Monday, November 16, 2009

Facebook Pelbagai Guna

facebook sekarang memang terbaik!
kenapa?

cuba baca sini.

TEKAN!

terbaik! sememangnya terbaik.
ceti dan ah long lepas ni tak perlu susah-susah nak pergi rumah pukul-pukul dan kasi pecah barangan rumah.
tak perlu juga acu pistol atau penjarakan peminjam-peminjam.
buang tenaga. buang duit. dan buat susah bayar gaji pekerja jeh.
lepas ni kerja seorang pun boleh.
ugut melalui facebook!
terbaik!
sekarang ah long dan ceti haram juga dan up-to-date.
cuma update status jeh. :P

hahhh.
dengar cerita mara dan ptptn pun nak buat taktik sama lepas ni.
rasa-rasanya dah boleh dah kita tukar main benda lain plak.
hahahahaha! :D

Monday, November 9, 2009

bolasepak, duit dan masa

suatu hari ada seorang rakan bersama sebatang pensil dan sehelai kertas datang duduk dekat aku. sedang aku syok tengok bola. memang aku tak berapa nak layan sangat lah. rasa macam nak bagi bicycle kick jeh kan bila dia duduk dan tiba-tiba berkata

"kau nak tahu satu formula yang baru aku dapat tak?"
"formula jadah? aku ada hipotesis! semakin banyak kau cakap. semakin dekat kaki aku dengan muka kau." aku jawap sambil lewa dan malas layan.

"gampang. dengarlah dulu. ini formula aku kasi nama. bolasepak, duit dan masa." dia jawap dengan semangat lagi.
"sejak bila kau join MLM? ini apa plak? tengok bola pun boleh dapat duit ke? kalau setakat tu tak yah lah. itu dah lama kurt sama john praktik kan. itu tengah main duit laa tu. liverpool satu setengah gol." aku jawap lagi. kacau betul. game tengah sedap ni.

"ok macam ni. satu game 90 minit. 2 game 180 minit. 3 game 270 minit kan?" dia tanya pada aku.
"itu anak sedara aku baru nak nak pergi tadika pun boleh tekan kalkulator kira." aku jawap ringkas.

"ank sedara ko laki ke perempuan? aku single! kita melepak satu malam hujung minggu dekat 4 atau 5 jam tengok bola. takkan kita minum satu gelas air jeh kan? dan mesti kita lapar bukan? lepas tu kita nak makan kan. kan?" dia soal lagi pada aku.
aku diam. fikir laa jap kononnya. "a'ah betul laa gak. jadi ape hal." aku tanya kan.

"cuba kau fikir berapa banyak dah masa kau habiskan. duit yang ko habiskan."
dia buat aku fikir lagi. sial betul "a'ah banyak laa jugak. jadi kenapa"

"sebenarnya macam ni. aku dah buat solution. yang boleh jimatkan wang kita apabila melepak tengok bola." dia berkata dengan penuh bijak.
"apa? ngorat anak mamak ni? atau pergi urut bahu mamak tuan punya kedai ni?" jawap lagi aku kan. heheheh.

"senang jeh. sebenarnya macam ni. satu game kita order satu air. gelas besar kalau boleh. dan kebiasaannya air buah. sebab dia mesti kasi gelas besar kan? jadi mesti boleh tahan lama kan? air buah satu rm2. milo ais satu rm1.80 mesti nak order 2kali dah jadi rm3.60. tak ke membazir macam tu?" sambil dia menuding bibir ke 2 gelas air aku.
"betul juga kan. air buah pun mengancam gak. sedap pun sedap." aku tercabar dengan idea dia.

"jadi oleh yang demikian. apa kata kau tolong payung dulu air buah aku ni boleh? aku sengket laa. tadi punya game aku kalah laa dengan kurt. cibai betol"

babi! terkena aku dengan formula dia. melayang aku rm2 aku.

lalu beliau memulangkan semula pensil dan kertas yang dipinjam daripada mapley yang ambil order tadi. kertas itu sedikit pun dia tak conteng.

nota kecil: kadang-kadang ada gak yang tak seronok bila menonton bolasepak.

nanti aku bagitahu pula tentang formula macam mana nak jimat masa tengok bola. :D

Thursday, November 5, 2009

cakap melayu? tak macho langsung.

macho ke bila menggunakan bahasa inggeris?
tak hot ke kalau guna bahasa melayu?

bila pergi ke kedai makan yang ada kelas.
tempat artis-artis melepak.
dan pesan makanan guna bahasa melayu.
terus pandang selekeh.
pandang tak ada duit.
pakcik aku dekat kampung buka ladang getah ladang sawit lagi kaya kot.
cakap bahasa melayu dan pakai minyak wangi jenama getah skrap pun income lagi masyuk.
pakai armani bawa pergi ladang jeh.
artis pun pakai baju taja kadang-kadang belum hujung bulan dah pokai.
itu yang ramai join multilevel marketing.

kan senang cakap bahasa melayu jeh. bahasa yang dah dari kecil kau guna.
dari cakap inggeris grammar terabur dan pronounce hancur.
itu lagi nak bangga diri.

dan pekerja-pekerja asing. tak sedar-sedar diri datang tempat orang tu. belajar laa guna bahasa orang. bahasa inggeris kau pun tak kemana. lagi nak sembang macho. caiitt! kalau dah macam tu baik takyah kerja ambil order. jadi guru tusyen bahasa inggeris lagi bagus!

"awaknya dress up orang putih. fesyen tak mengalah. cakap bahasa melayu x macho la. tak ada style!" ceh! kecik-kecik nyanyi lagu air pasang dalam kat tadika nak tidur nyayi lagu burung kakak tua lagi nak tunjuk macho. lempang mau?

setakat nak order ais kosong kat restoran ZM. takyah menggedik nak sebut "sky juice satu!" bukan kena bayar pun air kosong tu. cehh!

nampak bodohkah saya bila menggunakan bahasa melayu di malaysia?
kalau macam ni rasanya nak pergi cakap bahasa melayu dekat madagascar laa.


bukan pejuang bahasa. tetapi kadang-kadang rasa meluat tu dah sampai ke siku rasa nak sigung jeh! :P

"x cool laa pergi club, lepak pub cakap melayu kan. awek skirt pendek mana nak layan. pandang pun tidak." cam bangsat.

p/s: agaknya malaysia dah boleh tukar dah bahasa rasmi kepada bahasa inggeris.


dammit! bahasa inggeris aku cuma tahu mencarut jeh! :D

Monday, November 2, 2009

beri nasihat dan tunjuk ajar pun perlu permit

sangat kelakar bila baca kosmo! 02/11/09.
muka surat paling depan. front page.

bekas mufti perlis ditangkap ketika sedang memberi syarahan agama.
macam ini pun boleh berlaku ke?
dah yang berkas dan halang dari beliau memberi syarahan agama adalah JAWI sendiri.
kenapa macam ini pun boleh berlaku? apa pihak JAWI dah tak ada kerja langsung ke? sampai lebih kurang 25 orang dari JAWI datang untuk halang dari majlis itu terus berjalan. kenapa? KL dah tak ada maksiat malam tu? kenapa? aloha dah ada ruang asing untuk lelaki dan wanita?

sangat pelik dan terkejut ke? untuk sebarkan ilmu tentang agama Islam pun perlukan permit? perlukan kelulusan? dan bukannya dibuat di tengah-tengah padang awam. bukannya sewa dataran merdeka. cuma disebuah rumah sahaja.

baru kini saya faham. nak buat baik lagi susah daripada nak buat jahat.
tolong berikan saya penjelasan. sebab saya sungguh keliru.
lepas ini tok iman atau ustaz boleh ke bagi ceramah bagi syarahan kat masjid atau surau? kat sekolah atau di dewan universiti? atau perlukan permit. atau perlukan kelulusan dahulu. kenapa orang Islam sendiri halang orang Islam sendiri untuk menyebarkan ilmu agama, mendalami ilmu agama.


bangsa lain tepuk tangan tengok kita. dan kita bangga mereka tepuk tangan sebab fikirkan tepuk tangan itu tanda dihargai tanda dianugerahkan.

jangan buat baik nanti kena tangkap. buat jahat kalau nasib malang jeh kena tangkap.

Friday, October 30, 2009

bila negara sendiri seperti di negara orang.

malam itu saya berborak bersama seorang rakan. dia mengeluh. dan saya juga faham kenapa dia mengeluh.

"hai. nak lepak bukit bintang kawasan pak-pak arab."

"nak ke sunway kawasan gelap. mereka yang datang dari africa."

"lepak klcc ramai sangat bangsa. bangla. semua."

"kita di malaysia atau di pusat penempatan mangsa-mangsa perang dunia."

lalu ada seorang mencelah.

"inilah satu malaysia! semua orang boleh tinggal dan hidup dalam negara ini. tiada masalah langsung!"

ya. agaknya inilah satu masalah. mungkin 10 atau 20 kaum induk bukan sahaja melayu, cina, dan india. bertambah lagi ada barangkali.

polis suka sebab mereka banyak duit. pakcik teksi suka sebab mereka bayar lebih. perempuan suka sebab hidung mancung badan sasa.

pihak universiti: senang nak kaya kan ambil pelajar asing. mereka banyak duit. anak melayu susah. nak bayar yuran tunggu ptptn la. tunggu mara lah. tunggu jpa la. yuran mahal sedikit bising. bukan?

barisan nasional: apa cerita? berkhidmat untuk rakyat? biarlah mereka datang. rating pelancong atau pelajar asing datang ke malaysia meningkat. malaysia juga dapat nama. tidak begitu?

parti keadilan rakyat: apa lagi. waktu ni laa nak lawan. hentam. sudah-sudahlah nak naikkan nama tunjuk gah. kalau kerja bagus dan berkhidmat untuk rakyat. nanti kami undi lagi.

lain-lain: jangan asyik fikir nak lompat parti jeh. bosan dah. bila nak kerja?

politik: bukan bagus pun. semua nak ada wang. semua nak nama.

aku: dah melalut jauh dari topic. tapi sampai bila nak macam ni? senang sangat nak jumpa bangsa asing sekarang. bilangan makin ramai dan keselamatan makin tergugat.

Monday, October 26, 2009

Pesanan dari kutu-kutu Liverpool untuk Ayam-ayam kicap Man UTd

untuk bapak-bapak ayam kicap yang besar-besar ni.

AYAM, AYAM, AYAM, AYAM

kuda-kuda tu dah tua. dah boleh inject kasi mati lah.
sudah takda function org putih kata.



bukan fans liverpool pun. tapi terasa tak puas kalau tak mengata mereka kan!
main macam ayam kicap. sikit lagi boleh buat gulai dah! :D

Saturday, October 24, 2009

Otak Letak kat Lutut.




bodoh. benda macam ni pun nak buat main. semua nak popular semua nak tunjuk macho. otak letak kat lutut. rasa macam nak bagi siku jeh.

sudah-sudahlah tu. masuk raja lawak kalau nak masuk tv. nak popular.

tekan!

jangan manipulasikan fikiran orang lain dengan benda macam ni.

komen: aku nak cuba lipat kain pelikat tunjuk jari tengah pula lepas ni.

Wednesday, October 21, 2009

Most romantic poem i'm ever read :P

terus terang nak cakap. ini adalah puisi inggeris yang paling romantik yang pernah dibaca oleh aku. maaf sebab lari dari jalanan sebentar. terasa rugi bila baca sorang-sorang. jadi mari kita sama-sama menghayatinya.

1. My darling, my lover, my beautiful wife:
Marrying you has screwed up my life.

2. I see your face when I am dreaming.
That's why I always wake up screaming.

3. Kind, intelligent, loving and hot;
This describes everything you are not.

4. Love may be beautiful, love may be bliss,
But I only slept with you 'cause I was pissed.

5. I thought that I could love no other
-- that is until I met your brother.

6. Roses are red, violets are blue, sugar is sweet, and so are you.
But the roses are wilting, the violets are dead, the sugar bowl's
empty and so is your head.

7. I want to feel your sweet embrace;
But don't take that paper bag off your face.

8. I love your smile, your face, and your eyes
Damn, I'm good at telling lies!

9. My love, you take my breath away.
What have you stepped in to smell this way?

10. My feelings for you no words can tell,
Except for maybe 'Go to hell.'

11. What inspired this amorous rhyme?
Two parts vodka, one part lime.

cik nadia :) suke tak kalau puisi ini ditujukan kepada anda?
hahahahahahhaa :D

Tuesday, October 20, 2009

Al-Quran pada kulit bayi

ada baca Kosmo tak hari ni?
kalau belum tekan kat bawah ni.


TEKAN!!

sila baca. dan luangkan sedikit masa untuk komen.
tidak mahu untuk menulis panjang lebar.
tetapi tak rugi untuk kita berdiskusi sebentar bukan?




sumber dari kosmo! rabu 21 oktober 2009.

Thursday, October 15, 2009

pendatang asing: mereka datang, mereka takhluk, dan mereka jajah kembali.

sebelum kita teruskan tengah topic yang agak hangat tapi kasi letak ais dia dah jadi suam-suam kuku. kita kena kembali ke masa sampau. orang putih kata back to the future. tak perlu balik ke lampau sangat. bukan suruh kembali ke zaman kesultanan melayu melaka. tidak juga ke zaman mesolitik ataupun paliolitik. cukup kembali pada 7 atau 10 tahun lepas. 10 tahun yang kebelakang mungkin lebih afdal.

untuk pendekkan cerita. supaya mereka-mereka yang malas baca panjang-panjang tak macam terpaksa baca kan. mudah sahaja persoalan untuk 10 tahun lepas. senang tak nak jumpa atau terserempak dengan pendatang asing seperti dari afrika, timur tengah, dan juga dari negara-negara lain? susah bukan? dan jarang-jarang kita temui. maknanya waktu itu kelompok mereka tidak besar. perkauman dan sifat kenegaraan mereka tidak kuat bukan. jadi mereka sangat hormat kepada penduduk di Malaysia. dan satu juga isi yang penting. waktu itu sifat permuafakan penduduk di malaysia masih ada walaupun hanya dan tinggal saki baki jeh. sekurang-kurangnya masih ada. syukur juga di situ. ok sepuluh tahun lepas MEREKA HANYA DATANG.

sudah-sudah. kembali ke zaman kini. zaman millenium. zaman semua di hujung jari. sekarang cuba anda keluar ke pusat-pusat membeli beli seperti midvalley megamall, Suria KLCC, Pavillion, dan mana-mana lagi tempat tumpuan awam, cuba anda perhatikan susah tak nak jumpa mereka yang bukan berasal dari negara kita? senang bukan. populusi mereka di sini semakin bertambah bukan. dan mereka semakin berani. perasaan hormat pada penduduk malaysia semakin hilang. dan sifat kurang ajar makin menjadi-menjadi. dan disini MEREKA TAKHLUK.

dan disini sebenarnya yang paling penting. dan disini sebenar yang sangat perlu ditekan. apabila mereka JAJAH KEMBALI. keliru dengan maksud saya? kita susuli dengan pengalaman dan cerita tentang mereka ini apabila mereka mula merasakan mereka sedang menjajah negara ini.

kita mula sekali mereka yang datang dari tanah arab. ingatkan mereka datang dari sana baik. berbudi pekerti. mula-mula datang bilangan tak ramai ok. baik jeh. tapi sekarang bila dah ramai. macam sial. dah laa tak tahu hormat orang. lepas tu lagi nak tunjuk hebat. perkara biasalah bagi mereka bila naik lrt tak beradap. tak ada nak tunggu-tunggu turn bila nak beli tiket. main sapu jeh. konon dialah orangnya. aku nasib baik hormat pada yang kerja kat lrt jeh. kalau tak dah lama aku rembat. aku selalu gak lepak-lepak dengan pakcik yang bawa teksi. mereka pun selalu bising orang arab memang kurang ajar. bayar nak kurang jeh. ayat yang mereka akan selalu guna. "we are brother! we are brother!" kalau sekali dua pakcik tu kata boleh laa juga halalkan. tetapi bila dah naik lemak. pakcik itu dengan muka nak bagi hayunan maut jeh berkata. "ok we are brother. but other balance haram." pakcik-pakcik teksi kata mereka sensitif tentang perkataan haram.

kisah mereka-mereka yang marah bila panggil nigga plak! kalau cara dan gaya kau baik. tak adanya nak panggil macam tu. mereka ini lagi bangsat. sekarang mereka lagi suka jalan berkumpulan. mereka juga gelarkan geng mereka geng gagak hitam. tempat aku kat taman melati pun ada gak mereka-mereka ini. port mereka satu tempat gelap. lokasi aku tak tahu macam mana nak mention. bila dah jalan ramai-ramai. mula tunjuk samseng kan? bila dah tunjuk samseng mula laa hati nak marah jeh kan? persekitaran jadi tak selamat. kita nak keluar pun jadi takut kan. badan dah laa besar-besar. hitam plak tu. dah macam orang minyak pun ada. tolong laa sedar awak tu tinggal kan negara orang. malaysia ini aman bukan macam afrika huru-hara. tolong ubah mentaliti dan tolong hormat orang. mereka ini adalah golongan yang selalu buat kacau. satu hari aku lepak dengan pakcik polis waktu tunggu roti john ada mamat afrika lalu dia mengeluh. aku tanya ape hal. dia jawap. kalau sehari tak ada panggilan ada selisih faham kat pub ker club ker dari mereka mereka ini tak sah. balik-balik mereka juga yang buat hal buat kecoh. aku faham sangat. mereka memang selalu buat hal pun. sebab mereka ingat mereka hitam mereka kuat.

ok bangsa-bangsa lain yang aku tak sebut diatas. mereka-mereka yang kerja kat stesen minyak, tapak pembinaan, rumah orang-orang kaya, pusat membeli belah dan juga pengawal keselamatan. maksud aku adalah bangla, indon, myanmar, dan seangkatan lagi. mereka ini juga dah terlalu ramai. sangat ramai dan makin sukar dikawal. ada baca suratkhabar tak? kebanyakkan penjenayah yang tumpas atau ditembak mati. majoriti adalah bangsa luar. mereka menyamun, merompak dan juga bermacam-macam lagi. tak kata bangsa kita baik sangat. tetapi mereka juga berani mati. boleh fikir logik kan. seberang ke malaysia tanpa dokumen yang sah pun mereka berani. duduk dalam tong eksport ke malaysia pun mereka tak goyang. inikan pula merompak rumah-rumah kat malaysia. apalah sangat kan. apa yang boleh dikatakan. jenayah meningkat seangkatan dengan peningkatan warga-warga asing in. setuju tak sebenarnya mereka yang buat kacau kat malaysia ini.


kenapa ramai yang masuk ke malaysia lepas tu taknak keluar? kenapa visa pelancong dah tamat pun masih ada kat malaysia lagi? dan kenapa visa pelajar dan tamat pun masih ada kat malaysia? dan kenapa masuk secara haram dah hantar pulang pun datang lagi? sebab mereka rasa mereka kuat kat malaysia. sebab mereka semakin kuat kat malaysia ini. dan mereka sedikit pun tak hirau kat penduduk malaysia. apa laa sangat penduduk kat malaysia. setakat heboh kat blog jeh boleh laa kan?

paling menyampah dan rasa sakit hati bila kerajaan indonesia minta macam-macam untuk pembantu rumah yang berasal dari negara mereka. sedar tak mentaliti kita dah dijajah bila kita kena macam ni? kenapa pula kita yang perlu risau dan takut bila mereka minta macam-macam. gaji minima rm800. mesti ada cuti itu cuti ini. susah-susah sangat hentikan sahaja pengambilan pembantu rumah dari negara mereka. kerja di sini senang-senang lagi nak demand tinggi. yang orang kaya pula cuak-cuak. banyak lagi alternatif lain. makcik-makcik malaysia pun ramai sanggup jadi pembantu rumah kot.

dan sekali lagi nak pertikaikan kerajaan malaysia. post lepas juga mempertikaikan kerajaan. dan ini sekali lagi. susah sangat ke nak tangkap pati. kenapa mereka semakin ramai? sepatutnya malaysia juga dah boleh guna pakai undang-undang singapura. mereka yang menyeberangi singupura tembak sahaja. nampak kejam tapi berkesan. buat apa nak berlembut sangat. tangkap penjara dulu bagi makan 5 kali sehari lepas tu hantar pulang naik kapal-kapal. buat bazir duit kerajaan jeh. mereka gak yang seronok. dapat makan free dapat tiket pulang free. patut suruh mereka balik berenang jeh.

untuk perempuan-perempuan di luar sana. jangan nak cari batang besar dan hitam sahaja. esok dapat anak dia lari. hantar kau hilang sama. tinggal cuma bayi hitam rambut kerinting jeh. hah! pandai-pandailah korang.

maaf untuk pembaca dari indonesia. tetapi inilah situasi kini. realiti di malaysia. harap faham. bukan perkauman.

Tuesday, October 13, 2009

sesuatu yang akan datang.

mengenai pengemis sudah saya tuliskan.
sudah ada pro dan kontra.
dan juga suda ada reaksi dari mereka yang berfikiran terbuka.
usah malu untuk selitkan pendapat.
tak kena bayar pun.

tulisan akan datang.
suatu yang cukup sinomin.
sesuatu yang juga menjadi buah mulut penduduk dan masyarakat kini.
terutama sekali di kuala lumpur.

pendatang asing: mereka datang, mereka takhluk, dan mereka jajah kembali.


dan sesuatu nota penting. ungkit dan bangkit cerita yang lama hanya mendatangkan keburukkan dan juga persengketaan. manusia boleh berubah jika diberi ruang dan peluang. manusia juga bisa mengerti yang mana kasih yang mana bukan. sebab itu banyak menagih dan penjenayah bila keluar dari tahanan kembali menagih kembali melakukan jenayah. sebab kita masih ungkit kisah hitam mereka. ungkit keburukkan mereka. sedangkan mereka cuba untuk ubah diri mereka. cuba untuk lebih positif. cuba transform kan ini dalam cinta dalam keluarga. sama juga barangkali. fikir dan cari konklusi dalam diri sendiri.

Monday, October 12, 2009

pengemis: adakah ini adalah satu pekerjaan kini?

mari kita susuli pengalaman ini. pengalaman pertama. kita bersama cik bunga hati yakni nadia puaad pulang dari pusat membeli belah mid valley. ketika di atas jejantas untuk ke stesen komuter. di tepi aku seorang kanak-kanak dalam linkungan 5 atau 6 tahun sedang mengemis dan di depan sedikit adalah seorang ibu bersama anak dalam pelokkan yang berusia 1 setahun lebih. aku keliru untuk sedekah yang mana satu. tetapi aku beri rm1 kepada budak itu. beberapa langkah menjauhi pengemis ini. ibu yang mengemis tadi mendekati kanak-kanak dan berumur 5 hingga 6 tahun ini dan mengambil sejumlah wang yang berjaya dikumpul oleh kanak-kanak itu tadi. baru aku sedari yang mereka ada keluarga. ibu itu berlalu dan pergi mendapatkan komuter. ketika hendak menunggu komuter dia mengira wang yang berjaya dikumpul. agak banyak juga. dan kemudian beliau mengemis di dalam stesen komuter itu pula.

cerita kedua. aku di hampiri seorang lelaki yang agak tua umurnya. sedang membawa tongkat dan satu tupperware kecil. beliau menghampiri aku dan kemudian meminta sedikit wang. aku tidak hulurkan wang sebab baru siang tadi aku tertipu oleh seorang wanita dengan anak-anaknya. pengemis itu berlalu pergi dan menuju ke meja-meja lain di dalam kedai tersebut. setelah selesai makan dan lepak ala kadar. aku pergi temankan kawan aku ke sebuah kedai makan lain yang berhampiran untuk membeli rokok. kebetulan pengemis tadi juga hendak membayar makanan yang dimakan oleh beliau. tercicir-cicir duit beliau dari poket ketika hendak mengeluarkan wang. agak banyak nilainya.

cerita ketiga adalah ketika aku cuti semesta. ketika membantu ibu aku di restoran miliknya. seorang pengemis datang dengan keadaan penuh compang camping dan berbau busuk. duduk di meja yang paling hampir dengan pintu masuk kedai dan terus memesan teh tarik bersama nasi lemak. setelah 10 minit berlalu ada seorang lagi yang rupa dan pakaian yang lebih kurang sama datang duduk di meja yang sama. mereka berborak dan menambah order minuman. setelah agak lama berbual dan minum mereka datang dan panggil order. nah! rm50 dia kasi bayar dia punya minuman.

banyak lagi situasi yang berlaku dan ia terus berlaku setiap hari. kenapa seorang ibu atau bapa yang masih sihat tubuh badan dan langsung tiada cacat anggota sanggup mengemis di jalanan untuk cari nafkah untuk anak-anaknya? kenapa pula ada ibu bapa yang langsung tiada rasa tanggungjawap sanggup biarkan dan menyuruh anak-anak mereka mengemis untuk taja hidup mereka pula? dan kenapa kenapa ini semua terjadi? mungkin sebab salah rakyat malaysia juga yang terlalu prihatin dan juga terlalu pemurah. dan disebabkan itu mereka kini sangat bermaharajalela. dulu di tepi tepi jalan dan di kawasan yang terbuka sahaja mereka mengemis. kini di restoran makanan segera juga mereka sudah berani untuk meminta sedekah.

dan kini kita dibanjiri oleh peminta-peminta sedekah yang bukan sahaja dari bangsa dan negara kita, malahan bangsa lain juga sudah sangat berani meminta sedekah di negara kita yang rakyatnya begitu pemurah. dan dimana penguatkuasa dan orang yang bertanggungjawap untuk membanteras gejala ini? kenapa hanya sekadar butakan mata dan pekakkan telinga? ke mana hilang duit cukai itu cukai ini? mana badan-badan yang bertanggungjawap untuk mereka ini? mungkin kita negara kita tidak sangat kaya untuk memberi gaji kepada mereka yang tidak bekerja. tetapi negara kita tidak berlalu miskin untuk membanteras dan menempah mereka ini ditempat-tempat yang sebetulnya bukan? sedar tak dalam diam kita ditipu hidup-hidup dan mereka semakin kaya hari demi hari.

jangan sampai nanti mereka yang mengemis ini makin berani dengan mengemis dengan cara memeras ugut.


mungkin membanteras makcik-makcik yang susah menjaja di tapak-tapak yang salah lebih senang dari membanteras makcik-makcik ini. padahal tanah itu bukan hendak dibangunkan atau dimajukan. apalah salahnya makcik-makcik ini berniaga sementara dan mencari rezeki yang halal untuk mengisi perutnya dan juga perut keluarganya. kadang-kadang kita patut butakan mata dengan undang-undang mengikut situasi. sebab kita juga manusia. dan kita juga bisa mengerti dan memahami.