalah adegan filem-filem hindustan sket. hehehehehe. tak mahu nafikan laa ada air mata sedikit bila menulis.

bukan kerana dendam



sebenarnya perkara ini dah berlaku sudah beberapa semesta dan baru sekarang terasa begitu panas dan terasa ingin luahkan. luah pada siapa? pada sebuah blog yang tak dapat bercakap ini. maaf sebab 2 hari kebelakang ini asyik menulis sesuatu yang agak serius sedikit. maaf saya akan kembali pada asal nanti.

situasi satu:
pada suatu hari 3 orang pelajar pergi berjumpa pensyarah yang mengajar mereka dan ingin bertanya mengenai final project mereka. setelah beberapa hari pensyarah ini sibuk akhirnya mereka dapat berjumpa dengan beliau. setelah bertanya sedikit sebanyak bertanya mengenai projek yang mereka ingin reka dan jawapan mudah yang keluar dari mulut beliau hanyalah ; "macam inilah, saya boleh siapkan software yang kamu semua mahukan cuma rm400" "kalau nak beli projek dari saya atau saya siapkan projek kamu semua boleh tapi makan ribu sikit laa, boleh?" "bagaimana pula kalau kami ingin siapkan sendiri dan meminta sedikit pertolongan dari encik?" "boleh mari datang ke rumah saya dan saya akan charge anda rm20 sahaja" "jadi bagaimana kira setujulah ea?"

situasi dua:
satu iklan dipaparkan mengenai satu kursus PCB BOARD dan ianya lebih murah dari di luar! cuma rm300 setiap orang dan setiap hujung minggu kelas akan diadakan selama 2jam. tawaran menarik dan kebanyakkan pelajar yang berminat dan ingin menambah pengetahuan dan pengalaman sertai tanpa banyak perkara. dan penyertaan untuk sertai itu amat memberangsangkan dan ramai pelajar sertai. pada minggu pertama tuan punya kerja ini membuka kata dengan mengenalan dan meminta lagi duit untuk beli itu membeli ini sebab ia diperlukan untuk kelas ini. mereka bayar lagi tanpa ragu-ragu sebab percaya dengan kelas ini. minggu kedua kelas berjalan. minggu ketiga masih berjalan tetapi masa sedikit dipendekkan sebab ada hal. minggu ketiga kelas dibatal dan akan ditangguh. minggu kelima dan seterusnya beliau lesap dan duit pun lesap sama. tetapi apa yang pelik. beliau masih ada di sini pada 'office hour' tanpa rasa segan dan bersalah. dan apa yang lebih menarik beliau menawarkan kursus yang baru pula. kursus robotik! saya bangga dengan usaha beliau untuk menolong pelajar yang lemah seperti kami.



situasi tiga:
setelah bertungkus lumus menyiapkan projek kami dan telah memperabiskan banyak duit untuk projek ini. dan projek telah berjaya dan mendapat tumpuan. projek ini juga kira boleh di ketengahkan dan dijual. jangan terkejut tiba-tiba kamu diminta untuk menyediakan sebuah laporan lengkap mengenai projek ini termasuk software yang diprogramkan untuk projek anda ini. dengan alasan tidak mahu pelajar menipu dengan membeli projek dari luar. (projek boleh dibeli dari beliau tetapi tidak boleh dibeli dari luar). dan kamu yang lurus bentul akan mengikut semua arahan beliau tanpa banyak tanya. sebab final project sangat penting. tetapi kamu tidak sedar yang sebenarnya anda telah dieksplotasi oleh beliau. dan jangan terkejut tiba-tiba anda mendengar berita beliau telah menjual projek yang sama dengan anda tetapi atas nama beliau. dengan mudah beliau dapat untung. dan beliau yang seperti ini selalu mendapat pangkat yang tinggi dan mengisi jawatan penting dalam pentadbiran.

banyak lagi situasi yang ingin saya perkatakan. tetapi saya rasa biarlah saya diamkan dahulu buat sementara waktu. bila tiba masanya saya akan sampaikan lagi. sebenarnya saya malu dengan melayu. patutlah melayu semakin layu dan terus tidak berkembang lagi. kenapa kita harus mempergunakan bangsa kita sendiri untuk keuntungan kita. kenapa kita harus makan hasil usaha bangsa kita sendiri sedangkan kita adalah sebangsa. dan kenapa kita harus pijak mereka yang seagama dengan kita sedangkan kita patut bantu mereka.

kami sedar kami hanyalah pelajar sebuah institusi tinggi yang tak seberapa pandai. yang mengharapkan banyak dorongan. yang memerlukan banyak bantuan dari TUAN yang banyak pengalaman dan penuh ilmu didada. apa salahnya jika bantu kami dengan tangan yang penuh terbuka. tolong kami dengan penuh keikhlasan. dan bukankah tugas anda untuk membantu kami dan membimbing kami? kami bukan orang yang kaya. kami bukan anak jutawan. kami bukan anak orang-orang berapa yang dari kecil hingga besar hidup mewah dan senang lenang.

tapi tidak mengapalah. kami sedar resam dunia. orang kaya bertambah kaya dan orang miskin terus di pijak. kami sedar itu. dan jangan terlalu bongkak sangat. dan jangan juga salahkan saya jika anak anda nanti menerima sesuatu yang lebih teruk dari apa yang kami terima. dan jangan marah juga jika seorang dari kami nanti menindas anak-anak anda nanti kerna kami juga di ajar dan dididik sedemikian.

situasi ini bukan berlaku di sini tetapi berlaku nun jauh di Africa. saya tahu dan saya sedar orang melayu sangatlah baik dan sangatlah suka membantu.
(ayat yang selalu digunakan oleh Ustazah saya waktu sekolah rendah saya ketika memperli dan menyindir seseorang)

lagi dan lagi dan lagi

sekarang dah menjadi perkara biasa dan kewajipan untuk menyiarkan gambar-gambar yang tak sepatutnya disebarkan. dan sekarang ia seolah-olah menjadi ketagihan rakyat Malaysia. kenapa? bangga kerana dapat mengaibkan seseorang itu? puas kerana dapat menjatuhkan seseorang itu? seronok melihat orang lain menderita? atau suka lihat orang lain jatuh?

saya tidak mahu komen berkaitan politik. saya tidak mahu bercakap tentang orang ini mahu menjatuhkan orang ini dan orang itu mahu menjatuhkan orang itu. cuma kalau itu lah kebenarannya kenapa? sudah tidak ada cara lain? sudah mati akal? dan jika ia sekalipun. jatuhkanlah seseorang itu dengan cara yang adil dan bermaruah. barulah ia dapat di banggakan dan dimegahkan.

selesai satu isu dan masalah ahli parlimen beraksi kurang sopan. timbul pula lagi satu. selesai yang lama datang pula yang baru. dan kepada semua ahli parlimen berjaga-jagalah anda mungkin yang seterusnya.

dan apa yang pasti menjadi tanda tanya kenapa kita harus mengaibkan seseorang itu? kenapa kita perlu membalas dendam dengan cara itu? dan apa yang saya fikirkan mereka yang tersiar dalam aksi yang sedemikian tidak bersalah. kerana mereka mempunyai hak mereka masing-masing. mereka juga ada aktiviti mereka masing-masing (saya perkatakan ini sebab mereka adalah bukan beragama Islam, maaf jika saya sedikit ekstremis) dan mereka juga berhak untuk ada ruang peribadi. sesiapa pun berhak untuk ada ruang peribadi.

dan kepada mereka yang tersiar gambar-gambar sedemikian bersabar. jangan juga cepat melatah. perjuangan kita masih belum tamat dan tamatkanlah dengan sesuatu yang berguna dan boleh dibanggakan. hari ini kita jatuh dan esok kita bangkit kembali. jangan tamatkan ia dengan satu keaiban tetapi tamatkan lah ia dengan satu kebanggaan.
sekian

Penduduk Gaza Lebih 1.4 juta

RAMALLAH - Jumlah penduduk di Gaza yang ditadbir oleh pergerakan Hamas melepasi 1.4 juta orang iaitu peningkatan 40 peratus bagi tempoh lebih 10 tahun, menurut satu bancian rasmi Palestin yang disiarkan semalam.

Bancian itu mendapati pada 2007, penduduk di wilayah itu mencecah 1,416,543 berbanding 1,022,207 pada 1997 dengan kadar pertumbuhan dianggarkan 3.3 peratus.


"Berdasarkan pertumbuhan yang stabil dalam tempoh beberapa tahun akan datang, penduduk Genting Gaza akan meningkat dua kali ganda dalam tempoh 21 tahun," kata Biro Statistik di Tebing Barat yang diduduki Israel.

Jumlah penduduk di wilayah yang miskin itu kebanyakannya adalah golongan muda iaitu 48.3 peratus adalah berumur di bawah 15 tahun.

Pada 1997, 50.2 peratus penduduk adalah berumur di bawah 15 tahun.

Majoriti penduduk Israel adalah pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berdaftar dan berasal dari kawasan yang kini adalah Israel.
Bancian itu menunjukkan peningkatan celik huruf di kalangan penduduk Gaza dengan 5.5 peratus daripada penduduk berumur lebih 10 tahun didapati tidak boleh membaca pada 2007 berbanding 11.3 peratus pada 1997.

Sebelum ini Gaza diserang oleh tentera Israel selama 22 hari sebelum berakhir pada 18 Januari lalu dengan tujuan untuk menghapuskan pejuang-pejuang Hamas sehingga mengakibatkan lebih 1,300 orang terbunuh.- Agensi

Ya Allah. Ini adalah satu senjata yang kau kurniakan kepada penduduk Palestin yang malang itu. sesungguhnya mereka berhak untuk menerimanya.

kenapa saya berkata begitu? memang penduduk Palestin lemah dari segi ketenteraan dari segi pertahanan tetapi pihak Israel durjana itu masih belum dapat musnahkan keseluruhan warga Palestin yang malang itu. sebab apa? sebab generasi mereka, sebab penduduk mereka sentiasa bertambah dengan cepat dan pantas. Walaupun banyak yang syahid di medan perang, tetapi mereka sentiasa menambah dan terus menambah pejuang-pejuang mereka agar mereka terus dapat mempertahankan tanah air mereka!

itulah yang Allah S.W.T kurniakan kepada penduduk Palestin ini. dan sampai sekarang pihak Israel masih buntu untuk memusnahkan keseluruhan penduduk Palestin ini.

dan satu lagi saya harap anda semua tahu. Mahmoud Abbas itu bukanlah seorang Muslim. Beliau bukanlah seorang Islam. Jadi buat apa kita berpihak kepada Beliau? Beliau hanya seorang pak turut A.S dan yang lebih penting orang kuat Israel. Jadi sokonglah perjuangan Hammas yang di pihak yang benar. yang menang pilihan raya secara demokrasi. kenapa dunia tidak iktiraf kerajan Hammas sedangkan rakyat mereka penduduk mereka yang memilih. kenapa dunia harus memilih siapa yang berhak memimpin Palestin dan rakyat tidak punyai hak? ini bukanlah demokrasi tapi cumalah sebuah ekspolaratasi dunia.

Doakan kemenangan Palestin dan Selamatkanlah penduduk Palestin yang malang dan tidak bersalah ini. Aminn..

A.S tipu dunia mendarat di bulan?

LONDON - Hampir 40 tahun selepas angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, kesangsian berhubung peristiwa bersejarah itu semakin hangat diperkatakan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Sebahagian besar orang percaya bahawa pendaratan di bulan merupakan satu penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

Siaran televisyen yang menunjukkan Armstrong turun dari tangga kapal angkasa Apollo 11 dan menjejakkan kakinya ke permukaan bulan kelihatan kabur dan kelabu.

Sehingga kini terdapat golongan yang percaya angkasawan AS menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969 sebenarnya diadakan dalam studio atau di sebuah gurun.

Menurut pihak pereka teori konspirasi, roket yang membawa Armstrong dan dua rakannya, Buzz Aldrin dan Michael Collins sebenarnya hanya mengelilingi orbit sebelum ia kembali ke bumi.

Pada 1979, ketika kali pertama teori konspirasi ke bulan muncul, tinjauan pendapat mendapati enam peratus rakyat AS percaya pendaratan di bulan adalah satu penipuan.

Dua puluh tahun kemudian, jumlah itu meningkat kepada 11 peratus.

Manusia sejagat, kata mereka tertipu dan terdapat bukti-bukti kukuh yang menyokong dakwaan itu.

Sejak Presiden AS, John F. Kennedy berikrar manusia akan sampai ke bulan dalam tempoh sedekad pada 1960-an, AS terdesak untuk mengatasi Rusia dalam perlumbaan ke angkasa lepas.

Pada musim panas 1969, Moscow mengumumkan akan melancarkan misi ke bulan dalam tempoh sebulan.

Namun, tekonologi pada masa itu masih lagi primitif.


TAPAK kasut angkasawan AS di bulan mencetuskan persoalan misteri kerana jejak kenderaan yang dibawa kapal angkasa tidak ada dalam gambar.

Sistem komputer yang dihasilkan bagi program Apollo milik AS jauh ketinggalan berbanding teknologi komputer peribadi (PC) pada masa kini.

Sistem navigasi Satnav diguna pakai oleh kereta sekarang juga jauh lebih canggih berbanding komputer Apollo yang ditugaskan memandu arah bagi misi ke bulan yang jauhnya 400,000 kilometer dari bumi.

Pada tahun lalu, ketika George W. Bush menjadi Presiden, beliau mengumumkan cita-cita AS untuk kembali ke bulan.

Namun, beliau diberitahu bahawa aspek kejuruteraan bagi tujuan itu memerlukan persiapan sekurang-kurangnya 11 tahun.

Kini, ketika ulang tahun empat dekad misi bersejarah itu semakin hampir, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik AS mendapat malu apabila menyedari semakin banyak pihak sangsi dengan kejayaan menjejaki ke bulan.

Di ibu pejabat NASA di Washington, kumpulan yang tidak mempercayai misi ke bulan itu digelar Penganut Penafian (HB).

Menurut HB, Amstrong sebenarnya menjejakkan kakinya di Area 51, sebuah pangkalan tentera di Nevada yang dirahsiakan daripada orang ramai oleh kerajaan AS.

Kawasan itu cukup besar untuk NASA menghasilkan latar belakang permukaan bulan.

Agensi persekutuan itu juga mendapat dana AS$40 bilion (RM144 bilion) bagi misi itu, cukup untuk membayar mereka yang terlibat dengannya supaya menutup mulut.

Menurut mereka, bagaimanakah seorang angkasawan dapat berjalan dengan matahari di belakang tetapi bahagian hadapannya diterangi cahaya sehingga jelas nampak sut angkasa lepasnya termasuk bendera AS di belakangnya.

Pencahayaan gambar itu begitu sempurna seperti dilakukan di dalam studio tetapi menurut NASA keadaan itu berlaku kerana pantulan cahaya bulan.

Menurut kumpulan HB itu, tiada satu bintang pun kelihatan pada setiap gambar manakala ruang angkasa lepas didapati hitam tanpa sebarang sebarang sinaran bintang.

Jelas HB, permukaan bulan berdebu menyebabkan tapak kaki angkasawan-angkasawan itu jelas kelihatan dan memang terdapat kesan tapak kaki pada gambar itu.

Namun, kenderaan bulan di belakang mereka yang memiliki berat 10 tan tidak meninggalkan sebarang kesan tayar.

Selain itu, bagaimana pula kapal angkasa seperti labah-labah yang mengeluarkan api dari beberapa roket pada strukturnya ketika hendak mendarat langsung tidak mendatangkan sebarang kesan terhadap permukaan di bawahnya.

Namun, kenapakah terdapat tapak kaki angkasawan manakala tiada kesan pendaratan kapal angkasa sedangkan graviti tidak ada di bulan.

Bendera yang dicacak oleh Armstrong dan Aldrin tidak menunjukkan bayang sedangkan bayang kedua-dua angkasawan itu, kenderaan bulan dan pelbagai jenis batu di permukaan di situ semua menunjuk pada arah yang sama.

Namun, NASA memberi alasan kejadian bayang arah yang berbeza itu adalah kerana gangguan perspektif bulan.

Gangguan itu berlaku apabila imej tiga dimensi dipaparkan pada gambar dua dimensi, kata NASA.

Beberapa bayang kata NASA, hilang kerana permukaan bulan memiliki sifat pelik di mana cahaya akan dipantulkan dari arah ia terpancar.

Namun, dakwaan bahawa misi ke bulan itu tidak berlaku terus diperkukuhkan oleh kenyataan seorang jurutera yang pernah ditugaskan untuk mereka bentuk roket Apollo, Bill Kaysing.

"Apabila saya menonton televisyen, saya dapat rasakan semua adegan tersebut adalah satu penipuan tak ubah seperti roket yang diturunkan dengan menggunakan wayar di dalam studio," kata Bill.

Pada zaman itu, katanya, manusia belum memiliki teknologi untuk misi pergi ke bulan dan kebarangkalian misi itu untuk menjadi kenyataan adalah 0.0017 peratus atau dengan kata lain, mustahil.

Seorang angkasawan pada tahun 1960-an, Brian O'Leary berkata: "Saya tidak yakin 100 peratus bahawa terdapat lelaki yang berjalan di bulan."

Pandangan Brian yang merupakan penasihat program Apollo selain pernah menjadi angkasawan memberikan satu tamparan hebat.

Selain bukti saintifik, terdapat bukti mudah untuk mempertikaikan kesahihan peristiwa bersejarah itu, jelas HB.

Aldrin yang kini berumur 78 tahun dan pernah menjejaki ke bulan pernah berbalah dengan seorang wartawan televisyen yang menuntut dia bersumpah dengan kitab Injil bahawa pendaratan di bulan itu bukannya satu penipuan.

Respons yang diberikan oleh Aldrin adalah dia menumbuk wartawan itu di bahagian hidung. - Agensi

saya tak kisah mengenai itu. tetapi yang menjadi persoalan. adakah benar atau tipu Neil Armstrong nmpak sebuah cahay dari Kota Mekkah dan terdengar suara azan berkumandang lalu memeluk Islam? tanda tanya

pernah..

pernah.
memang pernah jatuh cinta
tetapi belum sehebat ini
belum sekuat ini

pernah.
pernah juga dikecewakan
tapi belum pernah serik
dan ingin dicintai dan mencintai lagi

terima kasih
itu saja ucapkan yang dapat diucapkan
kerana telah bertemu kamu
kerana telah menemui kamu
dan kerana telah memberi cinta itu

aku sayang kamu
itu ucapkan yang akan ku ucapkan
hari hari kamu akan menerimanya
sehingga kamu merasa bosan
dan tidak menginginkannya lagi
kerana aku selalu cinta akan kamu

saya rindu awak
ini juga saya ucapkan kadang-kadang
bukan sebab saya tidak rindu awak hari-hari
bukan sebab saya lupa pada awak
tetapi pada hari hari saya bukan saja rindu pada awak
malah lebih pada itu dan tak terungkap dengan kata-kata

saya pergi dulu.
bukan saya tidak cintakan awak
bukan saya tidak perlukan awak lagi
bukan sebab saya sudah ada orang yang lebih baik dari awak
tetapi seseorang yang lebih sayangkan saya memanggil
dan saya perlu pergi kerana tiada siapa boleh lari

dan awak jangan terkejut jika hari terakhir saya
saya akan katakan
aku sayang kamu
saya rindu awak
dan cuma sedikit saya tambah
saya pergi dulu.

Geng! pegembaraan bermula sudah..huhu

Geng (Pengembaraan Bermula)

pada malam ahad ini. saya bersama akak serta abang iparku yang kurus telah menonton geng the movie bersama-sama. kami menonton pada pukul 9.30 malam tetapi terpaksa menunggu 15 minit kerana panggung 1 dibuka lambat. semua yang menonton cerita lain telah memenuhi panggung masing-masing cuma yang tinggal hanyalah penonton yang menonton geng.cukup membanggakan dan tertarik kerana begitu ramai yang beratur dan menunggun untuk menonton filem ini. bukan sahaja keluarga membawa anak-anak tetapi juga pasangan kekasih. pertama sekali saya berbangga kerana cerita 100% buatan malaysia ini mempunyai ramai penonton yang ingin menonton. walaupun kami menonton di kepong. (idea akak saya bernas gak sebab dia pergi ke kawasan yang ramai cina sebab kalau kami pergi ke klcc, midvalley, atau mana-mana pusat membeli-belah tak mungkin kami dapat tiket on the spot). salah kami juga sebab tak tempah awal-awal. hahahaha.

suasana dalam panggung agak menarik sebab ramai yang menonton dan paling seronok tengok kanak-kanak yang dapat menonton. lihat muka mereka penuh keterujaan dan gembira dapat menonton (walaupun belum bermula lagi movie ni) hahahaha. dan setelah panggung di gelapkan dan aksi bermula. gelak ketawa mula memenuhi panggung itu. keseronokan dan kegembiraan menonton filem ini membuatkan semua yang menonton terasa selesa dan ingin menonton sampai habis. sampaikan nak buang air pun sanggup tahan sampai movie ni habis. hahahahah. saya tak mahu cerita mengenai jalan cerita movie ini. sebab saya rasa kita semua patut menonton nya sendiri. dan tak rugi untuk kita membayar rm11.00 untuk menonton movie ini. betol! betol! betol! saya tak tipu. hahahahaha.




tahniah kepada semua yang telah menjayakan geng the movie ini. inilah pertama kali saya menonton sebuah kartun malaysia dan saya terasa bangga kerna menonton movie ini. inilah kartun terbaik yang malaysia pernah hasilkan dan bagi saya ia setaraf dengan kartun-kartun ciptaan luar (saya juga adalah peminat kartun). saya terasa bangga kerana jalan ceritanya, hasil grafiknya dan latar belakang ceritanya cukup cantik, menarik dan mempesonakan. dan saya bangga walaupun hasil kerja mereka tinggi tetapi mereka masih menitik beratkan suasana Malaysia. walau pun setinggi mana pun kita berdiri walau sejauh mana pun perjalanan kita, asal usul kita tidak dilupakan. tak perlu sebuah kota metropolitan yang tipu pun untuk kelihatan megah cukuplah dengan kampung dan dusun durian yang indah dan tenang untuk berjaya. tengok dah tercerita. nak tahu lebih lanjut tonton! tak rugi dan kalau rasa rugi call saya, saya akan ganti balik harga tiket anda. nombor telefon saya 999! hahahahaha. tetttt..

tetapi sedikit mengecawakan saya adalah suasana penonton yang hadir. saya lihat kehadiran penonton adalah yang berbangsa melayu. walaupun kepong adalah kawasan yang majoriti nya berbangsa cina. sebenarnya geng bukanlah sebuah filem yang memceritakan bangsa melayu tetapi dia menceritakan sebuah bangsa malaysia. yang rakyatnya terdiri daripada bangsa melayu,cina, dan india (maaf untuk yang lain sebab saya tulis hanya mereka yang majoriti, tetapi saya sedar juga tentang anda). jadi apa yang saya rasa datanglah dan sokong filem malaysia ini. mungkin filem ini bukan world wide dan berpengaruh besar seperti bee movie, madagascar, flush away dan macam-macam lagi. tetapi geng ada kualitinya yang tersendiri dan pengaruhnya yang tersendiri. dan Insya-Allah geng akan menjajah negara-negara seluruh negara akan datang.

jika anda fikir dan tunggu orang asing melakar sebuah animasi berlatar belakang sebuah rakyat malaysia dan hebat seperti animasi mereka dan mimpilah! sebab mereka berbohong dengan suasana kita, mereka berbohong tentang budaya kita dan tidak mungkin mereka akan sediakan dalam bahasa malaysia! dan adakah saya menipu? gunalah akal kita sendiri.

terlalu banyak movie!!

minggu ni saya telah menonton sangat banyak movie kot. tak kisah laa di panggung atau pun di televisyen!

~ any given sunday
~ song & lyric
~ valkyrie
~ the heatbreak kid
~ knocked up
~ geng
~ final destination
~ geng the movie
~ yui ( japanese movie)

hujung minggu ni je saya telah menonton 9 buah movie. betapa banyak masa yang telah saya bazirkan minggu ni. saja je nak hebohkan. kalau taknak tau sudah! hahahahaha.

10 untuk kamu!! kamu?! lalalala..

kenapa saya suka awak dan bukan dia.

1) sebab awak kawan saya yang baik dan dia tidak.
2) sebab awak adalah orang yang selalu ada masa dengan saya tetapi dia tidak.
3) sebab awak saya terlalu ingat tiap masa dan dia tidak.
4) sebab awak saya mudah mesra dan mudah untuk berkongsi dan dia tidak.
5) sebab awak saya rasa selesa dan bebas tetapi dengan dia tidak.
6) sebab awak saya akan sudi dengar saya merepek dan mengarut tetapi dia tidak.
7) sebab awak sudi teman saya pada malam-malam saya dan dia tidak.
8) sebab awak sudi bercerita dan berkongsi dengan saya tetapi dengan dia tidak.
9) sebab awak buat saya gembira, buat saya bahagia dan buat hidup saya indah, tetapi dia tidak.
10) sebab awak buat saya jatuh hati dan terasa ingin mencinta dan dicintai, dab awaj tidak.

kenapa awak patut pilih saya dan bukan dia.

1) sebab saya kacak dan dia tidak.
2) sebab saya cute dan dia tidak.
3) sebab saya lelaki budiman tetapi dia tidak.
4) sebab saya lelaki yang berbudi bahasa dan dia tidak.
5) sebab saya tinggi dan memiliki tubuh menarik tetapi dia tidak.
6) sebab saya cintai awak dan dia tidak.
7) sebab saya selalu rindu pada awak dan dia tidak.
8) sebab saya ingin memiliki awak tetapi dia tidak.
9) sebab saya ingin hidup bahagia dengan awak tetapi dia tidak.
10) sebab saya ingin miliki awak untuk selamanya.




10 sebab dan berbalas sepuluh jawapan. tetapi alasan awak patut pilih saya dan bukan dia 1 hingga 5 tu takda apa pun. saja nak tengok market macam mana pergi. tengok kencang ke tak kencang. hahahahaha. jadi sesiapa yang berkenan sila lah tinggalkan num telefon anda pada comment di bawah ini. janji saya tak akan telefon awak balik sebab saya tiada credit lagi. huhuhuhu.

apa lah sangat 10 alasan ni. sebab ramai lagi yang punyai alasan yang menarik dan juga kukuh. dan juga ramai lagi yang boleh sediakan lebih banyak alasan dari saya. dan tiba-tiba ada seseorang bertanya saya ni jiwang ke? hahahaha. itu jawapan pertama saya. dan jawapan kedua saya. bukan jiwang tapi luahan perasaan.hahahahaha. tetapi yang sebenarnya tangan mula ringan dan hati mula terasa kosong dan saya isi dengan tulisan ini. kalau nak kata saya jiwang, angau, mamat perasan, mamat cintan. apa saya kisah. sebab ini blog saya. dan siapa suruh awak baca. kan padan muka! hahahahahaha. sebab saya bukan tulis untuk awak saya tulis untuk dia. untuk awak lain kali saya tulis. itu pun kalau saya ingat kat awak esok. kalau tak ingat minta maaf laa ya. ekekekekekeke. :D

10 waktu pagi!! teeeeteee

10 perkara yang biasa di lakukan bila bangun pagi (paginya pukul 2 tuu)

1) pergi kencing sebab terasa nak kencing.
2) tidur balik sebab mata mengantuk lagi. (jgn kejut takkan bangun punya)
3) mandi sebab mak bising sarapan tak makan lagi. (sambil membebel, biasa laa tu)
4) terus pergi ke dapur dan makan sarapan. (tak perlu mandi air liur basi ibarat ulam jeh)
5) buka televesyen dan tengok info. kadang-kadang dah terbuka cerita kartun. ( keje moto-moto).
6) baca surat khabar tengok berita sukan. (membaca dari belakang ke hadapan)
7) kene bebel lagi sebab malas tak tolong buat kerja rumah blaa blaa blaa. (adehh)
8) mandi kadang-kadang melapuk jeh sampai petang.
9) membuat dan membeli pesanan pelanggan (pergi kedai mak atau ada laa mereka suruh).
10) sambung tidur balik. (ngantu lolx. ZzzZzzZZz. Daaa) hahahahaha :P

10 perkara yang biasa di buat bila bangun pagi. (kalau di kolej plak)

1) Jam loceng berbunyi. ( Arghh benci! bising! gangguan!)
2) tutup jam loceng dan kunci lagi 10 minit ( huuuu malasss!!)
3) sms rakan-rakan soalan rutin : kelas ada x? : bukan lecturer mc ke? ( positif = tidur semula).
4) Semak E-mail dulu, lihat ym! ada sesiapa buzz tak? (comp on 24 jam selagi tak meletup!).
5) mandi, kalau lambat basuh muka sudah (hahahaha waktu kecemasan je berlaku).
6) cari baju mana yang dah bergosok (yang semalam, kelmarin, minggu lepas boleh lagi ni).
7) tengok jadual (Selalu lupa laa kelas kat mana! hahahaha).
8) tengok jam. awal lagi 5 minit kelas nak start baru pergi.
9) tengok nota dan alatan berperang da ada ke belum.
10) singgah cafe dan pergi. mari! hahahahaha..

10 tentang malam!! hehehehe

10 perkara di kala malam muncul ketika di rumah (cuti besh!!)

1) tengok buletin utama dulu. (sebenarnya tunggu berita sukan je)
2) tidur. awal lagi baru pukul 9.
3) sms rakan-rakan di mana lokasi.
4) mandi. kadang-kadang tak perlu.
5) futsal. (mak nk nak duit main futsal; kenapa ko nak main aku kena bayar? ; mak cantik lah!)
6) mesyuarat agung parlimen temerloh (ngeteh sampai kedai tomyam atau kedai budik tutup)
7) bandung barli ais! hahahahaha (sedap!)
8) sambung ngeteh kat oldtown/ al-jalal (on9 updatekan diri)
9) sambung lagi lepak depan 7-eleven.
10) subuh dan tidur. (kenapa tak buka pintu surau dulu baru balik? ; soalan rutin) hahahaha..



10 perkara di kala gelap gelita di kolej.

1) mandi dan kumpul tentera gerak serang kedai makan!
2) dapat hiburan semasa (sebab kat kolej tvv tiada! tapi din dah pasang kan?) hahahaha.
3) lepak dulu borak-borak awal lagi.
4) tengok assignment (awal lagi due-dated jumaat mggu depan ; mggu depan buat!)
5) pergi kacau orang ( selalu bilik bob,din,amar,udin ; tq eh slalu di kacau) hahahaha.
6) update bantuan makanan kat kiosk larut malam ( kang tengah-tengah malam lapar senang)
7) online dulu. ym! friendster! facebook! myspace! apa lagi? (hahahahaha)
8) lepak-lepak tulis kat sini. kalau ada masa dan ada benda nak conteng.
9) baca paper hari ni! tq kosmo! online sebab awal update.
10) subuh dan krohhh..krohhhh..krohhh (cilakak ko mr.akram tidow bapak bising!)hahahaha.

ngeteh = minum-minum lepak-lepak borak-borak gelak-gelak
orang johor panggil ngeteh gak kan?

kiosk larut malam = tolong laa da nyampah da tengok muka che mat! da laa tak kacak! hahahaha

Politik dan Saya Tak Campur

sebenarnya saya tidak minat untuk berbicara tentang politik. dan saya juga bukanlah pro-pembangkang mahupun pro-kerajaan. saya bukan pada mana-mana pihak.dan saya pun baru 20 tahun. daftar mengundi pun tak layan lagi. ada hati nak cakap mengenai politik kan? huhuhuhu. tapi saya sekadar nak menulis je. sebab tangan rasa macam kebas tak menaip seharian. sebab hari ni tiada internet. nak ym pun tak boleh. huhuhuhu

kalau di lihat saya ada link kan blog Tun Dr. Mahathir dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim. sebenarnya saya hanya sekadar membaca pendapat dan lidah-lidah tajam dua orang yang berpengaruh dalam Malaysia dan juga yang paling penting hidup saya.

saya teruskan. apa yang terjadi di perak ketika ini cukup membuat rakyat malaysia tidak duduk diam seketika. dan apa yang saya paling pelik. kenapa begitu mudah lompat parti. maafkan saya jika saya naif dalam politik. apa yang saya tertanya-tanya ialah ke mana kesetian kita kepada sesebuah parti atau pertubuhan atau mana-mana agensi? mula-mula kita berjuang bersama demi kemenangan bersama dan tidak sampai separuh jalan kita tukar kita ubah. dan saya rasa orang malaysia terutama orang melayu tidak setia dalam sesebuah perkara. sedikit mengecewakan kita.

dan yang keduanya ialah mengenai undian yang rakyat tentukan. saya terfikir selama ini rakyat malaysia mengundi atas sebab yakin calon mereka atau mengundi atas nama parti yang mereka sokong? saya masih lagi keliru dan kurang jelas. bukankah demokrasi adalah kuasa rakyat dan rakyat yang menentukan? tetapi mengapa seseorang wakil rakyat boleh lompat parti ke parti lain. saya rasa malu dan terasa mereka orang yang melompat parti ini adalah seorang yang pengecut dan tidak pernah setia. ibarat lalang, mudah di tiup angin. apa yang saya ingin tekankan ialah. berjuanglah atas nama perjuangan sebenarnya. memimpinlah atas dasar kepimpinan yang betul. sepatutnya mereka yang tidak yakin dan tidak percaya lagi dengan perjuangan parti yang mereka wakili. mereka sepatutnya undur diri dan letak jawatan. biar rakyat yang tentukan siapa yang patut mereka pilih. sebab rakyat bukan hanya memilih atas dasar individu itu tetapi atas dasar parti yang mereka percaya. tanyalah rata-rata penduduk di malaysia. jika anda mengundi, anda akan mengundi atas sebab individu itu ataupun atas dasar parti yang mereka percaya dan ingin mereka sokong?

walaupun saya belum lagi menjadi seorang pengundi tetapi saya terasa keciwa dengan sindrom lompat parti ini. yang menjadi mangsa adalah rakyat, yang menjadi kambing hitam adalah rakyat. yang menjadi huru-hara adalah rakyat. saya tak kisah sangat pun tentang siapa yang menjadi wakil parlimen di tempat saya. saya tak peduli pun sebab mereka tiada impak pun dalam hidup saya. berjumpa pun bila nak mengundi, nampak muka pun bila rasmikan majlis-majlis, duduk atas sofa dan kami dibangku-bangku buruk. sedarkah kamu sebenarnya kami sepatutnya duduk di sofa itu dan kamu hanya layak duduk di kerusi-kerusi biasa ini. sebab kamu bekerja untuk kami bukan kami yang bekerja untuk anda. sepatutnya kamu patut panggil kami tuan bukan kami panggil kamu tuan. kami yang bayar gaji kamu tapi kami yang menjadi hamba kami yang mendapat susah atas keputusan individu kamu. beginikah ciri kepimpinan? beginikah gaya seorang pemimpin? makan bersama tapi kami makan nasi bungkus kamu makan nasi beriani?

kembalikan dan letakkan kuasa rakyat di tempat yang sebetulnya. kembalikan kepercayaan rakyat. kami sokong anda bukan sebab kejayaan individu anda sahaja tetapi juga atas siapa kamu wakili. tetapi saya lupa. kuasa rakyat apa lah sangat. penting dan perlu bila pilihan raya berlaku sahaja kan? waktu pilihan raya baru nak sibuk-sibuk jenguk kami. lawat kami.

akhir tetapi bukan penamat, saya tertarik dengan kata-kata kawan saya. beliau bukanlah seorang pemimpin bukan juga seorang cendiakawan. tetapi saya seorang pelajar biasa seperti saya. katanya berbunyi sedangkan mengandung pun perlukan 9 bulan 9 hari untuk melahirkan seorang anak. inikan pula untuk memerintah negeri atau negara. takkan hanya sehari boleh membuahkan hasil dan takkan hanya setahun boleh mencapai kejayaan. fikirkan jangka masa panjang bukan hanya untuk hari esok.

Any Given Sunday

saya dah bertidur sebenarnya. tapi satu panggilan telefon telah mengejutkan saya dan terus saya tidak dapat melelapkan mata. nak online internet tiada pula. arghh sungguh bosan dan terasa masa begitu lambat bergerak untuk mencerahkan hari yang gelap ini. jadi bosan punya bosan saya pun capai remote astro dan cari-cari laa kot-kot ada drama ataupun movie yang menarik. yang boleh layan. yang boleh buat mata mengantuk. huhuhuhu. cari punya cari terjumpa satu movie yang cam menarik. any given sunday.

huhuhuhuhu. sebenarnya saya tengok pun dah separuh jalan. dah nak klimaks pun cerita tu. tapi dah tiada cerita lain yang menarik layan jeh laa. tengok-tengok cameron diaz yang berlakon. pergh mantap tu tapi sedikit keciwa laa sebab dia tak seksi macam dalam charlie's angel. hahahaha.selingan jeh tuh. sebenarnya movie tu dah habis jadi dah tak tau nak buat apa. tu yang saya menulis untuk menghilangkan bosan. orang masjid pun dah mula mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. jadi alang-alang tu tunggu subuh dulu kemudian baru tidur balik. (hahahaha cam promote diri baik jeh kan).

apa yang menarik perhatian dalam Any Given Sunday yang saya nak story morri bukan lah macam mana hebat mereka main American Football. bukan juga nak cerita strategi permain mereka bagus. dan yang penting bukan juga nak cerita pelakon-pelakon movie ni kacak dan 'hot'. sebab saya rasa yang hot tu saya sorang je kot. hahahaha balik pada asal. saya paling suka babak ending dia. babak pada waktu coach dia beri ucapan bersara. mula-mula mengucapkan kata-kata selamat tinggal dengan cukup mengharukan. tapi kata-kata terakhir dia sebenarnya dia berkata bersara dalam melatih skuad ini dan akan mula melatih sebuah skuad baru musim depan dan akan membawa quaterback kegemaran dia bermain bersama. dan apa yang cukup menarik ayat pedas dia kepada pemilik kelab itu 'kita jumpa lagi musim depan tapi di seberang padang'. hahahahaha.

betul dan tepat ayat dalam movie ini. bila kita tua. kita tidak rindukan masa kegemilangan kita. kita tak rindukan sorakan sesiapa atas kejayaan kita. kita tidak merindukan berapa yang kita terima sebagai ganjaran. tetapi apa yang paling kita rindukan adalah senyuman, pandangan seorang rakan kepada kita dalam satu pasukan. renungan yang penuh makna dan penuh dengan semangat untuk menang. itu saat yang kita akan rindukan. saya tak tahu sangat sebab saya belum tua lagi. hahahaha..




tapi bila fikir-fikir balik, betul kawan lah yang pembakar semangat juga, kawan juga yang memberi harapan yang memberi bantuan kepada kita. kejayaan kita, kemenangan kita takkan berlaku tanpa hadir seorang kawan yang ada di sebelah kita. dalam tak sedar saya berfikir betul pentingnya seorang kawan. mungkin kita ada kekasih ada teman wanita ada isteri. tapi seorang kawan tidak akan sama dengan dia. betul keakraban kita dengan seorang kawan memberi sesuatu rangsangan kepada kita untuk berjaya. sedangkan mat ganja pun tak hisap ganja keseorangan. mereka pun tiada feel nak menagih keseorangan. sebab itu kes HIV dan AIDS meningkat. sebab mereka berkongsi jarum dengan seorang kawan. SHARING IS CARING. hahahahaha. tetapi gunalah dan carilah kawan untuk perkara yang positif. carilah kawan yang setia dan sedia. setia dalam kita susah dan dalam kita senang. sedia membantu dalam kesusahan dan setia bila meraikkan kejayaan kita juga..

ehh panjang gak saya merepek kan. siapa jeh laa nak baca.hahahahaha. sedangkan saya sendiri pun tak akan baca tulisan yang panjang lebar ni. sebab tu i prefer comics than novels. hahahaha..
ok laa dah subuh pun. kita ketemu lagi nanti. :P

Isnin bertemu kembali

start petang ni aku away. hahahahah. alaa away bukan jauh sangat pun cuma ke rumah kakakku yang tersayang. kenapa saya sayang akak saya? sebab dia juga adalah sugar mummy ku. hahahaha. kenapa dia sugar mummy ku? sebab saya suka pow dia! hahahaha. baik kan saya?

kepada kakak saya yang bernam Rasmuna binti Mohamed disini saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atau sumbangan anda samaada wang ringgit, makanan, dan juga pakaian dan di harap sumbangan anda ikhlas dan berterusan. hahahaha cm ucapan terima kasih derma laa plak kan tapi layan jeh laa..hahahaha..walaupun dulu kita selalu gaduh dan selalu tak bertegur siapa. tapi betul kata semua. air di cincang tidak akan putus. darah yang mengalir dalam kita tetap sama walaupun saya dapat darah pemanis lebih skit laa dari dia. hahahahaha :P btw.. jgn lupe 12 MAC dah hampir dah bukan puji kosong jeh ea..ehemm ehemm.. paham-pahamlah ea. hebohkan satu office pown lagi bagus. hahahahah :D

kepada seorang perempuan jelita Zarina binti Mohamed yang alaa-alaa negro skit sebab ubah penampilan rambut (ude yang kate bukan saya yang kata) jahat kan ude. asyik kutuk jeh. patut puji lah penat buat berjam-jam. cantik angah. kena dengan wajah awk. kire seswai sgt laa! hahahaha.. (psstt: angah next month mcm biasa ya. saloon yang sama ok) lalalalalalala. hahahaha..sebenarnya dia ni sugar mummy saya jugak. biasa laa orang kacak mcm saya. mesti ramai yang bela.hahahaha. saya berbangga menjadi anak2 ikan mereka semua. lalalalala :P angah, jgn lupa juga ea 12 MAC. cukuplah sekadar myvi sebuah hadiah hari lahirku yang ke 20. demand nak lebiyy..hahahaha

last but not least, tok Fadillah Binti Mohamed. Time kasih laa bagi pinjam kete selama ni ea. jasa dan sumbangan anda sungguh bermakna :P. tapi nape laa skrg pakai kete besar sangat. tak nak dah pinjam duit saya abis tuang minyak jeh! huh! hahahaha..kang elok ade kete yang comei jeh hari tu. tapi takpe laa kalo ada duit lebiy i booking ea kete awk along! hahahaha.. dia ni pun sugar mummy i gak. byk kan sugar mummy saya. memang pemanis laa saya ni. banyak je ibu-ibu gula..hahahahah..:p

kepada yang berkenaan di atas. terima kasih atas semua yang anda lakukan kepada anda saya. jasa anda tidak mampu saya balasnya. (tak balas pun takpe kan? takkan ngan adik bradik berkire? kan? kan? korang semua dah laa cantik, bergaya,pakej yang lengkap laa) hahahahahaha.. semoga hubungan ini tidak akan terputus dan akan terus mekar dan mekar. mungkin kita jarang ketemu seperti dulu wktu kita anak-anak kecil. tapi perhubungan yang moden sekarang tidak akan menyebabkan kita terputus langsung. sayang kamu semua. walau dalam api kemarahan mana sekali pun hubungan ini tidak pernah akan saya putuskan. sebab kau akak aku dan aku adik kau. dan kita dilahirkan dalam satu rahim yang same..wahh!! membara ayat nie..tak menahan..hahahahaha..

semoga kita akan bertemu kembali dan jangan lupa 12MAC! tarikh penting itu. jangan risau saya sendiri akan set reminder pada telefon-telefon bimbit anda semua. hahahaha :P

ehh..sebenarnya aku nak ckp aku nak away isnin plak baru nak tulis balik kalau rajin. tapi dah kelaen plak laa.. tapi takpe laa da bgtao kan nak away. takkan aku nak kemana nak wat ape nak bgtao juga..itu aku punya suka laa! hahahahahah (padahal takde plan pape pown) :D

سلامت داتڠ كڤد سموا

السلام عليكم
نام ساي خير انوار بن محمد.

Can't Smile Without YOU!!

You know I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing
I'm finding it hard to do anything
You see I feel sad when you're sad
I feel glad when you're glad
If you only knew what I'm going through
I just can't smile without you

You came along just like a song
And brightened my day
Who would have believed that you were part of a dream
Now it all SEMS light years away

And now you know I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing
I'm finding it hard to do anything
You see I feel sad when you're sad
I feel glad when you're glad
If you only knew what I'm going through
I just can't smile

Now some people say happiness takes so very long to find
Well, I'm finding it hard leaving your love behind me

And you see I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing
I'm finding it hard to do anything
You see I feel glad when you're glad
I feel sad when you're sad
If you only knew what I'm going through
I just can't smile without you




tiada nak komen. cuma nak bgtao. saya tidak mampu tersenyum tanpa kamu. even hellboy pown nyanyi lagu nie tok isteri dia yang tersayang. so takkan laa saya tak boleh nak nyanyi lagu ni tok yang tersayang kan.!? huhuhuhuhuhu..kepada yang berkenaan jangan jauh dari ku. selalulah hadir dalam diriku. sebab aku cuma ada kamu jeh sekarang ni.
kau buatku terrsenyum :P

katakan ku rindu


hari ini cukup pendek bagi aku dan dia. dan aku cukup benci bila terjadi macam ni..arghh kenapa hari ini begitu sekejap antara aku dan dia? kenapa hanya seketika sahaja aku sempat berbual dengan dia. hanya beberap perkara kami bualkan. dan hanya beberapa soalan sempat di ajukan. adakah salah aku sebab hanya sempat seketika dengan nya? jam 4 pagi. dia pun sudah tidur dan aku masih lagi terjaga kerna tiba tiba terjaga. ingin ku kejutkan nya tapi hati ini tidak sanggup ganggunya dalam keindahan mimpi dan dalam kecantikan tidur nya. jadi aku biarkan dia lena dan terus di buai mimpi. dan ku harap hari esok aku akan ada lebih masa bersama dengan nya. dan esok aku akan kata kepadanya hey cyg! rindu!!! huhuhuhuhu...selamat malam dan berjumpa lagi kita esok. semoga kita bertemu kembali.. sekadar untuk meluahkan perasan rindu dendam ini..semoga rindu ini sampai dalam mimpinya..

BETUL DAN INI PASTI!


beberapa minggu lepas saya ada membaca satu artikel pada sebuah surat khabar. tidak ingat pula surat khabar mana. tapi satu artikel itu sangat menarik dan menyebabkan saya rasa menarik dan terasa bukan saya seorang sahaja yang patut tahu. pernah dengar mengenai pokok gharqad ? atau juga dikenali dengan nama boxthorn.mungkin ada sesetengah kita telah mengetahui pokok ini dan kewujudan nya.

sebenarnya ini adalah sentaja terakhir orang israel jahanam. dan sekarang ini juga di negara haram israel sendiri pokok-pokok ini di tanam di seluruh kawasan tanah haram mereka. dan bukan sahaja di tanah haram Israel tetapi pokok ini telah di kesan telah di temui di serata dunia. dan yang mengejutkan juga ia telah ada di negara kita yang tercinta. dalam kita tidak sedar juga, dalam sibuk kita mendengar kempen bumi hijau atau di serata dunia sibuk dengan green earth, pokok ini juga menjadi salah satu pokok yang ditanam oleh mereka yang berselindung atas nama kehijauan bumi.

hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:


Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara�menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang�Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok�Yahudi".

ketika peperangi ini tiba, ketika waktu ini tiba, orang-orang yahudi tidak akan dapat lari ke mana-mana lagi. semua pokok semua tumbuhan, semua haiwan dan semua yang bernyawa akan membantu dan memberitahu di mana orang-orang israel berada. tetapi cuma suatu pokok iaitu pokok grarqah ini yang akan berdiam diri dan melindungi orang-orang israel jahanam.

sebenarnya orang israel dan orang-orang kafir lebih percaya tentang hadith-hadith yang terdapat dalam agama Islam kita ini. mereka telah mengkaji nya dengan teliti dan mereka mempercayainya lebih dari kita umat Islam mempercayainya. jadi apa-apa yang boleh membantu mereka yang tertulis dalam Al-Quran dan Hadith mereka akan memperluaskan dan memperbanyakkan usaha menyelamatkan diri mereka.

p/s : renung-renungkanlah. dan berhati-hatilah.

bulan, matahari, kita

kata sang matahari
saya matahari
awak pula bulan
kita tidak pernah ke temu pun
sebab awak di takdirkan pada waktu malam
menerangi sang perawan bercumbu di bawah cahayamu

saya pula hanya matahari
selalu diherdik selalu dicaci
selalu di marahi kerana cahaya terlalu terang
mereka kata saya hanya memanaskan mereka

awak bagaikan ratu di malam hati
andai p.ramlee pun menulis lagu tentang awak
semua puji awak kala awak mengambang
semua orang ingin memiliki awak

bulan, sedarkah awak dalam kejauhan aku cinta kamu
ingin ku memberitahu kepadamu
tapi ku jauh berjuta batu padamu

kata sang bulan

awak matahari
saya pula hanyalah bulan
awak pula di takdirkan pada waktu malam
memcelikkan mata sang perawan dan disisinya kekasihnya

saya pula hanya bulan
bila saya dilitupi awan
mereka akan marah sebab mereka tidak dapat bercumbuan
saya hanya di sayangi bila cantik

awak pula bagai raja di siang hari
mereka bergembira bila tiba kamu
mereka melepaskan rindu cinta mereka
setelah semalaman berpisahan


matahari, sedarkah kamu jua
dalam kejauhan ini juga aku cinta pada mu
dalam kejauhan ini juga aku rindu kamu
kamulah yang memberikan cahaya kepadaku
cahaya ku adalah milik kamu

dalam kejauhan cinta boleh berputik
dalam kejauhan cinta boleh tercipta
bukan jarak yang memisah
bukan tembok jadi penghalang
bukan masa yang di jadikan alasan

rindu padamu
tidak pernah hilang
cinta padamu
tidak pernah berkurang
andai aku di sini
dan kamu jauh di sana
sebab cinta itu tidak pernah bersyarat
cintai lah diriku
dan ku janji aku cinta kamu sebegitu jua

dedicated to : tok kamu yang aku sayangi. tok kamu yang aku cintai. kamu senangtiasa ada dalam hatiku. kamu tidak pernah jauh dari hatiku walaupun kita terpisah beribu batu pun. cinta ini sentiasa ada dan tidak akan luntur untukmu. cintailah aku. untuk pertama kali dan terakhir kali

tell LAURA i love her..


Tommy and Laura were lovers he wanted to give here everything
Flowers presents and most of all a wedding ring
He saw a sign for a stockcar race a thousand dollar prize it read
He couldn't get Laura on the phone so to her mother Tommy said
Tell Laura I love her tell Laura I need her
Tell Laura I may be late I've something to do that cannot wait
He drove his car to the racing ground he was the youngest driver there
The crowd roared as they started to race
Around the truck they drove at a deadly pace
No one knows what happened that day how his car overturned in flames
But as they pulled him from the twisted wreck
With his dying breath they heard him say
Tell Laura I love her tell Laura I need her
Tell Laura not to cry my love for her will never die

Now in the chapel Laura prays for her Tommy who passed away
It was just for Laura that he lived and died alone in the chapel she can hear him cry
Tell Laura I love her...
My love for her will never die


betul..my love for u will never die. tadi terdengar lagu ni. lagu ni macam satu kisah cinta. tapi kisah cinta yang tidak dapat disempurnakna. cinta yang tidak dapat ditamatkan dengan sebuah kebahagian dan kasih sayang. tell her i love her. tell her i need her. tolong. tolong bagitahu dia. yang saya betul-betul sayang dia. tolong bagitahu dia yang saya betul-betul perlukan dia. andai saya tidak sempat mengatakan kasih sayang dan cinta saya pada dia. kepada pembaca tolong sampaikan. cuma ini sahaja wasiat yang saya minta ditunaikan.

alamak tengah syok2 tulis lagu ni habis plak tros kuar lagu hey mickey! hahahaha..
baru nak sedih-sedih layan emosi tadi. potong stim tol! dah rasa cam nak menari-nari plak! hahahaha hebohhh jeh..

tapi tolong sampaikan ea pesanan saya tadi andai ia tidak tersampai sendiri oleh saya kepadanya. kata kan padanya walaupun saya di sana dan dia di sini. kasih sayang saya pada dia tidak akan putus. tidak akan terlerai. apa yang dia perlu lakukan pejam mata dan ingatkan apa yang telah terjalin antara kita. dan kemudian tido laaa!! da pukul brape ni..ngtok siotttt!!!
hahahaha...lalalalala :P

Kesian kawan-kawanku (padan muke korg!!)


LONDON - Bintang bola sepak yang sering dikaitkan dengan model jelita, Cristiano Ronaldo kini jatuh cinta dengan seorang mahasiswi, Olivia Saunders, 18, lapor sebuah akhbar semalam.

Ronaldo terpikat dengan Olivia ketika melihat penuntut Universiti Manchester itu bekerja sebagai gadis promosi di sebuah kelab malam.

Pemain kelab Manchester United itu juga dilihat beberapa kali menghantar teman barunya itu dengan kereta Bentley miliknya berharga £150,000 (RM779,527).

"Olivia seorang wanita yang hebat dan Ronaldo terpegun apabila pertama kali melihatnya, mereka keluar temu janji beberapa kali dan meneruskan hubungan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS)," kata seorang rakan pemain bola sepak tersebut.

"Ronaldo memiliki kekayaan dan status tetapi dia bernasib baik dapat memiliki kekasih seperti Olivia. Dia bercita-cita tinggi, bijak dan cantik bukan gadis murahan seperti kebanyakan teman wanitanya sebelum ini," tambahnya.

Olivia memandu kereta mini jenis Ford KA dan menyatakan minatnya ialah membeli-belah, berseronok dan meluangkan masa bersama rakan dalam laman sosial Facebook miliknya.



kepada kawan-kawanku simpan jeh laa cinta anda. simpan jeh laa kasih sayang beliau. sebab korang semua bukan taste jejaka jongang ini! hahahaha.. ramai lagi lelaki yang kacak kat dalam malaysia ni. Ramai lagi lelaki jongang kat dunia ni. hahahaha. jgn sedih ea kawan-kawan. simpan jeh laa cinta anda pada Bangla2 yang ada kat Malaysia. Tapi jangan kahwin lari plak. nanti masuk paper! hahahaha..

katekan tidakkk pada C.R!! marilah kita bersama-sama memboikot dia! hahahaha..
btw.. saya ulang saya adalah seorang yang F#_K!!! Man. Utd dan juga C.R


dia lagi cute dan kacak! hahahaha dan juga tak kaki perempuan name dier Cesc Febregas..player mane..?! player ARSENAL.. ARSENAL mane.. ARSENAL yang STAR tu laa..
hahahahahahha..

last but not least..
MAN UTD $_cK!!!

Tiada yang mampu melawan kuasa-Nya



KANGAR – Senaskhah al-Quran ditemui masih dalam keadaan elok meskipun terlibat dalam kebakaran yang menyebabkan empat deretan rumah di tingkat atas hangus dijilat api di Taman Seroja di sini awal pagi semalam.

Penemuan itu mengejutkan pemiliknya, seorang pengawal keselamatan, Hakimi Harun, 49.

Menurut Hakimi, kitab tersebut ditemui ketika dia sedang melakukan kerja-kerja membersih rumahnya selepas operasi memadam kebakaran selesai dijalankan oleh anggota Bomba dan Penyelamat.

Katanya, apa yang menghairankannya, hanya kulit al-Quran itu sahaja terbakar tetapi ayat-ayat suci di dalamnya langsung tidak terjejas bahkan tidak basah terkena air bomba.

“Semua barangan di tingkat atas seperti buku sekolah, katil dan almari pakaian rentung menjadi arang tetapi al-Quran itu ditemui dalam keadaan yang masih elok malah tidak basah terkena air sewaktu operasi memadam dijalankan.

“Penemuan ini mengagumkan saya dan ini menunjukkan tanda kebesaran Allah. Saya akan terus memelihara kitab suci ini,” katanya ketika ditemui.

siapa yang tidak percaya Allah itu Wujud? siapa yang berkata kuasa Allah S.W.T itu hanya dongengan semata-mata? fikir dan renungkanlah..

Rindu Korang Dude! hahahaha

hahahaha. tengah-tengah malam ni kan. bosan-bosan macam ni kan. tiba-tiba kan teringat kat korang semua. hahahahah. sebab dengan korang waktu-waktu macam ni masih bising lagi (skrg jam sudah menunjukkan jam 3 pagi) paling kurang pun masih lagi ada suara-suara sumbang encik romeo yang tak tidur lagi tgok blue. oppsss terlepas plak! hahahahahaha..


ini adalah encik Romeo ea tuan-tuan dan puan-puan (pdn muke ko! ko ingat aku nak letak pic ko yang kacak?! simpan laa! hahahaha)

waa rindu bangat same korang dongg..hahahaha.. windu nak melepak mapley pagi ngan korang..windu nak sesat kat shah alam pagi2 buta carik masjid. hahahaha cam mengong jeh pusing satu shah alam. rindu nak shopping baju raya kat uptown danau kota. oppss da kantoi baju raye kite made in uptown! ekekekek. lalalalalala tapi yang paling penting windu nak gi qiamullai mencari keredhaan Ilahi.. hahahaha ayat nak gempak jeh..hampir terlupa windu nak main PES ngan korang sume (semua pernah kalah ngan aku kan) hahahahaha..


neh laa raja PES bilik ktowg dulu (but not anymore since aku dah kalahkan dia) dia pown dah lari balik penang sebab keciwa kalah ngan aku..hahahaha..lupe plak name dier Shah Arjinz..


yang tak brape nak kacak ni plak Hafiz. dia laa yang ajar aku main PES (bajet dier terer jeh) hahahaha. tapi dia dah berpunya. hahahahah. nanti kawin jgn lupe ajak ea!
lalalalalala


neh yang cam kacak-kacak ni (sebenarnya dia memamg kacak pown betol sy tak tipu) hahaha.. name dier plak Khairul Anuar.. hahahahaha..

sebahagian dari memori daun pisang kiteorang.hahahaha lawak jeh tak leh lupa sampai bila-bila waktu ni (sebenarnya ni dah pukul brape da kot tapi sume tak leh tidow lagik jadi ktowg buat laa mende2 cerdik ni..hahahahha) crdit to romeo sbb jadik tukang amek gambar kami yang setia..hahahaha :P






pesanan terakhir : shah datang bilik aku kita main dart eh! point paling tinggi rosnah mat aris. hahahaha. Romeo jaga awek elok2 jangan gatal. ekekekeke. Apis saya tunggu anda grad sbb nak mkn nasi minyak. hahahahahah.
miss u all! harap kita ketemu lagi..semoga Allah merahmati perjalanan hidup kita semua.Aminn..